Isnin, 26 September 2011
INI WATAK GEROMBOLAN
GEROMBOLAN LANUN
MB SELANGOR BERJAYA HALANG UMNO JUAL TANAH REZAB MELAYU – laman paspb
Umno Puchong didakwa cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu di kawasan itu namun ia berjaya dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.
Berdasarkan maklumat yang didedahkan di dalam portal Malaysia Waves, tanah rezab Melayu itu cuba dijual kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra.
Menteri Besar menerima permohonan berkenaan daripada pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada tahun lalu. Dalam surat berkenaan juga dinyatakan syor Pentadbir Tanah Daerah Petaling yang menolak permohonan berkenaan atas alasan mengekalkan kouta bumiputera.
Manakala syor daripada Pejabat Tanah dan Galian pula menyatakan tidak disokong kerana pindah milik di antara pertubuhan bumiputera kepada syarikat bukan bumiputera.
Keputusan ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor masih menjaga perkara berkenaan hak-hak orang Melayu di negeri ini, sekali gus menolak dakwaan Umno selama ini bahawa KEADILAN dan PAS tunduk kepada DAP.
Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika diminta mengulas perkara ini menggesa Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman memberi penjelasan berkenaan cubaan menggadai tanah rezab Melayu yang berada di atas nama Bahagian Umno Puchong.
Katanya, ini membuktikan kegagalan mereka dalam memperjuangkan tanah-tanah simpanan Melayu di negeri ini.
“Dalam soal ini, mereka yang memperjuangkan hak Melayu, memperjuangkan hak simpanan tanah Melayu itu sudah jauh ketinggalan, sebab yang jelas, ribuan ekar tanah hak rakyat Selangor, gagal mereka pertahankan,” katanya.
Tambah Faekah lagi, sejak Pakatan mengambil alih Selangor, sudah banyak pendedahan yang dilakukan berkaitan soal tanah penganugerahan tanah yang tidak telus.
“Pada kita (kerajaan Selangor) sudah buktikan bahawa sebelum Pakatan mengambil alih pentadbiran, bahawa banyak tanah-tanah di negeri Selangor telah diberi sama ada secara pukal atau secara racik-racik kepada orang yang tidak memerlukan dan tidak sepatutnya dapat.
“Isu yang lebih besar tentang tanah ialah bagaimana ketika dahulu tanah-tanah diberikan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri, selepas itu anak-anak syarikat pula mengagih-agihkan kepada syarikat lain.
"Itu modus operandi yang sangat ketara dan kalau saya sebut satu per satu, rakyat Selangor akan terkejut sebab saya sendiri terkejut perkara itu berlaku secara berleluasa,” jelas Faekah.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...PERLU TAMBAH APA APA LAGI?.... kah kah kah..
woit..TAK KAN INI PUN TAK FAHAM.... kah kah kah..
woit...KALAU INI PUN TAK FAHAM.... LEBIH BAIK PADAM... kah kah klah...
kah kah kah.... MENGHABISKAN OXYGEN SAJE.... kah kah kah
JANGAN LUPA JUMAAT INI
tanah tol mcmana pulak? cikgu hamzah tg karang 'jaga' sampai 1000 ekar!! 500 ekar dia tanam 'noneh'.
BalasPadamLaaa.. patut la udin kata rakyat selangor tertekan di perintah PR, kes jual tanah ke 'udang dibalik batunya'?..
BalasPadamp/s: hai faekah...
tambah la lagi bro tt!
BalasPadamtambah la lagi bagi lagi panasssss!
kalau takcukup panas, banyak bontot tinggilemak yang dah kebas sebab banyak sangat makan rendang dll berhariraya sebulan, yang dah berat nak angkat - dah malas nak bergerak pergi berkempen ke, turutserta demo ke. lagi teruk kalau sembab dah naik sampai ke muka, kepala pun berat nak pikirpanjang dah!
-average joe-
klakka-la.blogspot.com
tanah rezab melayu -warisan omputih
BalasPadamtanda hadiah omputih untuk melayu selepas pemergian mereka
-----------------------------------
Inilah hakikatnya. Master omputih dolu pun ada rasa kesian
pada bangsa melayu. Itulah saja peninggalan mereka yang mereka
harap dapat jamin masih akan dapat menetap di kota kota tanah melayu.
peninggalan tunku
------------------
satu rejim yang bertuankan parti perikatan -terdiri dari
umno-mca-nic yang bolih kata majmuk ,aman damai melainkan
satu calit peristiwa may 13, 1969
peninggalan Tun Razak
----------------
Felda -world largest oil palm producer
2. anak keterunan bangsawan si mat najib
3.THO
-----
Negara aman dan 2. satu lagi anak keterunan bangsawan hishamuddin [your namesake]
4, Mahathir
------------
2 menara 'obelisk' , putrajaya dan tak lupa 3. satu lagi anak keterunan bangsawan -mukhrij
transformasi ekonomi yang senang dirngkaskan - jam amik negara rm 2.4 =usd 1 dan bila dilepaskan rm 3.8=usd 1
tanah rezab melayu dihakis olih keroni seperti dalam kes pkfz
5.Dolah Badawi
---------------
tak nampak kesan besar semasa si dol jadi pee em.
duit ada naik dari rm 3.8 =usd 1 ke rm 3.0 =usd 1
keroni rembat apa yang bolih . Kes rebat tanah rezab tak dapat dikesan tapi
kegolojohan cukong dan keroni tak terkawal
tinggalkan putri yang besuamikan mat yang lagak bangsawan kekenyangan dari rembatan apa yang dapat-
bagai kata omputih- merembat buah dari pohon yang rendang!!!
pulon avenue capital, proyek proyek dan pusakakan si nantu tadi sebagai ketua pemuda -yang sepatutnya sudah
menonggang jawantan mentri.......
6.mat najib si bangsawan -second genarion
-------------------------------------------
tanah melayu, tanah reseb tentera ..... semua boleh di rembat dek keroni
no problemo
mi casa su casa [ kepada jho low dan si cukong aje le...]
problem masa depan negara
---------------------------
second generation bangsawan -anak/nantu pee em mudah lupa:
bini najib - cushion cut diamond usd 24 million no problemo
mukhrij - bugatti veyron rm 4/5 million .. easy money
kj- belum jumpa list yang besaq besaq [ pembaca bagi feedback le....]
Melayu bangsawan beraksi macam raja bersiong- no kasih sayang pada melayu
miskin
bagi mereka - the feeling is -WE ARE 1 Malaysian !~!!!!
peduli apa itu melayu
tanah rezab melayu - menyusahkan kepala otak
harga barang naik - boh...rriiiiiiNg
Negara perlu transformasi
---------------------------
ikut kata mantan pee em si dolah mat mata layu-
katakan
'TAK NAK 2 ROKOK ....'
' TAK NAK 2 ANAK BANGSAWAN ....' SEBAGAI PIMPINAN NEGARA MALAYSIA
kHONG KHEK KHUAT
memang la tertekan takleh jual rezab melayu dah melayu takleh untung atas angin.. :|
BalasPadam