Rabu, 19 Oktober 2011

MEMAHAMI HARGA DAN NILAI



HANYA TINGGAL KENANGAN



NOTA:
ini istana kucik
telah dirobohkan
dalam tahu 60'an
untuk memastikan
tidak ada hubungan
istana dengan tanah anugerah ini!




KAMPONG BARU HARGA DAN NILAINYA

Pembaca yang budimana – saudara saudari pasti telah terbaca atau terdengar kenyataan Pak Menteri Islam dari United Malay National Organisation tentang betapa berharganya tanah Kampong Baru. Dari akhbar dan tv kita semua diberitahu bahawa tanah Kamnpong Baru ini berhampiran dengan bangunan Petronas. Justeru tanah Kampong Baru ini setaraf harganya dengan tanah di Segi Tiga Emas Bukit Bintang.

Kenyataan Pak Menteri Islam ini amat tepat. Para Menteri Melayu Islam ini memang tahu harga yang betul. Kita diberitahu bagaimana harga tanah di Jalan Raja Alang hanya 2 ringgit untuk satu kaki persegi berbanding dengan 2000 ringgit di Jalan Pudu. Ini adalah kenyataan saheh. Kenyatan yang tidak boleh kita pertikaikan keafdalannya. Jelas, kenyataan Menteri Melayu Islam ini bertujuan untuk membuktikan bahawa dia bijak dan kita semua bodoh.

Kita dianggap bodoh kerana menentang status Kampong Baru. Kita bodoh kerana kita berkempen menentang rang undang undang Kampong Baru yang ingin diluluskan oleh parlimen. Kita dianggap bodoh kerana menentang rang undang-undang yang membolehkan tanah Kampong Baru dijual dipasaran terbuka. Malah sesiapa sahaja yang tidak tahu harga tanah Kampong Baru di pasaran terbuka akan dimasukkan ke dalam kumpulan OBKG – Orang Bodoh Kampong Baru.

Sayugia diingati , para Menteri-Menteri Malayu Islam ini amat bijak kerana mereka tahu semua harga. Mereka tahu harga tanah, tahu harga rumah, tahu harga sawah atau tahu harga hutan balak. Tanyalah tentang harga – dengan sekelip mata mereka akan menjawab. Menteri-Menteri Melayu Islam cukup arif dengan harga barangan.

Tetapi ada sesuatu yang Menteri Melayu Islam ini bebal dan tidak tahu. Menteri Melayu Islam tahu semua harga barang tetapi mereka tidak tahu nilainya. Mengetahui harga bukan bermakna mengetahui nilainya. Nilai bukan harga. Disini kita semua akan melihat dengan jelas kebebalan Menteri Melayu Islam ini.

Menteri Melayu Islam ini telah berbuah-buih mulut menyatakan betapa stratejik letaknya tanah Kampung Baru ini. Tanah seluar 123 hektar yang terletak ditengah kota Kuala Lumpur ini akan menjadi hempeh kalau tidak dijual ke dalam pasaran terbuka. Malah menurut Menteri Melayu Islam ini tidak ada tanah sestratejik ini akan ditinggalkan oleh sesiapa yang waras otaknya tanpa dijual untuk dijadikan modal. Tanah seluas ini jika tidak dibangunkan maka akan memperlihakan kebodohan Orang Melayu yang gagal dalam perjuangan untuk menjadi kaya.





Disini biar saya bangangkan Menteri Melayu Islam yang suka menipu Orang Melayu ini. Ucapan dan kenyataan Menteri Melayu Islam ini tidak berpijak di bumi yang nyata. Kenyataan ini ‘diterima’ untuk dijaja kepada Manusia Melayu kerana selama ini Manusia Melayu telah dibonsaikan akal fikrah mereka. Otak bonsai ini telah dipaku pula dengan budaya feudal. Otak bonsai dan budaya feudal adalah campuran dua kimia yang telah berjaya melahirkan Manusia Melayu untuk menjadi Tukang Angguk. Otak bonsai tidak berkeupyaan untuk memiliki fikrah yang cerdas dan kritikal.

Manusia Melayu ditipu dengan maklumat yang tidak lengkap. Betul tanah Kampong Baru stratejik letaknya. Tetapi dalam dunia ini ada lagi tanah stratejik yang harganya berjuta juta kali ganda dari harga tanah Kampong Baru. Orang Melayu tidak diberitahu tentang wujudnya tanah-tanah kosong yang paling stratejik tetapi masih ditinggalkan kosong. Tanah tanah kosong yang hektarnya lebih luas dari tanah Kampong Baru masih tersadai kosong di London dan di New York.

Kota London adalah kota perniagaan paling tua. Kota London pernah menjadi kota terbesar dalam dunia. Ertinya harga tanah cukup mahal dalam kota ini. Di tengah-tengah kota London ada tanah seluas 253 hektar yang kosong. Ianya menjadi padang rumput yang dipenuhi dengan pokok-pokok dan dihiasi oleh beberapa buah tasik. Di sebelah tanah kosong ini adalah kawasan hotel dan kawasan perumahan yang harganya berjuta ringgit.

Tanah ini telah dibiarkan kosong semenjak tahun 1637 lagi. Tanah kosong ini telah diwakafkan untuk kegunaan orang ramai bersantai. Selama lebih dari 500 tahun belum ada kedengaran cadangan dari Menteri British yang Kapir untuk membuka dan menjualkan sebahagian dari tanah ini. Menteri-Menteri Kapir ini tahu harga tanah ini. Tetapi dalam masa yang sama Menteri Kapir ini tahu juga akan nilai tanah ini.

Dari kota London biar saya bawa para pembaca ke satu lagi kawasan tanah yang paling stratejik dalam dunia ini. Tanah seluar 341 hektar ini berada ditengah-tengah kota New York. Tanah ini dibiarkan bagitu sahaja – menghutan dan mengrimba. Rasa saya mungkin tidak ada harta tanah yang paling berharga dalam dunia ini melainkan tanah kosong ini di New York. Di sebelah tanah hutan ini ialah pejabat dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa.

Bayangkan kota New York ini adalah kota Yahudi. Masyarakat Yahudi ini sering dikatakan memiliki kesedaran perniagaan yang cekap dan licik. New York ialah tempat orang Yahudi berniaga mencari untung. Justeru tidak jauh dari tanah kosong ini ialah tempat dimana para peniaga Yahudi, kapitalis gergasi dan kaum pemodal antarabangsa dunia ini berniaga. Di tepi tanah kosong in para peniaga antarabanga meniagakan riyal, dolar, dinar, minyak, rempah, emas, intan dan apa sahaja yang boleh diniagakan. Bukan sahaja disini mereka berniaga harta tanah malah di Wall Street ini mereka meniagakan turun naiknya sesebuah kerajaan.



Bayangkan di New York – kota Yahudi - masih ada tanah kosong seluas 341 hektar. Tetapi tidak terlintas dikepala ahli-ahli perniagaan Yahudi New York ini untuk membelit para politikus Amerika. Tidak terlintas dikepala peniaga Yahudi ini untuk menipu warga New York agar bersetuju diubah undang-undang Tubuh Kota New York agar tanah ini dapat dijualkan kepada Vincent Tan, Ananda Krishnan atau Teik Jo Low.

Lihat betapa berbezanya Menteri Kapir di London dengan Menteri Melayu Islam di Malaysia. Lihat betapa berbezanya ahli perniagagan Yahudi di New York dengan Menteri Melayu Islam di Putrajaya. Apakah Menteri Kapir di Lodon tidak tahu akan harga tanah di Hyde Park? Apakah ahli perniagaan Yahudi di New York tidak sedar akan harga tanah di Central Park? Apakah ahli perniagaan Yahudi New York ini tidak memiliki pengaruh? Saya jamin mereka tahu harganya. Mereka bukan hanya tahu harga tanah kosong tetapi mereka juga tahu akan nilai tanah kosong ini.

Disini jelas Menteri Melayu Islam ini tidak mengetahui makna nilai. Kerana mereka tidak mengetahui nilai maka bangunan-bangunan lama dirobek. Lihat bagaimana Rumah Pasong Lama, Pejabat Pos Lama, kedai-kedai lama diruntuhkan agar kroni dapat projek baru untuk mendirikan bangunan baru. Jangan sesekali kita melupakan bagaimana Penjara Pudu yang berumur lebih dari 100 tahun telah juga dirobek untuk dijualkan kepada para Cukong.

Untuk anak-anak muda. Untuk mereka yang berumur dibawah 40 tahun ingin saya beritahu disini bahawa satu ketika dahulu Bukit Ceylon itu adalah satu kawasan hutan tropikal asli yang tidak pernah diusik. Juga ingin saya beritahu disini bahawa pada satu ketika dahulu bangunan Parlimen kita dikelilingi oleh Taman Tasek berhutan tanpa Kancil, Rusa dan Kelisa menaburkan karbon monoxide.




Hari ini sejarah telah memperlihat bagaimana hutan Bukit Gasing digondolkan. Kita telah melihat bagaimana hutan Bukit Lenjan musnah. Tidak lama lagi kita akan melihat padang di hadapan Rumah Pasong Brickfeild musnah dilelong. Hari ini kita telah mendengar bagaimana Padang Kelana Jaya tempat warga bersantai telah dilelong.

Apa sebenarnya makna semua ini? Bagaimana kita hendak memahaminya? Biar saya jelaskan bahawa semua ini adalah manifestasi dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalis yang diutamakan ialah keuntungan maksima. Dalam sistem ekonomi kapitalis apa yang boleh dijual akan dijual. Apa yang boleh membuat untung akan dijual. Kalau anak, isteri atau ibu bapa boleh mendatangkan keuntungan maka – mereka juga akan dijual.

Tetapi kenapa tanah kosong Central Park di New York dan Hyde Park di London tidak dijual. Bukankah Mat Saleh Kapir dan Yahudi New Yok itu pengamal sistem kapitalis? Betul mereka mengamalkan sistem kapitalis. Tetapi para kapitalis kita adalah kapitalis dari Dunia Ketiga. Kapitalis Dunia Ketiga baru muncul – mereka lucah, rakus dan tidak memiliki nilai.

Manakala kaum kapitalis di Eropah dijana ratusan tahun dahulu. Mereka lahir dari pertempuran. Mereka bangun berjuang menentang sistem feudal yang memerangkap mereka. Mereka pemula. Mereka memeta dunia. Mereka menjana seni dan budaya. Mereka melahirkan kaum pemikir dan kaum intelektual.

Semua nilai ini tidak dimiliki oleh kaum kapitalis Dunia Ketiga seperti di Malaysia. Kaum kapitalis di Malaysia ini kalau berbangsa China atau India – teromba dan salasilah mereka adalah kuli di ladang getah atau di lombong bijih. Seni budaya dan nilai hidup bukan milik mereka.

Kaum kapitalis Melayu – ini adalah kumpulan yang baru dimunculkan oleh Dasar Ekonomi Baru. Mereka ini memiliki sifat yang amat hodoh. Lebih hodoh dari kapitalis China atau India yang telah wujud agak lama dlasm negara kita ini. Kaum kapitalis Melayu ini jadi kaya kerana menjual kontrek dan pencari komisen. Mereka bukan pemula, pereka atau berniaga. Inilah hakikat kapitalisma di Malaysia hari ini - kapitalisma Dunia Ketiga.

Kumpulan kapitalis Melayu ini pula akan bersekongkol dengan politikus Menteri Melayu Islam. Amat susah untuk kita mencari garis pisah antara Usahawan Melayu Berniaga Kontrek dengan Menteri Melayu Islam. Dua kumpulan ini sering bekerja sama dan kadangkala orang yang sama. Mereka berpolitik untuk mendapat projek agar menjadi kaya dengan cepat. Justeru jalan pintas untuk kaya dengan cepat inilah dengan menjual tanah Kampong Baru. Akhirnya Kampong baru di gadaikan. (TT)

NOTA:
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akhbar minggun
ini sila pukul talipon : 03-22-27-40 -45



JEMPUTAN ESOK MALAM



SATU LAGI JEMPUTAN ESOK MALAM DI UBU BANGSAR

Bagi memperingati dan mengiktiraf 20 Oktober 1947 sebagai hari bersejarah dalam perjuangan massa rakyat menuntut demokrasi dan pembebasan dari penjajahan kolonial, ikuti program khas sempena ulangtahun yang ke-64 aksi politik terbesar dalam sejarah tanahair, Hartal Se-Malaya!

Tayangan khas filem 10 Tahun Sebelum Merdeka
diikuti dengan dialog sejarah & politik antara
Hishamuddin Rais vs. Fahmi Reza

Tarikh: Khamis, 20.10.11
Masa: 8:00 malam
Tempat: Kelab 50-B, No. 50B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, KL (bangunan rumahkedai sebelah Stesen LRT Bangsar)(Tingkat 2 atas B.Y. Air-Con & Car Service Centre)


* Masuk percuma
* Tempat duduk (atas lantai) terhad kepada 40 orang saja, first come first serve

16 ulasan:

  1. Manakala kaum kapitalis di Eropah dijana ratusan tahun dahulu. Mereka lahir dari pertempuran. Mereka bangun berjuang menentang sistem feudal yang memerangkap mereka. Mereka pemula. Mereka memeta dunia. Mereka menjana seni dan budaya. Mereka melahirkan kaum pemikir dan kaum intelektual.

    Semua nilai ini tidak dimiliki oleh kaum kapitalis Dunia Ketiga seperti di Malaysia. Kaum kapitalis di Malaysia ini kalau berbangsa China atau India – teromba dan salasilah mereka adalah kuli di ladang getah atau di lombong bijih. Seni budaya dan nilai hidup bukan milik mereka.


    Sheeshhh- Those 2 paragraphs: So very racist sounded ...but unfortunately..so VERY RIGHT!!

    BalasPadam
  2. Menteri2 Melayu Islam?? Nampak kepala agung ajer terus hilang makna dan nilai. Akhirnya yang tinggal hanyalah selam dengan kapal selam yang tidak boleh menyelam... kah-kah-kah-kah...

    BalasPadam
  3. Nama aja Islam pada IC dan bila Hari Jumaat dan Hari Raya...perangai mengalahkan Yahudi...

    BalasPadam
  4. dgn hujah cmni la buat aku makin syg kt tt..

    kah kah kah kah kah

    bayangkan pencacai dan penulis artikel kt blog gerakan anti pkr pun dh terikut2 stail tt, aku perli sampai buang cmmnt aku, malu la tu kne perli..

    kah kah kah kah salute la tt..

    -anak muda felda-

    BalasPadam
  5. islam di tanah boleh ni tipu kaum aje

    BalasPadam
  6. Aku rasa tidak berapa lama lagi, Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pun akan dijual oleh menteri islam ni...kau tengoklah TT....akan keluar fatwa dari mufti2...."Kubur boleh digali sekiranya nilai tanah perkuburan meningkat berratus2 juta ringgit"....kahkahkah

    BalasPadam
  7. tuan tt
    sudah lazim bagi menteri melayu umno mencari harta dengan jalan singkat.dulu dulu puak feudal yang mulakan,mereka sewa,jual dan makan pencen dari inggeris.tengok cerita singapura jatoh ke tangan raffles.sekarang zaman gerombolan pulak jual tanah pada cukong dan ganti dengan duit .semua orang tahu dulu cukong ni ada duit tapi miskin tanah,orang melayu tak berduit tapi kaya tanah, tiba2 cukong ni banyak duit dan kaya tanah,dan orang melayu miskin duit dan hilang tanah.siapa yang buat kalau bukan menteri melayu'islam'.
    makna : jangan biar kat menteri palsu ni.buang gerombolan dari putrajaya.

    myy

    BalasPadam
  8. esok akan ku segera kan beli suara keadilan ...
    sepanjang hayat tiada pernah ku beli ...
    aku ku letak di wall fb ku ...
    satu karangan yg tidak terlintas di kepala pemimpin parti, baik parti melayu, parti islam....

    TT walaupon ilmu islam demo sejangkal,
    tapi ilmu sosialis dan pengalamn hidup demo tinggi ....

    BalasPadam
  9. masa almarhum tuanku sultan salahuddin ihop slalu jugak dia melawat kpg baru. sekarang ni .... no komen. nanti kena report pulis plak

    BalasPadam
  10. bila bang najib and the gang ni nak pi ratakan kg baru ni, bosan dah aku dengar cite kg baru ni, buat bangunan 200 tingkat pastu special penthouse untuk bik mama hahaha... tukau krajaan dulu pastu kita cite... ckp banyak skang takde guna isam oiii, kena tambah ahli pelirmen dulu kat dewan tu...

    BalasPadam
  11. TT ....kau memang terbaik...keep it up!!

    BalasPadam
  12. TT, Engkau bersabda".... Rasa saya mungkin tidak ada harta tanah yang paling berharga dalam dunia ini melainkan tanah kosong ini di New York."...

    Jawab/komen saya: "Kak kah kah, Ada"

    Tanah yang sebesar tapak tangan tu berharga DAN bernilai terbuka. Ada Ratusan RM, Ribu-ribuan RM dan ada yang Jutaan RM - Hanya luas kira2 besar tapak tangan jer.... Pulak tu, kena buat 'booking'dan tunggu masa (which is also a cost)sebelum digunakan. 'Booking' ini ada 'in-situ'/instant dan ada yang 'booking' sampai berbulan, malah bertahun.
    Tanah yang seluas tapak tangan ni menjadi tak bernilai sesen pun jika dipakai sebelum "booking". Renong2kanlah.

    BalasPadam
  13. madey jual tanah kat lim kok wing di cyberjaya 0.50 sen sekaki.. agaknya berapa laa tanah kg baru sekaki ye?

    kalau rm2000 sekaki, tolak komisen sana-sini dapat laa kat pemilik tanah lebih kurang rm350 sekaki.. melayu musti suka dgn harga sebanyak tu... melayu kan bodoh dan suka dibodohkan :)

    mcm melayu labu johnson hehehe.. bodoh!

    BalasPadam
  14. Malam itu Raja Bersiong dah tak bleh tahan, peluh jantan memercik didahi nya. Dia mundar-mandir mengigil bak seorang mat pet yang dah seminggu tak pekena suntikan heroin, gian betul, kalau dapat chasing the dragon pun jadiklah, kata mat pet di tepi tembok sungai kelang yang sebenarnya tak ade kena mengena dalam cerita ini. Tapi gian Raja Bersoing ini tak dapat diubat dengan heroin, ketamin, ganja dan yang sewaktu denganya, ubat batuk pun tak bleh bro.. sedangkan lubang sedap bininya pun tak mampu untuk melampiaskan nafsu serakah gian Raja Bersiong. Malam itu, Raja Bersiong bertekad, dia terpaksa bertindak, walaupun beberapa portal media alternatif melaporkan kelibat saekor makhluk bertaring berspek mata berniat jahat yang melilau di Kampung Baru . Raja Bersiong terpaksa, risikonya amat tinggi, dia menelusuri Jalan Raja Muda Abdul Aziz, kemudian Jalan Raja Abdullah, cilok ke Jalan Raja Mahmud. "Aikk semua jalan suku sakat aku ni", getus Raja Bersiong hingga dia sampai kat satu tempat line clear kat Lorong Raja Muda Musa. Dengan segera Raja Bersiong berlutut ditepi jalan dan menarik nafas sedalam - dalam nya, semerbak bau tengik dan hapak longkang dari kumbahan rumah-2 dan sekian kedai-2 makan orang Kampung Baru dan bercampur pulak dengan bau karbon terbakar hasilan enjin kenderaan Wilayah Kuala Lumpur menusuk ke hidungnya. "Ahh.., dapat jugak aku melepas gian, tak dapat tanah dapat bau pun jadiklah".. bisik hati kecil Raja Bersiong. Selepas giannya dah settle, Raja Bersiong makin kuat tekadnya merampas tanah Kampung Baru dan segala perancangan jahatnya semakin terlaksana.. tetapi adakah masa mengizinkannya... Hanya Yang Maha Kuasa menetukannya...

    BalasPadam
  15. bro, gua dgr ura2 yg limkokwing cyberjaya tu nama je cina tapi sbnrnyer keuntungan melayu dapat, si madey ni la org belakang, cina keparat ni boneka muka depan die je, yg dpt untung tembolok madey, gua berani ckp sbb gua kje sini..

    BalasPadam