Khamis, 27 Oktober 2011

AL-FATIHAH UNTUK GADDAFI




ANAK TERBAIK BUMI AFRIKA





JAWAPAN SAYA KEPADA TUAN




Tuan yang saya muliakan:

Tuan menulis kepada saya dan bertanya kenapa saya memberi penghormatan kepada Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis dan mengutuk Kolonel Gadaffi. Tuan terus bertanya dan menghambat dengan soalan kenapa saya bersimpati dengan seorang ditaktor yang telah merampas kuasa semenjak tahun 1969. Tuan bertanya apakah saya tidak tahu bahawa selama 42 tahun ini Libya tidak pernah melihat kepimpinan selain dari Kolonel Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis tentang kezaliman yang berlaku di Libya.

Tuan yang saya muliakan,

Saya juga disedarkan bahawa Kolonel Gadaffi ini telah memberi pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti di Libya. Saya juga sedar bahawa Gadaffi memberi warga Libya perubatan percuma. Saya juga sedar yang Gadaffi telah menggunakan duit minyak petrol untuk membuat rumah dan memberikan secara percuma kepada warga Libya.

Saya juga sedar Gadaffi memberi sokongan kepada banyak perjuangan pembebasan antarabangsa pada tahun-tahun 70’an dahulu. Sokongan dana dan diplomatik untuk PLO, Japanese Red Army, IRA dari Ireland Utara, ETA dari Sepanyol – termasuk juga menyokong dan memberi dana dan senjata kepada Moro National Liberation Front dari Mindano.

Dalam masa yang sama - saya amat sedar bahawa ruang demokrasi amat sempit di Libya. Saya sedar Gadaffi memerintah Libya tanpa ada pemilihan. Gadaffi naik tahtha kerana rampasan kuasa. Dalam hal ruang demokrasi saya tidak bersama menyokong Gaddafi.

Malah ketika Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), ABIM, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Melaya (PBMUM) - mengangkat dan menjulang Kolonel Gadaffi pada tahun tujuh puluhan dahulu – saya secara sinis telah mentertawakan kumpulan kumpulan ini. Ketika ini Gaddafi sedang menjual agama dengan Buku Hijaunya. Gadaffi membuat Buku Hijau kerana Pengerusi Mao pada ketika itu ada Buku Merah. Saya tersenyum sinis apabila melihat kumpulan-kumpulan Islam amat senang ditipu. Saya perhatikan mereka memiliki kecetekkan fikrah dan gagal untuk memahami konsep ruang demokrasi yang lebih luas.

Ini berlaku lebih dari 30 tahun dahulu. Ini ketika saya telah bangun menyokong perjuangan adil rakyat Vietnam. Kita saya menyokong pejungan rakyat Kamboja. Kita kami anak muda keluar ke jalan raya untuk bersetiakawan dengan rakyat Palestine dan warga Afrika Selatan. Ketika ini anak muda seluruh dunia sedang bangun melawan kuasa imperialis Anglo-Amerika.

Biar saya jelaskan disini. Saya tidak pernah menghalalkan apa sahaja bentuk kezaliman. Sama ada kezaliman yang dilakukan kerana idealoji kiri seperti di Russia dan di China, atau kerana dogma agama di Iran dan Pakistan atau atas nama keselamatan seperti di Malaysia dan di Israel. Kezaliman adalah kezaliman tidak kira dari mana datangnya. Yang dizalimi tetap terseksa.

Tuan yang saya hormati,

Disini biar saya luaskan pandangan siasah agar kita bukan hanya memahami Gaddafi dengan Buku Hijaunya atau dengan Libya wujud tanpa pilihanraya. Saya ingin membuka wacana yang lebih luas. Dalam bahasa German, saya ingin membuka wacana realpolitik – politik yang dieja dengan huruf k. Saya harapkan apa yang saya huraikan ini akan membuka fikrah kita bersama untuk melihat tanda dan makna politik yang sedang berlaku dihadapan mata kepala kita.

Tuan yang saya hormati,

Libya ialah anggota OPEC – negara pengeluar minyak. Ertinya Libya negara kaya. Ertinya jika duit minyak tidak digunakan secara membazir. Atau digunakan hanya untuk isteri Gadaffi membeli intan berlian dari kedai Jacob di New York atau membeli beg tangan Jane Birkin – sudah pasti warga Libya tidak hidup lumayan. Ini tidak berlaku di Libya justeru pendapatan warga Libya adalah yang tertinggi di Afrika.

Sebagai anggota OPEC kelihatan Libya dibawah pimpinan Kolonel Gadaffi selalu membantah keputusan dan cadangan OPEC yang diajukan oleh Saudi Arabia. Arab Saudi sering mengajukan dasar pengeluaran minyak yang tidak akan menggangu gugat sistem ekonomi kapitalis yang dikepali oleh Amerika Syarikat. Saudi mahu harga minyak petrol terus rendah. Amat jelas - Raja Saudi adalah budak suruhan Amerika yang paling setia. Raja Saudi akan menjaga kepentingan ekonomi kapitalis Amerika lebih baik dari menjaga Makam Nabi. Dasar Saudi yang pro Amerika inilah yang sering ditibai oleh Gadaffi.

Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah dalam politik antarabangsa Gadaffi ini ialah sosok anti imperialis. Justeru sokongan Libya terhadap gerakan pembebasan antarabangsa pada tahun tahun 70an dahulu wajib dilihat dalam konteks ini. Kerana anti imperialis ini Gadaffi ialah ‘ budak jahat’ dalam kitab rujukan Rumah Puteh. Kolonel ini tidak disukai oleh kuasa Anglo-Amerika. Kolonel Gadaffi tidak disukai oleh Shell, Esso, BP atau Cheveron Oil – kerana semua syarikat ini dikekang dari masuk menjarah minyak di Libya.

Dalam pandangan geopolitik kaum imperialis dan kaum pemodal antarabangsa Gaddafi telah membuat beberapa kesalahan. Biar saya terangkan kesalahan Gadaffi ini. Kesalahan-kesalahn inilah yang membuatkan bala tentera NATO datang menyerang Libya dan membunuh Gadaffi.

Tuan yang saya muliakan biarkan saya senaraikan satu demi satu kesalahan Kolonel Gadaffi ini. Di harapkan tuan akan terbuka mata dan hati untuk memahami siasah dunia dengan lebih lengkap. Jika tuan memahami ini maka saya berharap tuan memahami kenapa saya menyokong Gadaffi.

Pertama:
Gaddafi telah mengeluarkan dana lebih dari 300 juta dolar Amerika untuk membuat sistem Satelit Afrika. Sistem satelit ini membolehkan 42 negara-negara Afrika berkomunikasi bebas dari kongkongan sistem komunikasi syarikat-syarikat Eropah. Saban tahun sebelum adanya sistem Satelit Afrika ini – negara negara Afrika terpaksa membayar 500 juta dolar satu tahun harga sewaan. Gaddafi membebaskan negara Afrika. Kaum pemodal antarabangsa lesap mata pendapatan sebanyak 500 juta dolar setahun.

Kedua:
Gadaffi telah merancang untuk menubuhkan AMF – African Monetary Fund. Lembaga AFM ini berperanan seperti International Monetary Fund (IMF)– meminjamkan dana untuk negara Afrika yang memerlukan. Bezanya AMF ini bukan untuk mencari keuntungan. AMF ini bukan untuk memberi hutang atau menjadi Along untuk negara Afrika. AMF bertujuan membebaskan negara-negara Afrika dari sistem penjajahan ekonomi yang sedang memiskin benua ini.

Lembaga AFM ini juga akan mewujudkan Central Bank of Africa yang beribu pejabat di Abuja Nigeria. Ini bererti nilai duit Afrika bukan lagi ditetapkan oleh dolar, bukan lagi ditetapkan oleh pound sterling atau ero. Dengan wujudnya Central Bank of Afrika ini maka putuslah penjajahan ekonomi kaum pemodal antarabangsa dengan benua Afrika.

Gadaffi juga akan mewujudkan Africa Bank of Investman a yang beribu pejabat di Libya. Tujuan bank ini ialah untuk mencari modal dan melabor di negara-negara Afrika. Semua lembaga keewangan ini akan diwujudkan pada tahun 2011. Semua perancagan telah berjalan dengan lancar. Semua perjanjian telah ditanda tangani. Kini semuanya tinggal impian. Kini semuanya dimusnahkan oleh serangan Nato.

Ketiga:

Kuasa imperial Anglo-Amerika tidak mahu Afriak bebas. Kuasa imperialis mahu rakyat Afrika terus bodoh dan dibodohkan. Ramai warga Afrika datang belajar di Libya. Sistem pembelajaran pecuma di Libya menjadi ancamaan kepada kaum pemodal. Bertambahnya warga Afrika yang bijak bermakna berkurang pula pengaruh kuasa pemodal antarabangsa di Afrika. Justeru, kaum pemodal antarabangsa mahu Afrika terus diperintah oleh para ditaktor seperti Mobutu Sese Seko, Idi Amin Dada atau Emperor seperti Bokasa.

Melalui Lolonel Gadaffi kesatuan African Union menjadi satu organisasi yang bukan sahaja beretorik tetapi berupaya melakukan sesuatu. Melalui duit minyak Gadaffi telah menyalurkan dana yang banyak ke negara-negara Afrika. Ini dilihat oleh kaum pemodal sebagai satu yang bahaya. Sebagai satu ancaman. Bahaya kerana jika Afrika bangun membina negara mereka sendiri maka kaum pemodal antrabangsa dan kehilangan tempat untuk merompak dan menjarah kekayaan.

Tuan yang saya hormati,

Tiga pekara yang telah dilakukan oleh Gadaffi ini telah dengan terang-terang menentang kepentingan kaum kapitalis antrabangsa. Semua ini adalah jenayah Gadaffi terhadap kaum pemodal antrabangsa. Semua ini adalah kesalahan Gadaffi terhadap imperialis Anglo-Amerika. Jelas, apa yang saya tuliskan bukan jenayah Gadaffi terhadap warga Libya. Ini bukan bermakna Gadafy ini seorang sosialis – tidak. Apa yang Gadaffi lakukan ialah secara jujur dia ingin membebaskan Afrika dari cengkaman kaum pemodal antarabangsa.

Tuan yang saya hormati,

Pekara yang saya tulis ini tidak akan dilaporkn oleh CNN, BBC, New York Times , Washington Post atau pun Utusan Melayu. Tidak ada media arus perdana yang berani menyentuh pekara ini. Laporan yang kita baca, dengar dan tonton hanya menyatakan bahawa warga Libya telah bangun menentang Kolonel Gadaffi. Apakah ini betul?

Saya hanya ada satu pemintaan kepada tuan yang saya hormati. Sila cari gambar, sila cari klip di YouTube, sila selidiki semua media dunia – adakah pernah tuan ternampak beribu-ribu anak anak muda berkumpul menentang Gadaffi seperti di Dataran Tahrir? Adakah tuan pernah terlihat gambar puluhan ribu rakyat Libya berdemo menentang Gadaffi seperti demo Bersih 7 Julai dahulu? Atau ternampak gambar beribu-ribu anak anak muda berdemo dan terus bermalam berminggu-minggu di Benghazi?

Tidak. Tuan jangan membuang masa. Imej ribuan anak muda Libya berdemo ini tidak wujud. Kerana bukan warga Libya yang bangun menyerang kerajaan Gadaffi. Yang datang menyerang ialah soldadu upahan Amerika dan jet pengebom Nato yang bertungkus lumus siang dan malam menyerang Libya. Sejarah Libya ini tidak tamat disini. Saya akan sambung lagi minggu hadapan.(TT)


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADLIAN terbaru
sesiapa ingin berlanggan akhbar mingguan
ini sila pukul talipon 03-22-72-40-45


57 ulasan:

  1. sial lah. kenapa berbelit belit dunia ni. fuck off lah.

    BalasPadam
  2. -tulisan dari pengalaman tan adalah benar belaka.

    -presstitutes atau pelacur akhbar2 barat sentiasa memutarbelitkan berita tentang libya. sedikit sangat rakyat libya yg menentang itupun hanya dari misrata yg telah dimasuki oleh tentera upahan, penasihat as dan nato serta askar2 qatar dan mungkin askar2 dari arab saudi. pengeboman dan penjarahan ala pengganas al qaeda tajaan amerika dan eropah ini telah membunuh 30,000 rakyat libya.

    -gadaffi keluar dari tripoli kerana ugutan penyamun2 ini untuk menghancurkan seluruh bandar itu bersama penduduk2nya sekali. tiada pilihan gadaffi berundur dan juga ramai kepimpinan nya yg menikam dari belakang.

    -sesungguhnya sial dan celakalah bangsa arab ini kerana membunuh dan memusnahkan negara yg berdaulat bangsa sendiri kerana menghisap zakar as dan eu. sepatutnya negara2 arab seperti arab saudi, uae, qatar, bahrain, kuwait yg lenyap pemerintah kuku besinya bukannya gadaffi.

    BalasPadam
  3. Binawe Anglo-Amerika serupa dengan Binawe UMporNo-BN kat sini. Jahat, anti-cerdik, penting diri dan berdendam terhadap Islam.

    - zunodeng.

    BalasPadam
  4. Salam tuan tt

    Gadafi sebagai seorang personaliti memang mengelirukan. Satu aspek beliau ialah apa yang tuan cakapkan. Beliau anti-imperialis, anti-kapitalis, pembebas afrika...dan sebagainya. bagaimanapun saya berpendapat
    Gadafi ialah manusia yang giladan tidak layak jadi pemimpin. Kerana kegilaannya, dia cuba membebaskan org lain kononya dr cengkaman penjajah tapi mengabaikan rakyatnya sendiri. Brp ramai rakyatnya yg miskin dan melarat hingga terpaksa menjadi buruh haram di Eropah, pengutip tomato di Itali, ditangkap sebagai pendatang dalam bot beramai-ramai di Mediteranean. Setiap tahun berapa ramai pensyarah universiti, guru sekolah yang digantung dihadapan pelajar hanya kerana berkata sesuatu yang bertentangan dengan gadafi. Pada masa awal pemerintahan, gadafi memang baik spt menyediakan sekolah, rumah, wang dsbnya. Tetapi itu dulu tahun 8oan. Kerna ketakutan gadafi, setiap anak, malah isteri dan suami tidak mempercayai satu sama lain. Anak kecil yang berada ditadika pun ditanya apa yang ibu dan ayah mereka cakap dirumah.Berapa ramai rakyatnya yang dibunuh secara senyap. Bahkan sekiranya wujud seseorang dalam sebuag kampung yang bercakap menentang gadafi, seluruh kampung dimusnahkan termasuk ayam-itik, kambing, tanaman kurma dan disodok dengan traktor menjadi padang pasir seolah tidak wujud sebuah rumah pun di situ. Sekiranya kita tidak melihat anak muda berdemo di Libya ini kerana budaya takut dan ketakutan yang amat sangat ditanam oleh gadafi selama 40 tahun.Imej gadafi dan anaknya yg menjadi tentera itu sangat ditakuti. 40 tahun hidup dalam ketakutan, bayangkan! Kita boleh bertanya, mengapa LIbya yang begitu kaya, gadafi yang begitu bagus (menurut tt) boleh displaced rakyatnya hampir sejuta orang. Sejuta rakyat Libya berada di luar negara, boleh tanya mereka sejauhmanakan dasar baik gadafi itu memberi kebaikan kepada rakyatnya. Jika kita pergi ke Libya, penuh dgn kereta buruk dan rumah buruk di sebalik bangunan besar yang hampir kesemuanya syarikat telekomunikasi, pasaraya, syarikat besar dikuasai oleh anaknya, yang paling banyak Saif, kemudian muktasim, kemudian bininya, anaknya, anaknya, anaknya..dan anaknya.Saya percaya ada dua personaliti gadafi yang tidak kita fahami. Hal ini, hampir sama dengan Mahathir dulu, dimana beliau bercakap sebagai anti-jews, anti-amerika dan membangun pasaran negara-negara islam, gold dinar, ingin menjadi hero dunia ketiga (tt pernah hentam pasal dasar visa terbuka untuk afrika)dan sebagainya. Cuma kegilaan mahathir tidakla sampai spt gadafi mungkin sbb mahathir tidak mempunyai sumber/akses kepada petrol dollar spt gadafi. ttp di dalam negara sendiri, dasar-dasar ISA, penswastaan, OSA, AUKU, kebebasan hakim, campurtangan eksekutif paling teruk dalam kes anwar ibrahim,hingga kehari ini menybbkan mahathri dicacimaki.

    Cuma saya ingin bertanya, apakah gadafi layak menjadi pemerintah libya kerana dasar anti imperialisnya?

    BalasPadam
  5. Al-Fatihah untuk Gaddafi..Wallahualam bissawab

    BalasPadam
  6. satu ulasan yang jitu dan tepat...
    lama sudah saya berpendapat seperti tuan TT ...
    Amerika dan NATO mula cuba meranapkan "gadafi" suatu ketika dulu ... tapi cuma anak nye sahaja yang dapat dibunuh ...
    kini NATO dan amerika menggunakan kaedah "anak tempatan" .... mereka disuap semahunye, supaya terus menerus mengasak hingga kelubang cacing .... dan dengan kaedah ini akhirnye mereka berjaya "menjarah NEGARA LIBYA" .... setelah sekian lama mereka dihalau keluar oleh gadafi ..... kini "OMAR MOKHTAR JUNIOR" telah dapat di runtuhkan oleh imperialis - kapitalis ...percaya lah, kapitalis-imperialis akan berkuasa mencengkam LIBYA .... dan libya akan kembali kepada 'kehancuran kehidupan' ..... 'neraka dunia' sedang menanti 'RAKYAT LIBYA' ... percayalah, sebagaimana yang kita (Malaysia) hadapi kini, hasil dari cengkaman, imperialis-kapitalis...

    BalasPadam
  7. Allah menghukum umat manusia yang lalai dengan menarik imam imam dan pemimpin mulia.

    BalasPadam
  8. Tuan yang saya hormati, di Malaysia juga Mat monggol adalah budak suruhan Yahudi dan Raja Kapitalis dunia ,Amerika. Tuan yang saya muliakan, ketika ini mat monggol akan mengadap agen Yahudi iaitu Singapura sebab biji teloor dia sedang di pulas gara-gara gambarnya dengan betina monggol ada pada perisik Singapura. Nampaknya akan tergadai lah lagi wilayah-wilayah Malaysia ketangan Singapura. Tuan yang saya hormati, oleh yang demikian marilah kita berjihad menggulingkan KERAjaaan UMNO-APCO{Apno} dengan anak-anak muda agar bumi Malaysia bersih dari segala kejahatan Mat monggol dan Syaitan-Syaitannya Yahudi Apco yang tak senang kalau Malaysia tak Korup macam negara-negara Afrika, sebab Malaysia majoritinya adalah umat islam sama seperti Kaddafi. Kah..Kah..Kah.....

    BalasPadam
  9. terima kasih TT.padat dan sendat.

    BalasPadam
  10. ni lah artikel yg aku tunggu2...(dah berbulan), tenkiu tt.....aku dah agak mesti lain dr yg lain!

    BalasPadam
  11. ape ni bro, ari tu ko tulis lain, sekarang lain pulak, susah la nk spin mcm ni, adoi. dulu aku pun anggap gadafi ni jahat mcm mahathir, diktator. tak tau pulak arini ko tulis lain,hmm

    BalasPadam
  12. Senarai negara penyimpan stok minyak 2011 sumber dr CIA world fact book. Libya dah dapat. Next target Iran dan Nigeria. Tak percaya? Tunggu dan lihat. Memang Ghadaffi tu zalim. Tapi perang menggulingkan Ghadaffi hanya bertopengkan pengdemokrasian negara Libya. Amankah Iraq pasca Saddam Hussein? Akan amankah Libya pasca Kolonel Ghadaffi? Tunggu dan lihat. Iran kena berhati-hati. Sekarang pun dah Bermacam tekanan ekonomi. Inilah nasib negara Islam yg ada minyak. Jangan terkejut kalau satu hari nanti Malaysia pun diserang Nato!! Kahkahkah!!
    Senarai penyimpan stok minyak 2011 sumber dari CIAworld fact book.
    1 Saudi Arabia 262,600,000,000 1 January 2011 est.
    2 Venezuela 211,200,000,000 1 January 2011 est.
    3 Canada 175,200,000,000 1 January 2011 est.
    4 Iran 137,000,000,000 1 January 2011 est.
    5 Iraq 115,000,000,000 1 January 2011 est.
    6 Kuwait 104,000,000,000 1 January 2011 est.
    7 UAE 97,800,000,000 1 January 2011 est.
    8 Russia 60,000,000,000 1 January 2011 est.
    9 Libya 46,420,000,000 1 January 2011 est.
    10 Nigeria 37,200,000,000 1 January 2011 est.

    Next target Iran!!! semua ini kerana minyak. Perang yg kononnya atas dasar demokrasi hanya palsu. Amankah Iraq pasca Saddam Hussein? Amankah Afganishtan pasca Taleban? Akan amankah Libya pasca Kolonel Ghaddafi? Iran pasti menjadi next target. Kononnya demokrasi tidak subur. Malaysia jgn terkejut jika satu hari nanti jet Nato datang tembak negara kita. Semuanya negara Islam yg kena. Apa sudah jadi??? Kahkahkah!!!

    BalasPadam
  13. saya kata ghadaffi salah, ghadaffi tidak memberi jiwa (soul) kepada penduduk libya walaupun doberi banyak kesenangan, alah macam anak org kaya, jadi poyo pasal tak ada cabaran

    BalasPadam
  14. I sokong u hisham.

    Yg baik kita sokong,
    Yg jahat kita lawan.

    BalasPadam
  15. bila kita sokong sesaorang, yang baik kita hebohkan, yang buruk kita sorokkan. kesimpulannya, apa yang gaddafi buat sampai jadi begitu, mudah sangat jatuhnya.

    BalasPadam
  16. Ghadafi memulakan gerakan anti feudal dengan baik TETAPI dia lupa yang hidup ini hanya sementara.
    Hidup adalah untuk sujud kepada Allah Taala dan bukan membina empayar dengan nama gah seantero dunia.
    Kealpaan itu membawa bencana dengan penyiksaan dan pembunuhan ribuan rakyat marhain di bumi Libya.
    YA benar tidak ada ribuan demonstrasi anti Ghadafi. Sebabnya telah puluhan tahun rakyat Libya dizalimi dan dipenjarakan.
    Bayangkan lebih 40 tahun mereka ditekan dari bersuasa.
    Benar mereka menikmati kekayaan hasil minyak HANYA kerana Ghadafi kurang berminat dengan Bank di New York dan Zurich.
    Itu sahaja bezanya dengan diktator Arab yang lain.

    BalasPadam
  17. Tuan TT,

    Diharapkan boleh translate article ke English/bahasa lain.

    BalasPadam
  18. Semoga Allah mengampunkan dosa Allahyarham Gaddafi.Sebak melihat kesudahan hidupnya yang sedemikian rupa.Sebak dan pilu saya rasakan setiap kali terlihat berita ttg Gaddafi.Celakalah orang Islam dan pemimpin Islam yang turut sama berkomplot menjual nasib negara umat Islam kepada kafir laknatullah.Nauzubillah....

    BalasPadam
  19. Tuan,

    Bagitu lambatnya NATO nak masuk Bosnia. Hingga beribu ribu umat Islam di bunuh. Tapi di Libya lain hal pula. Ini sebab minyak.

    Meru

    BalasPadam
  20. Rajah Gopal Rajah Bersiong27 Oktober 2011 pada 6:27 PTG

    Saya penyokong setia Tukar Tiub tetapi saya tidak setuju dengan pandangan Bang Isham tentang Gadaffi kerana bagi saya Gadaffi sama sahaja dengan Rajah Gopal - Rajah Gopal di Malaysia.

    Adakah kita patut menyanjungi Rajah Gopal jika Rajah Gopal menentang Anglo-Amerika dan Yahudi?

    Mamakthir pun anti-Amerika dan anti-Yahudi macam Gadaffi juga. Adakah patut kita menyanjungi Mamakthir?

    Jika Gadaffi tidak digulingkan saya pasti cucu-cicitnya akan menjadi macam Rajah Gopal - Rajah Gopal di Malaysia - makan ditanggungi rakyat dan berak cangkung.

    Saya rasa bagi rakyat Libya, Gadaffi boleh disamakan dengan Mamakthir dan Rajah Gopal di Malaysia.

    Bukankah anak muda - anak muda Libya menyahut seruan Bang Isham yang selama ini menyeru rakyat Malaysia bangkit menentang UMNO secara revolusi?

    Al Fatihah untuk Gadaffi dan anak-anaknya. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka.

    BalasPadam
  21. pokok cerita dunia arab sentiasa diintai dah dihendap untuk ditawan oleh hantu kapitalis ialah kerana negara2 islam ini mempunyai emas hitam...

    berbagai propaganda dibuat oleh amerika dan sekutunya untuk memberi gambaran buruk terhadap negara islam...

    kekayaan yg menjadi lambang kepada tamadun manusia ialah pembangunan infra, teknologi tinggi, gedung2 besar, rumah2 banglo yg indah... inilah gambaran yg dibenamkan oleh kapitalis ke dalam minda manusia...

    wlw apa pon perancangan yg dibuat untuk mempertahankan maruah negara islam, pihak barat memang tidak pernah senang dengan apa yg berlaku di timur tengah... selagi pemimpin negara itu tidak tunduk dan menyembah imperialis barat... renungkanlah...

    BalasPadam
  22. respond dan kefahaman baik tapi yg masih mangkok, melayu kah kah. woit, sedar dan tindakan tak sama. ada minyak kutty yg jaga, bagus la tu.
    tt, u need to talk more about dr. sam and all the blood-sucking capitalis here in msia...help anwar define the real meaning of rakyat or pas about that negara kebajikan. it looks harmless no doubt actually these are the blunders that have made the malays suck-up at the expense of foreigners-turned-capitalist, right here!
    pity, u all have never wake up since baling. that time u walk the talk, today u talk and walk with walkie-talkie kah kah kah
    bet ya, not one mangkok can and dare understand your reservation for Muhammad Ghadaffi. from your interpretation i believe the long lost communist that they accused over the malays were now The Grand Master who hold the business here with the imperialists. satu lagi bab melayu kena tipu di tanahair mereka sendiri. Di Tanahair ini Casino duduknya lebih tinggi drp minaret mesjid anda. gadhaffi didn't make that thing up there but.....yg tukang sain tt kah kah kah yg tukang angguk ular makkkk! jual burger la lu utk undi oooomno pas tu kutuk fam sbb tikit cokik darah.

    BalasPadam
  23. TT,

    Kalau lama sangat memerintah jadi macam umno lah..

    Umno mula2 pun ok. Oleh kerana terlampau lama sangat memerintah, negara ni dah jadi macam mak bapak dia yang punya..

    Anon 2.42ptg punya ulasan pun logik dan masuk akal

    BalasPadam
  24. TQ TT!!!!!
    AQ DARI DULU TERASE TERDAPAT SESUATU YANG TAK KENA DGN MASALH LIBYA!!
    NAK2 MASE NATO MASOK CMPUR!!
    DAN HARI NIE AKU DAH DAPAT JAWANPNYA!!
    AKU SOKONG GADAFI!!

    -JEF BUTTERSOUND-

    BalasPadam
  25. article terbaik !!!!

    BalasPadam
  26. hormat dan tabik pandangan TT.. di dunia ini senang shj..hitam dan putih.yg jahat dpt blaasan jahat,baik dibalas baik,tak kira islam ke,kapir ke, semua dpt balasan yg sama kt dunia.. perbezaan kita cuma nanti kat akhirat..sapa2 ada pendapat ttg gaddafi baik ke,jahat ke pegang sampai jd bara.. sudah tentu ada pro dan kontra.

    BalasPadam
  27. Selalu kan kita terserempak org gila tapi cakap bukan main hebat.Macam tu la Gaddafi.Kalau betul dia tegar anti Amerika,kenapa masa mula2 pemberontakan berlaku Gaddafi sggup tuduh pemberontak adlh pengganas yg didalangi Al-Qaeda?Selepas beberapa ketika Gaddafi menuduh bhw kuasa2 luar mahu menjajah negara Libya pula.Jangan lupa pula ancaman Gaddafi terhadap rkyt Libya yg berdemonstrasi sblm itu dgn mengatakan akan mencari setiap org yg keluar demonstrasi sehingga ke pintu rumah.Tak ke celaru Gaddafi ni?

    BalasPadam
  28. salam,

    setiap org ada pendapat masing-masing. tt melihat arwah dari skop apa yg dibuatnya terhadap kuasa barat.

    boleh aku tanya, sebelum tulisan tt kali ini, jawab dengan jujur, berapa ramai org yg tahu akan hal ini kalau anda hanya membaca semua news online dari barat- us, uk dll sahaja? atau hanya gila bola epl seolah itulah sahaja aktiviti wajib malam minggu anda

    negara kita yg nazak hasil kerakusan bee end memerlukan seratus orang pemikir seperti isham rais, seratus orang pejuang seperti raja petra dan seratus orang ilmuwan seperti aziz bari utk menyedarkan anda semua, utk benar-benar bangkit dari tidur!

    org pandan indah

    BalasPadam
  29. Apa yang ditulis oleh TT sebenar cuba nak tutup keadaan sebenar kedurjanaan sistem sosialis yang diamalkan oleh Ghadafi. Saya ikuti perkembangan ini melalui TV al jezeera versi arab yangmana dari awal revolusi yang bermula secara aman sehinggalah bertukar kepada bersenjata adalah perjuangan yang dilakukan sendiri oleh anak-anak muda libya. Ribuan yang mati pun itu adalah anak2 muda libya. Tanpa menafikan peranan Nato, tapi hakikat sebenarnya revolusi itu adalah revolusi anak-anak muda Libya. Boleh dikata keseluruhan rakyak libya memang benci kepada Ghadafi oleh kerana keganasan, kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat sendiri. Inilah satu-satunya contoh negara sosialis. Katakan kebenaran itu walaupun pahit. Saya rasa kalau ada oang cuba pertahankan Ghadafi, walaupun memang ada jasanya tapi orang itu tidak boleh berfikir secara waras. Kalau sudah dilaporkan hartanya melebihi US169 billion, apa erti ini?

    BalasPadam
  30. 1/4 populasi Malaysia. 2x export minyak Malaysia. Libya adalah satu negara yang kaya.

    oh hampir 1juta penduduk libya di luar negara. apa sebabnya?

    BalasPadam
  31. tt,
    bila membuka blog, maka tukartiub yang mula dibuka. Namun aku tiada selera untuk membuka blog tt bila melihat tajuk "al-Fatihah untuk gaddafi". Tiada apa yang hendak dipuji mengenai seorang yang bernama Gaddafi, beliau telah mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat libya.
    Penentangan beliau kepada barat dan imprealis bukan menjurus kepada perjuangan dan keadilan namun berlaku bersama dengan minat beliau untuk mendapat kepada perhatian dunia.
    Hanya rakyat Libya merasai segala keganasan yang telah dilakukan Gaddafi sepanjang pemerintahan beliau. Ibarat "rahsia dalam seluar hanya diketahui saudara terdekat".

    BalasPadam
  32. Tanyalah rakyat Libya sendiri baru tau baik buruknya Gadaffi.Baru2 ini tadi TV Australia abc menyiarkan satu rancangan yang menuramah rakyat Gadaffi yg dipenjara selama 12 tahun. Ada yang merengkok sampai 14 tahun. Pernah terjadi apabila sekumpulan banduan yang memprotest bahan makanan yg diberi dipenjara ditembak hidup2 oleh askar Gadaffi.Jadi jangan pandai menghakimi keadaan negara luar, kalau tak cukup fakta. Usah mengulas yg bukan2.

    BalasPadam
  33. kisah Firaun dizaman Musa berulang, mungkin dengan nama yang berbeza, tetapi mereka mempunyai kelakuan dan kezaliman yang hampir sama.
    Jika bani Israel merasa gembira dengan tenggelamnya firaun di lautan, begitu juga rakyat Libya, mereka merasa gembira apabila bebas dari seorang firaun yang zalim.

    BalasPadam
  34. kawe mintak izin utk berbeza pendapat dari TT, walaupon kawe kurg pengetahuan mengenai libya berbanding ngan TT. Namun atas beberapa butir di bawah kawe xsetuju ngan pendapat TT. Terlalu byk fakta yg diseleweng, ade yg menyebelahi Gadaffi dan ade yang tidak. Tiba2 keluar begitu byk fakta yg kononnya Gadaffi ni bagus, namun kawe tanya sendiri jiran kawe ore Libya, dia kata Gadaffi ni syok sendiri. Kot2 mano kita xleh lupa, kebangkitan rakyat yang memulakan kempen Anti- Gadaffi, bab lepas tu askar NATO ko askar Amerika masuk campor, xpayoh nok timbul. Bayangkan kalu benda yg sama berlaku kat atas kita zame Mahathir dan Mahathir dibunuh. Benda samalah yang akan keluar, mesti ada yg membuka cerita betapa bagusnya Mahathir dan sebagainya. Namun kita xleh nafikan keangkuhan dia sbg pemimpin yg memarakkan api kebencian rakyat. Gadafi nilah jugk yg kononya nak jadi Raja Afrika sedangkan rakyatnya lari dari negara sendiri, jire kawe 25 thn doh merempat di Jerme.Kuasa pemerintah ni xleh nok wat harta peribadi. Nilah yang digunakan oleh set PERKASA skrg ni, menamakan hak asasi sbg hantu baru, puak2 ni pon syok sendiri, akan anggap benda tu baik selagi geng dia berkuasa, rasuah pon xpa, selagi org Melayu yg untung, sesekali pemimpin boleh condemn Yahudi dan Amerika utk alih tumpuan rakyat akan dipanggil hero dah. Jadi sepatutnya kita xpayoh nok peningkan kita, sapo baik sapo jahat dale bab ni. Semuanya begitu samar sehingga ramai golongan yg nak tunjuk2 bijak, termasuk TT dan bbrp pencacai UMNO, begitu desperate menggunakan kematian Gadafi, msg2 utk agenda msg2 dan amatlah sungguh lucu bila org memperbodohkan dgn fakta yg samar. Kawe rasa cukoplah kita sedekahkan Al- Fatihah kepada Arwah Gadafi atas nama persaudaraan Islam dan tumpukan fokus kita ke arah sesuatu yg lebih jelas dan relevan kepada kita. Yahudi dan Amerika bukan musuh kita, tetapi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, freeloader pemakan duit rakyat adalah musuh kita yang nyata, jelas dan di depan mata.

    BalasPadam
  35. mohon share... terima kasih

    BalasPadam
  36. komen saudara Tanpa Nama pada -- 27 Oktober 2011 2:42 PTG amat saya setujui...
    saudara tt patut berada di Libya untuk setuju dengan kami.. mungkin apa yang dipersembahkan atau dimakan oleh tt adalah sesuatu yang hendak disuapkan kepada mata dunia.... cuba ambil informasi daripada rakyat Libya sendiri....kebanyakkan rakan taulan saya yang menuntut ilmu kini.. yang rata2nya berasal dari Libya semua benci dan marah dengan MG... namun rata-ratanya tidak meluahkan perasaan benci secara terang-terangan... ini kerana kuasa dan harta ditangan MG... juga rakyatnya yang diberi segala-galanya.. tidak berkuasa untuk berdemokrasi.... tidak seperti kita diMalaysia.. yang masih mempunyai secebis demokrasi untuk diperjuangkan.... silalah tt.. dapatkan pendapat peribadi rakyat Libya... ataupun terjemahkan artikel ini ke bahasa English.. dan sebarkan kepada rakyat Libya untuk mereka berikan komen.... saya yakin.. banyak maklumbalas negatif yang akan anda terima...
    sekian harap maklum...

    BalasPadam
  37. jatuhkan umno sme dengan jatuhkan kapitalisme n pengaruh barat dimalaysia..pergi mam dengan negara luar..

    BalasPadam
  38. Demokrasi sudah semacam jadi suatu jangkitan kerana ia diucapkan oleh merka yang jahil

    BalasPadam
  39. Dia dibunuh sebab dia taknak ikut TELUNJUK JARI US. Itula sebabnya...taknak jadi pecaCAI IKUT APA US NAK.......

    simple...

    mayatnya dibuat sebegitu rupa. semua tu tali barut US...

    melayu bangang mana tau apa. dok asyik tengok TV1...

    BalasPadam
  40. Gaddafi telah dibunuh dengan cara yang dahsyat dan tidak disangka. Seorang yang sebelum ini digeruni dan ditakuti, telah diheret dan dihina bagaikan binatang yang hendak disembelih. Bahkan lebih buruk daripada itu. Siapa sangka? Seorang manusia yang sebelum ini tiada siapa dapat membantahnya dibunuh demikian rupa.

    Gaddafi bukan tiada langsung jasa. Banyak juga pihak yang ditolongnya. Namun, kekejamannya melebihi jasanya. Saya masih terkenang ramai kawan-kawan dari Libya yang amat ketakutan terhadap regim Gaddafi sekalipun berada di luar Libya. Mereka kelihatan risau jika kita bertanya atau mengkritik Presiden mereka. Apa tidak, banyak siri pembunuhan rakyat Libya yang berada di luar negara yang dituduh membangkang kerajaan.

    Sejak memerintah dari tahun 1969, ribuan rakyat telah dibunuh atas tuduhan ‘tidak setia’. Pada tahun 1973, Gaddafi mengisytiharkan hukuman mati kepada sesiapa yang menubuhkan parti politik. Sejak itu ramai tokoh-tokoh pemikir Libya yang dibunuh dalam dan luar negaranya. Ramai yang diseksa sehingga mati, termasuk aktivis-aktivis pelajar.
    Pada tahun 1983, Gaddafi menggantung mati pelajar di hadapan khalayak ramai dalam College of Engineering, Tripoli. Dalam 1984, Gaddafi menggantung mati pelajar Sadiq Shwehdi dalam bulan Ramadan dan keluarga dipaksa menonton hukuman itu. Demikian Mustafa al-Nuwairy dihukum mati di hadapan pelajar dan pensyarah di Benghazi University. Hafed al-Madani menerima nasib yang sama di hadapan pensyarah dan rakan di College of Agriculture, Tripoli. Demikian juga nasib pelajar di College of Pharmacy, Tripoli.
    Begitu ramai aktivis pelajar dan pemikir yang dihukum mati di khalayak ramai. Keluarga dan taulan dipaksa menonton kekejaman itu. Bahkan ada yang disiarkan melalui siaran TV Libya, kononnya sebagai pengajaran kepada rakyat yang tidak setia. Kesemuanya atas ‘jenayah’ dituduh tidak setia kepada Muammar Gaddafi.
    Puluhan ribu nyawa rakyatnya yang dibunuh dan diseksa sepanjang lebih 42 tahun menjadi rejim negaranya. Hilang tanpa berita, sudah menjadi perkara biasa bagi rakyat Libya. Dibunuh, dirogol dan pelbagai lagi hanya kerana bercakap tentang hak bersuara. Anak-anaknya begitu bermaharaja lela dengan hasil minyak Libya, dan kejam dengan kuasa yang ada.

    BalasPadam
  41. Anon 2.42... Maklumat anda sama seperti yg aku dengar dgn mata kepalaku sendiri. Aku punyai ramai kenalan dr Libya dan sentiasa bergaul dgn mereka. Mitos2 yg dicanangkan tentang kebaikan Gadaffi hanyalah propaganda utk meraih simpati dan empati dalam dan luar Libya. Tiada apa pun kebaikan yg ditinggalkan olehnya melainkan kesengsaraan. Gadaffi adalah nasionalis tidak ubah seperti UMporNO di Malaysia. Selagi perjuangan tidak memartabatkan kalimah Allah dan menegakkan daulah Islamiah maka hanya malapetaka sahaja yg akan terus dirasai oleh rakyat marahaen.

    BalasPadam
  42. korang selak la skit surat khabar geng2 zionis (AMERIKA, BRITISH, ISRAEL dan seangkatannya)semuanya gembira dengan kematian gaddafi malah byk yg meumpamakan gaddafi dgn kematian binatang, lihatlah cara dia dibunuh...layakkah mereka digelar pejuang islam yg menentang pemerintah yg zalim....sapa yg zalim? terang2 lg dgn rakaman video.. berita kezaliman gaddafi hanya melaui artikal entah dr mana...tak tau saheh ker tak...atau propaganda zionis semata.

    BalasPadam
  43. did not know abput all this..tq 4 d info bro..

    BalasPadam
  44. kalau Ghadafi tak hormati hak asasi manusia. Maka dia adalah seorang yang jahat. Biarpun dia islamik dan sosialis tepu.

    BalasPadam
  45. betul ke kawan-kawan kita dari libya yang kata MG zalim... entah-entah dia tu tak lain hanya seorang penyokong idea kapitalis barua barat... kebenarannya tak banyak rakyat libya yang menentang gadaffi

    demokrasi adalah kuasa kejahilan apabila dipegang oleh orang yang jahil

    kebebasan bersuara adalah satu keburukan apabila dipegang orang yang jahil

    sapa yang kata MG tu berdosa hanyalah mereka yang mengucapkannya kerana terlebih iman dan terlebih pandai dari orang lain..

    semoga roh MG dicucuri rahmat dan bala kepada mereka yang kononnya bercakap atas nama demokrasi

    BODOH !!! DEMOKRASI TAK PERNAH MENANG...

    BalasPadam
  46. citer dasar politik jgn campuradukakan dgn citer akhlak individu. yg patut jadi perbincangan ialah soal aqidah bukan ideologi.
    bila islamik tapi zalim boleh pakai ke? bila sosialis tapi bagus pun boleh pakai ke?
    tak boleh!! malaysia boleh la kah kah kah..
    Allah maha adil. ikut la apa yg dilarang dan apa yg disuruh.
    MGR ni pakai islam ke atau sosialisme jika zalim, go to hell la!
    idn't Allah have promised the transistion of the race for all the denials to His Law?
    jgn terlepas pandang, umno gitu gak! ketuanan or pro anglo-amerika lu tunggu la nanti.
    Allah is looking at the distance. He's looking at the bloody malays who simply enjoy to deny hudud mcm kutty kah kah kah.
    pandang la kezaliman depan mata, bukan zalim MGRRRRR je! hari-hari kena surah tapi NATO-no action talk only. tapi when real NATO gasak negara islam baru tau.satu kali hamtam duakali mampos!! tu la join perkosa tak mau kah kah kah dia org ada kutty jaga petro mcm MGRRR the big boss kah kah kah

    BalasPadam
  47. Bukan nak tunjuk pandai, tetapi ingin berkongsi sedikit. Pakatan Nato-Amerika-Israel hanya menunggu masa dan saat yang sesuai untuk melancarkan perang dunia yang akhir.Perancangan ini bukan dirancang setahun dua tetapi sejak sebelum tertubuhnya Israel 1948 lagi. Cuba fikir sebentar sejak 2000 tahun baru kini kristian eropah dan yahudi boleh tolong menolong bantu membantu satu sama lain, walhal mereka adalah seteru yang nyata. Misteri ini tak boleh guna kaca mata demokrasi, sosialis, atau mana-mana falsafah, doktrin ciptaan manusia melainkan melalui kaca mata Islam menggunakan kitab yang Allah turunkan pada manusia. Individu sebenar yang bertanggungjawab adalah makhluk yang kebanyakan dari kita tidak faham dan kenal dengan tepat. Makhluk ini Allah cipta sebagai ujian kepada kita. Dan bersaksilah kita semua sudah berada di dalam sistem ciptaannya. Semua perancangan sudah hampir terlaksana, fasa terakhir sudah bermula. Tetapi Allah Maha Mengetahui dan Maha Perancang.

    BalasPadam
  48. bukankah dah tertulis... akan ada perbalahan & pertumpahan darah pd umat akhir zaman tentang "emas hitam"...... inilah zamannya....

    BalasPadam
  49. buat la button share bro...bleh sebar2 maklumat baik ni....

    BalasPadam
  50. tewrbaekkkk ...8 klik utk tt

    BalasPadam
  51. Mengapa tidak ditanya kpd rakyat Libya sendiri atau mereka yg pernah bermastautin disana.
    Pada saya apa yg Gadhafi katakan kpd Barat hanya merupakan retorik yg tidak memberikan hasil.Yang penting lihat apa yg dilakukan kpd rakyatnya.

    BalasPadam
  52. tanak cakap banyak

    Banyak jasa Gaddafi kepada libya dan umat Islam.


    Walaubagaimanapun banyak jugak silap yang dia buat semasa berkuasa.we can't deny that.


    tapi bila menyaksikan pertembungan Gaddafi dengan barat,WA SOKONG GADDAFI!!!!no ifs and buts.

    persoalan samada baik jahat dia,syurga neraka biarlah Yang Maha Esa yang menilai.

    Semoga Allah mengampuni Allahyarham Muammar Gaddafi.

    dan celakalah pemimpin Islam dan umat Islam yang menjadi boneka barat sehingga terjajah lagi satu negara umat Islam.

    BalasPadam
  53. Salam saudara sekelian...

    Sekadar perkongsian...banyak pihak yg mengutuk ghadafi...namun anda harus ingat dari manakah sumber maklumat yang anda dapat...umum mengetahui media antara senjata utama pihak musuh untuk menjatuhkan islam..contoh yang terbaik anda tontonlah TV1,tv2,TV3 atau beberapa chanel lain pd malam ini...jelas sekali media memainkan peranan yang penting dan jelas boleh dimanipulasikan oleh pihak tertentu...
    sebagai orang awam dan pemerhati conth yang amat logik untuk kita mengetahui samada Ghadafi pemimpin yang benar atau tidak lihatlah bagaimana libya dijatuhkan...
    jika di Mesir dan Tunisia kita boleh lihat sendiri kebangkitan rakyat menumbangkan kerajaan...hampir tiada lansung rakyat mereka yang menyokong pemimpin mereka kecuali beberapa kerat manusia yang mungkin diupah yang lansung tidak menjejaskan kemaraan rakyat mereka...suasana ini jelas berbeza dengan LIBYA..jika betullah Ghadafi seorang pemerintah yang kejam seperti yang dilaporkan media ,mengapa masih begitu ramai rakyat yang menyokong beliau dan PERANG telah digunakan untuk menjatuhkan beliau ,strategi yang sama digunakan keatas iraq dan Afghanistan...malah selepas kematian ghadafi terdapat 53 mayat penyokongnya telah dijumpai dibunuh.....
    Namun ada yang mendapat maklumat secara direct dari rakyat Libya sendiri...perkara ini kita boleh belajar dari sejarah kejatuhan khilafah uthmaniyyah di TURKI.... strategi yang sama digunakan... kebangkitan orang muda yang telah dibrain wash dengan demokrasi telah menjatuhkan empayar Islam yang terakhir....Kamal Ataturk telah diangkat sebagai Hero...Agaknya jika kita hidup dizaman tersebut mesti ramai yang menyokong Kamal Ataturk yang telah mengistiharkan Turki sebagai negara sekular....
    "LIBYA SECARA JELAS SEDANG DIJAJAH OLEH PIHAK BARAT DAN RAMAI ORANG ISLAM SENDIRI YANG MENYOKONG PENJAJAHAN TERSEBUT"..
    ..Muammar Ghadafi mungkin seorang yang FASIK tetapi beliau adalah seorang ISLAM...

    sekadar pendapat peribadi...

    BalasPadam
  54. Jika saudara tersenyum sinis ketika melihat Gaddafi bersama Buku Hijaunya, maka saya pula membaca ayat saudara menyokong demokrasi dengan penuh rasa simpati.

    Semoga Allah sentiasa bersama kita... Jangan kerana demokrasi kita berpecah belah, sebab saya tidak bersama saudara dalam hal ini.

    BalasPadam
  55. jadi apa kesimpulannya? rakyat libya sepatutnya bersabar dengan karenah Gadafi demi kebaikan Afrika/Arab dan demi melemahkan kuasa barat? lawak?

    BalasPadam
  56. untuk membalas ulasan Tuan mengenai kenapa kita tidak pernah lihat demo beramai2 sebelum 2011 di Libya, ada beberapa faktor yang terlibat: kebebasan berkumpul disekat, kebebasan media di Libya adalah antara paling dikawal di dunia menurut Press Freedom Index. Media asing turut diburu dan dibuli. Faktor2 ini menyebabkan byk berita tempatan tidak diketahui oleh orang asing mahupun org tempatan. namum ada juga demo seperti april 7, 1976 oleh pelajar2 U di Benghazi dan Tripoli sampai pelajar digantung dikhalayk ramai utk menakutkan rakyat Libya berdemo.

    BalasPadam
  57. slam tt dan tuan2 budiman.sy tpanggil untuk berkonsi sedikit maklumat dari kajian sy mengenai sejarah dunia.dari pengamatan sy,segala yg berlaku sekarang adalah selari dgn apa yg dieritakan dlm AL-QURAN.segalanya bermula dari saat apabila tentera salib menjumpai kitab2 ilmu hitam bani israel yg ditanam nabi sulaiman di bwh msjid al aqsa.selepas mempelajari ilmu2 hitam tersebut mereka berjaya berhubung dengan dajjal al masih.dajjal memerintahkan mereka membina haikal sulaiman sebagai tempat bersemayamnya apabila keluar ke bumi satu hari nanti.mereka dijanjikan berbagai ganjaran dlm bntk harta dan kuasa.tetapi ranangan mereka gagal apabila disedari oleh beberapa pemimpin dunia ketika itu.akibatnya ramai tentera salib diburu dan dibunuh.hana sebilangan kecil sahaja terlepas dan mereka mengubah nama kpd freemason.kejatuhan iraq,afghanistan,mesir dan libya sudah dirancang dari dl lg.pemimpin dunia sedia ad sekarang majoriti terdiri dari ahli freemason seperti para presiden amerika,israel,pope juga arab saudi dan pemimpin iran seperti ahmadinejad juga adalah antara ahli2nya.media arab iaitu al jazeera ialah boneka israel dan berita2 yg dilaporkan adalah mengikut kehendak negara yahudi itu.kumpulan mujahidin yg disanka pejuang islam juga adalah antara boneka mereka.osama bin laden juga adalah rekaan dan beliau ialah seorang ejen cia.mereka(freemason) SEDANG MENGAWAL DUNIA DARI BRLAKANG TABIR.anda adalah makhluk yg dicipta allah yg mampu berfikir.adakah anda mempercayai bulat2 apa yg dikata oleh seseorang itu? sila siasat kebenaran yg disembunyi oleh UMNO dan media massa.anda akan tkejut.

    BalasPadam