Selasa, 2 Ogos 2011
PENGUMUMAN PROJEK BUKU BERGAMBAR BERSIH 2.0
BUKU BERGAMBAR BERSIH 2.0
PENGUMUMAN PROJEK BUKU BERGAMBAR BERSIH 2.0
adalah di beritahu
kepada semua warga
kepada semua anak muda
kepada semua jurugambar
yang amatur dan yang profesional
bahawa:
satu projek buku bergambar
tentang BERSIH 2.0 sedang diusahakan
sesiapa sahaja yang memiliki
gambar gambar sebelum atau sesudah 9 julai
atau gambar yang bersangkutan dengan BERSIH 2.0
gambar gambar ini sedang dikumpulkan
gambar yang dikumpulkan ini akan di cetak
dalam sebuah buku sebagai tanda sejarah
buku ini akan dihadiahkan kepada warga malaysia
anak semua bangsa dengan percuma
tuan empunya gambar ini boleh menghantar
gambar gambar ini ke: bersih97@gmail.com
syarat:
1 – sila nyatakan nama pemilik/jurugambar ini
2 – sila berikan hak untuk di cetak
3 – sila huraikan sadikit latar belakang dimana gambar ini diambil
4 – tuan empunya boleh menghantar gambar ini dalam bentuk jpeg sahaja
5 - boleh menghantar seberapa banyak
6 – gambar asli dan tidak boleh di reconstruk
7 – gambar gambar akan dipilih dan yang tidak dipilih akan tidak dipulangkan
SILA HANTAR SEKARANG KE: bersih97@gmail.com
TARIKH TUTUP 15 OGOS
NOTA
projek ini adalah projek untuk nusa dan bangsa
ini tidak ada keuntungan yang akan dibuat
malah ini BUKAN projek perniagaan bumiputera
yang penting ianya bukan "satu lagi projek barisan nasional" hehe
BalasPadamder..lu cari sikit dawama kroni sape..? ni assignment utk lu..
BalasPadamyahu. salut pada orang yg cetuskan idea nak bikin buku ni.
BalasPadamLepas ni sure KDN akan haramkan buku tu. Ini bagus bikin ia lebih MALATOP.Kah..kah..kah..
BalasPadamBro TT, jgn nanti belum apa-apa najib suruh haramkan pulak buku yg akan mengalahkan dr in the house.
BalasPadamsukses....
BalasPadamdalam berita hairan ada berita yang mengatakan Mubarak, anak-anak dia Gamal dan Alaa, Ketua Keselamatan Habib Al Adly dan enam pegawai kanan polis akan dihadapkan prosiding yang bakal disiarkan secara langsung di TV Mesir.., Mubarak, Habib Al Adly dan enam pegawai kanan polis itu boleh dijatuhkan hukuman mati jika sabit kesalahan mengarahkan kekerasan kepada penunjuk perasaan di Mesir yang membawa kepada kejatuhan regim Mubarak ... Teman nak sangat nengok orang-orang yang melakukan kekerasan pada peserta perhimpunan bersih 2.0 dulu tu di hadapkan ke Mahkamah dan siarkan secara langsung kat TV ... bior seluruh rakyat Malaysia nengok demer terkencing-kencing dalam seluor ... padan muka kau setan... baghu komer sedor langit tinggi ghendah ... bajang beranyut ...
BalasPadamkorang ingat najib bengang x dgn surat yg husam antor ni??? kah kah kah kah...
BalasPadamHusam: Kelantan mahu import beras dibuka untuk negeri PR
Husam Musa
Surat ini diutus kepada YAB Datuk Seri Perdana Menteri pada 1 Ramadhan.
Pertama, untuk mengucapkan salam Ramadhan kepada YAB Datuk Seri. Di samping itu, saya doakan juga dengan berkat Ramadhan, YAB Datuk Seri segera sembuh.
Kedua, untuk mencadangkan program pengurangan kos hidup yang melambung sekarang bagi membantu meringankan keperitan rakyat jelata. Ramadhan antara lain mendidik keprihatinan jiwa Mukmin terhadap anggota masyarakat yang lemah, terkesan dengan beban hidup dalam menyara kehidupan diri dan keluarga.
Melalui berlapar, kita merasai kesukaran rakyat yang miskin dan memerlukan. Kita menghayati keperitan mereka dan mendesak jiwa dan minda kita memikirkan seribu satu cara untuk berkongsi penderitaan mereka.
Salah satu isu yang menghimpit rakyat sekarang adalah kenaikan kos barang-barang keperluan seharian, seperti YAB Datuk Seri sendiri mengakuinya dengan cadangan langkah memerangi kos kehidupan sebagai satu lagi bidang keberhasilan utama negara seperti yang diumumkan oleh YAB sehari dua yang lalu.
YAB Datuk Seri,
Pada pandangan saya, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dan cara yang boleh menurunkan harga barang keperluan dengan segera, terutama beras, gula, tepung dan susu.
Salah satu penyumbang bagi tingginya harga barang-barang ini ialah dasar yang salah yang dilaksanakan oleh Kerajaan YAB Datuk Seri sendiri iaitu menentukan import kepada monopoli agensi atau syarikat tertentu.
Tanpa monopoli ini, harga barang keperluan dapat diturunkan serta merta.
YAB Datuk Seri,
Sebagai membuktikan dakwaan saya, YAB Datuk Seri boleh menyemak perbandingan harga dunia dan harga yang dikenakan kepada pengguna Malaysia. Sebagai contoh, harga beras gred berkualiti, purata adalah USD 650 semetrik tan. Bermakna harganya adalah RM 20 setiap sepuluh kilogram. Bandingkan berapa harga yang dikenakan kepada pengguna sekarang?
Bagi mengukuhkan pandangan saya bahawa harga barangan ini boleh dikurangkan melalui permit import yang tidak ekslusif kepada hanya satu syarikat seperti Bernas, izinkan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri, mengimport 500,000 metrik tan beras berkualiti premium untuk jualan Negeri Pakatan Rakyat sebagai langkah permulaan.
Seperti dalam makluman YAB Datuk Seri, penggunaan beras Negara adalah berjumlah 2 juta metrik tan dan apa yang kami pohon tidak menjejaskan pengguna negeri lain.
Insya’allah ia akan membantu empat perkara;
a. Harga yang lebih murah
b. Kualiti premium
c. Sekuriti bekalan makanan untuk keperluan Negara
d. Tidak membebankan kewangan kerajaan kerana ia tidak memerlukan subsidi.
Kami Insya’allah berkeupayaan melakukannya dalam tempoh dua minggu dari tarikh keizinan diberikan dan jika keizinan ini boleh disegerakan oleh YAB Datuk Seri, pengguna boleh menempuh Ramadhan ini dengan kos hidup yang lebih rendah.
Buat permulaan, Insya’Allah kami boleh mulakan dengan beras, gandum, susu dan gula.
Mengikuti surat ini nanti ialah surat-surat dan tindakan rasmi yang lain, termasuk dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi menjadikan semangat Ramadhan membantu mereka yang berkesempitan suatu realiti.
Sekian, terima kasih.
Dato Hj Husam Musa
-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
-Naib Presiden PAS
Siapa tahu sebab apa Perlis dilanda banjir kilat?
BalasPadamKah...kah...kah... Sebab buminya dah tenggelam dek kerana suami najib buat lawatan baru2 ini. kah...kah...kah
bro tt..
BalasPadamdah smakin parah msia nie..pr diberi kerakyatan senang2..
bro kena buat kempen utk rakyat yg cintakn msia nie..kempen boikot majikan yg gajikan pendatang..jgn beli brangan dorng..dgn cara nie jee dorng akn mampus..KATAKN TIDAK PD PENDATNG,KLAU TAK MSIA AKAN DIJAJAH SMULA..msia dh dijual kat pendatang dgn harga rm100..semua pendatang mampu beli..boikot pendatang..
kad pengenalan (myPR) adalah pintu masuk kepada warga asing.... kalau dulu hasil bijih, getah dan sbg habis diangkut ke eropah kerana pintu kota melaka dibuka oleh warga kerajaan melayu melaka, kini ekonomi, duit dan kuasa terus mengalir keluar dari negara kerana 'pintu kota' sekali lagi dibuka oleh warga kerajaan malaysia....
BalasPadamBila siap projek ni buatlah juga dalam bentuk ebook. Nanti anak semua bangsa boleh download percuma. Jimat kertas. Dan kalau ada lagi gambar masuk, boleh buat edisi ke2 dan seterusnya.
BalasPadamjangan lupa jadikan buku ini sebagai bahan santapan pagi raya....
BalasPadamlemang...
dodol...
keh bangkit...
ketupat...
rendang...
buku BERSIH...
lawan tetap lawan!!!
BalasPadam1.10 Kawasan Jenayah Pembunuhan Terbiar Yang Terkenal Di Dunia
2.Bila Datuk Bandar Marah Orang Parking Kereta Tak Betul(Video)
3.Helmet Daripada 4 iPad(Video)
gambar menyepak canister bersih memang cult betul la.. sudah sampai tahap gaban pemujaan gambar tu..
BalasPadam