Rabu, 7 September 2011

SEMUA DI JEMPUT HADIR




DARI ARKIB SEJARAH






NOTA:
semua mata mata ini adalah mat saleh
mereka lah yang menjadi tuan
ketika rumah pasong bukit kepong diserang
tok sarjan nya ialah mat saleh

sila klik untuk besarkan imej



FORUM MAT INDERA – PEJUANG ATAU PENGKHIANAT - malaysiakini

Sebuah forum bertajuk 'Mat Indera - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan' akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor (KSCAH) malam ini.

Forum anjuran NGO - Free Public Forum M'sia (FPF) - akan membariskan tiga ahli panel iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Prof Dr Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan penulis blog, Hishammudin Rais.

Dalam satu kanytaannya, FPF berkata ia merupakan sebuah badan NGO yang bergerak di sekitar ibukota bertujuan menyediakan pentas forum, diskusi, wacana dan sebagainya bagi membincangkan isu-isu yang berlaku dalam negara.

"Pada kali ini, FPF akan menganjurkan satu lagi pentas forum berkaitan isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu berkaitan individu bernama Mat Indera dan peristiwa berkaitan tragedi Bukit Kepong 1950," katanya.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

3 ulasan:

  1. ooo kerja dengan penjajah rupanya,
    berunding bodek untuk dapat hak tanah, kenapa harus berunding untuk ambil semula hak.
    seligi kepala orang putih baru tau!
    tapi kenapa EEE ni lebih2 pulak mengaku melayu.. kehkehkeh

    BalasPadam
  2. Pegawai tinggi pasukan keselamatan di Malaya semuanya British.. yg jadi konstabel angkat senjata rata rata adalah polis keturunan Melayu..

    Lihat bagaimana helah British untuk memperlihatkan seolah olah pasukan gerila Malaya menyerang/membunuh polis dari bangsa sendiri manakala pegawai tinggi mat salleh bagi arahan dari main office saja..

    BalasPadam