Ahad, 25 September 2011

KALAU MUSUH MENYERANG INI TANDA BAIK



MAT BRONSON DISERANG










CERAMAH : PENYOKONG PAS DISERANG PERKASA - mkini

Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

NOTA:
kalau musuh menyerang
ini tanda amat baik
ertinya ada garis yang jelas
antara kita dengan musuh

jika musuh tidak menyerang
ertinya kita tidak melakukan kerja
atau politik kita dengan musuh telah sama

NOTA:
tahniah perkasa
inilah yang kita mahukan
jangan silap faham
perkasa ini dilihat sebagai tukang kacau
memag betul perkasa mengacau
tetapi sedarlah:

kalau kita nak menangkap ikan dilubuk atau disungai
kita kena kacau dan keroh kan air dahulu
kita kena gelodakan air du hulu
kemudian kita pasang lukah dihilir

pekasa ini adalah pembantu pakatan rakyat
kacau dan macau dari perkasa ini
telah mendorongkan semakin banyak
pengundi bukan melayu untuk menyokong pakatan

malah masyarakat melayu kelas menengah
kelas profesional
juga semakin menyampah melihat kacau yang dibuat oleh perkasa

lagi banyak
lagi selalu
lagi kerap
perkasa bikin kacau
lagi banyak pakatan mendapat sokongan

syabas perkasa!


KAH KAH KAH- MANA SUDAH HILANG


NOTA:
bila berita isa dimansuhkan
kita terbaca ada ngo melayu yang kurang senang
dengan langkah bini rosmah
mereka dilaporkan oleh media arus perdana akan bermesyuarat
malam isnin yang lalu
sampai sekarang satu habuk taraaak
kah kah kah
telooo sudah kecut
kah kah kah


JANGAN LUPA SABTU INI

7 ulasan:

  1. hamba dah jelik dengan permainan politik kotor para si pemegang tampuk kuasa...
    tipu rakyat...
    tipu bangsa...
    asyik2 hendak penuhkan tembolok perut suku-sakat...adik-beradik...sedara-mara...kroni...

    mau lagi 10 tahun macam ni,mau runtuh Malaysia ni...

    macam mana nak sampai berkat Tuhan kt bumi bertuah ni kalau kita semua asyik ke 'kiri' je...
    si pemimpin dok bermuka2 dengan rakyat...
    sumpah sana...
    sumpah sini...
    tgn blkg dok pegang api...
    sapa nak percaya???

    macam mana pemimpin yg penuh dgn skandal...jenayah plak tu...nak pimpin negara...???
    diri sndiri pn x btul,berani lagi dok ckap pasal hukum-hakam...
    gila apa...
    kita...kalau dh jahil sangat...baik diamkan je mulut tu,x payah nak bercakap bnda yg kita xtau...pi cari mana2 tok guru,bersila dpn dia...tanya mana part yg x faham...
    ini x,lg bleh dihentam die...selagi tu la telinga kita dok penuh dgn taik telinga...
    dah busuk abg ooiii...
    kami nak cari pemimpin yg 'wangi' plakkk...

    kami xmau pemimpin macam tu...
    pooorahhh!!!

    BalasPadam
  2. aku slut la lu bro....

    mana ko cekau idea mat bronson niiii....

    semuga umporno tak jemu jemu blasah mat broson aku ni....

    kah kah kah kah kah kah ....

    BalasPadam
  3. gua anggap ini berita baik.
    kalau dia kacau rumahtangga orang.
    orang akan kacau rumahtangga dia.
    kalau dia kacau bini orang.
    orang akan kacau bini dia.
    kalau dia simpah asid kat anak bini orang.
    orang akan simbah asid kat anak bini dia.
    ini hukum karma.
    buat baik dibalas baik.
    buat jahat dibalas jahat.

    - anak seremban derhaka.

    BalasPadam
  4. kah kah kah...memang sejibik la muka mat sabu dgn aktor pujaan aku Charles Bronson..kebetulan pulak dua dua memang hero aku jugak...TT memang terbaekkk la....

    BalasPadam
  5. Mana nak sama bahlolll, mat "sembab" sabu takde leher macam babiii. Charles bronson kurus. Mana sama.bodohhhhh

    BalasPadam
  6. Katakan PERKASA ni pejuang bangsa.Camna boleh marah kat Mat Sabu yg menyokong Mat Indera menyerang balai polis org putih kat Bukit Kepong tu?

    BalasPadam
  7. eden org bt.5 kg peradong, jelobu, menyokong ponoh abg mat bronson! anak mudo bersamo abg mat! hidup abg mat!

    BalasPadam