Jumaat, 19 Ogos 2011

LAGI CERITA POLIS MALAYSIA BERHEMAH TINGGI




ARKIB : 11/08/2011


POLIS MALAYSIA LEBIH BERHEMAH-meloya

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.

Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di London yang gagal dikekang malah mula merebak ke seluruh Britain.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, polis di negara ini dilihat lebih bijak mengawal situasi dan emosi baik di kalangan anggotanya mahu pun perusuh.

"Mereka dilihat lebih berperikemanusiaan serta bijak menangani masalah seperti yang sedang berlaku di London," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan pula menganggap kejadian rusuhan yang berterusan bukan disebabkan oleh kegagalan polis mengekang masalah sebaliknya tiada kesedaran di kalangan rakyat negara itu.

"Bagi saya ini bukan masalah polis sebaliknya rakyat di negara itu sendiri. Kita tidak tinggal di sana jadi kita tidak tahu apa yang berlaku.

"Sepatutnya mereka lebih menumpukan kepada cara menyelesaikan masalah ekonomi dan pengangguran.

"Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya masalah rusuhan yang terjadi di sana dibiarkan berterusan," katanya.

KANG KONG


nota:
ada pembaca naik jelak
melihat muka kang kong ini
tapi apa nak buat muka bodek
memang macam ini ruapmya
kah kah kah



SURAT DARI PEMBACA


itu semua kisah ditahan polis atas kesalahan trafik... pau itu ini.. utk elak dibawak ke balai.. bagaimana kisah mereka yg penah ditahan dan dibawak ke balai pulak.. ndak2 plak dlm kes2 tertentu yg memerlukan ditahan reman.. soalannya bagaimana barang2 dan harta benda mereka yg berada dibadan semasa ditahan.. adakah dpt balik smula..? tentunya kalian mempunya teman/kenalan dan sdra yg penah mengalamai situasi begini.. jomm.. masing2 bukak cerita.. !!
By Anonymous on APA KATA PEMBACA TENTANG POLIS at 7:12 PM

Nak join tabur api sket. Satu hari aku jumpa satu makcik indon ni, dia keja potong rumput kat tempat aku keja. Badan dia menggeletar abis. Muka pucat lesi. Aku tanya apa hal makcik. Sambil nangis dia cakap aku dalam bahasa indon dia. Dia keluar tunggu bas tepi jalan nak mai keja. Satu kereta ronda berhenti tepi jalan dan tanya dia. Makcik minta pasport. Makcik tu cakap saya takda pasport. Majikan pegang.

Kalau macam tu makcik masuk kereta ikut pegi balai polis. Masa dalam keta dia duduk belakang. di kiri dn kanan polis duduk. Pastu depa minta duit dia. Dia cakap tak ada pak. tapi depa ambik beg duit dia dan ambik duit abis. Dia kata majikan baru bayar gaji 500. tu la gaji bulan tu nak bayar rumah sewa. tapi depa gelak-gelakkan.

Sambil cakap, makcik ada rantai? pastu ambik rantai kat leher dia. Kecik ja rantai tu anak dia bagi. pastu polis gelak-gelak sekarang kami nak bawa makcik masuk hutan. (Dia cakap hari tu kawan dia, indon muda- modus operandi dia sama. depa bawa masuk hutan dan rogol.)Dia dengar macam tu, dia terus sembah-sembah, tolongla pak..tolongla..Lepas tu, entah apahal depa pi tinggal dia tepi jalan.

Duit satu sen pun tak dak. Dia tahan teksi, teksi tu bawa pi kat tempat aku keja. Masa aku jumpa makcik ni dia masih trauma, dok tepi longkang sambil nangis. Aku dengar cerita tu jadi tensen abis. Tengok muka orang indon tua tu kesian betul. Aduh...polis berhemah, cekap dan betul.
By Anonymous on APA KATA PEMBACA TENTANG POLIS at 5:18 PM

POlis memang berhemah , kesah nya begini : beberapa lepas masa kami adik beradik nak balik raya ke Kelantan, masa tengah jalan tu (kuala lipis kot) tiba2 polis letak kon & tahan kereta kami, pastu dia cakap saya memandu melebih had laju... di pendekkan cite, dia bagi 2 pilihan :

1. nak saman ker? 2. nak bayar kat dia saya cakap takde duit, saman je la encik. 2 kali dia ulang, saya pun tak ubah pendirian... last skali, dia kata dengan tersenyum ' tak pe la encik boleh jalan'... saya pun blah la.. KAN BERHEMAH tu PDRM..
By Anonymous on APA KATA PEMBACA TENTANG POLIS on 8/18/11

bro... polis ni, penjawat awam & GLC staff pun kadang2 dier serang. Kisah ni berlaku pada teman 2-3 tahun lepas. Teman salah seorang staff TM yg diwajibkan bertugas di Litar F1 Sepang menjaga network pasukan2 Scuderia Ferrari & Telecom Italia. Sepanjang ke Litar F1, jalan jammed.

Kebetulan pulak Exchange TM berhadapan dgn Litar F1 cuma tersorok. Punyalah jalan road block sampai nak ke Exchange pun xbleh. sampai ke LCCT teman terpaksa koner.. bila nak belok kiri. ditahan POLIS GEMOK.. polis GEMOK kata Telekom mana ada kerja harini.

Bodoh piang punya POLIS GEMOK. teman jaga network pasukan Ferrari aritu pun xpercaya siap tunjuk pass masuk.. kalo down, suruh ler polis GEMOK baiki. masa tu aku maki POLIS GEMOK.. woii barua anjing.. dier tak kater aper maybe sb kereta2 kat belakang pun PANAS jer sampai langgar kon. Teman pun pusing balik, terpaksa ikut Salak Tinggi...
By John Obi Mikel on APA KATA PEMBACA TENTANG POLIS on 8/18/11

salam tt, aku kenal sorg perempuan indon, dia kerja di Malaysia. Sepatutnya balik ke indonesia awal bulan aritu..tapi nak naik flight ditahan oleh pegawai imigresen. Alasannya, kena tunggu sampai habis pilihanraya dulu baru boleh balik indon.

Presiden indonesia juga dikatakan dah bagi greenlight pada malaysia untuk pinjamkan rakyat mereka yg tinggal di Malaysia untuk mengundi di pilihanraya akan datang. lepas habis pilihanraya. akan dapat ic dan kemudian baru boleh balik..tak pasti sejauh mana kenyataan "meminjamkan rakyat indon utk mengundi" tu betul.. yang pasti.. perempuan indon tu masih kat malaysia.dia tak boleh balik selagi tak abis pilihanraya.
By Anonymous on APA KATA PEMBACA TENTANG POLIS on 8/18/11


Satu pagi, hujung bulan, saya bergegas ketempat kerja tunggang motosikal vespa buruk, tanpa r/tax dan insuran jalan. Ini kerana gaji kecil, anak ramai, ada yg masih menyusu dan bersekolah.

Keutamaanya beli makanan untuk keluarga dari r/tax. Lagipun saya bukan kaki merayau. Guna motosikal hanya untuk keperluan asas sahaja. Dah la keluar rumah ke tempat kerja dengan masa hanya cun..cun sahaja, kali ni keta tahan Polis pulak.

Polis tak pun periksa lesen, terus-terus minta duit kalau tidak beliau akan tulis saman. Hati mana tak risau, kesalahan ada, mau tak mau kena bukak dompet, buat rayuan, kerana duit dalam dompet hanya semata-mata tinggal semangga RM50 saja. Yang itu lah untuk ditampung kesemua keperluan seisi keluarga. Adoi tak ada kesihan belas. Ingatan ini kekal sehingga kini walaupun dah 20 tahun berlalu, kejadian di Jalan Bagan Dalam, Butterworth, nama anggota Polis tersebut Kons. Halim, mungkin sekarang dah naik Pangkat Sargent. Tubuh badan masih melidi sehingga kini.
By Anonymous on APA KATA PEMBACA TENTANG POLIS on 8/18/11

9 ulasan:

  1. berhemah?? mcm pantat ada la

    BalasPadam
  2. Ni aku pun nak tambah jugak..
    last week aku pergi jakarta. Tengah nak pergi tanah abang , aku sesat jalan kaki. Aku tanya dgn satu abg sekuriti buiding ni.
    Dia tanya aku asal mana pasal loghat aku lain. Aku cakap Malaysia.
    Ko tau ape die ckp lepas tu?
    Sy pun dulu keje di Melaka. Selalu kena pau ngan polis Malingsia..
    KahKahKah..

    Polis mmg berosmah (ayat ganti sangat berhemah)

    BalasPadam
  3. Polis nak baiki Imej kena birsihkan lar pegawai2 dia.. bukan cerita baru.. polis2 yang keluar bertugas ni makan rasuah la geng along la gangster bahkan penjenayah.. siap jadi penjenayah pon ada.. tapi bukan takda pegawai polis yang berhemah.. baik jujur dalam menunaikan tugas.. tapi mungkin mereka ini berjawatan rendah dan tiada upaya untuk membersihkan perkara ini.. sama juga dengan kabinet perwakilan etc.. huish nak report kat sapa kalau boss menyeleweng? last sendiri pon ikut menyeleweng.. hmm

    BalasPadam
  4. pak ngah aku (polis pencen)bila dah pencen baru berani membuka tembelang polis-polis yang jahat. Kata dia kalau ada polis yang nak jadi baik diantara diorang pasti akan dibuli habis-habisan supaya tunduk kat diorang. Dengan itu senang diorang nak buat sesuka hati diorang tiada siapa yang berani mengadu samada kepada pegawai atasan atau kepada awam., aku tak tahu samada nak pecaya ke tidak ngan apa yang pak ngah aku cakap tu ... tapi kalau tengok 'karenah birokrasi' pak ngah aku tu mungkin juga aku boleh percaya dengan citer dia sebab sampai hari ni perangai 'langsi' dia masih macam tu gak, (sebenarnya aku sampai sekarang pun masih 'cuak' bila berdepan ngan dia ) brutal dia ngalahkan triple H, dan dalam masa yang sama aku semakin tak berapa gemor kat dia ... sepupu sepupu aku (anak-anak dia) semua baik-baik je aku tengok. Ada satu citer yang aku dengar (tapi cerita ni dari versi kawan lama dia masa sama-sama dalam polis dulu ) tahun 70an ngan 80an dulu malam-malam kalau naik basikal pegi ke pekan kena pasang lampu, nak jadi citer pak ngah aku ngan kawan dia tu tahan seorang india mabuk naik basikal tak de lampu. samada memang diorang nak 'pau' india tu aku tak pasti tapi bila india tu banyak cakap pak ngah aku lempang india tu sampai tersungkur, yang peliknya kata kawan pak ngah aku tu india tu terus hilang mabuk dia lepas kena pelempang pak ngah aku., dia pun tak tahu samada india tu betul-betul mabuk atau cuma 'aksyen' je...

    BalasPadam
  5. polis di London tu tak guna meriam air lagipun ni kangkong tak paham ke disana tu betul2 rusuhan yang merosakan harta benda tu sbb polis mereka nampak ganas perusuh2 tu pun ganas2 plak tu..

    BalasPadam
  6. Bro Isham,

    Sey berkongsi pengalaman ditangkap polis gara2 isu 'black metal' ciptaan utusan meloya pada hujung tahun 2005 lalu.

    Sey bersama2 kawan sey organized satu gig metal di seremban pd hujung tahun 2005. Gig memang dibuat secara sah sebab ada permit daripada MPS dengan sokongan surat OCPD Seremban.

    Tau2 je dah tersebar sms palsu ttg KONONNYA akan berlaku ritual membakar quran oleh bdk2 sekolah yg dtg ke gig sey tu...berduyun2lah sang 'perwira2 bangsat 3 line & pekuda' dtg berkumpul depan dewan Negeri Sembilan Ceylonese Association bersebelahan dengan Court Mammoth Seremban tu...sey sangkokan org ramai dtg nak tgk gig....kayolah sey aritu..kakakakaka..

    dipendekkan cerito, pkl 8.25pm sampailah Black Maria 2 trak, berbaris lah FRU mcm program Bersih 2.0 kt KL 9 Julai lopeh...gerombolan FRU ni berbarislah sambil berkawat menuju ke arah dewan....kami2 bdk2 yg dtg tgk gig termasuk sey agak terkemama maso tu sobab mcm tak percayo FRU ado dopan dewan tu...

    last2 kuarlah arahan...Jangan Bergerak, anda semua sudah dikepung...sila berada ditempat ada berada sekarang....kakakakakaka...budak2 yg ado semuo tergolak2 sobab tak percayo FRu n polis nak tangkap n serbu tompek gig ni....

    kami2 ni semuo dibawaklah ke IPD SBN 2....

    Sey tanyo pado OCPD napo lak tangkap sodangkan ado permit? jawapan dio sajo2 nak buek opreasi...tak berkait langsung dgn black metal...

    sey lak disumbat dlm lokap 3 hari..atas alasan kantoi urine(positif ganja & ice) walhal sey tak hisap rokok apatah laie hisap dadah...hampeh sungguh polis ni...torang2 sey dinayo-an...gampang betul...sampai sekarang sey menyumpah cilako kt Hassanuddin Hassan bekas OCPD time tu...dio nilah barua segalo barua...

    BalasPadam
  7. betul tu bro,aku tahan je muntah aku ni tengok muka kang kong tuh.suwey tol muke die tu


    Galaksi Andromeda Akan Berlanggar Dengan Bumi Dalam 10-20 Tahun Lagi

    BalasPadam
  8. har3x.. bodek tahap gaban.. tapi cipan suka la bodek ko raduan.. ada kelas.. muka bodek mesti tembam dan perut buncit.. demi allah, memang diciptakan khas 99% kaki bodek mesti pipi tembam, otak lemau dan perut buncit/boyot...

    BalasPadam
  9. masalah dng kongkang umngok.....tak paham atau buat2 tak paham. banyak beza apa yg berlaku dilondon dng apa yg berlaku di kl...dilondon memeng RUSUHAN... di kl....HANYA UMNGOK dan GEROMBOLAN KATA itu rusuhan.memang payah berhadapan dng manusia kaki bodek @ kongkang.....

    BalasPadam