Rabu, 21 September 2011

APA YANG COOL DAN APA YANG POYO




LEBAI MAT MONGOL





NAJIB MAMAT POYO INGIN DILIHAT COOL


Ramai politikus tidak tahu apa itu cool. Mak Cik Felda pun tak tahu apa itu cool. Malah ramai juga anak muda yang tidak tahu apa itu cool. Mereka yang tidak tahu apa itu cool tidak juga tahu apa itu skema dan apa itu poyo. Inilah masalah apabila telah menjadi poyo mereka tidak lagi cool.

Cool dan poyo adalah pengistilahan hari ini yang ternow. Cool dan poyo muncul dari lingo terkini – dari lingo anak muda. Tidak ada anak muda yang waras fikrah ingin dilihat poyo dan skema. Sayangnya bukan satu kerja enteng untuk dilihat cool. Kadang kala dalam percubaan untuk dilihat cool ramai yang dilihat bangang. Mustahil seorang Siti Nur Haliza tahu siapa dia Holden Caulfeild atau apa itu Winnie the Pooh.

Berita terkini telah tersebar bahawa Najib sedang melanggan satu lagi syarikat iklan antarabangsa untuk memperlihatkan dirinya cool. Lawan cool ialah poyo. Ertinya Najib tidak mahu lagi dilihat sebagai Mamat Poyo. Sebenarnya tidak ada sesiapa ingin dilihat poyo. Mereka yang poyo biasanya hidup dengan tekanan jiwa yang amat sangat. Sayangnya ramai yang tidak sedar bahawa mereka itu adalah sosok poyo.

Untuk memahami pengistilahan ini saya akan cuba paparkan ciri-ciri cool dan apa itu poyo. Ini dengan harapan para pembaca sekelian akan memahami intipati cool dan poyo. Mungkin ada yang bertanya apakah cool dan poyo ini penting untuk difahami? Ini bukti utama : Sesiapa yang mengeluarkan soalan ini adalah seorang yang poyo.

Cool ini adalah gaya hidup. Cool juga adalah lengok bahasa badan. Cool juga adalah feshen pakaian. Cool juga ialah sikap terhadap kehidupan. Cool juga adalah cafe yang dilawati, rokok yang dihisap, musik yang didengar. Cool juga adalah buku yang dibaca. Cool wajib berupaya mengikuti mahzab falsafah al- Farabi dan Michel Foucault. Cool juga ialah tenang dengan gesekan biola Hamzah Dol Mat dan alunan suara Saloma.

Kenapa agaknya Najib seorang Mamat Poyo bersedia mengeluarkan berjuta juta ringgit untuk dilihat cool? Adalah difahamkan syarikat yang dilanggan oleh Najib Poyo ini juga bertanggung jawab menjenamakan Tony Blair yang poyo untuk dilihat cool.

Jawabnya: Najib Poyo ingin memenangi hati dan sanubari anak anak muda. Najib Poyo ini sedar bahawa suara dan tindakan anak anak muda ini akan mengubah lanskap dan rupa bentuk politik Malaysia baru. Berjuta juta ringgit ini hanyalah secawan kopi jika dibandingkan dengan harta negara yang boleh dirembat oleh suaminya.

Mari kita lihat latar belakang langkah yang diambil oleh Mat Poyo ini. Umum mengetahui bahawa Najib Poyo ini sedang menghadapi hari hari akhir. Kumpulan-kumpulan yang menentang Najib dalam United Malay National Organisation bukan sahaja telah berkumpul dalam gelap gelap malah mereka telah mula bersuara secara terbuka.

Kumpulan ini merasa tidak senang dengan pimpinan Najib Poyo ini. Mereka ini terdiri dari Pencari Kontrek, Penjual Kontrek, Orang Tengah Yang Makan Komisen, Kontrek Jungkies - mereka merasakan Najib ini banyak berdulak dalik – kluk klek kata orang Teranganu. Najib bercakap berbilion bilion tapi tak ada satu sen pun yang masuk ke saku mereka. Ada juga yang merasa diri mereka telah dipinggir. Ada pula yang merasa Najib bukan sahaja menutup karier politik mereka – lebih dari ini – Najib ingin membunuh mereka. Contoh terbaik ialah Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin.

Dibelakang semua ini ialah Ibrahim Ali..opss maaf ... dibelakang gerakan anti Najib ini ialah Mahathir Muhamad. Pasti pembaca akan bertanya – saheh ke maklumat ini? Orang yang bertanya ini adalah contoh terbaik orang yang poyo politik. Si Poyo Politik ini tidak memahami jalur dan pemikiran politik terkini. Mereka selalu meraban tak tentu hala dalam pemahaman politik.

Biar saya terangkan disini : Mahathir Muhamad melihat bahawa Najib ini tidak memiliki ketrampilan pimpinan. Mengikut pandangan Mahathir ini amat bahaya. Bahaya ini akan membawa keruntuhan United Malay National Organisation – gerombolan politik yang ditubuhkan oleh Mahathir sendiri pada tahun 1988 dahulu. Keruntuhan United Malay National Organsiation ini akan membawa malapetaka yang besar terhadap para kroni dan kaum pemodal yang telah ditelorkan oleh Mahathir.

Buktinya: telah lebih dari tiga kali Mahathir secara terbuka menerangkan kepada umum bahawa ada kekeliruan terhadap dasar satu Malaysia yang dianjurkan oleh Najib Poyo. Kenyatan Mahathir ini kalau kita halusi jelas satu kenyatan kurang ajar. Ini samalah seperti Najib menolak konsep waswasan 2020 atau memperlekeh secara terbuka Islam Hadari.

Yang kita dengar kenyataan Mahathir secara terbuka. Dari Haji Desas bin Lebai Desus kita juga ada mendengar bagaimana dalam perjumpaan tertutup Mahathir telah ‘menibai’ Najib seolah-olah Najib ini panddy kutty.

Jadi, Najib pada ketika ini bukan sahaja nyawa-nyawa ikan malah sedang dikepong oleh ahli-ahli parti United Malay National Organisation sendiri.. Perangkap-perangkap sedang dipasang untuk menjerut leher Najib. Bila-bila masa perangkap ini akan bingkas menjerut Najib.

Tok Kipas dan Tok Bodek yang mengelilingi Najib menyedari kebencian orang ramai terhadap si Poyo ini. Najib Poyo melihat anak anak muda akan dapat menyelamatkan dirinya. Najib Poyo telah diberitahu bahawa ramai pengundi baru – anak-anak muda – kelihatan berkiblat kepada Pakatan Rakyat. Anak-anak muda melihat Pakatan Rakyat sebagai pentabiran yang boleh diyakini. Justeru Najib Poyo memerlukan jenama yang baru. Najib yang poyo mahu dilihat cool oleh pengundi muda.

Maka Najib Poyo atas nasehat Zionis Apco secara berahsia dari kabinetnya telah merancang untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan. Sila baca sekali lagi. Akan dimansuhkan. Kunci perkataan disini ialah AKAN. ISA hanya AKAN dimansuhkan jika Najib dapat terus berkuasa.

Kenapa ISA tidak undang-undang lain? Ini kerana menentang ISA adalah trend anak anak muda yang cool hari ini. Anak-anak muda yang mula mendampingi aktiviti NGO atau politik tidak dapat tidak akan menentang ISA. Menentang ISA adalah langkah yang paling cool. Menentang ISA ialah trendy dan chic macam memakai Levis 501 yang sudah kotai dan koyak dilutut.

Najib Poyo mahu anak anak muda melihat dirinya demokratik. Najib ke pesta futsal. Najib ke konsert rock. Najib ke stesen radio. Niat untuk dilihat cool ini bukan satu kesalahan jenayah tetapi untuk Najib diterima sebagai warga cool adalah mustahil.

Lihat sahaja muka Najib. Apakah muka ini cool atau muka penipu? Dalam budaya cool gerak dan bahasa badan cukup penting. Najib tidak memiliki gerak badan yang cool. Ini kerana Najib seperti ramai politikus – berperut gendut. Perut gendut ini dihodohkan lagi dengan kepala yang botak.

Najib yang botak adalah imej yang paling tidak cool. Berkepala botak bukan anti-cool kerana ahli falsafah yang terunggul di Paris, Michel Foucault juga berkepala botak. Micheal Foucault dilihat cool dengan botaknya. Ini kerana Foucault seorang pemikir maka rambutnya gugur kerana berfikir - walhal Najib kaki kelentong dan tidak pernah mengelurakan ide dan pandangan. Jauh sekali menulis sebuah buku. Lihat pula, Yul Brynner juga botak tapi dilihat cool sebagai pemimpin kaum Gipsi. Najib berkepala botak kerana dia poyo.

Najib Poyo masa ini sedang bekerja keras untuk dilihat cool. Mamat Poyo ini ada facebook, ada tweeter, ada laman – sayangnya Mamat Poyo ini masih lagi dilihat poyo dan skema. Disini Zionis Apco dan syarikat iklan yang dilanggan Najib kantoi mantoi. Mereka boleh berusaha tetapi mereka akan gagal. Kenapa gagal?

Di Malaysia seperti di Paris, London dan Carlifornia pada tahun 60’an dahulu – untuk dilihat cool wajib berambut panjang. Tidak cukup hanya dengan berambut panjang dan menghisap ganja tetapi wajib ke jalan raya menentang Perang Vietnam. Lihat kota Paris tahun 1968 – ini adalah era yang diangap paling cool hingga ke hari ini - bukan sahaja di Paris malah di seluruh Eropah.

Anak muda pasti ditakrif cool jika mereka menentang kerajaan. Kalau anak muda anti-establishment inilah tanda anak muda cool. Anak muda akan dilihat lebih cool jika mereka terun berdemo di jalan raya. Berdemo yang paling cool ialah berdemo dengan kekasih. Kekasih yang cool ialah kekasih yang memakai Levis 501 dan dan kasut gerah Fung Keong.

Najib Poyo sepanjang hidupnya tidak pernah turun ke jalan raya berdemo. Najib Poyo sepanjang hidupnya tidak pernah bertempur dengan FRU. Fakta ini pasti tidak disedari oleh Zionis Apco dan syarikat iklan antarabangsa ini. Di London , mereka berjaya melahirkan imej cool pada Tony Blair kerana Blair memiliki asas untuk dilihat cool - ketika di universiti Tony Blair berambut panjang, menghisap ganja dan turun berdemo.

Lihat pula Presiden Sarkozy di Peranchis. Sarkozy sebenarnya seorang Mamat poyo tetapi Nicolas Sarkozy ini bijak berfikir. Dia merancang masa depan politiknya. Nicolas Sarkozy menceraikan isteri pertamanya untuk memerangkap Carla Bruni – seorang pelakon, penyanyi, model chic yang berhaluan kiri.

Najib yang poyo merancang juga masa depan politiknya. Najib menceraikan isteri pertamanya dari keluarga bangsawan, gadis yang cun, slim langsing, untuk berkahwin dengan Mak Janda yang gemok, pendek dan gedebab. Kalau ini bukan Mamat Poyo maka matahari tidak akan terbit dari sebelah Timur.(TT)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar minngun ini sila pukul
talipon
03 - 22-72-40-45

23 ulasan:

  1. cool laa bro.

    perenggan terakhir tu paling cool.

    kah kah kah
    kah kah kah

    BalasPadam
  2. bro..setelah sekian lama membaca sirah lu, ini kali pertama gua tak dapat tahan tangan gua dari tinggalkan ulasan kat sini. Lu bukan stakat kritis & puitis, tapi lagi pandai bab analogy.. Salute!

    BalasPadam
  3. ...lu best Bro! lagi satu tuk dilihat cool kita mesti membaca Blog Tukar Tiub...tuk jadi poyo dan tak keruan mcm org x sekolah baca Blog PAPAGOMO kah! kah! kah! nk sebut nama budak ni pun geli tapi terpaksa

    BalasPadam
  4. satu lagi catatan tt yang cool...

    BalasPadam
  5. Salam Yob,

    Tulisan miker yg paling cool tanpa 'Kah kah kah' yg poyo tuh...terbaek!

    BalasPadam
  6. P.S Bab yg last tu tak bleh blah...kah kah!

    BalasPadam
  7. dia bukan saje try nk jd "cool"..but baru nk blajar word "sempoi"

    hadoi...sifat poyos amatlah sukar tuk dikikis atau nk disalut dgn perlakuan "cool" & "sempoi"

    hadoiii~

    BalasPadam
  8. Mat monggol ni memamg mat poyo.Bukan setakat poyo, tapi mat pantat,mat penyamun,mat tak patuh undang-undang,mat kelentong, tapi yang ketara ialah cuba nak jadi mat tunjuk bagus.tapi dia tak sedar mat peranchis sedang berkerja keras untuk mendedahkan siapa jantan poyo ketiga yang mengentot betina monggol.Kah..kah..Kah.

    BalasPadam
  9. 1.Najib akan jadi 'cool' jikalau beliau ceraikan Rosmah dan kahwin dengan Ziana Zain !!

    2. Najib akan nampak 'cool' sekiranya memenjarakan semua kaki kelentong dari UMNO, MCA & MIC....lepas tu sendiri surrender masuk penjara kerana rasuah !!

    teruskan kawan2 sekalian ....

    BalasPadam
  10. orang tua yg masih ada jiwa muda itu mmg poyo....

    org tua yg belom kawin lagi tu mmg poyo....

    kahkahkah....

    tapi TT mmg cool sepanjang zaman walaupon dah tua....kahkahkah....

    BalasPadam
  11. kalo dah skema, sampai bila pun tak cool.. cool mesti rebel.. musti cool macam kurt cobain..

    kalo tak mau cool, jadilah macam si nasha dan zulkipli nordin.. sembang bab agama sampai buleh melepuh mulut dia..

    cool memang senang disebut, tapi susah dizahirkan.. ianya dari jiwa yang bebas tanpa kongkongan.. selagi ada sesuatu mengongkong, sampai bila2 pun tak akan dilihat cool.. malah poyo macam celake..

    BalasPadam
  12. utk terus dilihat cool para dj radio kecuali Rancangan Tak Menarik(RTM ler)adalah disarankan...sila jgn undang lg mamat poyo ini....
    hahahaha...

    BalasPadam
  13. Tukar Tiub poyo... kah kah...

    BalasPadam
  14. Kaedah paling berkesan utk menentukan sama ada Najib kewl atau poyo:

    Letak Najib atas turntable DJ and you hit the play button, dan biarkan Najib berpusing-pusing utk seketika di atas turntable DJ itu.

    Perhatikan lagu yang dinyanyikan oleh Najib.

    Kalau lagu yang dinyayikan Najib ialah "Poker Face" maka Najib adalah kewl.

    Tetapi apabila lagu yang dinyayikan Najib ialah "Lu tolong gua, gua tolong lu" maka Najib adalah poyo.

    Sekian harap maklum.

    pujangga bengong

    BalasPadam
  15. hisham, lu ni hipster sangatlah.

    BalasPadam
  16. catatan yg paling 'cool' Bro... kalau nak dibanding mat poyo dgn Mat Kool eskrim tu pon belum tentu dapat celen... kah kah kah...

    BalasPadam
  17. pak tt bila nak buat rally lagi daa..

    BalasPadam
  18. bila couple gedebab nak jadi cool. tengok Anwar Ibrahim dan isteri ngan anak2. semua cool sbb slim and smart!

    BalasPadam
  19. cantek bro! terima kasih!

    BalasPadam
  20. POYO;
    - Najib dgn suami
    - Lepak Starbuck
    - Couple makan kat McDonald/KFC
    - Clubbing
    - the beatles
    - Ibrahim Ali
    - Isap Ice
    - layan lagu jiwang meleleh
    - polis (yg corrupt)

    COOL;
    - Nik Aziz
    - Bob Dylan
    - Mat Sabu
    - anak muda lepak surau/masjid
    - steve mcqueen
    - isap ganja (balut)
    - turun demontrasi
    - backpackers (solo)
    - reggae

    BalasPadam
  21. kenape bob dylan masih cool lagi pulok?

    BalasPadam
  22. isap ice same mcm isap kopek bik mama..memang poyo!

    BalasPadam