Khamis, 13 Oktober 2011

MEMAHAMI STRATEJI UNTUK MENGOLAH PENIPUAN





INI BUJET BIK MAMA




BELANJAWAN - TANDA DAN MAKNA

Najib Razak telah membacakan Belanjawan Malaysia 2012 di Parlimen. Siapa yang pasang telinga akan dapat mendengar. Siapa yang tak ada kerja lain yang lebih bermanafaat boleh membacanya. Tetapi majoriti rakyat dalam negara kita ini tidak ambil ‘pot’ – tak ambil endah.

Tetapi masih banyak sosok-sosok yang tercabar apabila mendengar belanjawan ini. Mereka ini bukan ahli ekonomi atau pemerhati trend politik di rantau ini. Mereka juga bukan ajen Wikileaks, tetapi, saheh mereka tercabar.

Kumpulan pertama yang merasa tercabar ialah para YB dari Pakatan Rakyat yang jarang datang ke Parlimen atau tidak membuat kerja di kawasan mereka. Kumpulan ini akan merasa pembacaan belanjawan ini adalah pembacaan tarikh tali gantung yang akan sampai ke leher mereka. Mereka merasa gundah gulana dan amat bersedih hati bila mendengar belanjawan ini.

Para pembaca jangan merasa sedih kerana ada satu lagi kumpulan yang cukup gumbira mendengar belanjawan ini. Sosok ini bukan meneliti dan mengkaji apa yang tertulis di kertas belanjawan. Semua ini tidak penting. Yang penting sosok ini merasa diri mereka cukup layak untuk menjadi YB. Bila belanjawan telah dibaca maka inilah tanda pilihanraya akan sampai. Justeru sosok ini wajib menonjolkan muka. Dengan baju batik berlengan panjang mereka akan bersadai datang ke forum-forum politik. Kalau boleh duduk dikerusi paling hadapan terutama jika ada pemimpin pusat hadir sama. Belanjawan untuk mereka ialah tanda untuk mula melobi mencari kerusi YB untuk bertanding.

Dalam masa yang sama para komentar politik di Warong Tom Yam Mek Jah tidak habis-habis berlabon tentang tarikh pilihanraya seolah-olah dirinya akan bertanding. Tulisan demi tulisan di akhbar muncul memberi komen tentang belanjawan dan pilihanraya. Di laman web dan di blog semuanya akan menganalisa dan memberikan pendapat bahawa belanjawan kali ini bertujuan untuk mengadakan pilihanraya.

Saya sendiri bersetuju bahwa pilihanraya umum akan sampai tidak lama lagi. Saya juga bersetuju bahawa belanjawaan ini adalah tandanya. Tetapi untuk saya Belanjawan 2012 memiliki tanda dan makna yang lebih dalam. Belanjawan ini untuk saya membawa makna dan tanda yang gelap.

Justeru, biar saya katakan disini secara jujur bahawa apa yang saya tulis ini adalah surah setan. Saya juga akan membawa khutubah songsang. Surah setan dan khutubah songsang ini saya tujukan kepada pembaca agar ianya dapat menerjah terbuka mata hati para pembaca sekelian. Saya ingin membawa para pembaca ke satu dunia yang amat gelap lagi jahat.

Untuk pembukaan bukan salam yang akan saya sampaikan tetapi kata-kata lucah: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan kalah. Terperanjat? Tergamam?

Saya cukup yakin tentang kekalahan kerajaan Pakatan Rakyat ini. Jangan silap faham. Jangan silap anggap. Saya bukan musuh dalam seluar. Saya memiliki bukti dan hujah untuk mempertahankan surah setan saya ini. Saya memiliki sebab musabab kenapa saya berani membawa ayat songsang ini.

Untuk memahami ayat songsang saya ini para pembaca tidak perlu ke Havard atau ke Oxford untuk belajar ilmu politik. Cukup dengan membaca Utusan dan menonton TV3. Kerana itu saya ingin membawa para pembaca mengingati kembali laporan Utusan dan TV3 dimana terpampang berita Najib yang menyatakan bahawa Selangor wajib dirampas kembali. Kenyataan tentang Selangor ini wajib dikahwinkan dengan kenyatan Najib mengenai Putrajaya yang akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir.

Kenyataan Najib bermakna: Dengan apa cara jua Selangor wajib di rampas kembali. Para pembaca yang budiman jika tuan tuan tidak faham akan maksud kenyataan Najib ini maka saya tidak memiliki tonik politik yang boleh membantu. Untuk saya kenyatan Najib ini cukup terang, licin dan puteh – selicin dan seputeh pipi Khir Toyo yang baru di botox.

Kalau tuan pembaca masih kurang jelas biar saya sambung lagi. Najib Razak juga telah menggantikan Khir Toyo sebagai Ketua Perhubungan Selangor. Awal dahulu Najib telah melantik dirinya untuk menjadi Ketua Perhubungan Perak – ini sebelum rampasan kuasa berlaku. Peranan Najib dalam rampasan kuasa ini amat jelas. Tetapi di Selangor peranan Najib menjadi lebih penting dan lebih mendesak dari di Perak. Ini kerana tali gantung untuk Najib sedang terpasang di Selangor.

Umum mengetahui bahawa 3M – Mahathir, Mukriz dan Muhyiddin - sedang merancang untuk menjatuhkan Najib. Ini bukan lagi rahsia sulit yang hanya di ketahui oleh CIA dan Wikileaks. Satu negara tahu kesah ini. Najib sendiri pun sedar bahawa bontotnya selalu di bakar oleh Muhyiddin Yassin melalui kenyataan Muhyiddin yang lebih pro-Melayu. Manakala Mahathir Muhamad menibai Najib melalui budak suruhan yang bernama Ibrahim Ali. Biasanya suara Ibrahim Ali sama selari dengan pandangan dan suara Mahathir Muhamad.

Kumpulan dan tim orang-orang United Malay National Organisation yang benci kepada Najib tambah berganda-ganda apabila mereka melihat perangai dan gelagat Rosmah Mansor. Isteri Najib ini kadang kala berlagak seperti suami Najib. Rosmah telah mengambil alih peranan Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat. Shahrizat Jalil kini bertaraf Menteri Pengiring Rosmah. Malah Bernama telah melaporkan pada 6 Oktober lalu Rosmah Mansor telah sama duduk berbincang dengan Menteri Keewangan dan Gabenor Bank Negara untuk meneliti Belanjawan 2012 sebelum dibentang ke Parlimen.

Apa yang saya maksudkan disini jika Najib - Ketua Perhubungan Selangor - gagal merampas Selangor maka tidak dapat tidak Najib akan diosong keluar seperti apa yang telah berlaku kepada Abdullah Badawai. Dalam bahasa yang lebih bersopan Najib Razak akan ditendang keluar oleh United Malay National Organisation. Najib amat sedar masa depan politiknya bergantung kepada Selangor. Jika Selangor tidak dirampas maka Rosmah tidak lagi berpeluang keluar di kaca TV untuk membuat ucapan Selamat Hari Raya. Dan leher Najib sendiri akan dipenggal.

Saya berharap tuan tuan pembaca yang budiman dan para penyokong Pakatan Rakyat tidak tersalah baca. Kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bukan kerana kegagalan pentabiran Menteri Besar Khalid Ibrahim atau kelemahan para exco kerajaan Selangor. Selangor jatuh bukan kerana sokongan warga Selangor berkurangan. Atau pengundi Melayu lari dari Pakatan. Tidak.Tidak.Tidak. Malah sokongan warga Selangor makin bertambah – makin menyerlah. Warga Selangor semakin yakin dan selesa dengan pentabiran Pakatan Rakyat yang bebas dari rasuah.

Kalau warga Selangor sokong macam mana boleh jatuh? Hubaya hubaya pembaca sekelian. Kerajaan Selangor jatuh kerana satu perancangan licik sedang diatur untuk memastikan United Malay National Organisation akan berkuasa kembali di Selangor. Rancangan ini tidak ada sangkut paut dengan sokongan rakyat.

Untuk memahami ini saya bawa pembaca kembali ke tahun 1999 dimana Terangganu telah jatuh ke tangan Pas. Tetapi pada pilihanraya 2004 United Malay National Organisation sekali lagi berjaya merampas Teragganu. Bagaimana ini berlaku? Senang dan amat senang sekali. Bagini caranya: Secara tersusun didaftarkan pengundi-pengundi baru dari semua pelusuk. Pengundi baru ini didatangkan ke Terangganu. Bukan untuk semua kawasan – hanya di kawasan-kawasan yang diperlukan sahaja. Presto! Hasilnya Pas dapat dikalahkan.

Jangan terperanjat apabila saya nyatakan disini bahawa tim yang membuat pendaftaran pengundi baru di Terangganu di bawah pimpinan Idris Jusuh itu sedang bekerja siang dan malam mengatur pendaftaran pengundi baru di Selangor. Apakah para pembaca bebal sangat sehinggakan tidak dapat mengkaitan kempen pemutihan Pendatang Haram dengan kempen untuk menambah pengundi baru untuk United Malay national Organisation di Selangor? Semua ini satu perancangan yang disusun oleh Najib untuk memastikan Selangor kembali menjadi harta pesaka United Malay National Organisation.

Tetapi bagaimana semua ini berkait dengan Belanjawan 2012? Apa hubungan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor degan Belanjawan 2012. Sebenarnya tidak ada hubungan secara langsung. Tanpa Belanjawan 2012 ini United Malay National Organisation dan Barisan Nasional akan terus juga berkuasa di Putrajaya. Dan Selangor tetap akan jatuh.

Peranan Belanjawan 2012 yang dibacakan oelh Najib ini hanyalah tipu helah untuk menunjukkan kepada umum bahawa melalui Belanjawan ini rakyat telah tertarik kembali untuk menyokong Barisan Nasional. Orang ramai telah meninggalkan Pakatan Rakyat kerana Belanjawan dan janji-janji Najib amat menariik. Poorah – semua ini bohong. Kajian demi kajian telah dibuat. Rakyat Malaysia semakin benci dengan kerajaan Najib Rosmah ini. Ini hakikat.

Satu lagi straterjinya ialah mewarwarkan Belanjawan yang penuh dengan hadiah dan kenaikan gaji dan bonus. Seolah-olah semua rakyat akan bertandak dan berjoget dengan Belanjawan ini. Sedarlah bukan semua pengundi pegawai kerjaan. Bukan semua pengundi bekerja makan gaji. Justeru Belanjawan ini adalah tabir hitam untuk mengabsahkan kemenangan seolah-olah rakyat kembali menyokong Barisan Nasional. Belanjawan ini adalah sandiwara untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa United Malay Nationalm Organisation melalui Belanjawabn 2012 telah berjaya menarik kembali hati para pengundi.

Terimalah hakikat bahawa Belanjawan 2012 ini hanyalah tabir hitam untuk mentutup kerja jahat yang sedang berjalan sekarang. Kerja jahat yang saya maksudkan ialah pendaftaran Mat Bangla dan Mat Indon yang diberi hak untuk mengundi. Sayugia diingati – di Selangor – United Malays Natioanl Organistgaion hanya memerlukan 9 perubahan kerusi. Ini cukup senang. Di kawasan dimana Barisan Nasional kalah dibawah 2000 undi akan didatangkan pengundi baru. Mat Bangla dan Mat Indon akan bertanggung jawab memenangkan United Malay National Organisation dan bukan Belanjawan. Khalas. Period.

Para pembaca budiman – surah setan saya ini bertujuan untuk memberi ingatan bahawa rancangan licik ini sedang berjalan rapi. Surah ini saya tujukan kepada yang berbaju batik berlengan panjang yang sedang melobi kerusi untuk bertanding. Khutubah songsang ini juga saya harapkan akan membuka mata para YB Pakatan Rakyat agar mereka sedar bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan jatuh bukan kerana pengaruh Belanjawan 2012 tetapi kerana Mat Bangla dan Mat Indon. Ini belum lagi diambil kira 87,000 undi pos baru yang sedang diaTUR. Inilah hakikat realpolitik yang wajib diterima.(TT)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila
pukul talipon 03- 22-72-40-45


JANGAN KENA TIPU


15 ulasan:

  1. bubarkan dun negeri yg pakatan pegang satu-satu dulu start dr bulan ni.. penang start dulu amacam bro? kita tgk spr n najib ade pening kepala tak..

    BalasPadam
  2. Dah tahu itu penyakit yang akan menimpa PR/PKR tapi wakil rakyat PR di Selangor tersangatlah lalai dan lembab...PBT PBT yang ada lebih teruk dari PBT PBT masa BN dulu, contoh lihatlah PBT MPAJA...mereka ni betul punya kominis, lembab dan tak bermaya malah lebih teruk kini dari dahulu...cuba lihat lampu isyarat di Taman Melawati, berbulan bulan dok berkelip kelip tidak berkesudahan, tempat parkir pun tiada kalau ada pun jauh, depan supermarket OU selalu malaon MPAJA saman tapi mereka yang parkir di kaki lima, penyamun MPAJA wat tak tahu saja...Gombak pun serupa penguatkuasa macam gangster....apa jadi pada PR? Ahli majlis? Sudah enak, molok molok di bo bok...supaya tidur? Sialan korang! Makan gaji buta patut BN amik semula...mereka memang jahat!

    BalasPadam
  3. pencerahan terbaik.
    klik klik iklan untuk tt.

    pendedahan telah dibuat.
    apakah tindakan pakatan rakyat untuk menghalang penipuan ini?

    BalasPadam
  4. Tapi DUN Selangor tak ikut pembubaran yang bakal dibuat oleh Najib. Lagipun Najib selalu flip-flop dan tak mungkin dia boleh memantau geng bahalol Idris Jusuh melaksanakan kerja-kerja membawa beribu-ribu Bangla/Indo untuk menambahkan undi bagi pihak BN. Bersih pun dak taruk SPR akan perkara ini dan sebelum Najib membubarkan Parlimen dia pun dah kena tendang kut oleh 3 M tadi.
    Tapi ingat Najib kadang-kadang atau selalu cakap kosong dan syok sendiri tapi bergaya yang dia nak balik Selangor, kalu dapat pun negeri lain seperti Negeri 9, Melaka, Perlis atau Terengganu bagaimana pula. Selangor tumbang tapi PR mungkin dapat yang lain pula menjadikan PR dapat majoriti negeri lagi. Kalu menang pun siapa suka Noh/Ezam mangkuk dan banyak lagi beruk UMNO memimpin Selangor sedangkan Najid dah kena tendang! Macam mana?

    BalasPadam
  5. telah berkali-kali bro TT tulis..telah berbuih mulut..telah beribu perkataan yang keluar.telah berlambak ulasan yang sama...tapi hasilnya..?
    mangkuk-mangkuk ayun tu semua dok syok sendiri lagi... rakyat dah tak sabar nak turun ke jalan raya.. itu saja jawapan surah setan ni.. kepada semua pembaca..aku ulang lagi ungkapan bro tt " kalau pilihanraya boleh mengubah kerajaan..dah lama diharamkan".. Ayuh Anak Muda!!!biar putih kepala bini najib, jangan lanjut tetek rosmah!! Alang-alang mandi, biar basah telor najib!!

    BalasPadam
  6. telah berkali-kali bro TT tulis..telah berbuih mulut..telah beribu perkataan yang keluar.telah berlambak ulasan yang sama...tapi hasilnya..?
    mangkuk-mangkuk ayun tu semua dok syok sendiri lagi... rakyat dah tak sabar nak turun ke jalan raya.. itu saja jawapan surah setan ni.. kepada semua pembaca..aku ulang lagi ungkapan bro tt " kalau pilihanraya boleh mengubah kerajaan..dah lama diharamkan".. Ayuh Anak Muda!!!biar putih kepala bini najib, jangan lanjut tetek rosmah!! Alang-alang mandi, biar basah telor najib!!

    BalasPadam
  7. telah berkali-kali bro TT tulis..telah berbuih mulut..telah beribu perkataan yang keluar.telah berlambak ulasan yang sama...tapi hasilnya..?
    mangkuk-mangkuk ayun tu semua dok syok sendiri lagi... rakyat dah tak sabar nak turun ke jalan raya.. itu saja jawapan surah setan ni.. kepada semua pembaca..aku ulang lagi ungkapan bro tt " kalau pilihanraya boleh mengubah kerajaan..dah lama diharamkan".. Ayuh Anak Muda!!!biar putih kepala bini najib, jangan lanjut tetek rosmah!! Alang-alang mandi, biar basah telor najib!!

    BalasPadam
  8. Semalam, aku gi TESCO, Bukit Tinggi Klang lebih kurang jam 845 pagi. Aku nampak bnyk bas PERSIARAN warna hijau. Masa aku pandu lalu, penumpang2 semuanya da dalam bas.Kebanyakan aku nampak muka2 Melayu..aku perasan ada satu mamat ini buat checking kat luar bas tu sambil mengantung satu "device electronic". Hari ni aku terkejut bila baca MALAYSIAKINI tentang "beri IC, PAS dakwa ada bukti".Kat situ sebiji gambar bas2 yg aku nampak.Aku pun "google" device yg mamat tu bawak. Mobile Passport Reader rupanya.Bas2 ni tentu pergi ke lokasi lain sebab dlm berita tu takde pun dari BUKIT TINGGI KLANG.Org JPN sendiri merengus dipaksa kerja luar. mereka terpaksa buka boot kat luar interview org asing utk bg MYKAD.Setiap branch ada quota lg.(One kakak JPN told me during lunch)Salah satu kat Masjid India (KL). So apa yg hang ckp tu betul......memang surah setan...mm

    BalasPadam
  9. betul tt..aku sangat sokong ko...mmg betul2 setan puak2 umngok sebab buat cam tu...haram tul...takk guna...

    BalasPadam
  10. TT,saya tak percaya surah setan TT.Sebabnya macam mane pun mat monggol nak menipu untuk rampas Selangor dia takkan berjaya, malah dia juga akan menjadi PM yang paling bongngok dan PM dalam tempoh yang singkat.Sebabnya TT kena faham,kalau tanya mat-mat lebai dan saya sendiri, kita sebagai umat Islam kena faham Quran betul-betul. Manusia boleh rancang tapi kalu Tuhan tak mau dia jadi PM, malah lepas PRU13 mat monggol akan kalah teruk.Bukan sahaja dia nak cekau Selangor tapi banyak negeri-negeri lain akan jatuh ketangan Pakatan.Sebabnya tak payahlah TT kata MP dan Adun tak buat kerja,tapi rakyat Malaysia sudah meluat teramat sangat pada gerombolan, jadi tiada harapan mereka dapat pertahan Putrajaya lagi.

    TT percaya tak pada teori RAHMAN?Tiada lagi PM dari gerombolan,maknanya BN akan kalah teruk.Kalau TT tak caya,macam mana pun mat monggol nak menipu dia tak boleh melawan takdir Ilahi bahawa BN dah tersungkur.Kalau puak yang baca surah setan dan kembali semula baca surah dalam Quran, telah dinyatakan terang-terangan yang kuasa Ilahi tu adalah kerajaan yang memerintah langit dan bumi dan dia berkuasa melantik sesiapa yang dia kehendaki menjadi pemimpin dan mudah baginya menurun sesiapa pun dari tahta pemerintahan jika dia kehendaki.So TT jangan takut saya beranggapan takdir sudah tertulis yang mat monggol akan tersungkur.kah..Kah..Kah.

    BalasPadam
  11. teori rahman yang dia percaya? bongok punye manusia yang kuat kepercayaan mistik.

    BalasPadam
  12. -mula2 sruh percaya pd al-quran, pastu suruh percaya pd teori RAHMAN plak, ape ko ni pening ganja ke ape?..

    -yg wa tau TT, time mengundi nti, wa ngan member2 wa akan pakat tgu kat depan skolah/pusat mengundi tu, asal nmpak muka mat bangla n indon je, konfem kitorang akan perambat..stakat muka bangla n indon aku rase sume org bole bezakan dgn rakyat tempatan..

    BalasPadam
  13. Saya tidaklah celik sgt ttg lanskap politik negara..tp dgn penipuan spt memberi I/C kpd warga asing adelah satu tindakan yg paling tidak bermaruah..but then again this is real politic..they dont care about dignity,they dont care about blood n tears..rasenya dh berjuta warga asing diberi kerakyatan..secara logiknya mmg BN akan terus berkuasa hasil dr segala mcm penipuan..tetapi satu persoalan..Why not setiap ajk PR pegi track smule smue warga asing yg diberi I/C dan kemudian educate them atau buat rapat umum ttg betapa teruknya kerajaan BN yg ade now..n then cube bukakan minda dorg ttg tampuk pemerintahan yg baru..ape benefit yg dorg akan dpt sbg penduduk tetap..kite jg fhm knape setiap warga asing sanggup menjadi rakyat negara ini kerana mereka ingat peluang pekerjaan disini sgt menguntungkan..padehal..smue org suffer dgn kuasa membeli yg semakin menguncup dan living cost yg semakin meningkat....cube expalained pd mereka ttg kelebihan yg mereka bakal dpt jika PR berjaya memerintah negara..jika ditakdirkan PR berjaya menggulingkan BN/UMNO..mungkin PR boleh buat beberapa dasar baru utk pendatang asing yg telah menjadi penduduk tetap ni..sbg cth..jika kite hendak jd penduduk tetap di Australia or NZ kite akan dikenakan cukai beberapa peratus mengikut kadar gaji yg diterima..n setiap cukai tersebut boleh disalurkan kpd smue termasuklah penduduk tetap yg ade I/C td..perlu ada win win situation between us..bygkan jika kerajaan BN berjaya beri I/C pd pendatang asing..tetapi waktu pilihanraya mereka pilih PR..nice

    BalasPadam
  14. kah kah kah!
    Gerembolang UMNO akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan selangor, mereka sanggup lelong tanah air sendiri kerana nak tawan selangor. Sanggup punggah mat Indo dan mat bangla dan berikan kerakyatan, asalkan UMNO menang PRU.
    Tanah air sendiri hancur kerana gilanya UMNO kepada undi dan kerajaan selangor. Maka rakyat mempunyai dua pilihan untuk menyekat pengkhianatan kepada tanah air sendiri ini.
    1- Serahkan kerajaan Selangor kepada UMNO tanpa diadakan pilihanraya.
    2- Turun ke jalanraya sepanjang tahun, tuntut pilihanraya bersih dan hentikan pemberian kerakyatan kepada warga asing.

    kepada dewan syura ulamak PAS, ada nasihat :"jangan telor dalam jubah jadi seperti telor najib".

    BalasPadam
  15. hakikatnya kekuatan pr khususnya pkr semakin merosot di selangor. tak payah pegi jauh.. tengok cabang kajang.. yang aktif hanya ketua cabang....tak ada program... nak pilihan raya baru terhegeh- hegeh sms suruh datang program...mesyuarat cabang ahli pun tak di jemput... ketua ranting hampir tak ada di sini.. hanya tinggal aktivis tegar pkr...di orang ni lah yang bertungkus lumus... projek ajak minum pun tak dapat....haaaa... ni bukan marah.. kecewa... dah menang tapi tak pandai mentakbir.

    BalasPadam