Ahad, 7 Ogos 2011

SELAMAT BERBUKA PUASA



HARI KE TUJUH


dalam mitoloji melayu angka tujuh bermakna
berjanji tujuh kali
berkahwin tujuh orang
lahir anak ke tujuh

tujuh gunung di daki
tujuh lautan di harungi
tujuh petala langit
tujuh petala bumi

bersumpah tujuh kali di hadapan busut jantan
memotong ayam tujuh ekor
pada hari ke tujuh
laksmana menunggu janji

hari ke tujuh
hari berlalu dengan nyaman indah
indah dan permai
matahari segan dan silu
awan berdansa di langit
angin di bumi meniup rindu

tidak ada yang lapar
tidak ada yang dahaga
hanya berpuasa di hari ke tujuh

sehari lagi menutup pintu
kini dengan yakin menunggu
kesampaian malam tujuh liku


SELAMAT BERBUKA PUASA





9 ulasan:

  1. Dear TT,

    Selamat Berbuka Puasa to you too.

    BalasPadam
  2. Tak kan TT asyik mengingatkan ' selamat berbuka puasa' aje? Bagaimana pula selamat bersahur, satu langkah persediaan untuk mengkusion perut sedikit bagi masa sarapan pagi biasa, jika tak sahur parah menanggung rasa perut kosong keroncong dan gasriklah pada masa waktu sarapan pagi. Senario subuh atau awal pagi bersahur pun romatik dan boleh dipuisikan.
    Selamat bersahur kepada yang berkenaan!

    BalasPadam
  3. Apa nak heboh isu murtad ni..bro? Dah di tulis kat injil surah Matthias ayat 12.."dan bertebaranlah kamu di atas pelosok bumi dan sampaikan agama kepada setiap hambaku".
    Memang tekad kristian utk kristiankan semua ciptaan tuhan hatta pokok & binatang sekalipun. Sebab tu ada anjing nama Micheal. Soalnya.. mana letak agama kita, siapa kita, apa taraf kita??? Takkan kita sengih2 jer bila cina citer psl bulan hantu, bulan sembayang. Apakah kita cuma angguk2 bila bangsa lain citer kehebatan agama mereka atas alasan utk menghormati agama mereka???
    We cannot just wait & see... WE MUST TAKE A PART!! Soalnya.. cukup tak ilmu & pengetahuan?? Jangan jadi buih di lautan. Soal agama..Jangan ambil sebahagian & tinggalkan sebahagian..Dan orang yg tahu/ faham tentang agama Islam..MEREKA TAK PANGKAH umPORNo.

    BalasPadam
  4. tak kiralah berbuka ke bersahur, aku nak ucapkan selamat menunaikan ibadat puasa di bulan ramadhan dan supaya doa kita termakbul untuk menghumbankan umno dan BN secepat mungkin.

    BalasPadam
  5. wah tiap2 hari ada puisi sebagai juadah berbuka....tertanya2 juga apakah penulis begitu tersiksa menjalankan ibadah puasa sehinggga terlahirnya puisi2 sebigini setiap hari...keh keh keh...jgn marah ...lawak jah

    BalasPadam
  6. tt kau lupa satu lagi penangan angka tujuh...mat sembab bakal pm ke TUJUH...

    ini betul2 malapetaka berterusan...

    BalasPadam