Sabtu, 27 Ogos 2011
MEMANG SUSAH JADI MELAYU
PENGIKUT SYIAH DI KARBALA IRAQ
JAIM SERBU MARKAS FAHAMAN SYIAH - meloya
MELAKA 25 Ogos - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hari ini menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam dekat sini yang dipercayai menjadi markas sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah.
Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buku dan risalah mengenai fahaman Syiah yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri ditemui di rumah tersebut.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, buku dan risalah yang ditemui itu telah siap dibungkus dan akan diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan-jabatan kerajaan.
Lebih mengejutkan, katanya, satu memorandum mengenai penubuhan Persatuan Syiah Malaysia yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut ditemui di situ.
"Siasatan awal mendapati, buku-buku yang akan dihantar itu datang daripada Majlis Syiah Malaysia beralamat di Ulu Tiram, Johor Bahru dan sejumlah 6,000 naskhah telah dihantar ke seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas mengetuai serbuan itu di sini, hari ini.
Antara ajaran kumpulan itu adalah menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak dan membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa walaupun bukan dalam keadaan darurat.
Pengikut ajaran tersebut juga menyanjung Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan dengan menganggap golongan itu maksum atau bebas daripada dosa serta anti para sahabat kecuali Saidina Ali.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
woit... SUSAH JADI ORANG MELAYU DI MALAYSIA INI... kah kah kah...
kah kah kah.... MAKAN DALAM GEREJA DITUDUH MURTAD.... kah kah kah...
kah kah kah.... DAPAT BATUAN DARI GEREJA DI TUDUH MURTAD.... kah kah akh
woit....YANG TERBARU.... TAK IKUT AJARAN SUNNAH WAL RASUAH KENA TANGKAP....kah kah kah...
nota:
kalau ikut ajaran sunnah wal rasuah ini
berapa ramai agaknya pengikut syiah yang akan ditangkap?
dipakistan hampir setengah penduduk ialah syiah
di iraq majhoriti syiah
di syria libanon mesir memang ramai penganut syiah
dan di iran lagi ramai
hu la la kah kah kah
ahli sunnah wal rasuah mmg kaki belit fakta...ulama al azhar ahli sunnah wal jamaah ckp takde masalah beribadah dgn mazhab syiah.MMG SAH DI MALAYSIA SUNNAH WAL RASUAH BKN SUNNAL WAL JAMAAH
BalasPadamIslam cara umno saja yang betul .
BalasPadamIslam yang lain lain semuanya salah dan sesat.
Tapi maseh gila nak kahwin dengan PAS
Bulan puasa orang Syiah banyak BERSELAWAT
BalasPadamTapi orang Sunah AlWang Rasuah di Malaysia ni asyik sibuk pasal LIWAT
Ketua AMNO Bahagian Hatyai Danok TERPAKSA lepaskan jawatan kerana LIWAT...kah kah kah.kah kah
x soh wat bodo isang
BalasPadam"Pengikut ajaran tersebut juga menyanjung Ahlul Bait iaitu ahli keluarga Nabi Muhammad SAW.."
BalasPadamSuka dan taat kepada KELUARGA NABI pon salah??? Pelik betul la Ahli Sunnah wal jamaah ala Malaysia ni!! Ehh, 'Ahli Sunnah' ape? Sunnah Muawiyah ke korang ikut ha? Memang iye pon. Dalam sejarah awal Islam, memang Muawiyah bermusuh dan berperang dgn KELUARGA NABI. period!
"..secara keterlaluan dengan menganggap golongan itu maksum atau bebas daripada dosa serta anti para sahabat kecuali Saidina Ali."
Helloooooooooooo............
Ramai lagi sahabat2 lain yg shiah sanjungi, yg taat setia kepada ahlul bait sampai hayat mereka... termasuk bilal, salman al-farsi, dah lain2nya. Ramai sahabat2 lain yg berpaling tadah sejurus Nabi wafat. Nabi dah pesan tinggalkan Al-Quran dan AHLUL BAIT (HR muslim), tapi diorang tak ikut. Hadis abu huraira yg korang nak pegang sangat2 tu pon bole la jugak, "al-quran dan sunnah", tapi kalau ikut sunnah, kena la yg di-manifest dan diajar oleh ahlul bait di masa itu, e.g. imam 'Ali, dan seterusnya.
Pelik la ahli sunnah muawiyah wal jamaah di Malaysia ni! Ayah Pin apa kabar? hahahahahahahahhaha!!!!
Pasai kuat sangat ahli sunah ler tu, Saidino Ali lanjutkan tempoh opersai pusat hiburan sampai9 pukoi 3 pagi dibulan puaser ni.
BalasPadamkahkahkah .....ghamai pengikut Saidino Ali nih....penoh satu Melaker.
Salam TT.Topik menarik!Jangan kaitkan Ahli Sunnah wal jamaah yang sebenar dengan ahli sundal wal rasuah.Di Melaka memang banyak pengikut dan penyokong gerombolan yang bermahzab Ahli sundal wal rasuah sepertimana KM mereka.
BalasPadamAhli sundal wal rasuah memang akan main isu agama untuk nak tipu melayu.Kes baru-baru ini seperti serbuan Jais di gereja. Mereka memang berfahaman sesat pasal telah didalangi yahudi Apco.
Berbalik kepada isu syiah dan ahli sunnah,rakyat negara ini mesti faham dan jelas antara akidah kedua-dua mahzab.Telah menjadi tradisi penduduk kepulauan melayu dari dahulu boleh di katakan hampir keseluruhannya bermahzab ahli sunnah. Adalah baiknya keadaannya begitu supaya kita dapat menjaga nasab(keturunan) kita begitu.Sebabnya fahaman syiah boleh dipertkaikan atas alasan yang mereka tidak mengiktiraf sahabat2 nabi s.a.w yang lain selain Saidina Ali dan turut menghukum mereka itu semuanya kafir.Jadi adalah perlu kita berwaspada dengan ajaran syiah, sebab semua sedia maklum sahabat nabi yang empat2 itu sudah dijamin syurga oleh Allah.
Cuma yang harus kita berperang sekarang bukannlah dengan Pengikut Syiah,tapi kena berperang dengan pengikut2 dan gerombolan Ahli Sundal Wal Rasuah pimpinan Lebai Monggol yang telah mengajar ajaran sesat pada pengikutnya bahawa yang merogol amah,bunuh betina monggol,teguk bir oleh iman KDN dan merasuah adalah afdal bagi mereka.
Woi, kau tau tak Syiah Jaafari 12 Imam tu sesat. Diorang tu mengkafirkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. serta ramai sahabat-sahabat Nabi radiyallahuanhum. Syiah 12 Imam tu dahlah kata Al-Quran sekarang palsu. Pertahankanlah Ahlussunnah wal Jamaah di malaysia jgn biarkan Syiah 12 Imam bertapak di negara ini. Sekarang ni diorang bolehlah bermuka2 tunjuk baik, tapi seandainya Syiah jadi majoriti di malaysia, diorang akan bunuh dan tindas penganut sunnah sepertimana di Iran dan Iraq. brother tukartiub jgn jadi bodoh!!! JAIM tu dah kira baik dah banteras Syiah di Melaka tu, dapat pahala kerana membanteras ajaran sesat
BalasPadamPuak Syiah 12 imam golongan yg bermuka muka!!!!!!! takyah tunjuk baiklah. Apaapa pun, janji JAIM buat kerja. Ahlussunnah walJamaah adalah benar manakala Shiit 12 Imam terang2 sesat!!!!!
BalasPadamBayangkan kita pergi melancong ke nagara timur tengah. Tetibe kena tangkap sebab kita berfahaman Sunni. Alasannya Sunni telah diharamkan di negara tu.
BalasPadamBayangkanlah perasaan kita ketika tu. Mesti kita akan tuduh pihak berkuasa di sana zalim sebab tak menghormati fahaman kita.
Tapi bila Melayu buat pada orang lain bleh pulak!!
Sudah banyak negara yg saya lawati di seluruh dunia ni..tapi saya rasa Melayulah kaum yg paling tidak bertoleransi!
So-called ahli sunnah muawiya wal jamaah kalau berhujah memang tak henggat...reference entah kemana.. main sedap mulut kan :) Garangnya sebijik macam Umar (tapi garang2 Umar pon, takde satu pon dalam sejarah beliau dapat kejayaan besar dalam mana2 peperangan yg ketuai beliau).
BalasPadam"Some of the people of my Ummat will be brought and they will be taken to the left. I will say, My Lord they are my Ummat, why do You take them to Hell. I would be told You don’t know what all they did after you. Then I will say as the righteous one (Prophet Isa) said: ‘Till the time I was among them I was witness. When you raised me up You were the only One to monitor them.’ I will be told that these people had renegaded after I left them.
(Sahih Bukhari, Volume 6, Hadith No. 149)
"We recognized the hypocrites by their hatred of Ali."
1. Fada'il al-Sahaba, by Ahmad Ibn Hanbal, volume 2 page 639 Tradition 1086
2. al-Isti'ab, by Ibn Abd al-Barr, volume 3 page 47
3. Al-Estidkar, by ibn Abdulbar, volume 8 page 446 (narrated from Jabir)
4. Muwadeh awham al-Jame wa al-Tafriq, by al-Khatib al-Baghdadi, volume 1 page 41
5. Al-Manaqib, by al-Khawarezmi page 232
...dan byk lagi references.
Brapa ramai kat malaysia yg main ikut2 je, sehingga menjerumuskan diri membenci ahlul bait! sendiri mau hengat la...
Yg best nya Syiah nih, dia punya nikah mutah jer. Itu yg ramai nak join.
BalasPadamKah kah kah win.
assalamualaikum.wbt.
BalasPadamJAIM mahupun JAKIM ,ahli sunnah wal jamaah....pun mereka sebenarnya tak faham....di malaysia hari ini mana ada ahli sunnah wal jamaah...yg ada cuma ulamak RUBBER STAMP umngok,pendapat lain semua ajaran sesat....org macam ustaz ASRI pun boleh diketepikan.mana ada lagi ulamak dalam kerajaan malaysia hari ini.yg ada cuma ulamak CARMA alias cari makan......
mengikut orang tua aku....ajaran ABU BAKAR adalah ajaran yg benar.kerena telah diakui pleh NABI MUHAMMAD bahawa ABU BAKAR adalah AS SIDDIQ (berkata benar)
namun orang tuaku juga berkata ajaran dari sebelah FATIMAH juga tidak salah asalkan tidak mengkafirkan org lain.....
namun apa yg dikalutkan semuanta syariat....tak ramai manusia sekarang mencari HAKIKAT atau MAKRIFAT,kalau adapun yg mencari atau mengajar maka dituduh sesat....!!!
banyak laman2 web tg membincangkan perkara hakikat dan makrifat dituduh sesat dan disekat dan di haramka oleh ahli sundal wal rasuah.mengukut org tuaku lebih baik zaman BRITISH dulu hal agama tiada ganguan.
laman web seperti HAKKIKAT INSAN disekat gurunya ditangkap serta dituduh sesat....siapakah susuk yg dituduh sesat itu?????beliau adalah cucu TOK KENALI seorang ulamak agung di kelantan.....si cucu mendapat ilmu dari datuknya lalu di kembangkan itu pun salah....ISLAM di malaysia hari ini cuma ikut2.cuba tanya pada org yg dipanggil ustaz perkara mengenai ketuhanan hampeh jawapannya.....rukun syahadat pun mereka tak tahu tapi mengaku ustaz..... wassalam......
Kalau nak kata orang tu sesat tunjukkan apa yg telah mereka buat. Jangan tuduh melulu. Silap2 kita yang sesat Brother Tanpa Nama..
BalasPadamPada zaman Saidina Umar al-khattab r.a., empayar Islam meluas sehingga ke Parsi, Sham (Baitulmaqdis ditawan Islam di zaman beliau), ke Mesir, dan sebagainya. Itulah kejayaan Umar al Khattab r.a.
BalasPadamAnyway, golongan Sunnah tidak pernah membenci Ahlulbait, kalau tidak kenapa kita memberi title radiyallahuanhu kepada Saidina Ali r.a. betul tak?/
Assalamualaikum, selawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga Baginda yang mulia.
BalasPadamSeorang yang soleh akan berusaha sebanyak mungkin mencontohi amalan Nabi s.a.w. yang maksum. Begitu juga kaum Syiah. Saya lihat mereka yakni kaum Syiah begitu bersungguh-sungguh mencontohi amalan-amalan Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam mereka yang dianggap maksum. Setiap apa yang diriwayatkan oleh para imam Syiah Jaafariyah adalah apa yang diamalkan oleh para imam tersebut ( para imam mengamalkan setiap apa yang diriwayatkan dan disampaikan oleh mereka). sebagai contohnya, nikah mutaah. Adakah ada riwayat dalam kitab-kitab Syiah yang mengatakan bahawa para imam mengamalkan nikah mutaah? kalau ada, sila nyatakan bila, di mana, dengan siapa, berapa kalikah, berapa maharnya, dan adakah isteri-isteri para imam juga mengamalkan nikah mutaah?????? :p
kajila medlm skit pasal syiah ni, jgn dok dgr ckp org ataupun bergantung dgn media zionist atau umpornoapco jea kalo dikaji balik btul2 sebenarnya kt negara arab tu golongan sunnah dan syiah adalah bersaudara tapi yg sampai kat kita dr media zionist seolah2 diorang berperang sesama sendiri.......inilah antara dasar pecah perintah yang berjaya zionist serapkn sesama umat islam supaya berpecah belah sesama sendiri
BalasPadamislam di sini tak lebih dari label...
BalasPadamYa Hishamudin,
BalasPadamPoint of clearification.
Agama Islam tulin adalah Islam Quran sahaja. Apabila Islam Quran di campur aduk dengan buku lain(hadis) maka timbullah mazhab.
Sila rujuk
1)http://warongpakyeh.blogspot.com/2010/05/ahli-kitab-vs-ahli-seleweng-kitab.html
2)http://warongpakyeh.blogspot.com/2010/02/bohong-sunat-lahwal-hadis.html
kesah nye, hanya .... ahli syiah di malaysia ditangkap ...
BalasPadamyang hangpa semua pi kaitkan dengan sahabat dan ulama dulu dulu pasai ape... terutama sahabat yang dijamin syurga ....serta sahabat yang telah berkhidmat dengan nabi sendiri .... kome ade ilmu ke berkaitan sahabat sahabat tu ...kalu tak ade, takat dengar ape yang diperkatakan, baik tok sah memperlecehkan sahabat sahabat nabi ... takut nanti kome 'senang senang aje tanggung dosa yang tak terampun' dari penghinaan yang terlampau ... terutamanye berkaitan muawiyah, dia bersama nabi dalam perang badar, ahli badar adalah ahli yang dibawah jaminan nabi....
bercakap jangan ikut sedap mulut ...baca sejarah perjuangan islam sebenar ... jangan hanya menjadi 'corong speaker' buta matahati ...
"terutamanye berkaitan muawiyah, dia bersama nabi dalam perang badar, ahli badar adalah ahli yang dibawah jaminan nabi....
BalasPadambercakap jangan ikut sedap mulut ...baca sejarah perjuangan islam sebenar ... jangan hanya menjadi 'corong speaker' buta matahati ..."
Dijamin syurga? Well, tetapi diharap jangan la pula marah jika dikatakan ada sebilangan besar Muslims lain2 yg tak setuju dan tak percaya hadis tersebut ya :)
For quick reading, sila rujuk yg ini dulu:
http://en.wikipedia.org/wiki/Hadith_of_the_ten_promised_paradise
Kalau nak jauh lebih ilmiah, cari lah buku2 yg bersangkutan.
Lagi pon, kalau kita lihat sejarah, Umar penah ada rekod membantah, meninggikan suara, mempersoalkan kata2/arahan nabi (saws). Anda tahu sejarah ini? Jika tidak, bacalah kisahnya, byk ditulis oleh penulis2 Sunni juga. Cuma sedar tak sedar je. Padahal, alQuran (aka "Allah") berkata:
"O ye who believe! Raise not your voices above the voice of the Prophet, nor speak aloud to him in talk, as ye may speak aloud to one another, lest your DEEDS become VAIN and ye PERCEIVE NOT. [49-Al Hujurat:2]
yup... kalau faham la akan ayat yg straight forward tu! ;)
Rasanya tak perlu ijazah al azhar pon nak faham ayat tu.
Sepanjang pengalaman saya lah, org2 islam ahl sunnah yg kebiasaan bercakap seperti corong speaker.. ahli shiah tidak mcm tu, mereka secara average nya jauh lebih ilmiah dari ahli sunnah. Sorry, tapi itulah pengalaman.
eid mubarak... Maaf zahir & batin... wassalaam.
xpa la..nk takut pe benda..Syiah, Sunni,sufi,ibadhi,true salafi pun Islam gak,,sume ulama da akui...yg kasi kusut ni sbb nk tutup isu2 Politik wal rasuah lah tu....owh tidak...
BalasPadamHadis no. berapa, m/s berapa, dan dijilid Sahih Bukhari dan Muslim yg mana kata Umar tinggikan suara dengan kurang ajar di depan Nabi? Jgn memandai2 nak tuduh Saidina Umar r.a. tingikan suara dgn kuirang ajar di depan Nabi s.a.w?
BalasPadamBerdasarkan pengalaman aku, Ulama Sunnah lagi ilmiah dari ulama Syiah. Aku dah byk kali tgk video Sheikh Adnan Aroor (Ulama Sunah) kalahkan ulama Syiah dlm perdebatan.
Wahai org Syiah, kalau betul nikah mutaah tu sah, dlm kitab Syiah mana kata imam2, anak2, dan isteri2nya amal nikah mutaah? Cube citer, cube citer???
Saya pun sokong PAS dan sokong perjuangan fikrah Islam tapi takdelah sampai nak menerima Syiah Iran. Janganlah hanya kerana Iran itu namanya Republik Islam Iran (Jomhuriye-Eslamiye-Iran), pemerintah tertingginya berpangkat AyaDOLLAR, kite menyokong puak Syiah Imamiyah dan menentang JAIM hanya kerana tangkap puak Syiah.
BalasPadamKepada geng2 fikrah Islam, iaitu org2 PAS dan seumpamanya, jgnlah hanya kerana Iran tu negara Islam dan 'melawan Amerika' kita membuta tuli menyanjung puak Syiah. Saya faham, ramai dikalangan orang Sunnah di Malaysia ingin mendaulatkan Islam dan masih berjuang dengan harapan tersebut, tetapi jgnlah sampai tak dapat bezakan antara yg betul dan salah.
Boleh jadi, Iran mungkin menyokong PAS dengan niat nak 'game' org2 PAS, menggunakan slogan persaudaraan Islam untuk menyebarkan Syiah di Malaysia. Bila markas Syiah diserbu, mereka berkokok kata ini kerja jahat kerajaan BN untuk tarik simpati PAS.
Saya faham pemikiran jenis ni pasal saya dulu pun 'sokong Iran' siap lukis lagi bendera Iran dengan kalimah Allah berbentuk bunga tulip (jata negara Iran) dalam buku sekolah saya. Saya pun pada masa itu menganggap bahawa Syiah Imamiyah, Iran ,dan Hizbullah tu 'hero' umat Islam.
Tp, lama kelamaan, apabila saya kaji dalam lagi, saya dapati ada suatu yg tak kena dgn Syiah Imamiyah. Yalah, diorg kata Najaf dan Karbala tu tempat suci, tp dalam Al-Quran dan Hadis xde pulak kata Najaf dan Karbala tu tempat suci, bahkan mention nama tempat ni pun tadak.
Bab kedua, kalau Syiah tu hero sgt lwn Amerika, aku rasa Sunnah lagi hero. Perang kemerdekaan Algeria dan Indonesia byk digerakkan oleh pejuang2 Islam Sunnah, Hamas dpat tawan Gaza, dan Sudan sejak 1989 jadi negara Islam dan mengamalkan undang2 Syariah.
Yg ketiga, dah terang2 di Iraq dan Iran, tentera dan militia Syiah menindas org Sunnah dgn kejam dgn menyeksa dan membunuh mereka, jd bagi saya mereka xleh dipercayai.
Kesimpulannya, kepada geng2 fikrah Islam, teruskanlah berjuang dgn yakin bahawa suatu hari nanti, Islam akan kembali didaulatkan di Malaysia tanpa bantuan Syiah. Yakinlah bahawa kita akan berjaya spt mana di Gaza, Sudan, dan sebagainya.
Berhati-hatilah dgn Syiah.
Nampak nau ignorant nya ramai ahli sunnah. Ulama2 muktabar ahl sunnah tahu something pasal truth. Tapi susah dan berisiko untuk hebahkan, sebabnya ulama2 yg kecik2 & ramai ni la yg selalu buat pening kepala kpd ulama2 besar. Ulama2 kecik & pengikut2 yg kecik2 ni yg ada lidah sendiri, pandai2 cakap sendiri. Tu pon tak termasuk lagi MUNAFIK yg bersongkokol dalam PAS atau seumpama. Hangpa ingat takde ka spy2 dalam PAS? Ingat tu, mana2 yg bercakap yg boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian sesama Muslim, itulah barangkali si munafik tu.
BalasPadamDi zaman Nabi sekalipon, baginda sendiri tahu munafik, tapi baginda tidak pula singkir atau hebahkan kpd public. KENAPA? Sendiri mau hengat....kah kah kah kah!!!
Kpd yg tanya sejarah Umar tinggikan suara ketika Nabi bagi arahan, engkau RUJUK la mana2 buku sejarah Nabi. Takkan nak suruh aku plak, sbb aku lupa la tajuk buku2 tu, tapi aku ingat la kisah2nya; takkan ko nak percaya bulat2 cakap aku kan? Usaha la sikit brader! Baca! Iqra! Buku2 sejarah berlambak der..hehehehehehhe.
Apa yang penting??? yang penting ialah, kasi tombang itu BN... lepas tu, kerajaan altrenatif kena organize satu DIALOG UMUM antara SYIAH dan AHL SUNNAH... Biarkan ulama2 ni bercakap, orangramai duduk tepi, fikir dgn akal, dan decide la apa yg dirasakan benar. Itu yg penting.
Camna pon, selamat hari raya... maaf zahir batin yer...
hahahaha kpd puak Syiah. Syiah Imamiyahlah yg munafik bagai. Bukan niat nak menanam kebencian sesama Islam, tp hendak memberi penerangan ttg bahaya Syiah.
BalasPadamDalam kitab puak Syiah ni dia kata darah org Sunnah ni dihalalkan utk dibunuh. Diorg ni ada amalan Taqiyyah iaitu menyembunyikan akidah apabila berhadapan dgn org yg berbeza akidah. Cth, kita kata kat Syiah bahawa diorg menghalalkan darah org sunnah, diorg akan menafikan bermati-matian. Inilah yg dikata munafik.
Kah,kah, kah, puak Syiah dah xde modal nak bantai puak Sunnah pastu nak kate org2 sunnah yg tahu kejahatan Syiah sbg munafik, spt geng2 umngok, VIP2 katak, geng2 Katak PERKOSA, Zul Kulum, dan Berahim Katak kata PR ni nak menjahanamkan masa depan Melayu, pro cukong dan pecah belahkan Melayu padahal sebenarnya geng2 PR ni nak membentuk masyarakat yg lebih adil untuk semua kaum dan mengahpuskan monopoli gerombolan kroni2 Umno yg hanya tahu menghabiskan duit negara.
Saudara Isham, Syiah tu sebenarnya amat feudalistik dan mencekik rakyat. Bayangkan dlm ajaran Syiah, setiap penganut Syiah wajib membayar khums (1/5 dr pendapatan kasar tahunan) kpd ulamak2 Syiah, n ulama2 ni hanya tahu guna khums utk memewahkan diri sendiri dan kroni. Tu belum sebut lagi zakat2. Bygkan, rakyat di Iran dlm kemiskinan sebab sistem khums yg amat feudal ini.Ulama2 SYiah kat sana hidup mcm bangsawan, harta rakyat diperas. Tambahan pula, kalau xbayar khums utk tahun itu, xboleh naik haji.
BalasPadamBygkan br. Isham, betapa feudalistik mereka ini daan amat tak compatible dgn kebajikan rakyat. (Ulama2 Syiah ni mcm geng2 umngok n kroni).
Anyway, marilah kita sama2 tumbangkan UMNO n BN in next PRU n wujudkan masyarakat yg adil. Pcayalah, kalau PAS berkuasa n dakwah Islam diberi hak yg luas dan sah utk berkembang, xkan wujud Syiah2 di MAlaysia ni.
apeciter wawasan 2020...dh x lame lg ni...
BalasPadam