Rabu, 5 Oktober 2011
ISLAM DAN BARAT - BARAT DAN ISLAM
GAMBAR KULIT BUKU EDWARD SAID
DUA PANDANGAN JULING
Dari pengamatan perdebatan tentang Hudud hari ini ada pekara yang wajib saya timbulkan. Pekara yang ingin sata tuliskan ini ternyata amat terang dihadapan mata kepala kita semua. Pekara ini sedang berjoget dan bertandak dihadapan mata kita. Hanya kita enggan melihatnya. Kita gagal untuk merobek dan menilai pekara ini dengan kaca mata ilmu. Lalu kita semua membiarkan pekara ini terus berhegemoni dan membudaya.
Pekara yang saya maksudkan ini ialah: Pandangan Islam terhadap Barat. Dan Pandangan Barat terhadap Islam. Dua pandangan ini untuk saya sama juling malah kadang kala bukan juling tetapi hampir buta. Biar saya huraikan disini dari mana datangnya kejulingan ini.
Kejulingan pandangan ini memiliki urutan sejarah yang wajib kita fahami. Untuk memahami kejulingan ini kita tidak dapat melarikan diri dari memahami asas ekonomi kapitalis dan sejarah perkambangan ekonomi dunia. Gagal memahami asas dan hukum ekonomi kapitalis maka kita bukan sahaja akan juling malah akan buta untuk memahami apa sahaja yang berlaku dihadapan mata.
Bagini kesahnya: Kuasa imperial kaum pemodal dan gedung-gedung perniagaan – East India Comnpany , Dutch East Indian Company - di Eropah memerlukan bahan mentah dan pasaran. Ini rukun iman – tiang seri ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis bergerak berlandaskan hukum ini. Bahan-bahan mentah ini wujud di negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin. Justeru lahirnya zaman penjajahan dimana bahan bahan mentah diangkut punggah dari negara tanah jajahan ke London, Paris, Lisbon, Amsterdam atau Madrid.
Zaman diawal kurun dua puluh ini adalah zaman kolonial. Dari sinilah permulaan pertemuan budaya Barat dengan anak anak tanah jajahn. Di era ini Barat mula bertemu dengan Arab , Melayu dan Islam.
Para pembaca wajib sedar bahawa pertembungan kolonial ini bukan hanya pertembungan budaya tetapi penjarahan dan perampokan harta kekayaan. Kita membaca bagaimana pedagang Arab datang berdagang ke Melaka lebih awal dari Belanda atau Portugis. Tetapi Tok Arab ini tidak menjarah dan merampok. Ini berbeza dengan kedatangan kuasa kolonial Barat. Kuasa kolonial Barat bukan hanya datang untuk berniaga tetapi dengan niat untuk memiliki semua – mereka datang untuk menjajah.
Apa yang berlaku kepada bumi Melayu di Melaka dan Bengkulen berlaku juga kepada dunia Arab di Al-Khairah, Damas, Baghdad – bumi-bumi Arab ditaklok dan dijajah. Penentangan muncul – perlawan timbul. Perang anti kolonial bermula di Tanah Melayu bagitu juga di bumi Arab. Tetapi kuasa kolonial Barat yang memiliki persenjataan yang lebih canggih telah dapat mengalahkan kekuatan tempatan. Melaka jatuh dan manusia Melayu mula berhadapan dengan manusia Barat.
Untuk terus memunggah harta kekayaan – British di Tanah Melayu menetaskan United Malay National Organisation sebagai barua – kuasa kolonial Barat juga memunculkan barua-barua dan budak suruhan di dunia Arab. Pemimpin baru dimunculkan oleh kuasa Barat. Raja, Sheikh, Emir dan segala macam kaum feudal Arab dipupuk dan di baja. Di Tanah Melayu kaum feudal dari segala bentuk dimunculkan oleh British untuk menjadi barua kolonial.
Pemimpin yang dinetaskan oleh Barat ini pastilah berkiblat ke Barat. Mereka melihat Barat sebagai rujukan tamadun yang lebih kukuh, canggih, maju , moden berbanding dengan tamadun mereka sendiri. Dari sinilah munculnya budaya rasa rendah diri dan jiwa hamba warga tanah jajahan apabila berhadapan dengan Barat. Jiwa hamba ini wujud bukan hanya di negara Arab dan di Tanah Melayu malah jiwa hamba ini wujud dalam budaya semua negara yang pernah dijajah oleh kuasa Barat.
Mereka yang dikalahkan ini pula tidak lagi memiliki kuasa politik dan kuasa daulah. Mereka telah diketepikan. Justeru keupayan mereka untuk berhujjah secara ilmiah dan rasional tidak menerjah. Kekalahan melahirkan kemarahan. Kemarahan menenggelamkan fikrah rasional. Mereka yang telah dikalahkan oleh kuasa kolonial telah kehilangan kuasa. Yang tinggal hanya Tuhan dan agama kepercayaan sahaja. Justeru kumpulan Islam yang dikalahkan oleh Barat ini memelok Tuhan mereka saerat-eratnya. Tuhan ini wajib dijaga dari dicemari oleh Barat. Dari sinilah muncul-muncul hujah hujah songsang tentang apa itu tamaduan Barat.
Kumpulan Islam yang telah dikalahkan ini mengundur , mengecut dan menjadi konservatif. Tuhan yang dipelok saerat mungkin ini diberi nafas baru untuk melawan ‘the other’- baca kuasa penjajah. Untuk gulungan konservatif ini Tuhan menjadi objek pemilikan yang ekslusif untuk mereka sahaja. Terkeluar dari landasan garis pemahaman ini bermakna Tuhan mereka telah di cemari oleh Barat. Maka suci, halal dan haram menjadi induk perjuangan mereka.
Justeru saban hari kita dapat membaca , mendengar dan melihat hujah hujah puak konservatif ini yang menuduh Barat sebagai sarang maksiat. Maksiat menjadi juru ukur ketamadunan. Mereka hanya berupaya berhujah memburukan Barat melalui keberahian seksual. Para pendakwah, para penceramah, para penyebar agama dari puak ini hanya berkeupayaan untuk menuduh Barat sebagai sarang seks bebas. Barat dituduh sebagai sarang seks homosexual. Barat dilihat sebagai tempat maksiat dimana arak, perempuan dan dadah menjadi budaya utama. Inilah hujah kumpulan ini apabila mereka ingin melihat Barat.
Apabila mereka melihat kejelikan yang berlaku dihadapan mata mereak sendiri. Apabila mereka terbaca bayi mati tersadai di tepi jamban. Apabila mereka melihat angka pemadat di Pusat Serenti penuh dengan Melayu/Islam maka Barat menjadi penyebab utama. Kumpulan konservatif Islam ini menjadikan Barat sebagai sebab musab untuk segala-galanya keboborakan yang berlaku dihadapan mata mereka. Kumpulan ini hanya berhujah tentang seks apabila berhadapan dengan Barat. Inilah yang saya sifatkan sebagai satu pandangan yang juling.
Kumpulan Islam jenis ini kita temui di semua negara Islam. Mereka wujud di negara Arab , Pakistan, India, Malaysia dan Indonesia. Ada yang dipucuk kuasa, ada yang sedang berkongsi kuasa dan ada yang sedang berjuang untuk mendapat kembali kuasa.
Manakala kejulingan yang sama juga wujud dari kaca mata Barat apabila mereka melihat Islam. Pandangan Barat lahir dari sikap rasisma. Pensejarahan membuktikan bahawa semua kuasa penjajah bergerak atas landasan rasisma. Rasisma digunakan untuk menghalalkan penjajahan. Negara negara di Asia, Afrika, Arab dan Amerika Latin wajib ditamadunkan. Sikap rasisma ini melihat bangsa-bangsa Yang Tidak Berkulit Puteh sebagai bangsa yang primitif. Kerana mereka primitif maka mereka wajib ditamadun dan disekolahkan. Dalam pandangan dunia rasis ini hanya Yang Berkulit Puteh sahaja yang bertamadun. Ini hujah asas untuk menjajah.
Dari sini maka Islam dilihat sebagai agama kolot. Islam dilihat sebagai penjara untuk gender perempuan. Islam memiliki pandangan dunia yang sempit. Kaum kolonial Yang Berkulit Puteh sama seperti kaum konservatif Islam – melihat tanda kekolotan dari segi seks. Budaya Arab berkahwin lebih dari satu dilihat sebagai jijik. Raja dan Sheikh Arab menyimpan gundek dilihat sebagai tanda kekolotan Islam. Perempuan tidak dibenarkan memandu di Saudi Arabia dilihat sebgai satu yang gila.
Jelas kelihatan - dua kumpulan ini hanya berupaya menggunakan seks sebagai hujah untuk memburukan satu sama lain. Tetapi Islam lebih dari seks. Barat juga lebih dari pancutan seks. Bukan semua di Barat berkisar dengan seks. Islam juga bukan hanya tentang seks.
Tamadun dunia moden kita hari ini berasaskan falsafah Greek yang diterajui oleh Socrates, Aristotle dan Plato. Falsafah Greek ini mewujudkan asas pemikiran moden. Ketika Eropah dalam Zaman Gelap tanpa ilmu pengetahuan - tamadun Arab bersinar cemerlang. Baitul Hikmah di kota Baghdad lah yang bertanggung jawab menyambung falsafah Greek yang menerjah terbuka Zaman Pencerahan di Eropah. Renaissane atau Pencerahan yang bermula di Florence Itali pada kurun ke 14 tidak akan wujud tanpa Baitul Hikmah. Dikota Baghdad lah dimana semua buku-buku kuno ilmu dan faslafah Greek telah diterjemah dan diberi nafas baru.
Di Baitul Hikamah bukan Hudud yang dibincangkan. Bukan Dna babi menjadi ajenda utama. Bukan kongsi Raya yang dihebohkan. Bukan pancutan air mani yang menjadi debat perdana tetapi falasafah ketuhanan dan konsep wujudiah manusia dengan alam yang menjadi ajenda induk. Dari pedebatan falsafah inilah wujudnya dunia yang kita lihat sebagai dunia kita hari ini.
Ingin saya nyatakan disini bahawa Barat bukan hanya memberi kebebasan untuk homoseksual tetapi lebih dari itu. Kebebasan kaji selidik para saintis, kebebasan kaji selidik para ilmuan, penemuan-penemuan baru dari bidang teknoloji adalah hasil kebebasan yang wujud di Barat. Pemusik, pereka feshen, pembuat filem, sasterawan, penulis dan keilmuan dalam pelbagai bidang semuanya hari ini milik Barat. Justeru melihat Barat hanya dengan seks, arak dan homoseksual adalah pandangan juling yang membutakan.
Memang betul di Saudi Arabia ada hukum pancung dan perempuan tidak boleh memandu. Memang betul banyak negara Arab menindas gender perempuan. Memang betul ada perempuan yang dirogol di Pakistan akhirnya di tuduh berzina. Perut membesar akibat dirogol menjadi bahan bukti. Semua ini tidak dapat dipertahankan. Tetapi semua ini lahir dari hukum sejarah.
Dari pensejarahan kita lihat jelas bahawa kaum pemodal antarbangsa dan kuasa imperialis Anglo Amerika tidak akan membenar wujudnya Pencerahan di Malaysia mau pun di Saudi Arabia atau Pakistan. Saudi yang kolot dengan hukum dan undang-undang yang babarik adalah kawan kaum pemodal yang terbaik.
Gulungan konservatif Barat yang mengutuk Islam sebagai agama kolot dan menimbulkan Islamophobia ini mendapat dana bantuan yang lumayan dari syarikat multinasional dan gulungan politik kanan di Amerika. Manakala kumpulan konservatif Islam yang homophobia ini juga terus dibantu oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika melalui dana dari Saudi Arabia.
Islam Baitul Hikmah yang melihat dunia dengan falsafah bukan hanya wajib diketepikan malah wajib dihapuskan. Islam yang berfikir dan melihat apa yang berlaku hari ini adalah hasil dari sistem ekonomi kapitalis wajib dipiggir dan dilawan. Islam di awang-awang yang penuh dengan ritul diwajibkan untuk dijadikan anutan. Islam yang plural, bebas, cerah wajib di Hududkan.(TT)
NOTA:
Baitul Hikmah atau Gedung Ilmu
dimulakan oleh Khalifah Harun al- Rashid (766 – 809)
dan diteruskan oleh
anaknya Khalifah al-Ma’mun( 813-833)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN yang terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan
ini sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
JANGAN LUPA UNTUK DATANG
4 klik iklan untuk TT!
BalasPadamhujah lain cantek.. cuma hujah pandangan barat dibahaskan terlalu singkat... kami pembaca memerlukan pencerahan ini..
BalasPadamterima kasih kerana TT berusaha membentukkan pencerahan sebegini.. memang memenatkan nak explain perkara sensitif begini.. lebih2 lagi di malaysia yang serba unik ni..
Memang cantek tulisan TT nih...
BalasPadamMemang samada orang Barat atau orang Timur... ramai yang juling...
Sebab itu ada Islamophobia dan Kristianophobia...
Tak caya? Cubalah rujuk... http://doktrinisasi.blogspot.com/2009/02/islamophobia-versus-kristianophobia.html
TT....jgn dilupakan kenapa pedagang Barat menjajah Melaka...
BalasPadamSebenarnya, pedagang Barat datang ke Timur sebab monopoli pedagang Arab(Islam) terhadap brg brg mentah Timur seperti rempah
Pedagang Arab membeli rempah dll dan menjualnya dgn harga tinggi kepada puak Eropah.
Maka, Barat pun datang dgn kapalnya untuk memecahkan monopoli ini. Puak Islam (Melaka termasuknya) mestilah tidak menyenangi ini dan enggan "deal direct". Sebab tu, Barat memilih jalan untuk terus menjajah bumi Asia Tenggara.
Kesimpulannya, dari dulu pun ekonomi adalah dalang segala-gala perang.
We are all the products of history's accidents.
aku melayu. aku muslim. aku tak berzina. aku tak minum arak. aku jugak tak mencuri, merompak, merasuah dan membunuh. tapi aku tak percaya hudud boleh menyelesaikan masalah.
BalasPadamaku dah baca banyak kes-kes di negara-negara islam yang mengamalkan hudud. semuanya hancus! hancussssss sehancusssssnya!
afghanistan hancus!
pakistan sampai sekarang berbunuh-bunuh walau pun ada hudud. malah perempuan yang dirogol mengandung dituduh zina pula. gila! dah la ko kena rogol, mengandung pulak tu... last-last bukan perogol yang kena hukum tapi ko pulak dituduh zina! gila!
sudan - tak payah nak cakap la! dah terpecah dua! tapi sebelum pecah dua - puluh ribu orang mati perang saudara!
arab saudi! ptuiiii! lagi tak boleh pakai! barua amerika. waktu rakyat iraq dibom, dibunuh, disembelih...arab saudi yang kasi port untuk jet-jet pejuang tentera amerika berkampung sebelum menyerang rakyat iraq.
iran....iran syiah. tak boleh dijadikan contoh. nanti marah orang sunnah wal-jamaah kat malaysia ni. kahkahkah.
untuk aku hudud ni hanya sesuai untuk zaman dia sahaja. 1500 tahun dahulu. hudud ni undang-undang tribal. masa tu arab belum jadi nation-state lagi. masih tradisional. bentuk kerajaan moden belom ada lagi. masa tu memang sesuai la.
tapi sekarang kalo ko nak laksanakan...ko akan jadi macam afghanistan, pakistan, sudan, arab saudi - hancussssss!
kalo kat negara-negara yang 99% muslim pun hancusssss apatah lagi kalau sekiranya ia dilaksanakan di malaysia yang mana muslim hanya 55%sahaja dari seluruh jumlah penduduk. lagi la hancusssssss !
zakar dan faraj bermula segala... sebagai jurusalem (masjidil aqsa) dan mekah (masjdilharam) perjalanan Muhammad mengadap Tuhan. Itulah makrifat!
BalasPadamsaya tidak ada masalah dengan hudud. tapi secara peribadinya saya rasa di dalam masyarakat majmuk macam malaysia ini perlaksanaan hudud akan lebih banyak mendatangkan ketidakadilan dan juga kekeliruan administratif yang cukup merumitkan. ini adalah kerana komposisi pelaku jenayah adalah bersifat rentas etnik dan juga mangsa jenayah juga turut rentas etnik.
BalasPadamsaya ada beberapa soalan untuk dikemukakan:
1. Seorang perempuan Melayu-Islam melakukan hubungan seks secara sukarela dengan pasangannya yang bukan beragama Islam. Adakah perempuan melayu Islam itu akan dihukum rejam sampai mati/disebat dengan 100 sebatan manakala pasangannya yang bukan Islam itu terlepas dan bebas pula untuk melakukan hubungan seks dengan perempuan-perempuan melayu-islam yang lain?
2. seorang perempuan bukan islam dirogol oleh seorang lelaki islam. kepada siapakah dia mahu membuat laporan kes rogol itu? adakah kes rogol itu akan dibicarakan di bawah hudud atau undang-undang sivil memandangkan perempuan itu bukan islam dia tidak boleh mengemukakan kes di mahkamah syariah sbb mahkamah syariah hanya untuk muslim sahaja.
3. seorang lelaki bukan muslim dan seorang perempuan muslim melakukan hubungan seks secara sukarela. kemudiannya perempuan muslim tersebut mendakwa bahawa lelaki bukan muslim itu telah merogolnya. bagaimana kes ini akan ditangani ?
4. seorang perempuan muslim telah dirogol dan mengandung. mengandung adalah bukti bahawa dia telah melakukan hubungan seks. akan tetapi ketika dirogol, tiada saksi yang menyaksikan bahawa dia telah dirogol. jadi adakah dia akan dituduh zina kerana dia telah mengandung atau dia dituduh qazf (fitnah) kerana tidak dapat membawa 4 saksi atau bagaimana?
5. Geng perompak - 2 beragama Islam dan 2 lagi bukan Islam melakukan rompakan di sebuah syarikat perniagaan yang dimiliki oleh partnership Islam dan bukan Islam. Kepada siapa yang nak dilaporkan? Badan penguatkuasa sivil atau badan penguatkuasa agama ? Dan perompak-perompak itu pula akan dibicarakan di mana ? Dan jika ada di antara perompak bukan islam mahu menjadi saksi pihak pendakwa - bolehkah mahkamah syariah menerima mereka sebagai saksi ?
6. jika seorang bapa kepada sebuah keluarga ditangkap mencuri dan dihukum potong tangan. siapakah yang akan menyara kehidupan keluarganya nanti memandangkan sebelah tangannya sudah pun kudung?
sebenarnya ada banyak soalan-soalan lain yang terdapat di dalam fikiran saya tentang perlaksanaan hudud di dalam masyarakat majmuk dan juga persoalan tentang adakah adil dua jenis undang-undang jenayah yang berbeza dilaksanakan ke atas satu komuniti pelbagai agama yang hidup dibawah satu negara.
Tidak ada yang baru dalam ulasan TT yg dapat dapat mencerahkan keadaan, malah pertembungan barat dan islam lebih dari apa yang diperkatakan oleh TT,sekadar soal seks. Islam dan bukan Islam bertembung bermula soal akidah dan pandangan terhadap alam dan pencipta, hudud adalah sebahagian dari pertembungan itu. Tak payah TT nak kelirukan orang lain tentang baitul hikmah dan hudud, zaman itu negara Islam mengamalkan Islam secara shumul termasuklah soal perundangan, jadi tak timbullah soal perdebatan tentang undang3 Islam atau hudud. Kalau kita tak faham tentang hudud lebih baik diam saja sehingga kita menuduh hudud zalim merejam yg kena rogol dan melepaskan perogol, undang2 Allah tidak zalim, manusia yg salah faham dan salah melaksanakan saja yg zalim dan amat zalim.
BalasPadamhehehe tiba-tiba teringat kat kawan aku.
BalasPadambapa dia halang dia pi belajar kat US sebab takut dia masuk kristian :)
Fahaman sosialis kominis perlahan sedang diserap kedalam minda orang jahil.
BalasPadamjlnkn hudud negara jd hancus?undang 2 hudud ni undang2 tribal arab?mcmtu la bile org jahil dok brhujah.die dok brase die lg bijak dr allah swt.yg jd hancus tu bkn sbb undang2 hudud yg trmaktub dlm quran.kite yg bt jd hancus..jlnkn hudud negara jd hancus?undang 2 hudud ni undang2 tribal arab?mcmtu la bile org jahil dok brhujah.die dok brase die lg bijak dr allah swt.yg jd hancus tu bkn sbb undang2 hudud yg trmaktub dlm quran.kite yg bt jd hancus..brhati2 ckp psl agama tkut trgelincir aqidah.menafikan satu huruf dlm quran pn bleh trbatal imannya.nikan pulak mnafikn satu undang2 dlm quran
BalasPadamPerlukan penjelasan berpandukan Al-Quran..
BalasPadambukan sekadar meneka berdasarkan sejarah dunia!
Tanpanama 6:10..
hmmmm..
soalan2 kamu memang logik..
cumanya bukan disini persoalan itu patut dikemukakan..
sepatutnya disoal kepada golongan ulama'...
wallahua'lam
kepada tanpa nama yang bertanya pelbagai persoalan...
BalasPadamhudud bukan semata2 hudud. hudud datang juga dengan undang2 lain bersamanya..seperti takzir, diat dn sbgnya. awak kena check balik/baca balik pasal perkara2 ni.persoalan2 tersebut sebenarnya dah terjawab. Allah yang Maha Adil lebih mengetahui dan menetapkan hukum yang terbaik untuk makhlukNya.
terlepas dari hudud tak bermaksud terlepas dari hukuman.mmg banyak nak kena kaji dan susun untuk memastikan perlaksanaannya mantap dan sempurna.tp undang2 manusia tak mampu nak jangkau apa yang undang2 Allah mampu selesaikan! =)
Tu lah yang aku fikir, Barat sedang sibuk dengan Space Age, Melayu masih sibuk dengan Stone Age. Nak rejam-rejam dengan batu ko pergi je la tinggal kat negara Arab mundur tu.
BalasPadamTak pun ko pergi jadi monyet untuk merejam monyet betina yg berzina- sahih baukari bin adabi.
Agama adalah benda paling bangang pernah aku belajar dalam hidup.
5 Oktober 2011 5:10 PM
BalasPadam5 Oktober 2011 6:09 PM
saudara/i,
aku bukan ahli ilmuan Islam, aku org biasa mcm kamu juga. mungkin sbb aku masih ada iman walaupun senipis kulit bawang atau mungkin senipis rambut yg dibelah 7, maka aku xpernah menolak hudud, xpernah permainkan hudud dan xpernah nak menghina hudud.
kejam sgt kah Nabi kita hingga baginda menjalankan hukum 'tribal'?
kekasih Allah nie tak pernah pikir ke kalau potong tgn bapa, anak2 tak dapat hidup dan makanan?
kegagalan hudud bukan kerana ianya dlm masyarakat majmuk, bukan krn ianya kolot, bukan krn ianya kejam. tetapi kegagalan hudud yg saudara/i lihat di negara2 Islam lain adalah kerana PEMERINTAH itu sendiri, dgn kata lain MANUSIA YG DIBERI KUASA itu sendiri.
sbg contoh, polis yg diberikuasa di bawah Akta Pencegahan Rasuah, tp polis sendiri mengamalkan rasuah. polis terselamat tp perasuah lain ditangkap dan dihukum. aku tak tuduh polis, tp aku bg bidalan.
aku tak marah kalau karpal, guan eng atau mana2 non-muslim hina hudud, tp kalau muslim sendiri yg hina hudud aku mmg tak boleh terima kerana kalian dah diberi nur Islam.
sekian,
aku mfwic
1 lagi, org yg takutkan undang2 Islam terlaksana ibarat org itu takutkan syurga tetapi mencintai neraka.
BalasPadammaaf kalau tersinggung.
mr. mfwic
Ramai yang memperjuang hudud ni. Faham hudud cuma bentuk hukuman. potong tangan, rejam, sebat.
BalasPadamKalau hukuman jenis ini dilakukan tanpa penghakiman yang adil apa eloknya?
Yang lebih penting dalam hudud itu sepatutnya ialah keadilan! bukan cuma jenis hukuman.
Betul lah. Orang barat memandang serong pada orang islam. Orang islam memandang serong pada orang barat. Serong sampai tak nampak kebaikan satu sama lain. Terlalu serong sampai segala keburukan diletak pada pihak satu lagi.
p.s: Kalau ada orang PAS membaca ini. Mungkin boleh mempromosi hudud bukan hanya sebagai satu bentuk hukuman. Juga mempromosi negara islam bukan hanya negara dengan hukuman rejam.
menangis aku bace tulisan ini
BalasPadamKepada orang-orang yang mengaku beragama Islam : Adakah anda mahu menerima Islam secara sepenuhnya atau menolak Islam secara sepenuhnya? Tidak ada pilihan yang ketiga. Dikhuatiri bahawa orang-orang yang menolak Islam secara sepenuhnya akan tertanggal iman mereka dan mereka akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang rugi(neraka). Jadi,bersiap-sedialah.BERANI BUAT BERANI TANGGUNG.
BalasPadam"untuk aku hudud ni hanya sesuai untuk zaman dia sahaja. 1500 tahun dahulu. hudud ni undang-undang tribal. masa tu arab belum jadi nation-state lagi. masih tradisional. bentuk kerajaan moden belom ada lagi. masa tu memang sesuai la."
BalasPadamIni cakap manusia yang dah murtad.Pegi istiqfar banyak-banyak.Kalau tak tau perundangan islam jangan komen banyak-banyak.kamu sekarang melawan arahan Yang maha esa.kamu nak jadi macam firaun.Silakan.
Terbaik. Aku cadangkan TT ganti Khoo Kay Kim. Beri pencerahan jgn tak beri. Dah lama sangat dah bangsa kita berselimut. Baru nak bangkit ni. Kenapa ramai lagi yg terperangkap dgn mainan Anglo Americana dan dijajah sosio politico pula.
BalasPadamkah kah kah . lawak baca komen kome . kalau hudud sesuai untuk zaman dulu jer , baik ko cakap Al-Quran tu sesuai untuk zaman dulu jer . Ataupun baik ko cakap neraka dan syurga pun akan berubah . akan ada revolusi dalam neraka dan syurga . kah kah kah . bodoh laa komen mcm tu .
BalasPadamhudud itu adalah anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia dan termaktub di dalam Al-Quran . soal hancus atau tidak bukan persoalannya . Yang penting laksanakan . Sama macam solat . Dari dulu sampai sekarang , brapa ramai orang yang bersolat ? tapi pokoknya , solat tetap kene laksanakan .
lagi bagus kau cakap solat 5 waktu tu sesuai untuk zaman dulu dulu jer . sebab zaman dulu tak banyak keje . zaman sekarang dah banyak keje . masa tak cukup . so solat 5 waktu ubah jadi 4 waktu ke atau 3 waktu ke . solat kene ada revolusi . kahkahkah
bodoh laa orang sekarang ni !
kahkahkah
tanpa nama 6:10...islam yang shumul?? siapa harun alrashid tu! penggemar tarian gelek?
BalasPadamBukan saja sejarah malaysia perlu diperbetul, sejarah islam termasuk bani umayyah dan abbasiyyah juga kena diperbetulkan.
BalasPadamOrang bagi pandangan terus dilabelkan murtad! ko ni Tuhan ke? Boleh senang-senang label orang murtad. Ini yang melayu-islam kat malaysia ni jadi mundur dan benak - bagi jer pendapat yang bertentangan terus kena label murtad!
BalasPadamorang dah siap reka iphone, ipad, spacecraft dsb, melayu kat malaysia ni masih terhegeh-hegeh melabel orang sesuka hati murtad macamlah dia tu Tuhan.
apa yang fakta adalah fakta. hudud tidak mencipta internet, facebook, twitter, blog, youtube yang sekarang ni korang guna, pakai, komunikasi, download, upload. hudud tidak mencipta komputer yg siang-malam korang tercangak kat depan skrin! itu fakta!
orang lain dah cipta bermacam-macam alat teknologi canggih, melayu islam kat malaysia ni masih duduk sibuk dengan hudud yang telah pun terbukti gagal di negara-negara islam yang melaksanakannya.
5 oktober 2011 05.10
BalasPadam5 oktober 2011 06.09
Subhanallah...astrafirullahiazim... itu aje yang dapat saya ucapkan untuk tuan....ALLAH MAHA ADIL DAN SAKSAMA...hudud bukan saja perkara berkaitan hukum rejam atau potong tangan malah jauh lebih dari itu... untuk menuduh sesorang itu sebagai penzina...terlalu banyak yang perlu di pertimbangkan...4 orang saksi yang tentunya bukan tuan atau saya yang layak....kalau tak faham tanya atau biar yang arif melakukannya....BERTAUBATLAH...TUANSUDAH PUN DKIRA SEBAGAI MURTAD KERANA MEMPERSOALKAN HUKUM ALLAH
Berlepas dirilah kamu dari perkara yg tidak kamu ketahui..
BalasPadamkepada tanpa nama yang bertanya pelbagai persoalan...
BalasPadam..akal itu 'salah satu' kurniaan yg terindah kpd manusia..tp bkn semua pkra bole selesai dgn akal..
masyarakat arab tu masyarakat tribal masa zaman nabi muhammad. ada banyak kabilah-kabilah. kabilah tu puak la. kalau dah puak, tribal la tu. jadi apa salahnya cakap yang hudud tu undang-undang tribal? sbb masa zaman tu sistem masyarakat dia memang pun tribal.
BalasPadammasyarakat arab masa tu bukan macam sekarang ni yang dah ada sistem kewarganegaraan berdasarkan sistem negara-bangsa. dulu masa zaman nabi hakikatnya memang masyarakat arab masa tu adalah masyarakat tribal. sebab tu ada banyak kabilah-kabilah seperti aus dan khazraj.
jadi hudud pada zaman itu adalah suatu undang-undang tribal yang sesuai digunakan bertepatan dengan sistem masyarakat pada waktu itu.
Saudara2 yg masih sangsi dgn hudud krn ikut kan logik akal manusia...
BalasPadamKalau saudara baca Quran serta tafsirnya sekali...banyak ayat2 memperihalkan kebesaran kebesaran ALLAH yg takterjangkau dgn fikiran manusia..cth kejadian manusia sendiri telah diberitau 1400 thn lampau sblm ade teknologi imbasan yg baru berkembang kurang 100 thn
Mmg ketika itu org yg tak beriman kata Rasulullah gila
Quran itu mukjizat...hukum yg ade dlm Quran juga mukjizat...akal manusia fitrahnya kearah nafsu...hanya panduan dr Quran shj membimbing manusia ke jalan selamat dunia akhirat
saja nak bagi link.Cuba bandingkan amoy yg nama sama tu.Adakah orgnya sama?
BalasPadamlink 1. http://audreytansy.wordpress.com/2010/11/05/young-female-entrepreneur-forum/
link 2. http://www.eweeksinfo.com/2011/10/audrey-tan.html
bab ni aku telah sedekahkan klik iklan utk TT
BalasPadamgua adalah pembaca tegar TT.pandangan gua..lu tak sesuai untuk penulisan tentang agama,Kkhususnya tentang Islam..lu jugak cakap,kalau bangang duduk diam-diam..beri pada yang layak..
BalasPadamkeliru lagi mengelirukan...kalau kita nak sesat,kita sesat sorang-sorang..tapi jangan menyesatkan orang lain,yang sedia bangang,memberi ulasan tajuk ni..
Rosak dah puak2 ni. Hudud tu undang2 Allah. Ada sebut dalam Al-Quran. Hudud tidak zalim. Yang zalim adalah manusia. Ingat tu... Kalau kita tolak satu huruf saja dalam Al-Quran pun kita sudah jadi kafir, inikan pulak tolak hukum. Beringat sikit sedara-sedari.
BalasPadamYang jadi permasalahannya adalah macam mana nak laksana hudud tu. Kalau tak laksana sampai bila pun kita tak tahu. Kalau dah laksana nanti barulah kita akan tahu hudud tu zalim ke manusia tu yang zalim.
tahniah TT atas penjelasan dan berdebatan tentang isu ni. aku suka perbezaan pendapat asalkan ia membawa kepada kebaikan.
BalasPadamHudud hanya sebahagian dari sistem perundangan islam (criminal law), di Malaysia kalau tak silap saya, segala bentuk perundangan lain (keluarga, wasiat and pusaka) sudah pun menggunakan sistem 2 serampang (islam and bukan islam / sivil). Isu utama adalah mengapa Hudud di jadikan tajuk perbincangan utama? Apakah sistem perundangan jenayah yang ada sekarang begitu buruk sehingga jenayah and maksiat perleluasa? Apakah rakyat Malaysia (Islam and bukan Islam) hilang pedoman and jatuh tahap moral sampai menjadi penyamun, perogol, pembunuh belaka?
BalasPadamMasalah utama yang dihdapi negara adalah sistem perundangan yang ada sekarang tiada kredibility. Puncanya adalah istitusi keadilan (polis/ MACC/ mahkamah) semuanya telah dihakis and dicemari rasuah dan pengaruh politik.
Bagi saya, kalau digunakan hudud pun tanpa membetulkan dahulu kebebasan and kredibility institusi pengadilan tiada apa-apa akan berubah.
BN hanya mengunakan isu hudud untuk membodohkan rakyat biasa and mengalih pandangan dari masalah sebenar.
Aku sangat takut bila membaca ulasan2 yang menolak hudud. Aku harap kamu semua sedar dan fikir balik apa yg kamu cakap kalau kamu Islam. Persoalan aqidah jangan dibuat main. 1% kita tolak dan tidak yakin dgn tuntutan Allah pun dah boleh jadi murtad dan kekal selama2nya dalam neraka. So, TT sebagai pencetus kepada idea ini juga menanam saham melalui tulisan TT dan bertanggungjawab terhadap ulasan2 yg sgt biadap. Kiranya tidak yakin dgn Allah, carilah mana2 tempat yg bukan milik Allah, kalau adalah... Jangan sombong dan merasakan ilmu sudah cukup di dada.
BalasPadamape kau mengarut ni Isham??Kau dr dulu hidup dlm angan-angan sendiri!berbincang sama sendiri konon2 dari dulu hingga sekarang kita tiada langsung pemikir2 yg bagus dlm malaysia.kau yg xnak join sbb kau rasa kau saja yg betul.dr dulu kau mcm tu!tahu hanya tuding jari pada org lain.Kalau nk ckp pasal pencerahan regarding ilmu Islam and Barat ni kita ada ramai.Dulu kita ada kasim ahmad(cikgu kau dulu!),uthman elmuhammady, sekarang kita ada ISTAC dan lain lain lagi.masalah kau adalah kau igt kau seorang sahaja pemikir yg power!kah kah kah!! grow up Isham!tak kemana kau mcm ni je.Article looks like it was wrote in the 80's!!Grow up Isham!!Sedih aku tgk kau mcm ni!
BalasPadamsemua komen tidak menjawab soalan-soalan yang penting yang telah dikemukakan oleh tanpa nama 6:09.
BalasPadammacam mana nak jalankan hudud, jika soalan-soalan basic macam itu pun masih tak ada seorang pun yang dapat menjawabnya dengan jelas!
Kepada Mat Guyver,
BalasPadamAku tak sedar mengalir air mata baca komen kau... Aku yg cuma tahu dan mengamalkan asas Islam ni pun dah terdetik di hati, bahawa kau ni dah buta hati...kau mengutuk ajaran agama sendiri. Kalau kau Islam, berdasarkan hadis Nabi ada 3 kaedah aqidah kita boleh tergelincir, kau dah dikira termasuk dalam kategori ni...
Kepada yg cakap pasal Allah, aqidah, murtad dan senang2 nak menghukum org lain tu aku nak tanya sikit; korang kenal ke 'Allah' korang?
BalasPadamAllah yg aku kenal, tiada siapa yg. terlepas drp zat, ilmu, sifat, kudrat & iradatNya termasuk, dan tidak terhad, kepada TT.
Fikir2kan lah..
aku juga bukan berilmu, bukan juga warak dan jauh sekali orang paling bertaqwa kerana aku pun tak terlepas dari dosa dosa kecil tapi dalam bab hukum-hukum yang telah termaktub dengan jelas didalam Kitab Al Quran sedikit pun aku tak berani nak tentang sebab awal-awal ayat Al Quran dah menyatakan "kitab ini yang tiada sebarang keraguan tentangnya " maka bagi sesiapa yang meragui sepatah pun ayat Al Quran Ustaz aku kata dia mungkin termasuk dalam golongan fasik, zalim atau paling berat boleh membawa ke tahap murtad ! ustaz aku dulu tu bukan orang politik tapi seorang ustaz yang paling humble pernah aku berguru. Mustahil Allah tak tahu bahawa di Malaysia ni suatu masa akan menjadi Negara bermasyarakat majmuk, Bukankah segala yang bakal terjadi di dunia ni telah tertulis di Luh Mahfudz lagi ? Bagi sesiapa yang meragukan ayat Al Quran sama seperti dia telah meragui Allah sendiri., nauzubillahu minzalik. Kalau tak faham atau tak berapa jelas tentang sesuatu perkara lebih baik berguru atau bertanya dengan orang yang lebih tahu. Adalah amat jelas bahawa Iman seseorang boleh terbatal melalui 3 cara iaitu melalui hati (fikiran/niat), kata-kata dan perbuatan. sekarang pilih nak letak diri kita dalam kategori mana yang membawa kepada terbatalnya Iman., terbatal Iman bermakna tidak beriman, tidak beriman bermakna bukan beragama islam, kalau sebelum ini seseorang itu beragama islam dan kemudian menjadi bukan beragama islam bermakna ianya MURTAd, aku ulangi apa yang ustaz aku kata "Kalau sebelumnya dia seorang yang beragama islam kemudian dia bukan lagi beragama islam maka dia adalah MURTAD " kalau ada sesiapa yang tak puashati ngan statement aku ni, aku cadangkan korang boleh rujuk kepada Sahibus Samahah Tan Sri Dr. Harussani bin Zakaria, Mufti kerajaan negeri aku. Kalau cakap Mufti pun korang tak boleh nak terima, jelas lah korang tak mahu pakai (menolak) peraturan yang telah ditetapkan di dalam islam dan Al Quran.. Dan jangan lagi pandai-pandai menolak hukum islam. Sedangkan undang-undang jalan raya pun korang belum faham lagi jangan nak menunjuk pandai tentang hukum islam.
BalasPadam- tak suka selindung -
hudud ni satu undang undang yang wujud di Arab sejak zaman jahiliyah lagi. apela. zaman berubah brader brader, dan manusia pun berubah juge. kenapa nak terikat dengan undang undang Arab? kamon la.
BalasPadammelalui komen komen di atas, aku percaya dan yakin, orang Malaysia masih jauh lagi (sangat jauh) untuk menuju ke daerah pencerahan. masing masing masih tenggelam dalam dunia mistik. huhuhuhu.
BalasPadamAkui sajalah pak isham power berbanding kasim ahmad, ISTAC dan lain lain (termasuk juga kangkong). Pak isham ibarat karl marx, dan lain lain itu adalah feuerbach sang pemimpi.
BalasPadamkah.kah.kah.
BalasPadamisham ko ni kalo bab islam mmg ko sama bangang ngn madey,bini rosmah & puak2 eee sbb korang slalu ikut logik.. kah..kah..kah..
muhammad(s.a.w) kan pesuruh (baca: menjalankan perintah) allah untuk bagi pencerahan kepada seluruh umat manusia kt bumi allah ni..so allah bagi panduan/wahyu yakni kitab (alquran)kt muhammad(s.a.w) melalui jibril bagi melaksanakan tugas tersebut..so tengok bagaimana perlaksanaan/cara(sunnah) muhammad(s.a.w)dlm melaksanakan tugas untuk bagi pencerahan kt manusia ni..dlm alquran tu terkandung semua dari petunjuk/sejarah/perundangan/dll untuk manusia smpailah akhirat (baca: sepanjang zaman)..alquran adalah hadiah allah maha pencipta utk manusia yg bangang ni supaya ada peluang menikmati syurgaNYA..
dgn petunjuk alquran juga maka lahirlah ramai ilmuwan agung islam dalam pelbagai bidang pasca muhammad(s.a.w)contoh ibnu2 (zaman tu dorang menjalankan hukum-hakam & cara hidup islam)..
kepada statement:
"apa yang fakta adalah fakta. hudud tidak mencipta internet, facebook, twitter, blog, youtube yang sekarang ni korang guna, pakai, komunikasi, download, upload. hudud tidak mencipta komputer yg siang-malam korang tercangak kat depan skrin! itu fakta!
orang lain dah cipta bermacam-macam alat teknologi canggih, melayu islam kat malaysia ni masih duduk sibuk dengan hudud yang telah pun terbukti gagal di negara-negara islam yang melaksanakannya."
(ini merupakan statement yg mengaku dirinya pandai mcm barat tapi sebenarnya ia adalah sebaliknya.. umpama dia bersetuju dgn teori darwin)
barat hanya menciplak dan mengaku yg dorang terer..kecanggihan teknologi masa kini adalah kesan & berakar umbi dari para ilmuwan agung yang terdahulu..pastu barat cipta undang2 sendiri untuk manusia yg ternyata tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah dalam jangka masa panjang mahupun pendek (baca:barat buat undang2 sendiri sbb depa tolak alquran)..
-adakah yg menjalankan hukuman hudud nati masih lagi org yang sama menjalankan hukuman konvesional skang ni?..
BalasPadam-maknanya bile kelantan menjalankan hudud, pelaksanaan hudud nti akan diketuai oleh ketua polis kelantan?..
-jgn hnya pndai cerita kewajipan melaksanakan hudud tapi kena pndai menerangkan bagaimana, siapa, dan apa yg akan mengerakkan hudud?..
-pd sape yg butthurt sgt dgn komen2 yg bidas hudud ni, xyah la korang nk mengkapir2kan org plak, ape korang ingat dgn cara cmtu org islam yg x paham bole difahamkan ke?..islam ditegakkan dgn hujah,bkn dgn kekerasan so kalo cmtu bersangka baik la pd mana2 pengkomen yg kondem hudud ni ,anggap la mereka masih tdk faham, so korang yg kononnya paham ttg hudud silalah jelaskn..
kahkahkah..hangpa nak rock ka, cool ka, santai ka, lantakla tapi tolongla jgn hina dan mempersenda hukum Tuhan kpd agama aku. Bacala kitab suci tu dan fahami maksudnya. Kitab Tafsir bersepah2. AL-Quran tu mukjizat Pemimpin Teragung sampai akhir zaman.Dunia Arab cerah bukan sbb zaman kegelapan di Barat tapi disebabkn ilmuwan Islam ketika itu menjadikan Al Quran sbg sumber ilmu. Maka menuntut ilmu menjadi satu budaya yg amat2 dituntut dlm Islam. Tidak hairan kalau pakar kimia,matematik,falsasah juga seorang ulama pd zaman tersebut. Jgn sempitkn minda krn agenda politik berlainan maka hukum2 dlm Al-Quran dicemuh. Aku tujukn untuk komentar2 yg bangang dan jahil diatas..kahkahkah..
BalasPadamaku masih tunggu jawapan untuk 6 soalan-soalan yang dikemukakan oleh Tanpa Nama 6:09 dari mereka yang pro kepada undang-undang hudud.
BalasPadamBaru 6 soalan yang ditanya tetapi tiada sebarang jawapan - ini menunjukkan mereka yang pro-hudud ni hanya pak turut semata-mata tetapi tiada punya pemikiran yang kritis.
soalan-soalan yang dikemukakan oleh Tanpa Nama 6:09 itu cukup penting kerana ia melibatkan soal pokok iaitu keadilan.
Islam adalah agama yang adil. Jadi buktikan keadilannya. Jangan nak petik nama sana, petik nama sini tetapi masih gagal menjawab soalan-soalan asas tersebut.
Tanpa Nama 6 Oktober 2011 11:32 AM:
BalasPadam----Hang suruh kawan hang tu tanya la dgn org yg arif. Bukannya dlm blog TT yg kebanyakkan pembacanya adalah liberal. Lgpun ini berkaitan dgn hukum dan undang2 Islam. Bukan boleh ditafsir ikut suka. Perlu penjelasan secara realiti bukan virtual.Knp lebih takutkan hukuman di dunia berbanding di akhirat? Golongan2 agnostics ni dah mula bertapak dlm minda mereka2 yg Islam di IC. Lgpon kalu hang bukan ISlam, aku nasihatkn tak perlu hang nak kalut2.
alangkah bodoh lagi bangang barangsiapa yang mengatakan hukum hudud itu adalah hukuman peraturan orang arab... bodoh ! banyak makan taik palat, kalau bodoh jangan bagi orang lain tahu, duduk sorang-sorang tepi jamban pas tu hantukkan kepala kat pintu atau dinding jamban tu bangang, bahlol,.. Hukum Hudud diturunkan Allah kepada rasulullah (s.a.w) dibumi mekah dan mekah berada kat semenanjung arab bodoh ! hukum itu diturunkan oleh Allah bukan kepada Tuan Guru Nik Aziz, Lim Guan Eng dan jauh sekali kepada Dr. Mahathir.., dah lah buta sejarah sampai kena tipu, buta lak geografi tak tengok peta mekah tu dimana. Undang-undang arab tu ialah yang menanam anak-anak perempuan hidup-hidup (dan sekarang bayi lelaki dan perempuan semua dibunuh sekali) jangan sampai aku ulangi kata-kata TT " kalau bodoh jangan bagi orang lain tahu "., malah semakin betul kata seorang pensyarah aku dulu :- " menentang sesuatu yang kita tak faham dan tak tahu adalah sebodoh-bodoh dan sebangang-bangang manusia " .. jenis manusia-manusia seperti ni lah yang TT kata perlu dihapuskan saja dari muka bumi ni kerana menghabiskan oksijen je...
BalasPadamdari pemerhatian saya kebanyakan mereka yang menyokong hudud di ruang komen ini gagal menerangkan bagaimana hudud dapat dilaksanakan dengan adil di negara malaysia yang pelbagai kaum ini.
BalasPadamkebanyakan dari komen-komen mereka saya perhatikan cukup emosional dan penuh dengan hujah-hujah retorik yang kabur, lemah dan tidak meyakinkan.
inilah yang perlu diperbaiki oleh pendukung-pendukung hudud. Islam tidak ditegakkan dengan kekerasan. Islam tidak ditegakkan dengan emosi.
Malangnya dari komen-komen yang saya baca pendukung-pendukung hudud telah memperlihatkan wajah Islam yang sebaliknya.
Kalau inilah caranya pendukung-pendukung hudud berhujah, saya rasa sukar untuk kita mempengaruhi bukan sahaja yang bukan muslim, malah kita sendiri akan sukar untuk mendapat sokongan dari muslim yang atas pagar tentang isu hudud ini.
wallah hu alam.
salam semua. perdebatan tentang hudud ini perlu dilakukan dengan kepala yang dingin serta hati yang lapang dan nurani yang jernih.
BalasPadambukan dengan kemarahan. bukan dengan kebencian dan juga bukan dengan terus mengajukan hukuman atau pelabelan kepada mereka yang tidak setuju dengan hudud.
soalan-soalan yang dikemukakan itu cukup penting kerana ia melibatkan soal keadilan. dan ini perlu dijelaskan oleh pendukung hudud dengan hujah yang meyakinkan bukan dengan terus memberi hukuman seperti murtad, tergelincir aqidah, masuk neraka, jadi kafir, berdosa dan sebagainya.
adakah adil di dalam sistem bernegara satu kesalahan yang sama terdapat dua hukuman yang berbeza?
adakah adil sekumpulan perompak yang terdiri dari pelbagai kaum di adili di dalam proses yang berbeza dan dihukum secara berbeza pula?
adakah adil di dalam satu kesalahan mencuri yang dilakukan secara bersama-sama seorang dihukum potong tangan dan yang seorang lagi dihukum penjara 2 tahun?
adakah adil selepas hukuman dijalankan seorang kudung tangan dan kehilangan mata pencarian (dah tangan kudung macam mana nak kerja dan siapa yang nak ambil orang kudung berkerja) dan seorang lagi selepas penjara dapat meneruskan hidup kerana anggota badannya masih lengkap?
adakah adil di dalam sebuah masyarakat yang sama seorang pesalah dihukum kerana dia muslim dan seorang lagi bebas dan tidak menerima sebarang hukuman kerana dia bukan muslim?
adakah adil seorang perempuan/lelaki muslim yang ditangkap melakukan hubungan seks dengan lelaki/perempuan bukan muslim dihukum rejam sampai mati atau disebat di khalayak ramai 100 kali sedangkan pasangan bukan muslimnya tidak dikenakan sebarang hukuman, malahan bebas mengulangi hubungan seks tersebut dengan perempuan/lelaki muslim yang lain?
semua soalan-soalan ini penting untuk kita fikirkan bersama-sama dengan hati yang jernih dan fikiran yang rasional tanpa sebarang emosi kerana di dalam satu hadith nabi, nabi ada mengatakan bahawa sebaik-baik orang yang bertaqwa adalah mereka yang adil.
jadi persoalan adil ini cukup mustahak kerana ia adalah teras utama agama suci Islam ini. Islam bukan hanya terletak kepada hudud semata-mata. Berlaku adil adalah lebih penting dari hudud itu sendiri.
Jadi kembali kepada persoalan pokok adakah adil di dalam sebuah masyarakat yang hidup di bawah satu sistem bernegara mempunyai dua undang-undang jenayah dan dua jenis hukuman yang berbeza-beza untuk satu kesalahan yang sama?
Mari kita fikirkan soalan-soalan ini dengan hati-budi yang jernih dan kepala yang dingin.
Wassalam.
seronok baca komen kat sini, semua nak tunjuk hebat cakap besar, memang true islam lah! kah kah kah kah
BalasPadamaku tak kisah hudud atau biskut lutut, yang aku kisah adalah ekonomi!
if u ppl think we can make a better living with this hoodood thing so buat aja la! tapi kena kaji dulu dalam2, bagi orang kampong orang bandar semua faham dulu baru laksanakan, ini kelam kelibut nak buat. lanchow
kalau dah ada kajian pun,kenapa tak dedah dan sebarkan bahlol! tengok komen dalam ni pun tau ramai yang tak paham termasuk la aku kah kah kah.
tak payah nak petik surah itu surah ini, cakap straight to the point apa implikasi apa semua pelir gajah yang kena kan senang. bab2 quote surah tu still kena ada tp as proof sudah la.
ni aku nak jawab 6 soalan tu.
BalasPadam1. undang2 Islam nie kena la serah pada yg mempelajari dan arif tentangnya, bukan dlm blog. Ibarat suruh doktor terangkan pasal mekanikal dan suruh jurutera terangkan pasal pembedahan.
2. empat soalan tentang zina dan rogol je...dok tanya pasal nie je mcm hang nie kaki zina...sbb tu yg takut2 kot nak terima hudud.
3. yg perompak muslim & non-muslim pun kena la tanya pada ahli hukum.
4. sapa nak sara hidup keluarga kalo bapa kena potong tangan? kawan aku cacat xda tangan pun masih mampu menyara keluarga. yg si bapak gatal2 pi merompak apahal?
p/s : tak payah la tanya mcm2 hal pasal hudud. cuba kita tanya diri sendiri kenapa kita perlu percaya pada 6 rukun iman? sedangkan kita xpernah nampak atau rasa pun waima 1 pun drpd 6 rukun tu.
jgn pertikaikan, tp yakinlah yg hukum Allah Taala tu ada kebaikan dlmnya. jgn lah hilang keyakinan kepada Allah Taala.
kpd saudara yg tanya pasal Allah tadi, kenapa dlm Quran Allah membahasakan diriNya dgn "KAMI"...kami tu banyak tp sifatNya esa, satu, tunggal.
kita bukan ahlinya yg layak utk membicarakan hukum Allah. Islam mmg xcipta ipod, ipad, malah keypad pun Islam xcipta.
ahli sains barat yg cipta benda2 utk khayalkan umat manusia xkira la Islam atau bukan Islam.
juga apa hak matahari utk mengelilingi bumi? sains ajar semua planet mengelilingi bumi. tp baitullah ada di bumi bukan di matahari.
AKU KENALI DIA MELALUI AKU
bro TT, ramai juga yg kata kau nie mengkomuniskan org. cara pemikiran kau nie mmg aneh. tp pada aku, pemikiran kau amat unik. kau berpikir melepasi sempadan selaput pemikiran manusia biasa. kau suka berbicara dengan realiti bukan fantasi. pendapat dan kupasan kau juga jujur, tak berselindung, tak dikongkong. utk mengenali tuhan amat payah, sukar, susah, jika sendiri tak kenal diri sendiri. teruskan usaha merobohkan benteng dan halangan pemikiran manusia yg terkongkong oleh diri sendiri. secara jujurnya cara pemikiran kau telah membuatkan aku lebih memahami dan mengenali tuhan yang maha esa.
BalasPadam"Islam yang plural, bebas, cerah wajib di Hududkan."
BalasPadam- artikel dah cantik. cuma ayat last yg kantoi sket. hudud berasal dari perkataan - had. bermaksud had/limit/batas. oleh itu hudud bermaksud untuk membataskan, melimitkan, menghadkan.
dah jadi macam salah pula kalau kita kata ayat - "Islam yang plural, bebas, cerah wajib di bataskan".
Ada persamaan hujah dengan buku "What Your Teacher Didn't Tell You" Author: Farish. A Noor...
BalasPadamAlahai manusia kalau lah mereka tahu hakikat sebenarnya bahawa semua agama asalnya ciptaan manusia..maka akan selesailah masalah....
BalasPadamsemoga generasiku di bukakan hakikat kebangangan ini yg mana agamawan semua tak terdaya membantahnya.
agama punca permusuhan sebenarnya....hanya mereka yg di beri hidayah sahaja yg akan nampak...
lebih baik percaya tuhan drpd agama rekaan manusia.
simpanlah korang punya hati hitam,murtad,tergelincir dan sebagainya utk puaskan minda yg terhad.
Kepada Tanpa Nama 7 Oktober. 1.39 AM
BalasPadamIni jawapan pak turut. Ini jawapan orang yang otaknya dah tak boleh fikir. Allah bagi otak untuk berfikir tapi dari jawapan-jawapan yang diberikan nampak sangat dia ni dah tak boleh berfikir.
Lihat jawapan-jawapannya dan mari kita fikir dalam-dalam adakah dia menjawab soalan pokok kepada pertanyaan yg dikemukakan iaitu soal ADIL.
Sebenarnya dia tidak memberi sebarang jawapan pun. Kalau dia sendiri yang percaya pada hudud gagal memberi jawapan, maknanya dia sendiri mengikut membuta tuli atau taqlid buta. Taqlid buta adalah sangat-sangat bertentangan dengan roh dan semangat agama suci Islam.
Kalau dia sendiri yang percaya pada hudud gagal memberi jawapannya, bagaimana untuk kita meyakinkan mereka yang sangsi terhadap hudud?
Malahan dia sendiri menyuruh kita supaya jangan banyak bertanya! Lihat ayatnya saya copy paste kembali:
"tak payah la tanya mcm2 hal pasal hudud."
Ini jawapan manusia muslim yang pemalas! Pemalas berfikir! Ini adalah hasil jawapan daripada orang-orang yang otaknya telah diindoktrinasi secara totok oleh sistem pendidikan agama yang tidak menggalakkan pemikiran kritis.
Tidak menghairankanlah jika sekiranya yang mencipta ipod, ipad, komputer, laptop, internet, blackberry, twitter, blog, facebook, youtube, google yang setiap hari kita pakai dan gunakan adalah orang-orang bukan muslim.
Sebab muslim seperti tanpa nama 1.39 ini adalah muslim yang fikirannya sudah mati. Tubuhnya hidup tapi otaknya sudah pun mati.
Mohon maaf jika komen saya ini menyinggung mana-mana pihak. Tapi saya tak dapat nak menahan kekecewaan saya bila melihat saudara semuslim saya menggalakkan kita semua supaya jangan berfikir dan jangan bertanya. Permulaan kepada fasisme dan kediktatoran ialah apabila pertanyaan dihalang dan pemikiran dibungkam!