Jumaat, 5 Ogos 2011

SELAMAT BERBUKA PUASA



HARI KE LIMA - SELAMAT BERBUKA PUASA


hari ini juga seperti semalam
hari ini juga seperti kelmarin
nyaman dan sejuk
hanya angin mati
diluar berbahang

tetapi
di wilayah aku ini tidak ada kesibukan
di wilayah aku ini tidak ada gangguan
di wilayah aku ini semuanya seperti dua ratus tahun dahulu
ketika yap ah loy
dan yap kwang seng
berehat disini

jam tujuh petang
murai mulai berkicau
merbah masih berkeliaran
kelicap kedengaran
terkukur dan balam dalam perjalanan pulang
serangga mula keluar diselindungi gelap
di sambar unggas yang gumbira berterbangan

matahari telah lama condong
aku masih belum mandi
kopi dan kueh telah tersedia
inilah berbuka puasa di petang ini

lalu aku ketik tulisan ini
agar hendaknya untuk mengingati
hari kelima berpuasa hari ini
dan tiga tahun aku disini

6 ulasan:

  1. selamat berbuka TT

    BalasPadam
  2. moga kita menyedari tujuan kita berposa....

    BalasPadam
  3. moga kita paham tujuan kita berposa

    BalasPadam
  4. My Dear TT,

    Please don't be sad coz if u r sad, i feel sad too.

    U r cool dude so be cool and stay cool.

    BalasPadam
  5. tt, sama bersederhana kita berbuka.
    ambo buko poso teh & kuih.
    pasal tak suka minum kopi macam tt.
    kah kah kah

    BalasPadam
  6. posa jgn xposa..
    solat,jgn lupa..... rugi xbuat..
    -ptjya-

    BalasPadam