Khamis, 11 Ogos 2011

SELAMAT BERBUKA PUASA



HARI KE SEBELAS


petang kelmarin hujan turun
sejuk dan nyaman
petang ini matahari menyinar
panas dan rimas

sehari lagi berlalu

selamat berbuka


SELAMAT DATANG DUNIA BARU


dunia semakin kelam
ekonomi semakin merundum
sana sini kacau dan bilau
sana sini porak dan peranda

bagitu indah kekacuan ini
bagitu seni kekacauan ini
tanda tanda keruntuhan kapitalisma
tanda tanda keruntuhan tata lama
tanda tanda kelahiran yang baru

anak anak muda di kota london telah bangun
anak anak muda dari kota athens telah bangun
anak anak muda di damas sedang bertempur
anak anak muda di benghazi sedang bertempur
dari khairah ke kuala lumpur ke bahrain ke saana
ke casablanca ke lisbon ke berlin ke stockholm
anak muda dengan balaclava sedang bangun melawan

inilah feshen hari ini
inilah trend dunia hari ini
inilah feshen paling cool hari ini

bapak politikus asik dengan kuasa
bapak politikus asik dengan data ekonomi
bapa politikus asik dengan projek
semua menjelakkan
semua menjijikkan

inilah masa depan
masa depan yang tak ada masa depan
masa depan yang tak ada pintu masuk
masa depan yang tak ada pintu keluar

petang ini
dengan senyuman
dengan hati yang rela
dengan kegembiraan
kita menyambut trend dunia baru

pakai lah hood itu
pakai lah bandana itu
kamu akan dilihat cool
inilah gambar klasik
untuk ingatan sepanjang zaman

dibelakang kamu kereta yang terbakar
ditangan kamu melotov yang tersedia
ini lah gambar klasik untuk ingatan
seribu tahun dari hari ini

selagi chip dalam komputer tersimpan
selagi blog spot dot com wujud
selagi itulah shaer ini akan dinyanyikan
tidak ada kuasa dapat menahan
tidak ada kuasa dapat merombak
bila anak muda bangun berontak

5 ulasan:

  1. Dear TT,

    U R REALLY A COOL DUDE!!!!!!!

    BalasPadam
  2. lu memang legend la bro...

    seribu tahun dari hari ini,,, puisi ini akan menjadi sejarah..

    BalasPadam
  3. atuk dah lama teringin nak jadi macam kau isham. sentiasa cool. atuk jeles tengok anak2 muda cool bangun melawan kerajaan. apakan daya atuk dah tua.

    BalasPadam
  4. thanks TT. sebelum ni saya heran juga dengan protes di UK. hari ni baca puisi TT, baru saya faham protes di UK tu satu perkara yang cool.

    BalasPadam