Rabu, 19 Oktober 2011

WARGA FELDA BANGUN BERONTAK





TANPA MELAWAN MATI KATAK







SUARA FELDA

Wakil-wakil Warga Felda daripada kakitangan dan peneroka telah dipanggil oleh ISA untuk mengadakan sesi taklimat bersama Pengerusi Felda pada 19 Oktober 2011 di Dewan Perdana Felda dengan aturcara pertemuan peneroka bermula pagi hingga tengahari dan pertemuan bersama pengurusan pula pada sebelah petang.

Mungkin pasukan ISA risau bahawa ramai Warga Felda tidur atau menukar saluran lain semasa temuduga ISA di TV3 tempohari.Warga Felda secara profesionalnya akan menghadirkan diri walaupun mengetahui bahawa mereka sedang memasuki perangkap dipasang ISA dan Sabri Ahmad iaitu:

1) Warga Felda menjangkakan ulangan kata-kata retorik transformasi dan kelebihan penyenaraian serta sebab mengapa ISA perlu menerajui KPF

2) Warga Felda menjangkakan nama PM akan dijual berkali-kali sehingga dari perasaan kasih akan bertukar benci kerana PM bersengkongkol dengan ISA yang mengetepikan pandangan pengurusan Felda dan peneroka, setelah keputusan dibuat dan hingar-bingar berlaku, barulah terkinja-kinja cari sokongan

3) Warga Felda menjangkakan segala bentuk gula dan pemanis akan diberikan kepada peneroka manakala kepada pengurusan dan kakitangan akan dijanjikan tali gantung jika berani menentang.

4) Warga Felda sudah mula berlatih paksa diri untuk gelak kerana lawak pak pandir ISA yang akan menggunakan jenaka yang membesar-besarkan diri dan merendah-rendahkan orang lain

5) Warga Felda tahu gambar mereka menghadiri program ini akan diambil dan boleh diberikan kepada akhbar atau kepada PM sebagai bukti sokongan meningkat kepada ISA

6) Warga Felda tahu ada antara mereka akan ada yang diwawancara dan terpaksa memberi jawapan yang memuaskan hati ISA sebagai menjaga periuk nasi mereka

Sesungguhnya, warga Felda bersedia memberi kemenangan kosong ini kepada ISA dan juak-juaknya di atas faktor kekuatan kuasa politik dan kewangan ISA dan Sabri Ahmad. Warga Felda mengucapkan tahniah di atas penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA 2.0 dan menyokong Gerakan Mansuhkan ISA 2.0.


GERAKAN TELAH DIMULAKAN





1 ulasan:

  1. Maaf cakaplah....Dari 100 orang warga felda....hanya 1 orang aje yang pandai...boleh berfikir....yang lain tu...kena tipu pun boleh bertepok tangan...gembira...bila dah sedar kena tipu....dia orang hanya cakap...."Tak apelah....bukan rezeki kita...nanti Tuhan balas kat dia orang"...tapi...bila hari raya...penipu2 tu buat rumah terbuka...menderu-deru datang...siap bersalam dan halal menghalal...dan penipu tu pun tersenyum...dalam hati dia kata..."Senang aje nak perbodohkan orang macam ni"....kahkahkah

    BalasPadam