Jumaat, 7 Oktober 2011

LAGI KEMARAHAN WARGA KAMPONG BARU




SELAMAT TINGGAL WARISAN




Assalamualaikum sdra2,

Harap dapat sebarkan PS yang dilampirkan.

Bro tt, harap tidak mengalihkan kemarahan Pemilik/Pewaris Kg.Baru kepada Ahli2 Parlimen yg tidak dapat hadir, kebiasaannya semua pembentangan Rang Undang2 dibuat dengan 2 kali bacaan, selepas yg pertama, yg kedua selalunya dibaca hari berikutnya. Jadi ramai juga Ahli2 Parlimen PR yg balik dgn anggapan akan disambung esok,
Saya sendiri telah pergi ke parlimen malam itu dan nampak ramai ahli gerombolan hanya datang & masuk dewan selepas YB2 PR pulang (pukul 9mlm pun ada yg baru datang, siang hari gerombolan tak ramai datang). Jadi saya nampak memang YB2 PR sudah kena serang hendap (AMBUSH).

Harap sdra2 dapat membantu dgn menumpukan serangan keatas Raja Bersiong & Gerombolan. Kami di Kg.Baru tetap akan lawan.

Wassalamualaikum




KENYATAAN MEDIA SEKRETARIAT PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (SPKB)

AKTA KAMPONG BHARU: TINDAKAN GELOJOH KERAJAAN DIKESALI

Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu (SPKB) kesal dengan sikap gelojoh dan tergesa-gesa Kerajaan yang meluluskan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 malam semalam tanpa memberi masa dan peluang langsung kepada pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu peluang untuk melihat sendiri kandungan Akta tersebut. Tindakan ini jelas menunjukkan sikap rakus Kerajaan dan pihak-pihak yang berselindung di sebaliknya untuk mengaut kekayaan melimpah-ruah hasil daripada “pembangunan” Kampong Bharu kelak.

Isnin lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar melalui menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menarik balik Rang Undang-Undang Pembangunan Pembangunan Kampong Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) dan terus membentangkan Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Bharu 2011 (RUU PPKB 2011) yang baru dengan beberapa pindaan. Belum pun sempat pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu berpeluang memegang, meneliti dan berbincang berkenaan undang-undang yang bakal menentukan masa depan mereka itu, Kerajaan telahpun secara tergesa-gesa sehingga lewat malam tadi meluluskan RUU PPKB 2011 tersebut di Parlimen.

Apakah yang hendak dikejar sangat sehingga tidak ada ruang langsung untuk RUU PPKB 2011 tersebut dibincang dan diluluskan oleh orang-orang Kampong Bharu sendiri terlebih dahulu, sedangkan merekalah pihak yang terlibat secara langsung dengan apa saja bentuk pembangunan yang hendak dicadangkan. Mereka adalah pemilik dan pewaris asal tanah Kampong Bharu sejak 111 tahun lalu dan kini segala pandangan dan hak mereka ke atas tanah mereka sendiri telah dirampas dalam masa hanya beberapa jam sahaja.

Kerajaan menggunakan mekanisme undang-undang dan Parlimen dijadikan “rubber stamp” untuk menafikan segala hak pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu yang merupakan satu-satunya warisan tanah orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini.

SPKB juga mempersoalkan penglibatan empat badan GLC yang diumumkan Menteri malam tadi iaitu Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad yang dikatakan akan terlibat dalam pembangunan Kampong Bharu ini. SPKB menegaskan, bahawa penglibatan badan-badan ini tidak pernah langsung dibincang dan didedahkan kepada masyarakat Kampong Bharu malah, pemilik dan pewaris tanah sehingga sekarang masih lagi ragu dan sangsi tentang kaedah dan bentuk pembangunan yang hendak dijalankan.

Bagaimanakah ia hendak dimulakan dan adakah ia akan melibatkan perpindahan penduduk ke tempat yang lain sepanjang proses pembangunan itu dijalankan ? Apakah status hakmilik tanah mereka akan berubah dan adakah hartanah Kampong Bharu ini akan terbuka untuk diurusniagakan kepada semua orang ? Apakah jaminan hakmilik tanah akan kekal di tangan mereka dan mengapakah Menteri mempunyai kuasa penuh dan mutlak ke atas tanah Kampong Bharu?

Semua perkara ini masih tidak dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah dan secara tiba-tiba, Kerajaan telahpun meluluskan RUU PPKB 2011 malam tadi dan meninggalkan tanda-tanya serta kemarahan kepada sebilangan besar masyarakat Kampong Bharu.

SPKB menegaskan sekali lagi bahawa kami tidak menolak sebarang bentuk pembangunan di Kampong Bharu tetapi biarlah ia dibuat secara tertib, beradab dan menghormati pandangan dan cadangan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu. Merekalah Tuan yang sebenarnya di Kampong Bharu ini, bukannya Menteri, orang-orang politik atau badan-badan korporat.

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengerusi
Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu

6 Oktober 2011


MALAM INI DI SHAH ALAM


15 ulasan:

  1. ko ni pehal ko baca btul2 brita msiakini tu... drhatta yg mintak undi pehal plak kerajaan yg gelojoh... dah kantoi salah org plak..ko dah kasi bola tangung bangang la tak tibai

    BalasPadam
  2. KELICIKAN GEROMBOLAN PARTI UMNPORNO@APCO-BN PANDI KUTTY YANG MEMANG DAH TAHU SEMASA KEKALAHAN DI PRU LEPAS BAHAWA SUDAH TIADA DUA PERTIGA MAJORITI GENG KUTTY TAPI KEBIJAKSANAAN OTAK KELENTONG MEREKA MENUNGGU SEPERTI JERAT MANANTI MANGSA, TERIAKAN & PEKIKAN PR UNTUK MENIDAKKAN SUARA MAJORITI DIPARLIMEN JADI SIA SIA SEPERTI 'MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI' !

    BalasPadam
  3. Salam,

    Tanah Melayu hilang di Tanah Melayu oleh orang Melayu!

    BalasPadam
  4. Bro tt,
    (ini untuk ps yg dilampirkan)

    Memang patut nak alihkan kemarahan kepada YB Pakatan.

    Nak tak nak terpaksa mengaku Tanpa Nama 5.45am kat atas itu betul! Kita kena terima kesalahan yang kita buat!

    Dan kalaulah nak bagi alasan bagi pihak mereka seperti PS itu, ini bole sebabkan terjadi dari 2 perkara:

    1. Nampak sangat YB Pakatan bodoh nak mampus sampai senang kene "ambush" ngan YB BN! Tak kan la senang-senang kene tipu cam tu dan Dr Hatta yang mintak undi!

    2. Kalau la tak ponteng kedua-dua sessi, ini tak kan jadi. Kepala otak dah setup jadi rutin 2 sessi, yang pertama punya sessi tak mau dengar, yang kedua sessi membabi buta je lawan? begitu?

    Kalau tak ponteng, ini tak kan jadi!

    Kawan-kawan se-revolusi sekalian, hentikan memberi alasan untuk mana-mana pemimpin (Tak kira BN atau Pakatan), yang penting hak kita diutamakan!

    Pergi mampus sama pemimpin! Mereka membawa agenda yang kita mahu. Bukan kita mempertahankan agenda mereka yang mahu perut buncit kenyang bawak mercedes.

    Katak tu pun datang sekalipun tidor terbungkang!

    Hentikan memberi alasan untuk mereka! Selagi kita bagi alasan bagi pihak mereka, mereka sukati bapak akan buat ikut kepala bapak diorang!

    Cibai la!

    BalasPadam
  5. mp pr dtg ke tidak itu no 2 ..no 1 selagi regim bngsat ni tk jatuh selagi itu akan kedengaran rampasan tanah secara senyap ini akan terus berlaku..kalau pr yg berkuasa perkara seumpama ini tidak akan timbul..1 jalan je..tumbangkan UMNO

    BalasPadam
  6. Setuju dengan Tanpa Nama - 7 Oktober 2011 9:57 AM

    Bila UMNO tumbang mereka akan meraung dan akan bersimpati dengan rakyat dan akan jadi mata dan telinga untuk mencari kepincangan PR pula. Supaya PR tidak lupa daratan jika menang nanti.

    BalasPadam
  7. salahkan melayu2 keparat ngan bangsat yg lupa diri ngan xde maruah diri yg masih undi parti Barua British la..

    lau PR perintah federal sekarang ni, sure Kg Baru mmg terselamat..

    sape yg masih bagi UMNO memerintah...? bukan ke Melayu2 bangsat..?

    so, xde guna nak mengundi dalam parlimen...xkan nak harapkan MP PR dalam Parlimen...abis yg lain kt luar, duk bising2 je..? harammm...

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama 7 Oktober 2011 9:57 AM dan Akbajalil.

    Kita sekapal atau sesaing yang menentang kekejaman UMNO...

    tapi!

    (ini pendapat saya)

    bagaimana mungkin kita mahu tumbangkan UMNO kalau MP PR sendiri yang mengalahkan kita?

    sebelum kita kalahkan mereka, kita perlukan kuat kan MP kita. Disiplin merupakan asas kekuatan. Kalau ini tiada, sukar bagi kita tewaskan UMNO!

    Kita tak mahu isu ini akan diputarbelitkan puak UMNO! Kita mahu tutup kelemahan dan sekarang, MP PR telah tunjukkan kelemahan dan ketidak upayaan.

    p/s: setuju, nama MP-MP Yang tidak hadir didedahkan. Saya tak mau tau lansung nama puak belah sana

    BalasPadam
  9. korang nie cepat sgt melatah...tanya dulu lah sebelum nak tembak..dapat tau hal sebenar baru lah nak tembak ker.pada revolusi malaysia jgn jadi bangang sgt lah..aku rasa kalau ko jad MP lag bangang agaknya..bebal punya manusia..jgn sesuka hati nak hentam org..benda nie mugkin muslihat puak BN ..jgn cepat melatah lebih2 bro

    BalasPadam
  10. UMNO boo raid
    UMNO poo key mark

    BalasPadam
  11. APA LAGI ORANG KAMPUNG BARU....ISTIYAR PERANG LAH KAT UMNO (Untuk Melayu Nanti Oiii)....ada berani?????

    BalasPadam
  12. Salam Bro Isham...

    Pepatah jawa ada mengatakan " Adalah BODOH jika kita dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama sebanyak dua kali"..

    Contohnya macam MP-MP PR tu.. dulu pasal Budget 2011 sekarang pasal RUU Kampung Baru pulak..

    BalasPadam
  13. altantunya sharibu berkata...
    7 Oktober 2011 2:52 PM

    saya terima kritikan terhadap diri saya.

    tetapi bukankah keputusan sudah dibuat di parlimen? melatah amendenyer?

    Sudah begitu kan keputusan dia, tak kan tak tau lagi? ape punye slow ni???

    senarai nama tu dah keluar lah! kahkahkahkah! ni bukan slow lagi dah ni, ni LEMBABBBBBBBB...

    kahkahkahkahkahkahkah...


    ponteng memonteng itu muslihat BN?
    ponteng memonteng itu adalah disiplin diri sendiri... apa kejadahnya muslihat orang lain? kakakakkakakkakakka...


    Sekarang sapa bangang, kau ke aku?
    dah la slow, tuduh orang lain bangang???

    ini senarai yang PONTENG kerana muslihat BN mengikut cakap ALTANTUYA tapi masih hidup ini...
    Ambil dari Keris Lok 7

    Kedah
    P14 - Merbok - Rashid Din (PKR)
    P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
    P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)

    Kelantan
    P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS)
    P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS)
    P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS)
    P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR)
    P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR)
    P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)


    Terengganu
    P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
    P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS)

    Penang
    P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR)
    P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP)
    P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP)
    P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP)
    P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP)
    P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP)
    P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP)
    P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP)

    Perak
    P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS)
    P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)
    P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP)
    P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR)
    P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP)
    P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP)
    P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR)

    Pahang
    P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR)

    Selangor
    P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS)
    P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR)
    P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP)
    P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP)
    P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR)
    P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)
    P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR)
    P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR)
    P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)

    Wilayah Persekutuan
    P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP)
    P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR)
    P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP)
    P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP)
    P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR)

    Negeri Sembilan
    P128 - Seremban - John Fernandez (DAP)
    P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP)
    P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR)

    Sabah
    P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP)

    Sarawak
    P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP)
    P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)

    BalasPadam
  14. Cuba bagi tau aku muka mana dlm PR yg boleh kita percaya? nasa mat isa? mustapa ali? anuar Brahim? azmin ali? atau....????

    BalasPadam
  15. apa2 hal pun,nampaknya mp pakatan mesti berhemat...jaga kehadiran,anda ada elaun,bagi setiap persidangan dewan,maka ikhlas dan komited dengan tugas dan amanah yg anda pikul...bukan kami yg paksa andajadi mp.....kamu yg ber-iya2 nak jadi pembela....jadi wakil...kami rakyat cuma bagi undi.....jadi ikhlas dan betulkan kembali niat anda.....

    BalasPadam