Isnin, 5 September 2011

MALAM RABU INI - FORUM MAT INDERA




SEMUA DIJEMPUT HADIR




HARD TALK:

Mat Indera - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan?

Mat Sabu
Aziz Bari
Isham Rais


Tarikh: 7 September 2011 (Rabu)
Masa: 8.15-10.30 malam
Tempat: KLSCAH (tingkat 3)

**Kerusi terhad kepada 150 peserta terawal.

ISU BUKIT KEPONG: PAS SEDIA DEBAT DENGAN UMNO - minsider

PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad Sabu.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

“Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.


MAKLUMAT DARI PEMBACA

bapak aku kata mat indera kawan dia.... bapak dan atok aku kena tahan kat lokap dik kerana satu keluarga dituduh kominis... 2 orang adik bapak aku yg bersama mat indera masuk hutan sampai sekarang tak balik...mungkin dah menemui Allah... memang celaker british niiiii...pasal apa umporno suka sangat british niiii??....
By mosabit on DARI ABANG MAT on 9/2/11

untuk yang teringin nak tahu sejarah wira negara sila ke laman ini http://wasiatpejuang.blogspot.com/
By Anonymous on SOKONGAN DATANG MENCURAH UNTUK GERILA PEMBEBASAN on 9/3/11

Sambutan Aidilfitri di Kampung Komunis...sila lihat di link berikut : http://matamin02.blogspot.com/2011/08/aidiladha-di-kampung-komunis.html
By RUMPUT HIJAU on MAT INDERA PEJUANG MELAWAN BRITISH on 9/1/11






6 ulasan:

  1. TT mintak penganjur rakam

    BalasPadam
  2. isham bila aku membaca tulisan2 kau berkaitan isu mat sabu ni mengingatkan aku pada sebuah sajak yang pernah aku terbaca di laman esastera suatu masa dulu yang masih terpahat dalam ingatan sampai kini. Aku ada copy dan save kan dalam laptop aku ni untuk dikongsi bersama semua pembaca. enjoy..!!!


    Korus Lagu Merdeka

    datuk ku
    mengapa engkau sembunyikan lagi
    bahwa kau
    bukanlah seorang pejuang kemerdekaan ini
    cuma seorang budak penjajah
    yang gila kuasa dan takut mati

    ayah ku
    mestikah engkau sembunyikan lagi
    bahwa bumi kita ini
    telah dijajah lagi
    dan engkaulah pula
    budaknya kini

    ibu ku
    aku tak mampu sembunyikan lagi
    darah ku semerah darah ayah dan datuk ku
    telah tersungkur berkubur di tubuh ini

    tak mungkin ku arkibkannya di sini
    di muzium tubuh yang merdeka ini
    menjadi tontonan murah setiap generasi

    ibu
    air mata mu kan ku bayar darah
    dikelopak mata mu yang kering merekah

    biar generasi ku bisa mengerti
    bahwa akulah pejuang kemerdekaan sejati !!.


    luna65
    Batu Pahat
    18hb. April, 2009.

    BalasPadam
  3. Dengar kata UMNO pun nak buat forum juga malam ahad ini di PWTC.

    Forum 'Baju Kalis Peluru' buatan Malaysia

    Baju Kalis peluru diperbuat dari kain cotton 100%...kah kah kah..kah kah

    BalasPadam
  4. Tolong...tolong...Minta perhatian kejap. Jom pakat2 pergi tengok Blog Greenboc(GB)?

    Nampak cara macam dah diserang oleh Beruk2 UMNO celaka.

    Blog mereka orang tak baca..tak laku, lepas tu buat kianat kat blog orang.

    Itu pun ada hati nak MATI SYAHID...kah kah kah.

    BalasPadam
  5. Arwah bapa aku dulu bertugas sebagai homeguard (section commandan)di pekan Seri Medan. Menurut cerita bapa aku...semasa dia dan pasukannya meronda di sekitar Seri Medan, dia dan anggotanya terserempak dengan komunis melayu diketuai oleh Mat Indra. Waktu itu semua anggota menjadi kaku dan ada yang terkencing dalam seluar...hanya ucapan "Asalammulaikum cik gu sahaja yang dapat bapa saya ucapkan pada ketua komunis itu. Beliau menyambut salam bapa saya itu dan berkata "Kamu melayu saudara se agama aku...cepat balik...aku cari askar gurkah dan orang putih sahaja". Pasukan bapa saya terus berpatah balik...dan apabila dilihat kebelakang...ketua komunis itu sudah hilang dari pandangan. Sehingga bapa saya mati...dia menganggap bahawa Mat Indra itu bukan musuh yang jahat...cuma ayah saya berpesan....berhati-hati kerana melayu sanggup belot kalau ada imbuhan. Sekian.

    BalasPadam
  6. Aku xnak ulas byk kominis meminis nie.dah lama dah aku sokong pejuang ori nie.
    Cuma nak sentuh sikit jer perihal Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mat Sabu.Mereka ni baru jer berentap kerusi TP Pas.Aku enjoy menghayati tahap profesional kepimpinan Pas especially 2 org ni.Matang tul mereka berpolitik.
    Kalaulah yang berebut ni TP UMNO,confirm yang kalah pemilihan akan tibai kaw-kaw yang menang.Ini tidak berlaku pada Tuan Ibrahim,beliau menjalankan tugas sebagai KP Pas dgn penuh tanggungjawab dan terserlah kejujuran beliau.UMNO BOLEH KA MACAM NI????
    Untuk kengkawan dalam UMNO,jom la pakat byebye kat UMNO....terlalu banyak pemimpin berwajah "tinted"...gelap masa depan.
    Aku xpernah menyesal jadi ahli seumur hidup DAP.Aku bersyukur sebab xpernah terliurk nak jadi ahli UMNO walaupun bapak aku pejuang kemerdekaan versi UMNO.Kebanggaanku juga kerana aku xpernah guna banyak kabel yang aku ada dlm politaik UMNO untuk kesenangan aku.
    Jomla tinggalkan UMNO....banyak lagi keindahan diluar UMNO....jomla hidup tanpa kesedihan dan kekesalan.

    BalasPadam