Isnin, 31 Oktober 2011

RAKYAT MULA MELIHAT KEPIMPINAN MUHYIDDIN YANG TEGAS




TUNGGU MASA TERBAIK UTK AMBIL ALIH










GMP SEDIA TURUN KE JALAN JIKA NGO PRO-PPSMI BUAT DEMO - minsider

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) yang pernah mengadakan perhimpunan besar-besaran tiga tahun lalu berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris bersedia untuk turun semula ke jalan jika ada pihak mengambil tindakan sedemikian menuntut dasar lama dikembalikan.

Semalam, PAGE memberi amaran bahawa Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.

“Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.

“Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang,” kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Noor Azimah berkata PAGE akan menghantar surat rayuan kepada Najib hari ini.

HANYA NOTA PENDEK:
kalau najib ubah
masanya telah sampai
untuk muhyiddin
mengubah najib


4 ulasan:

  1. Hi tt,

    Walaupun gambar menusuk parang kebelakang orang itu hanyalah satu hiasan dan kiasan penulis, tetapi pada saya ianya benar-benar tidak beretika sekali. Itu adalah satu cubaan fitnah.

    Mungkin selama ini saya tersalah erti akan segala maki hamun dan carutan terhadap insan lainnya, seolah-olah diri sudah alpa. Sedarilah, setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Jangan jadikan kekurangan itu menjadi kelemahan diri. Saya adalah salah seorang peminat tegar tulisan tt-n-the-group, tetapi kali ini saya merasa sungguh tidak bersetuju dan kecewa, walaupun ianya in one-of-the-million gambar. Maaf tt.

    BalasPadam
  2. ya..najib pasti akan ubah kerana Dr mahathir suruh ubah..kah kah kah

    BalasPadam
  3. PAGE ni kalau tak de org kuat yg backing dia, tak kan menyalak begitu kuat. Ada dia tanya ibubapa dari sekolah luar bandar, sokong atau tak? Ingat semua pelajar tu duduk kat bandar?

    BalasPadam
  4. Ntah. Aku pun x berapa bkenan sangat dengan PAGE ni. Golongan mana sangat la yang diaorang wakilkan ye.. setakat puak-puak mak bapak kat bando tu. tak yah la bising-bising.

    BalasPadam