Jumaat, 7 Oktober 2011
BERITA UNTUK SEMUA KANG KONG DAN KONG KANG
NOTA:
persatuan majlis profesor negara
adalah kumpulan haprak lagi gudrak
persatuan yang milkak lagi chuprak
saeorang ahli kata malaysia tak pernah dijajah
seornag ahli kata polis malaysia berhemah
inilah contoh kang kong carai makan
kerja tak ada lain melain kan bodek
NOTA:
chuprak
milkak
gudrak
adalah perkataan kata sifat baru
muncul dari dunia wikipedia
yang tepat lagi saheh untuk
menerangkan kepada umum tentang
perangai kang kong kang kong ini
chuprak lebih busuk dari bau bangkai
milkak lebih hina dari taik kering
gudrak lebioh bodoh dari zul nordin
ARKIB : 11/08/2011
POLIS MALAYSIA LEBIH BERHEMAH - meloya
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.
Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.
"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.
"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di London yang gagal dikekang malah mula merebak ke seluruh Britain.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, polis di negara ini dilihat lebih bijak mengawal situasi dan emosi baik di kalangan anggotanya mahu pun perusuh.
"Mereka dilihat lebih berperikemanusiaan serta bijak menangani masalah seperti yang sedang berlaku di London," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan pula menganggap kejadian rusuhan yang berterusan bukan disebabkan oleh kegagalan polis mengekang masalah sebaliknya tiada kesedaran di kalangan rakyat negara itu.
"Bagi saya ini bukan masalah polis sebaliknya rakyat di negara itu sendiri. Kita tidak tinggal di sana jadi kita tidak tahu apa yang berlaku.
"Sepatutnya mereka lebih menumpukan kepada cara menyelesaikan masalah ekonomi dan pengangguran.
"Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya masalah rusuhan yang terjadi di sana dibiarkan berterusan," katanya.
KANG KONG
KENAPA ANAK SAYA DIBUNUH SEBELUM DIBUKTI BERSALAH : harakah daily
Keluarga mangsa tiga remaja yang mati ditembak polis di Glenmarie, Shah Alam November tahun lalu hari ini ke Parlimen menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) campur tangan dalam kes yang disifatkan sebagai ‘pembunuhan dengan niat’.
Ia ekoran tidak ada sebarang perkembangan mengenai kes tersebut meskipun mereka dengan bantuan pihak peguam sudah menyerahkan memorandum kepada pihak berwajib termasuk kepada Ketua Polis Negara sendiri.
Peguam Lawyer for Liberty (LFL) menuntut polis yang teribat dalam tembakan tersebut didakwa dan dibicarakan di mahkamah.
Mereka juga menuntut pihak polis membuat permohonan maaf terbuka kepada keluarga mangsa kerana laporan forensik menunjukkan mangsa sitembak dari jarak dekat.
Peguam N. Surendran berkata, berasaskan laporan itu, besar kemungkinan seorang mangsa, Muhammad Syamil Hafiz Shapiei berada dalam kedudukan melutut atau mencangkung ketika ditembak.
“Mangsa yang ditembak di bahagian dahi dan dada sebenarnya berada pada jarak yang dekat dengan berkedudukan lebih rendah daripada penembak.
“Luka berbentuk bulat selaras dengan luka tembakan masuk pada bahagian dahi di antara kedua-dua kening berdiameter 0.5 cm," kata Surendran pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
MALAM INI DI SAHAH ALAM
PAGI AHAD BERKUMPUL DI KUANTAN
Kerana ada Prof. KangKong2 inilah Malaysia takde dlm 400 Universiti terbaik dunia...
BalasPadamha..hah.. jenis kepala lutut lebih besar dari kepala!
BalasPadamMangsa PKUUUM
BalasPadam8:24AM Okt 5
Hendak pergi mendapatkan rawatan doktor tetapi dipaksa berpakaian formal iaitu bertali leher dan berkasut. Itulah realiti yang berlaku di Pusat Kesihatan Universiti Utara Malaysia (PKUUM).
Satu peraturan yang lansung tidak masuk akal dan tidak relevan. Mana mungkin seorang yang sedang sakit dan mengharapkan rawatan daripada doktor disuruh berpakaian formal seolah-olah ingin ditemuduga.
Lebih teruk lagi ada pelajar yang ingin mendapatkan rawatan dihalau keluar oleh kakitangan PKUUM semata-mata kerana tidak berpakaian formal.
Aduh malang sungguh nasib, sudahlah diuji dengan sakit, dihalau pula oleh mereka-mereka yang mendokong peraturan yang lansung tidak masuk akal!
Sebenarnya saya sendiri adalah salah seorang mangsa daripada beribu-ribu pengguna PKUUM. Suatu ketika saya diserang demam teruk dan telah pergi untuk mendapatkan rawatan di PKUUM.
Namun sesampainya saya di sana, tanpa banyak bicara saya terus dihalau oleh kakitangan PKUUM hanyalah kerana saya tidak berpakaian formal. Dalam keadaan yang lemah ditambah pula cuaca hujan wajarkah saya disuruh pulang semula semata-mata kerana tidak berpakaian formal?
Hebat sangatkah pengurusan PKUUM sehinggakan pelajar yang ingin berurusan dengannya perlu berpakaian formal? Adakah doktor dan kakitangannya majoriti daripada lulusan Universiti Oxford? Atau pengurusannya bertaraf lima bintang?
Segala macam persoalan bermain difikiran kami mahasiswa dengan peraturan pelik yang dicipta oleh pihak pentadbiran UUM.
Jika hendak dibandingkan dengan bayaran yang telah kami bayar setiap semester bagi tujuan kesihatan, perkhidmatan yang diberikan lansung tidak memadai. Bahkan ada pelajar yang sanggup mencari alternatif lain dengan pergi ke klinik di luar kampus semata-mata ingin mendapatkan rawatan yang lebih baik.
Apa yang diharapkan pihak PKUUM seharusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik sesuai dengan matlamat universiti yang ingin menjadi universiti pengurusan terkemuka pada suatu hari nanti. Namun sebaliknya yang berlaku.
MAJLIS PROFESOR LIMA "B".
BalasPadambengong,
Bangang,
Bahlul,
Beruk,
Bodek.
pengerusi yang Bengong,
Timbalan yang Bangang,
setiausaha yang Bahlul,
Ahli jawatankuasa seperti Beruk,
Ahli-Ahli Kaki Bodek.
Majlis Profesor Negara?????Kat Mesir...Universiti tertua didunia ada kat situ....adakah Majlis Profesor Negara?....begitu juga kat UK...USA...ada tak Majlis Profesor Negara?...Tolong TT...kau tengok....kalau ada...cuba kau periksa taraf kelayakan President dia orang...ada beza tak??
BalasPadamBerapa ramai lah agak nya dari profesor kat Malaysia ni yang menulis? maksud aku penulisan akademik, diterbitkan oleh penerbit terkenal spt Oxford University, Cambridge, Harvard dll, bukan penerbitan sendiri, maksud aku penerbitan universiti di mana profesor itu bertugas : dia menulis, dia jugak menilai, dia arahkan para pegawai di tempat nya utk menerbitkan? Jika benar2 kerajaan ni mahu supaya universiti awam di Malaysia ni disenaraikan dlm 400 Universiti terbaik dunia, K'jaan wajib menurunkan pangkat para Profesor yang gagal menerbitkan artikel dlm jernal2 berimpak tinggi, bukan membenarkan para Profesor kangkung ni mengupah & mengambil pensyarah dari luar negara untuk diboncengi: mereka melaksanakan research & publication bagi pihak Profesor kangkong. Universit ternama lain di dunia bagi memastikan ia duduk dlm ranking universiti terbaik dunia akan membuang para profesor nya yang didapati tiada input : tiada penulisan akademik dijernal berimpak tinggi.., oleh itu tak heran lah mrk berkata either u publish or u perish!! Itu aje cara bagi mengurangkan bilangan kangkong2 yg ramai di universiti dan mengembalikan martabat universiti kita.
BalasPadamHarap2 gua tak dijemput la utk jadi ahli MPN ni, kasi malu je kat title Dr yg penat lelah gua dpt....
BalasPadam