Selasa, 20 September 2011

CARI DI MANA KUNCINYA




HANYA TINGGAL INGATAN




POLIS TEMBAK MATI EMPAT LELAKI DI IPOH - mkini

Polis menembak mati empat lelaki dipercayai warga asing dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Changkat Larang, Pengkalan di Ipoh, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam tadi apabila empat lelaki itu yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira cuba melarikan diri apabila dihampiri polis.

"Semasa kejadian polis sedang melakukan rondaan di kawasan Menglembu apabila melihat empat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan apabila dihampiri, mereka memecut laju ke arah Pengkalan", katanya ketika dihubungi hari ini.

Empat penjenayah itu mati ditembak semasa berbalas tembak dengan anggota polis selepas kenderaan yang dinaiki mereka tersekat di satu jalan mati di Changkat Larang.

Polis turut menemui sepucuk pistol, empat bilah parang, dua komputer riba, dua buah telefon bimbit dan beberapa pakaian dalam kereta penjenayah tersebut.

Siasatan juga mendapati kereta yang digunakan mereka adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Ipoh minggu lalu - TIEWNAMA

NOTA:
satu lagi pembunuh resmi

sila baca berita ini betul betul
baca sekali lagi
baca sekali lagi

apakah telah ditemui kunci berita ini?

kuncinya ialah
: EMPAT LELAKI DIPERCAYAI WARGA ASING

ini kunci berita ini
kunci ini amat penting kerana apabila ada kunci ini
maka banyak mulut akan terkunci:

mulut peguam latifah koya
mulut peguam fadaiah
mulut peguam surendran
semua tutup mulut

mulut politikus juga akan terkunci:
kit siang syed husdin ali anwar ibrahim
wan azizah mat sabu haji hadi dr zul
tony pua lim chin tong nurul izah
husam nik nazmi tian chua
semua tutup mulut

mulut ngo juga akan terkunci:
suaram pekasa abim pkpm
jim jingga 13 cij semua tutup mulut

kerana telah ada kunci:
DIPERCAYAI WARGA ASING

5 ulasan:

  1. Bro, parang wajib ada

    BalasPadam
  2. kata persamaan pulak adalah 'PARANG'...senjata paling canggih abad ini..

    BalasPadam
  3. polis mabuk, syalut lebih sgt..
    tu pasai mcm kimak..
    ~ptrjya~

    BalasPadam
  4. TAK KISAHLA BANGSA APA, AGAMA, NYAWA TETAP NYAWA...

    anjing anjing suruhan ni makin menjadi jadi..

    pigs, that's what i call them...

    tak selamat 8 keturunan...ingatla..

    BalasPadam
  5. Kenapa perlu ada PARANG?????? kunci PARANG di sini adalah cerita ini tak betul. Kes budak koma dan mati dibaling helmet oleh polis tu nasib baik dia bawak motor. kalau tak, mesti akan timbul cerita PARANG dijumpai di dalam bonet

    BalasPadam