Rabu, 12 Oktober 2011

SEMUA BOLEH DI NIAGAKAN




DIMANA BOLEH BELI TAULIAH?




JAIS SAHKAN BOB LOKMAN DITAHAN KERANA TIADA TAULIAH
- minsider

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan pihaknya menahan pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah agensi itu di Hulu Langat dekat sini malam tadi.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

“Jais mengesahkan satu tangkapan telah dibuat ke atas pelakon dan penghibur, Bob Lokman atas ceramah yang dlakukannya di Masjid Sg. Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober (semalam).

“Bob Lokman didapati tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada Jais. Tangkapan dibuat berdsrkan maklumat awam,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau dipercayai ahli dan pemimpin kedua PAS dikenakan tindakan oleh Jais.




KENAPA SAYA DITAHAN SETELAH JADI BAIK : BOB LOKMAN
– harakah daily

Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.

Sehubungan itu, beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah.

NOTA:
hanya satu soalan
siapa ber tauliah untuk tangkap orang yang tak ada tauliah
orang yang beri tauliah pada orang yang dapat tauliah
untuk tangkap orang yang tak ada tauliah siapa pula beri tauliah

siapa beri tauliah pada jais
siapa berui tauliah pada orang yang beri tauliah pada jais?
kah kah kah
kah kah kah

kah kah kah

NOTA:
ada ayat quran ke tentang tauliah?


15 ulasan:

  1. Ini pun salah satu ajaran sesat moden.Adapun tujuan jais memantau kot2 ada ajaran sesat bukan nak mnjdi sesat.

    BalasPadam
  2. Saya nak buat laporan kat JAIS. Kat surau kolej islam klang student bagi tazkirah everytime lepas solat fardhu tanpa tauliah dah 50 tahun. Adoiii!! Kemonn la ustat jais, takkan tazkirah pun nak kena tauliah kot. Kalo ceramah agama tu boleh terima la walaupun lawak!! "Fazakkir!! Innazzikra tanfa'ul mu'minin.." Apa makna dia? Pi tanya ustat yg ada tauliah. Kah kah kah!!

    BalasPadam
  3. Kat Kolej Islam Klang tiap-tiap hari ada tazkirah lepas solat fardhu 5 kali sehari sejak taun 50an kot. Yg bagi tazkirah student form 5&6. Takkan nak kena hantaq depa pi kursus tauliah kot. Kemonn la. Islam pun menyuruh kita berpesan pesan sesama Islam. "Fazakkir!! Innaz-zikra tanfaul mukminin.." Hangpa tau apa makna dia? Tanya ustat yg ada tauliah. Aku takdak tauliah. Awat hangpa tak bubuh cctv ja kat dalam masjid n surau. Kah kah kah. TT, gelak stail hang tu boleh menggelapkan hati. Hang kena gena secara bersederhana "wasatiyyah". Oooopss! takbleh ckp lebih. Aku tarak tauliah!! Woit JAIS, mai tangkap TT. Dia mkn itik gantung. Kah kah kah!!

    BalasPadam
  4. Mungkin JAIS ditauliah oleh raja.
    Raja pulak sapa yang tauliah?

    Hahaha...

    Kartun tu memang epik...
    Patutlah bebudak semua pakat pakai seksi kat KLCC sebab kat situ tak ramai yang bertauliah...

    BalasPadam
  5. Salam bro tt,ayat quran tentang agama 'diniagakan' boleh dicari dalam surah al-baqarah. Kalau baca seluruh quran dalam bahasa yang kita faham dengan penuh kesabaran, lagi bagus..nanti kita akan temui semua kebenaran tentang agama!!! Sila baca tentang penulisan di www.aididsafar.com dan karen armstrong.

    BalasPadam
  6. Salam bro tt,ayat quran tentang agama 'diniagakan' boleh dicari dalam surah al-baqarah. Kalau baca seluruh quran dalam bahasa yang kita faham dengan penuh kesabaran, lagi bagus..nanti kita akan temui semua kebenaran tentang agama!!! Sila baca tulisan aididsafar.com dan karen armstrong.

    BalasPadam
  7. Cakap Bob memang betul. Orang yang nak jadi baik dan mengajak orang untuk menjadi baik di tangkap! Mat Rempit, mat-mat Dadah< JAIS tak cekup? Ajaib bin Hairan..

    BalasPadam
  8. pegawai jais ni tak tahu nak beezakan antara kuliah dengan tazkirah! pegawai jais ni mungkin dapat jadi peegawai kerana ada kabel dan bukan keerana ilmunya! kah,kah,kah............hampeh.

    BalasPadam
  9. sbb bob ni pro pas, cuba bagi tazkirah kat majlis umno; jgn kata bob lokman, kamalanathan pun boleh.

    BalasPadam
  10. Bro, ade satu gambar cun punya Rajagobal pembela Agama Islam di Selangor dengan awek2 cun seksi punya. Gua terserempak kat member gua punya FB. Kalau lu dah jumpa sila upload, bagi umat Melayu sedar siapa pembela agama kita sebenarnya. hahahhaha

    BalasPadam
  11. hahaha.. nabi muhammad pun tak ada tauliah.. bau bakar, umar, ali, uthman pun tak ada tauliah.. nabi adam, dan semua nabi2 tak ada tauliah.. malaikat jibril pun tak ada tauliah.. jais pulak sibuk2 pasal tauliah?! apa kes ni brader.. boleh buat bisnes tauliah la macam ni.. bisnes cop tauliah kat dahi...

    rosmah pun takdak tauliah berceramah di masjid? kenapa tak tangkap pulak..

    http://mimpi-senja.blogspot.com/2010/08/gambar-rosmah-tidak-menutup-aurat-di.html

    BalasPadam
  12. Nak buat baik kena ada tauliah, nak buat maksiat kena ada tauliah jugak ker

    BalasPadam
  13. otak lu mmg senak la bro tt... siapa beri tauliah kat org beri tauliah tangkap org xda tauliah.. tauliah, tauliah, tauliah, kah kah kah kelas lu...

    BalasPadam
  14. ORG YANG BERI TAULIAH PADA YANG TAK BERTAULIAH UNTUK MENTAULIAHKAN ORG TAK BERTAULIAH ADALAH RAJA SEGALA RAJA YANG MAHA AGONG MAHA BESAR MAHA HARD ROCK MAHA KAVITA.

    BETUL TAK JAWAPAN AKU?

    BalasPadam
  15. hihihi... tauliah2 ni haramjadah ajaran mana.. bukan british yg ajau ke...

    tauliah ni bukan ke lantikan... bukan surat kebenaran kan... apa ke yg boleh bercakap pasai agama ni kena dilantik atau ditauliahkan...

    yang bagi tauliah tu adake ciri2 layak beri tauliah... ni la jadinya jika kita ngaku ketua agama dari org2 yg fasiq...

    lagi satu... org2 kat pejabat agama ni asyik cari salah org... pe diorg ni maksum sgt ke? keluarga diorang semua ok ke.... atau.... tang 'keluarga' tutup sebelah mata...

    BalasPadam