Khamis, 20 Oktober 2011
SURAT DARI ANAK YANG KECEWA
DEMO ANTI RAJA BAHRAIN
SURAT DARI ANAK YANG KECEWA
Salam saudara pengarang tukar tiub . Terima kasih menyiarkan komen saya . Apa yang saudara katakan memang benar . Saya adalah anak kepada anggota tentera yang mana bapa saya ditugaskan untuk misi luar negara sebagai pengaman/pemantau kepada PBB.
Amat menyedihkan bagi saya kerana bapa saya menyertai misi ini hanya kerana dibayar elaun yang tinggi oleh PBB . Dibayar dalam Dolar USD demi bekerjasama bersama-sama tentera-tentera bersekutu jahat sedunia tidak lain tidak bukan US dan seangkatan . Tugasnya sebagai pemantau dan pengaman dalam erti kata lain bersekongkol dengan penjajah justeru menidakkan kuasa 'Freedom Fighter' .
Sebagaimana saudara Tukar Tiub ketahui , di Aghanistan misalnya tentera bersekutu Amerika masih kekal kerana ingin memonopolikan tanaman popi yang giat dilaksanakan di sana . Amerika sentiasa menjaga kepentingan ini dan kemudian dibantu oleh tentera-tentera Malaysia yang bekerjasama . Yang bertempur bukanlah tentera Malaysia akan tetapi tentera US . Namun jaringan kekuatannya didokong oleh bantuan tentera-tentera yang diupah ini termasuk Malaysia atas dasar 'kerjasama' .
Saya tidak dapat membayangkan yang bapa saya bersekongkol dengan pembunuh dan penghancur rakyat Islam di Afghanistan ini . Hari demi hari peperangan berlaku , namun saya tahu peperangan ini adalah salah sama sekali di dalam hukum alam yang kita belajar . Menyerang dan menakluki tamadun orang lain adalah perbuatan yang zalim .
Untuk pengetahuan pengarang Tukar Tiub juga , misi yang direncanakan ini bunyinya amat manis seperti pengaman , pasukan bantuan perubatan , dan dalam masa yang sama membantu tentera bersekutu menjahanamkan orang - orang Islam di sana . Akhirnya , bapa saya menganggap ini adalah kerja mulia kerana menentang pengganas dan keganasan . Sebenarnya , saya tahu siapa adalah pengganas sebetulnya .
Inilah kelemahan dasar Malaysia . Amat mudah bekerjasama dengan tangan-tangan yang menghancurkan saudara Islam sendiri . Hanya kerana dibayar elaun dalam bentuk USD , maka ramai tentera Malaysia memilih untuk menyertai misi ini . Untuk makluman , bagi misi PBB mereka dibayar sekitar 50 - 100 USD sehari .
Jika NATO pula saya tidak pasti . Bapa saya pernah beritahu bayaran NATO lebih mahal daripada bayaran PBB . Sebenarnya saya malu nak menulis ini . Tapi saya tahu , kebenaran adalah pahit untuk ditelan . Saya kongsikan ini bersama - sama pembaca Tukar Tiub sekalian . - Anak Yang Kecewa -
By Anonymous on CIA TAHU ADA GAMBAR NAJIB DAN ALTANTUYA on 10/19/11
8 TUNTUTAN SEBELUM PRU 13
Assalamualaikum kepada TT dan pembaca2 yg setia.
BalasPadamSaya tertarik dengan foto yang telah di upload oleh TT tentang demonstrasi rakyat di bahrain.
Disini,saya ingin menulas bahwa foto2 itu adalah authentik dan melambangkan kemarahan rakyat syiah / shia yg berproksi kepada iran.
perlu difahamkan, situasi di bahrain ini agak berbeda kerana kedua2 pihak yang bertembung adalah pihak yang tidak dapat membela nasib rakyat bahrain dan juga expat seperti kami.
disatu pihak (Kerabat raja), mereka inilah yang mendominasikan segala perihal di bahrain, baik dari segi ekonomi dan lain2.
di pihak yang membantah(shia) yakni mereka ingin menghapuskan sistem beraja dan golongan2 sunni yg berada di bahrain.
justeru itu, penakulan mantik dari segi definitas utk kaum2 muslim yg sunni di sini berada di atas pagar.
bermaksud,kedua2 pihak ini ternyata bisa menggugat keamanan negara gara2 dlm perebutan kuasa.
setelah memahami konteks perjuangan shia di bahrain dan juga konteks real politik, saya rasa ada baiknya jika demonstrasi oleh shia ini ditangani dengan segera diatas nama utk melakukan ibadah. demi jiwa saya yg berada diTangannya, shia bukanlah islam dari segi konteks akidah,tauhid dan ibadah.
kami juga rakyat malaysia di bahrain, MUAK dan Bosan dgn sikap NaJIB yg ingin menghantar tentera malaysia utk menyokong MAlkul Hamad yakni raja bahrain. setelah najib menyatakan niatnya utk menolong terlampau ramai rakyat2 malaysia di kontan,di gebuk dan segala macam perihal.
jadi disini, perjuangan utk kebebasan dari pemerintahan yg zalim KADANG2 tidak membawa sebarang entiti kemuliaan.
MInta maaf jika pendapat saya ini tidak sama dgn pendapat pembaca.
Wassalam dari Umm Al hassam, manama Bahrain.
i_refused
Surat ini paling menyentuh hati Yong. Di harap para bapa fikirlah, rezeki yang dicari itu untuk makan anak bini.
BalasPadamkalau dah bertandang dlm kandang najis thogut terima la padahnya. apa tak komplen 54 tahun dulu terkinja-kinja melaungkan merdeka merdeka sampai la hari ni? woit, dunia anakmuda bukan merayu-dayu lagi tapi belajar derhaka pd yg batil...asal jgn pd freeloader dah la kah kah kah. cheh, spesies melayu hampeh!! hidup atas lendir cina doll dan darah sedara seagama. tu yg kuaje wat komponen bom kat kilang elektronik utk meratah umat rasul tak ambil kira sekali ke? sudah la lu pun tonggang coca cola pun mcm makcik felda gak kah kah kah. dah tu ajak lak kita berhimpun nak tunjuk org islam baru ada kote. sedar la, yg menjahanamkan semua ni spesies melayu gak. tapi geng 6 jahanam syok sendiri je, tak pakai cukong pun kah kah kah. kalau ada kavita pun dia org rembat sekali. ini duit kertas amerika pun nak hadap ke? lain kali mintak dirham dari tok nik boleh gak gadai kat apek kah kah kah. lain kali kalau gagah sangat nak jadi askar jadi la mat indera. askar yg pakai biru tu kata sahabat r.a. askar dajjal. mampos kalu, jahannam pegi woi!!
BalasPadammemang ganas... semua kerajaan berbuat macam ni la projek depa.. menipu atas nama kemanusiaan..
BalasPadamsama macam libya.. gaddafi dan anak2 bersumpah tidak akan memiliki rumah selagi ada rakyatnya tak memiliki rumah dan terus hidup dalam khemah.. cukai pendapatan max 12%.. nak kawen dia bagi 6000 dinar.. penganggur diberi elaun melebihi dari untuk hidup sebulan.. dek kerana NATO ngan sekutunya datang.. para kapitalis membiayai pemberontakan orang2 kaya melawan gaddafi.. negara2 islam duduk melopong saja menyaksikan sandiwara ini.. negara islam malaysia?? apa dia bagi kat rakyatnya??? money laundering punyer menteri kewangan? belanjawan money laundering? kerajaan duit takdak, amik duit simpanan orang ramai kat kwsp dan simpanan2 bank, diambil buat projek!!! dihalalkan duit orang ramai untuk projek money laundering ni, dikatakan untuk rakyat!!!
mat hasan pinjam kwsp 250 juta, yang bayar balik tu kerajaan negeri!! kalau dia kalah pilihanraya, kerajaan negeri yang akan bayar hutang tu.. bukan dia yang nak kena bayar!! yang 250 juta tu apa dia rembat dan buat, pun kita tak tau apa2.. money laundering lagik..
Satu lagi KEBENARAN yg terbongkar... syabas... Hanya Iman dan Ilmu dapat membezakan yg Hak dan yg Batil...
BalasPadambapak gua pegi bosnia. tolong orang islam yang kena sembelih kat sana. bawah pbb jugak. macam mana kira?
BalasPadamgaya tulisan macam gaya SUB..hahaha
BalasPadamKalau tak pernah pergi Misi(Lubnan, Bahrin, Congo dan negara-negara lain) jangan nak pandai2 komen yang askar2 malaysia membantu puak2 yang menyerang Islam....korang yang bijak pandai ni....Apa beza Pengaman atau Pemerhati dan Penyerang atau Penakluk?....Kalau belajar setakat dlm Malaysia hanya ambil subjek ekonomi...subjek Sastera...jangan nak pandai2 komen tentang ketenteraan...Korang tak tahu perasaan askar2 yang mengikuti Misi kat sana...pada mulanya memang memikirkan elaun...tapi bila dah berada di sana...elaun jatuh no 100...
BalasPadam