Jumaat, 12 Ogos 2011
SELAMAT BEBUKA PUASA
PETANG INI
mulanya mendung
kemudian awan berkumpul
awan memanggil awan
angin membantu awan
angin mengumpulkan awan
awan berkawan dan bertaulan
anak berpinak
lalu turun ke bumi
kilat sabung menyabung
guruh dan petir dentum berdentum
bumi basah dan sejuk
lihat lah alam ini
semuanya mengikut hukum
semuanya tersusun
dengan hukum dan syarat
hanya kita manusia yang cuba
mengawal alam
hanya kita manusia
yang gagal memahami
hukum dan syarat alam
lalu sungai kita empang
lalu gunung kita tarah
lalu bukit kita pungkah
untuk seketika kita senyum
untuk seketika kita bangga
inilah tanda pencapaian fikrah manusia
lihat apabila hukum alam mula bergerak
tunggu dan nanti hukum alam menunjukkan iras
empangan pecah
gunung runtuh
bukit terbelah
sungai rebah
wahai bani adam
gunung itu ialah pasak bumi
sungai itu ialah aliran darah bumi
lurah itu ialah kulit bumi
hutan itu ialah rambut bumi
wahai bani adam
jika di bulan puasa ini
kamu tidak sedar lagi
maka kamu hanya berlapar dan berdahaga
tidak kamu tahu hujung dan panggal
maka kamu adalah bani yang malang
SELAMAT BERBUKA dan BERSAHUR
awesome!
BalasPadamcool..
BalasPadambest coretan tt
selamat berbuka & bersahur tt
Dear TT,
BalasPadamSelamat berbuka puasa & bersahur to you too.
Take care.
selamat berbuka dan bersahur bro TT
BalasPadampukimak...mmg best siyal sajak ni...hoi TT,buat ag sajak sajak camni.aku dak boring menatang dengan sajak biol nakba melayu
BalasPadamsok g coretan apa lagi ya...
BalasPadamaku suka.....