Rabu, 21 September 2011

SURAT UNTUK RAJA BERSIONG




INI DIA RAJA BERSIONG






KENYATAAN MEDIA
SEKRETARIAT PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (SPKB)



AKTA KAMPONG BARU : KERAJAAN JANGAN ZALIMI PENDUDUK


Sekretariat Pembangunan Kampong Baru (SPKB) mendesak Kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Baru yang dijadualkan akan dibentangkan untuk bacaan kedua dalam sidang Parlimen bulan Oktober akan datang kerana majoriti penduduk, pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru jelas membantah cadangan untuk mewujudkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru menerusi Akta tersebut.

Walaupun mendapat bantahan keras dari pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru , Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tetap berkeras untuk membentangkan Rang Undang-undang (RUU) tersebut untuk bacaan kedua.

Tindakan ini bukan sahaja telah membelakangkan suara pemilik dan pewaris tanah, malah ia memperlihatkan sikap angkuh dan gelojoh Kerajaan untuk mengaut keuntungan mega dengan memperdagangkan satu-satunya aset berharga milik penuh orang Melayu di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur ini. Tindakan ini telah menampakkan kebenarannya dengan pewartaan Kampong Baru sebagai Zon Komersial sepenuhnya dalam Draf Pembangunan Kuala Lumpur 2020.

SPKB menegaskan bahawa pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru bukanlah menentang atau menolak pembangunan, tetapi biarlah pembangunan yang hendak dirancang itu bersifat manusiawi, ikhlas dan memberikan keutamaan serta mengambil kira pandangan mereka, bukannya mengutamakan kepentingan pihak-pihak tertentu. Sejak dari awal lagi Kerajaan telah menunjukkan sikap yang sangat tidak jujur terhadap penduduk Kampong Baru di mana Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru tersebut telah dibentangkan dahulu untuk bacaan pertama di Parlimen, kemudian barulah pihak Kementerian turun berjumpa penduduk, pemilik dan pewaris tanah untuk kononnya “berbincang” dengan mereka.

Tindakan ini seumpama meletakkan pistol di kepala penduduk dan meneruskan dengan perbincangan, sedangkan banyak perkara-perkara yang jelas memprejudis dan merugikan penduduk, pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru jika RUU tersebut diluluskan kelak.

Antara perkara yang mendapat bantahan keras dari penduduk Kampong Baru ialah kaedah penyerahan hakmilik tanah kepada Kerajaan untuk dibangunkan tanpa jaminan bilakah ia boleh dikembalikan semula kepada pemilik, penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan segala keputusan Perbadanan yang tidak boleh dicabar di mahkamah, pemansuhan Lembaga Penempatan Pertanian Melayu (MAS) yang telah lebih seabad mentadbir dan menguruskan hal-ehwal tanah Kampong Baru, keanggotaan Perbadanan yang tidak mewakili suara anak Kampong Baru serta penubuhan Majlis Penasihat yang langsung tidak “bertaring”.

Selain itu, pemusatan kuasa yang sangat luas dan tidak terbatas ke atas Kampong Baru yang diletakkan hanya kepada seorang manusia sahaja iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, yang boleh mendedahkan kepada amalan penyalahgunaan kuasa, urustadbir yang korup dan tidak bertanggungjawab.

Semua perkara tersebut menggambarkan sikap tidak telus dan jujurnya Kerajaan untuk menjaga kepentingan orang-orang Kampong Baru. Walaupun beberapa pindaan terhadap RUU tersebut telah dicadangkan oleh pihak Kementerian dan dicanangkan kepada penduduk Kampong Baru, SPKB menegaskan bahawa pindaan undang-undang tersebut hanyalah bersifat “kosmetik” dan bertujuan untuk mengaburi mata pemilik dan pewaris tanah semata-mata, yang kononnya Kerajaan telah mendengar pandangan dan bantahan mereka. Hakikatnya, pindaan tersebut tidak membawa makna apa-apa kerana RUU tersebut telahpun dibentangkan di Parlimen dan tidak ditarik balik sehingga kini.

Justeru itu, SPKB mencabar Kerajaan untuk mendedahkan hasil pungutan suara (referendum) penduduk Kampong Baru berkenaan cadangan pindaan dan RUU tersebut sebelum ia dibentang dan diluluskan di Parlimen. SPKB dimaklumkan bahawa sambutan penduduk, pewaris dan pemilik tanah Kampong Baru amat dingin terhadap referendum Kementerian tersebut. Ini memberikan gambaran yang sangat jelas bahawa penduduk, pewaris dan pemilik tanah menentang keras Akta Kampong Baru tersebut.

Oleh itu, Kerajaan digesa untuk menarik balik Akta tersebut sepenuhnya dan diingatkan agar jangan terus zalimi penduduk dengan mengambil tindakan yang akhirnya akan merugikan penduduk, pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru dan orang-orang Melayu khususnya.

20 September 2011

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengerusi
Sekretariat Pembangunan Kampong Baru (SPKB)

7 ulasan:

  1. lawan eleksyen pun tak. tiba2 nak konker KL.
    apa mendeee la lu ni raja bersiong

    BalasPadam
  2. Kali ini penduduk Kg Baru boleh mengadu pada Agung sebab ia dalam wilayah persekutuan! Tanah Kg Baru tanah pusaka. Boleh dikatakan sebagai tanah adat juga.

    Ingat! orang Melayu juga Bumiputera. Hak mereka sama macam orang asal gak dan native Sabah dan Sarawak. Jangan kata ikut undang2 tanah yang digubal penjajah ye. Undang2 tu taksah sebab kita "tak pernah dijajah."

    Tanah adat boleh masuk dalam hal ehwal adat. So, adat dalam bidang kuasa Agung sebagai ketua agama dan adat wilayah yang takde raja. Lagipun apa2 je yang mengubah hak orang Melayu dan mengubah sempadan perlu persetujuan raja2 Melayu (bukan raja bersiong). Ubah status kira ubah sempadan lah sebab Kg Baru akan hilang sempadannya.

    Pakar undang2 yang peka dengan nasib orang Melayu, tolong pertahankan hak mereka. Yong sedia membantu. Tapi Yong loyar buruk je.

    BalasPadam
  3. mana perkasa? mana pak berahim anak ali? mana pukida?

    woi aset melayu nak digadai!!

    woi brahim demo laaa.. bakar gambar raja nonok kechik kat kg baru.

    turun laa ramai-ramai.. nak lagi best bawak kepala babi masa berdemo.

    BalasPadam
  4. kepala bana apa rugi.. kerajaan apa peduli lu rugi ka lu untung.. yang penting, projek masyukkkk...

    tak suka, turun saja ke jalanraya.. bukan buat statement merapu2 seolah2 kita di pihak yang benar.. kalau benar, bukannya guna cara mahkamah, bukannya cara guna buku atau akta.. caranya turun ke jalan raya..

    kalau penduduk kampung baru membisu dan tak berani turun berdemo setiap minggu.. tak heran la kampung baru akan ditibai oleh gomen.. atas kertas, semua orang boleh tipu dan buat silap mata.. turun berdemo, ada mati2 dan berdarah kena pukul kerana bersungguh2 nak pertahankan kampung baru, baru gomen kecut perut nak amik tanah orang..

    woit, orang asli pun turun berdemo, orang melayu dok tunggu buat statement lagi.. kepala bana apa statement ni.. orang buat nasi bungkus jer bang..

    BalasPadam
  5. warga penduduk asal Kampong Baru WAJIB untuk menolak UMNO pada pilihanraya akan datang...JK Masjid Kampong Baru pon masih dipenuhi dengan UMNO...BN dalam rancangan untuk merampas tanah kampong2 sekitar KL..

    UMNO MUST BE DESTROYED!!!

    BalasPadam
  6. Jaga-jaga org Kg Baru, Raja Bersiong ni 'makan dalam' punyer jenis, sikit-2 dia hisap darah Org Kg Baru sampai mampos korang semua 1hari nanti.

    BalasPadam
  7. Petaling Street xjadi plak diambil untuk projek MRT.. Hidup Melayu ke Hidup Cukong..

    BalasPadam