Isnin, 31 Oktober 2011
SURAT SEORANG EMAK
TAMAN KUIS YANG INDAH NYAMAN
LUAHAN HATI IBU KEPADA PELAJAR KUIS
Assalamualaikum.
Saya Puan Siti Rozana bte Kassim dari Pulau Pinang merupakan seorang ibu/penjaga kepada salah seorang pelajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang merupakan kolej universiti di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan kini beliau sedang berada di tahun 2 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang di kolej universiti tersebut.
Saya pada awalnya berasa amat senang hati apabila menghantar anak saya melanjutkan pelajarannya di kolej universiti tersebut kerana saya banyak mendapat maklumat mengenai suasana pembelajaran di sana yang amat selesa & persekitaran budaya Islam yang amat baik di sana, tambahan pula anak saya juga mengambil jurusan pengajian Islam. Namun segalanya bertukar menjadi mimpi ngeri kepada anak saya & keluarga saya sendiri apabila anak saya telah banyak mengadu kepada saya mengenai beberapa masalah besar yang telah dihadapinya dan rakan-rakannya.
Saya telah menyenaraikan beberapa masalah utama yang sering dihadapi oleh anak saya dan rakan-rakannya. Antaranya ialah :
MASALAH YURAN
i. Yuran terlalu mahal. Pada semester lepas, yuran meningkat sekali ganda dan ini mengundang kemarahan pelajar. Sedangkan jika dilihat, tiada sebarang perubahan pun yang dibuat untuk kemudahan pelajar. Yang dilakukan hanyalah untuk perkara yang tiada kaitan langsung dengan pelajar seperti mencantikkan tasik KUIS, mencantikkan landskap taman dan sebagainya. Perkara yang seharusnya diambil berat dan harus dilakukan perubahan tidak pula pihak KUIS lakukan, sebagai contoh membantu pembayaran buku, menambah baik sumber dan kuantiti buku di perpustakaan, menambah baik sistem interner tanpa wayar (wireless) dan sebagainya.
ii. Pihak KUIS kebiasaannya tidak memberi duit PTPTN yang seharusnya pelajar dapat dengan sepatutnya. Sebagai contoh : pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang akan mendapat RM8000 sebagai bantuan daripada pihak PTPTN. Yuran keseluruhan yang harus dibayar ialah RM6850.20. jika dihitung, seharusnya pelajar akan dapat (RM8000-RM6850.20=RM1149.80), tetapi, kami tidak akan dapat jumlah yang begitu sebaliknya pelajar akan dapat lebih kurang dalam RM1000/RM1050 sahaja. Ini telah mengundang rasa tidak puas hati dan pelajar tertanya-tanya, ke manakah baki yuran yang sepatutnya diterima oleh para pelajar dan ke manakah duit pelajar tersebut telah disalurkan ?
iii. Yuran naik terlalu mendadak sehingga memaksa para pelajar ‘mengikat perut’ dengan baki yuran yang tidak seberapa.
iv. Ada juga beberapa kes yang berlaku apabila ade beberapa mata pelajaran yang tiada kena mengena dengan jurusan yang diambil namun ia telah disenaraikan di dalam yuran dan akibatnya, para pelajar terpaksa membuat beberapa proses membuang mata pelajaran tersebut dan yuran untuk mata pelajaran tersebut tetap perlu dijelaskan/dibayar.
ASRAMA
i. Pemilihan bilik semasa daftar pengajian ; pelajar tidak bebas membuat sebarang pilihan bilik dan ini menimbulkan rasa kurang puas hati terhadap pihak pengurusan KUIS. Pemilihan bilik juga memainkan peranan terhadap keselesaan pelajar.
ii. Struktur bangunan asrama yang dilihat terdapat banyak keretakan dibeberapa bahagian dan ia hanya ditampal dengan polistrin. Ini mengundang bahaya terhadap keselamatan pelajar. Seharusnya pihak KUIS menggunakan waktu cuti panjang pelajar sebagai masa untuk membaiki kerosakan-kerosakan tersebut namun ia tidak dilakukan.
iii. Peralatan yang disediakan tidak berkualiti ;
- Katil cepat patah
- Tilam yang nipis
- Tidak semua tandas yang boleh digunakan
- ‘Shower’ dan paip cepat patah dan kebanyakannya tidak boleh digunakan
- Penyidai kain tidak mencukupi
iv. Pekerja asrama/pihak KUIS mengambil mudah dan tidak mengendahkan aduan dari pelajar hingga terpaksa membuat aduan berkali-kali, baru tindakan diambil.
v. Barangan elektrik juga perlu dibuat bayaran secara berasingan daripada yuran dan ini menimbulkan rasa beban kewangan terhadap pelajar dan pelajar merasa tidak patut bertindak sedemikian kerana yuran yang dibayar oleh pelajar sudah cukup mahal.
vi. Hak privacy pelajar di asrama tidak sepatutnya dicerobohi oleh warden ataupun mana-mana pekerja/kakitangan KUIS. Ini melanggar hak asasi manusia dan pelajar boleh membawa hal ini kepada bahagian yang lebih tinggi dan pihak KUIS boleh diambil tindakan, lebih-lebih lagi KUIS adalah sebuah institusi swasta yang dibayar oleh pelajar itu sendiri
KAKITANGAN
i. Layanan terhadap pelajar sangat teruk.
ii. Tidak mesra pelanggan
iii. Menggunakan bahasa yang tidak elok dan kurang sopan terhadap pelanggan (pengalaman anak saya yang hendak membuat kad matrik baru, ketika sedang menunggu, telah datang seorang pensyarah baru yang hendak membuat kad pensyarah, kakitangan di situ telah memarahinya kerana menyangka dia pelajar sehingga disedarkan oleh seorang lagi kakitangan).
iv. Pemakaian kakitangan yang tidak menunjukkan sebarang contoh terhadap pelajar seperti yang ditekankan oleh Rektor KUIS melalui konsep “ta’dib” tetapi kakitangan sendiri tidak menunjukkan contoh pemakaian yang baik.
v. Pengawal keselamatan yang berat sebelah. Pelajar lelaki dibiarkan tanpa sebarang tindakan undang-undang diambil apabila balik lewat malam atau membuat perkara yang melanggar undang-undang. Akan tetapi, tindakan yang berbeza telah dilakukan terhadap pelajar perempuan.
PENGANGKUTAN
i. Jika dilihat, pengangkutan bas/ van KUIS kini tidak lagi digunakan pada setiap hari dan hanya digunakan pada hari-hari tertentu seperti Jumaat, sabtu, ahad dan isnin sahaja. Hal ini telah membuatkan pelajar merasa tidak berpuas hati kerana banyak urusan yang melibatkan pelajar untuk keluar, tergendala terutama apabila berurusan dengan mana-mana sektor yang beroperasi pada waktu pejabat.
ii. Pemandu bas juga tidak melakukan tugasan seperti yang telah ditetapkan. Pemandu tida kmengikut jadual perjalanan bas yang seharusnya mereka ikuti. Jika pelajar bertanya atau menegur, pelajar tersebut akan dimarahi kembali (pengalaman anak saya)
Saya juga melahirkan rasa kesal kepada pihak pentadbiran KUIS dan juga kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KUIS yang gagal menyelesaikan permasalahan yang telah dihadapi oleh anak saya ini walaupun aduan telah dibuat beberapa kali.
Permasalahan terus berulang, dan para pelajar di kolej universiti tersebut terus dihimpit dengan kesempitan wang akibat yuran yang terlalu tinggi. Harapan saya supaya pihak-pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh anak saya ini dan rakan-rakannya.
MAK CIK JANGAN LUPA KEMPEN INI
gwa yakin ini jawapan pengurusan :
BalasPadam"mak cik, kena la faham, kami nie meniaga...nak masuk toilet pun kena bayar mak cik...kalau mak cik xmampu dan anak makcik xselesa, jgn belajar kat sini la makcik..."
belajar dah la kena hutang, kerja nanti gaji kecik, nak bayar hutang belajar beban amat...kerja nnt pun utk negara juga, tapi dalam masa yg sama kena pow...bahalol betul la sistem nie...
layan 3 idiots la...
Semua masalah ini boleh diselesaikan jika Rajah Gopal & Raj Kumar diwajibkan membayar cukai seperti orang ramai.
BalasPadamSemua rakyat Malaysia dapat belajar di universiti dengan percuma jika sejak 30 tahun dahulu saham-saham syarikat yang diperuntukkan untuk kaum bumiputera digunakan untuk membiayai pelajaran semua rakyat Malaysia. Tetapi KeRAJAHaan Gopal lebih suka membahagi saham-saham syarikat itu secara percuma kepada Rajah Gopal & Raj Kumar yang sudah kaya raya.
Wang rakyat diberi secara percuma kepada Freeloaders & Yang Maha Pemalas. Selagi tabiat yang buruk & adat istiadat kuno & bodoh ini tidak dihentikan, surat ibu macam ini tidak ada gunanya.
Tengok Brunei. Mengapa bila Sabah & Sarawak nak join Malaysia, British tidak menggalakkan Brunei menyertai Malaysia? Sebab ada minyak.
Sekarang apa jadi dengan Brunei? Brunei menjadi kaya raya tetapi apa gunanya bila harta minyak itu hanya dimiliki oleh Rajah Gopal?
Siapa setuju dengan pendapat saya?
Apa jadi pada MB dan dr Halimah?
BalasPadamJangan biarkan unsur UMNO terus merosakkan KUSI macam kerosakan yang dah berlaku dalam UNISEL.
Takkan nak tunggu dah jahanam baru nak betulkan.
Cukuplah dengan UNISEL yang dah tak ada orang nak pergi belajar sebab dah hancur.
Masalah utama ialah terlalu ramai puak UMNO dan agen UMNO yang menyamar.
Jika Khalid Ibrahim dan Dr Halimah gagal membersihkan KUSI dan agen dan parasit UMNO jangan harap mereka akan menang dalam PRU13 nanti.
"Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau lebih dikenali sebagai KUIS merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu."
BalasPadammilik penuh mais....tp komitmen kerajaan negeri, patutla tunggang langgang pengurusan...
ini la kalau mentadbir jual nama islam, rekrut tuhan sekali, tp yang kena & tanggung derita pengguna aka pembayar....
biar saya teka, ni mesti anak sulung. Kalau nak duduk asrama sama mcm duduk kat rumah, parah la. Tilam nipis pun nak komplen. Yang patut komplen, mmg kena komplen.
BalasPadamsama je kes macam unisel. jananiaga babi.
BalasPadammakcik antor je la anak makcik kt sekolah pondok.tak pun blaja kt yaman ke..lg best.dkt malaysia ni ntah brpe bnyk universiti islam,kolej islam,maktab islam,institut islam,sekolah islam,tadika islam,ngo islam,agensi islam tp org islam tetap hampeh dlm semua bidang kecuali bidang industri jual logo halal sbb jakim telah berjaya membuktikan kpd dunia bhw dgn menjual sijil halal pun dh untung juta2...kah kah kah...
BalasPadamMAIS ngan JAIS ape yang berbeza yerrr
BalasPadamala mak cik komplen yg patut cukuplah....
BalasPadambab tilam, katil, transport tolak tepi dulu.. aku kt um dulu duk 3 org dlm bilik yg patut 2 org. ada 2 katil + 1 tilam yg letak bawah kati. nk tidur baru tarik kuar.. tapi tk pikit lak nk komplen..
korang xalami mana nak tahu.. saya student sana tau la camne keadaan..betul pe yg makcik ney tulis.. saya turut mengalaminya..tapi kami tidak mampu bersuara.. kena patuh je..
BalasPadamni bukan mak budak yang hantar la, tengok gaya tulisan dah tau dia student. apa nak jadi belajar kolej Islam pun menipu
BalasPadamsome komen from tanpa nama' saya setuju.. but some from it.. saya kurg setuju.. mak cik tu syg anak die.. that why die komplen cam tuh.. tak de mak yg nak tgk anak die hidup dlm ketidakselesaan dan dlm masa yg sama ditindas sebegitu rupas oleh pihak pengurusan kuis.. saya turut faham apa yg kuis cube buat dl men'takdib student.. tapi! is too much kot~ ERM.. pihak pengurusan kuis menanggap mereka lebeh mennubuhkan kuis ini more kearah marketing! ape yg student bakal dapat? its nothing! seriously~ mereka patut lebeh mementingkan soal akademik.. tgk setiap penilaian studen6t terhadap lecturer.. ini tidak.. lecturer jarang masuk kelas dan kadag2 msuk pun tak belajar ape yg ptut mengikut silibus.. tapi kami studenr setiap sem wajib byr yuran beribu2 riggit hanya semata2 tuk byr gaji lec tapi ape yg kami dapat??? nothing okay!!! seriously~
BalasPadamIni la kalo pendidikan kita selepas merdeka masih berpanjikan british. Para pemimpin skrg ni banyak lulusan barat maka pendidikan utk keuntungan, bukan utk menimba ilmu... Pelajar kenapa nk diam? kenapa nak ikut je? Pelajar adalah pelanggan, staff adlh pekerja, gaji mereka adalah dari yuran pelajar... MPP skrg mmg ckp pandai bikin ap pun x jadi, dh ada kuasa takut.... pelajar ada beribu, banding ngan staff dlm 1:15, apa adahal lawan je, janji kita betul!!!
BalasPadamSalam, Pihak yang berkenaan seharusnya bertimbang rasa! terutamanya pihak KUIS..dr dulu anak2 yg belajar di KUIS sentiasa di tindas!..mak guard yg bernama 'aishah' berambut perang yg asek maki org tur da kena buang ker? atau da jadik ketua mak guard??? biler KUIS nak pecat dier yg cakap tak serupa bikin tur??
BalasPadamKot nak seleso blaja kek umah jo kak..mujahadah la sikit menuntut ilmu..ayo ai dah mcm anta ke asrama sekolah monongah la pulak...den biaso dah terimo komen camni..soba yo la
BalasPadamakak boli jo degree utk anak akak tu...hargo boleh runding dgn kangkung...anak akak tu duduk kan bawah kopek jo...sayang anak sangat...
BalasPadamgwa masuk U gak dulu...letak je barang2 gwa mintak mak abah gwa balik kampung dah...asal diaorg telipon gwa bagitau ok, best, bagus...realiti mmg la haram jadah...tp xkan gwa nak pindahkan beban kat mak abah gwa...
Assalamualaikum Saudara Hishamuddin Rais...
BalasPadamSaya adalah Saifulnizam bin Muhamad dari Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS. Sebelum saya meneruskan kalam ini, saya sudah membaca surat yang sama daripada laman portal berita Malaysiakini. sebelum itu ingin saya nyatakan, saya akan menyokong KEBENARAN Insya Allah. Saudara Hishamuddin Rais, saya agak terkilan kerana individu ini yang mendakwa sebagai ibu bapa pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Perundangan, anaknya sendiri belum berjumpa dengan pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) untuk menyelesaikan masalah ini. Apa-apa pun, saya ingin untuk menyatakan hasrat untuk membantu semampunya masalah ini. Insya Allah, KUIS merupakan institusi pendidikan bebas AUKU yang mana pihak pengurusan tidak pernah menghalang saya dan ahli MPM yang lain serta mana-mana mahasiswa untuk bersama dengan mana-mana ahli politik dalam mana-mana wacana yang segar sama ada anjuran daripada Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional mahupun menyertai aktiviti mana-mana parti politik. Saya tidak mahu memanjangkan kalam lagi, seandainya ibu kepada pelajar ini membaca artikel ini, saya BERSEDIA BERSEMUKA DENGAN BELIAU DAN MAHASISWA KURSUS TERSEBUT WALAUPUN PERLU SAYA KE PULAU PINANG SEKALIPUN. Saya boleh dihubungi di talian 017-9194019, atau di facebook saya, www.facebook.com/saifulnizam.muhamad ataupun untuk melihat gerak kerja saya dan berhubung melalui blog rasmi saya di http://kalamnie-zarm.blogspot.com maka mudah-mudahan masalah ini dapat diselesaikan secara diplomasi
Assalamualaikum saudara Hishammudin Rais...Saya Saifulnizam bin Muhamad, mahasiswa KUIS. seandainya benar ini luahan hati ibu bapa pelajar, saya bersedia untuk bersemuka dengan ibu bapa ini kerana saya adalah Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KUIS...ini nombor telefon saya 017-9194019. Saya sudah baca artikel ini di Malaysiakini.com, setakat ini saya belum lagi bertemu dengan aduan daripada mahasiswa atau mahasiswi ijazah sarjana muda syariah dan perundangan. saya bersedia menjawab sebarang persoalan yang timbul oleh pihak anak puan. sebolehnya puan hubungi saya segera. saya sanggup tidak pulang berhari raya haji nanti kerana saya ingin berkhidmat untuk mahasiswa bahkan jika perlu untuk saya ke pulau pinang iaitu negeri puan, saya akan pergi Insya Allah. saya juga pelajar miskin dari Kelantan, tapi saya selesa berada di KUIS. mungkin ada perkara yang menyebabkan kebajikan anak kepada puan. selain daripada nombor telefon, saya juga boleh dihubungi di facebook saya di www.facebook.com/saifulnizam.muhamad atau di blog saya di http://kalamnie-zarm.blogspot.com pada bila-bila masa.
BalasPadamSaifulnizam bin Muhamad
Naib Presiden II (Kebajikan),
Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Sesi 2010/2011
selaku bekas kuis..sampai tak sanggup nak smbung degree bila pikir nak sambung degree, hutang PTPTn nnt boleh bli rumah apartment kos sederhana sebijik.T__T dip je dh 21k tak cmpur bunga.yuran naik, itu kisah benar!tahun sebelum saya, kos yg sama asrama yg sama, yuran sekitar 1700..yuran saya sem 1+daftar 3900..ptptn dpt 3300 dah tolak duit ape ntah.sem du yuran 3400 ptptn dpt 3500..sila fikir dengan seratus tu..nak beli buku dah beratus-ratus.kepada akak um.akak byr yuran 800 kan..mungkin tak berapa nak kesah keadaan mcm tu.yuran asrama kami saja 1000 ke atas!sehari rm11.bukan rekaan.hakikat.saya sanggup tidur atas tilam kalau yuran murah.saya budak asrama.staun tidur pg2 angkt tilam susun mlm2 tarik balik..dan masalah mahalnya yuran asrama ni, nak share je, bangunan ni dibuat sejak zaman khir toyol.maka harap maklum.saya yakin ni adalah slh satu bangunan kontrak kroni sbb tu saya yg duduk asrama baru org petama masuk blk baru pon boleh jmp dh retak sana-sini.sekian~
BalasPadamkOLEJ iSLAM KAH KAH KAH KAH KAH KAH....TAK DER PRIVACY KAH KAH KAH KAH...MAKLUM LAH..
BalasPadamTanpa nama 5:49 PTG ialah contoh orang yang guna agama untuk mengelakkan orang len dr melawan.
BalasPadamini suma bermula dr zaman khir toyo lg..kroni2 dan balcai masih ramai..gua dlu ex KUIS..tp gua brehenti bilamana hnye tggal 2 sem lg utk gua dpt degree..gua xleh tahan asyik duk kna maki dek balaci2 khir toyo..yuran dh la mahal mcm haram.
BalasPadam