Isnin, 24 Oktober 2011

UTUSAN TELAH MULA KUTUK ROSMAH






MALAM ESOK DI BANGSAR



NOTA:
datang untuk mendengar
kesah cincin rosmah
kesah beg tangan rosmah
dan masa depan negara






ROSMAH BERSHOPPING DI DUBAI














INI CARA UTUSAN KUTUK




RUMAH JURUTERBANG TUDM SEKALI LAGI DISAMUN, BAKAR - meloya

HULU LANGAT 23 Okt. - Penghujung September lalu, Leftenan Kolonel Azhar Mohamad kerugian kira-kira RM20,000 setelah rumahnya di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih di sini disamun dan dibakar oleh sekumpulan penjenayah.

Dan 24 hari kemudian, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berusia 46 tahun terbabit sekali lagi diuji apabila rumahnya disamun penjenayah dipercayai yang sama dan turut membakar keseluruhan rumahnya mengakibatkan dia kerugian RM500,000.

Kejadian menimpa Pegawai Laksana Pangkalan Udara di Gong Kedak, Jertih, Terengganu itu adalah kes kesembilan berlaku di kawasan Semenyih dan Kajang tahun ini dan ke-16 dalam tempoh dua tahun.

Mujurlah semasa kejadian pada pukul 2 pagi ini, rumah itu kosong kerana Azhar bersama isterinya berada di Terengganu manakala seorang anak mereka bermalam di rumah ibunya dan dua lagi tinggal di asrama.

Menurut Azhar, rumah berkembar dua tingkat yang dibeli pada 2006 itu disamun dan dibakar penjenayah pada 30 September lalu menyebabkan dia kerugian RM20,000 apabila suspek melarikan barang kemas dan perhiasan rumah diperbuat daripada tembaga.

"Suspek masuk melalui belakang dengan mengumpil pintu jeriji bilik tidur di tingkat bawah lalu menggeledah rumah, membakar ruang tamu, bilik tidur utama dan kedua sebelum melarikan barang-barang berharga.

"Dalam proses menguruskan tuntutan insurans bagi kebakaran pertama itu, saya tidak sangka penjenayah sama akan kembali menyamun dan membakar rumah saya pagi ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Azhar berkata, beliau mengetahui rumahnya sekali lagi terbakar setelah dihubungi jirannya, Kapten (B) Kamarunsaman Awang kira-kira pukul 3 pagi.

Katanya, beliau dan isteri terus mendapatkan penerbangan pertama dari Kota Bharu, Kelantan untuk pulang ke rumah mereka dan amat sedih apabila melihat semua barangan dalam rumah sudah menjadi abu.

Kamarunsaman pula berkata, beliau pada mulanya menyangka bunyi percikan api dari rumah jirannya itu adalah perompak yang ingin memecah masuk ke rumahnya sehinggalah ternampak api menjulang naik melalui tingkat atas.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz ketika melawat tempat kejadian memberitahu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan penduduk dan polis untuk membincangkan cadangan supaya Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di semua taman perumahan menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Saya difahamkan, kejadian menimpa Azhar adalah kes ke-16 yang berlaku di Kajang dan Semenyih dalam tempoh dua tahun," katanya sambil mengingatkan semua penduduk supaya melahirkan rasa bimbang dengan kejadian tersebut.


NOTA:
ini cara utusan kutuk rosmah
gambar rosmah tapi berita lain
rosmah dilihat sedang membelek gelang dan cicin
gambar ini sengaja diletakan
pada berita kebakaran rumah pegawai tudm

ini gambar semasa rosmah bershopping di dubai
ini pasti keluar dari arkib gambar
ini bukan tersilap
ini sengaja dilakukan

kepada sesiapa yang pernah bekerja di akhbar
akan tahu gambar ini dari arkib gambar
bukan gambar terkini
ertinya tim anti najib
tim anti rosmah telah mula bergerak

kemudian diikat dengan berita pegawai TUDM
ini kerana tanah TUDM di sungai besi
telah dirembat oleh rosmah
kah kah kah

utusan teruskan kerja baik ini
jika seperti ini rakyat akan kembali yakin
rakyat akan kembali baca utusan
kah kah kah


NOTA:
gambar rosmah bershopping
ini telah hilang sebentar tadi - jam 1.20
kah kah kah

7 ulasan:

  1. kah kah kah terbaik.. lebih baik dari karam singh walia.. patutnya bro TT yg dapat 'datuk'

    BalasPadam
  2. dapat gak tgk pagi2 buta tadi, dh agak memang disengajakan hahaha lawak utusan meloya

    BalasPadam
  3. wow. cantek nye gelang-gelang.
    muat ke tangan dia tu ?

    BalasPadam
  4. Masih ada lagi berita tu dalam kategori "Jenayah": http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

    Kah kah kah....

    BalasPadam
  5. satu lagi katakunci..disamun

    BalasPadam
  6. Apa lah lu idealisgampang. Orang cakappasal gambar bukan pasal berita rumah terbakar .... ish ish ish .. (tak kan lurus bendol kot???)

    BalasPadam
  7. Sok...sek...sok...sek dari ahli bawahan Umno. Dah meluat tengok perangai BOROS bini si PM ni. Tahi dh terpalit di dahi PM.

    BalasPadam