Selasa, 23 Ogos 2011

SELAMAT BERBUKA PUASA - MALAM TUJUH LIKU



DALAM PERJALAN INI

dalam perjalanan ini
pernah kau melihat kampong kampong kecil
di kiri kanan jalan
pernah kau bertanya siapa duduk disana
pernah kau ternampak rumah rumah kampong
di kiri kanan jalan
pernah kau bertanya macam mana orang yang tinggal di sana
pernah kau melintasi pekan pekan kecil
apakah kau pernah bertanya
anak muda di pekan ini ke mana agaknya
ketika matahari jatuh

setiap kali aku melintasi kampong
setiap kali aku melintasi pekan kecil
aku akan bertanya
setiap kali aku bertanya
setiap kali tidak dapat mendapat jawapan

bila jalan raya semakin gelap
yang aku lihat hanya cahaya lampu
bila malam semakin sarat
yang aku nampak hanya kelipan api

aku masih bertanya
tidak henti henti aku menanya
berkali kali soalan yang sama
soalan tanpa jawapan

setiap kali aku bertanya
aku tidak mendapat jawapan
kerana aku bertanya pada diri aku sendiri

aku bertanya ini
kerana aku telah berjanji
ketika aku melintasi bumi ini
aku ingin melihat kanan dan kiri
aku ingin melihat rumput dan keladi
anjing ditepi jalan
tupai di tepi perigi
belatok dalam lubang
tempua dalam sarang
aku ingin tahu

aku ingin tahu
siapakah penghuni kampong itu
aku ingin tahu siapa anak muda di situ
aku ingin tahu minah cun itu anak siapa
aku ingin tahu mak cik berjaja itu ibu siapa
aku ingin tahu malam ini mereka makan apa

jika badan aku pecah seribu
aku berjanji akan singgah bermalam
disetiap kampong
disetiap pekan
berjabat tangan membuat taulan
berkesah ke larut siang
tentang hidup
tentang harapan
tentang kekasih yang ditinggalkan
tentang hati yang patah berderai
tentang janji yang tidak ditunaikan

ketika aku melintasi bumi ini
kepala aku tidak di atas
hidung aku tidak tinggi
kaki aku menapak satu persatu
menghitung hari
sebelum kita semua pergi
meninggalkan bumi transit ini


HARI KE 23

pagi ini hujan turun
redup dan nyaman
petang matahari malu
sejuk dan selesa

tidak ada cabaran
hanya jalan raya yang sesak
kereta yang menyesak mengasak

selamat berbuka puasa
selamat malam tujuh liku

7 ulasan:

  1. cool...
    selamat berbuka puasa tt.

    BalasPadam
  2. tuan tt
    amat syahdu dan mistik sekali,ada makna yang dalam dan holistik.moga banyak lagi syair2 rasa jiwa dan asmara cinta hakiki.amat baik

    zmy

    BalasPadam
  3. Dear TT,

    Where have U been?

    I miss U so much!

    Selamat Berbuka Puasa & Selamt Bersahur to U.

    Take care.

    BalasPadam
  4. tt... 7 malam ni takde liku... yg ada dipanggil likur....

    BalasPadam
  5. Perjalanan Yang menyubur-segarkan rasa keperihatinan sesama Insan .Saling membahagikan ,saling memaut kasih memupuk rindu pada sebuah Masyarakat yang menjunjung tinggi Norma kemanusiaan.....

    Teruskan misi yang belom selesai...

    TT...U r a lonely in this way..

    BalasPadam
  6. lagu cool untuk rosmah
    http://www.youtube.com/watch?v=wmMS9XVIa00&feature=related

    BalasPadam
  7. kalau badan aku pecah seribu. fuhh.

    BalasPadam