Selasa, 9 Ogos 2011

SELAMAT BERBUKA PUASA




HARI KE SEMBILAN


ingatkan
ingatkan kembali
zaman membesar
zaman semuanya indah dan permai

ingatkan hari itu sebelum datang kereta
ingatkan petang itu sebelum datang radio
ingatkan malam itu sebelum datang leterik

dunia bagitu indah
dan bulan puasa bagitu mewah
walau pun hanya sepinggan juadah
dapat dikongsi serumah

semuanya telah beredar
semuanya telah hilang
di meja terdampar lauk pauk
dalam frigo melempah kuah ruah

kegembiraan tidak lagi disitu
semuanya telah hilang
semuanya telah diganti dengan barang

lalu kita mengumpul
kita mengumpul barang
kita mengumpul
dan mengumpul

yang dikumpul
dan yang di hilang
kita hilang nilai diri
kita hilang harga hati

kita cuba cari yang hilang
kita cari di bulan puasa ini
kita cari dan kita cari

apakah kau tahu
apa yang kau cari
kau patut mencari
diri kamu sendiri

6 ulasan:

  1. DUNIA TEMPAT BERJUANG UTK AKHIRAT9 Ogos 2011 pada 7:39 PTG

    TT SAMBIL TULIS HARI KE 9 TU, BAIK LETAK JUGAK APA GANJARAN SOLAT TERAWIH MLM KE-10... GANJARAN INI SBG PEMBAKAR SEMANGAT...

    DAN DOA HARI KE-10, DI AMBIL DR FB PONDOK PASIR TUMBOH http://www.facebook.com/albakriah

    اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيْنَ

    Ya Allah, Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

    BalasPadam
  2. Dear TT,

    Deep meaning.

    Selamat Berbuka Puasa, TT.

    BalasPadam
  3. kata2 org tasauf, kalau kita kenal diri, maka kita akan kenal tuhan...

    BalasPadam
  4. shit. sungguh mendalam.

    BalasPadam
  5. TT

    Sungguh cantik puisi ini, sangat bermakna dan tepat.

    BalasPadam