Rabu, 16 November 2011
ANAK MUDA SILA TUNGGU TARIKAH BERSIH 3.0
SEMUA TURUN KE JALAN RAYA
SOLIDIRITI ANAK MUDA(SAMM)
Kerajaan Barisan Nasional terus ditekan supaya membuat pertimbangan serius dalam merealisasikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil.
Setakat hari ini, kerajaan melalui agensi SPR dilihat masih tidak membuat apa-apa pendekatan awal untuk baik-pulih sistem pilihanraya terutamanya dalam aspek tuntutan yang tidak memerlukan perubahan akta seperti penggunaan dakwat kekal.
Dalam PRU 2008, pihak SPR telah membeli sejumlah dakwat kekal bernilai RM8juta untuk digunakan dalam pilihanraya tersebut. Malangnya atas desakan kerajaan, SPR telah menarik semula penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum PRU-12 walaupun menyedari tindakkan penarikan itu membazirkan RM8 juta wang negara selain menimbulkan keraguan besar. Peristiwa pembatalan penggunaan dakwat kekal di saat-saat akhir itu juga membuktikan SPR mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tanpa sebarang perubahan akta di parlimen. Ia diakui sendiri oleh pakar perlembagaan, Aziz Bari.
Dalam perkembangan lain, timbul pelbagai spekulasi negetif terhadap SPR dan JPN dalam isu kewarganegaraan segera untuk membenarkan warga asing mengundi dan juga spekulasi memanjangkan penggunaan undi pos kepada anggota RELA dan penjawat awam selain polis dan tentera. Ini sama sekali bukan satu usaha baik-pulih sistem pilihanraya tetapi melacur sistem pilihanraya demi untuk terus berkuasa. Ia tidak selari dengan usaha merealisasi tuntutan BERSIH 2.0.
Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi sokongan penuh untuk BERSIH 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang. SAMM melihat pelancaran BERSIH 3.0 adalah demi memastikan BN benar-benar menunaikan janjinya terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen. Tarikh untuk perhimpunan BERSIH 3.0 juga sudah dipilih dan akan diumumkan oleh seketariat BERSIH dalam masa terdekat.
BERSIH 3.0 yang bakal dilancarkan ini juga bertujuan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri samada lakukan perubahan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan protes rakyat terbesar dalam sejarah.
SAMM berpendapat, pengumuman tarikh BERSIH 3.0 akan turut menjadi faktor pemantau perjalanan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) supaya ia tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu. Penetapan tarikh BERSIH 3.0 adalah selari dengan peluang yang diberi kepada kerajaan untuk buktikan penambah-baikkan sistem pilihanraya melalui PSC.
Seandainya apabila tiba masanya kerajaan terus berdolak-dalik dalam soal tuntutan BERSIH sebelum ini, BERSIH 3.0 ketika itu sudah bersedia dengan mobilisasi besar dan Kuala Lumpur bakal sekali lagi dipenuhi lautan rakyat tidak kira apa warna kulitnya dan apa jua warna bajunya. SAMM tetap bergerak ke arah mobilisasi BERSIH 3.0 walaupun PSC sedang dalam proses sebagai langkah berjaga-jaga.
Harus diingat, setiap mereka yang turun pada BERSIH 2.0 akan tetap hadir lagi sekali apabila menyedari tiada apa yang boleh menghalang 120 ribu rakyat berhimpun di Kuala Lumpur pada tanggal 9 Julai lalu. Mereka yang tidak sempat hadir pada BERSIH 2.0 juga akan turun bersama apabila menyedari demi demokrasi, tiada apa yang perlu ditakuti apabila hak untuk berhimpun itu wujud dalam perlembagaan.
Berapa ratus ribu yang akan turun dalam BERSIH 3.0 bukan soalnya lagi. Kerana kali ini semua yang hadir turut bersedia untuk dicekup dan ditangkap, memandangkan makanan yang disediakan adalah semewah RM25 sekepala. Pihak berwajib perlu sediakan kem tahanan yang lebih besar untuk BERSIH 3.0 kerana rakyat yang hadir kali ini semuanya lapar... Lapar demokrasi!
SAMM dengan ini, menyatakan tahap sedia bukan sahaja untuk turun berdemonstrasi secara aman, tetapi bersedia untuk ditahan oleh pihak berkuasa dengan syarat, sediakan makan minum secukupnya kerana ramai akan bersama SAMM untuk ditahan dan kemudian dibenarkan makan percuma.
BERSIH 3.0 akan membuka tirainya bila-bila masa dari sekarang. Tarikhnya akan diumum sebagai amaran bagi pihak kerajaan supaya serius melaksana reformasi pilihanraya.
Jangan sekali-kali 'under-estimate' kekuatan rakyat. SAMM bersama ratusan NGO sudah buktikan mobilisasi rakyat kuat di BERSIH 2.0 dan kami tiada masalah untuk buktikannya semula dalam BERSIH 3.0.
Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
TUNAIKAN 8 TUNTUTAN INI DAHULU
aloo mr edy, in my yestimation yitu rakyat sudah bongsai daa. if ever u all can tumble that bn, tt will laugh his way to his grave. in this multiculturism u better join apco la and make moni kah kah kah
BalasPadamyes!
BalasPadamyang ditunggu..
yang dirindu..
cepat tetapkan tarikh!
LANCAU LA WEIIIIIIIIIII...
BalasPadamcepat ah buat... apa lambat-lambat...
-pro pembaharuan A.K.A revolusi malaysia (sekali dah ada da orang gune nick ni; ish malu gua)
jangan lupa pergi bersih 3.0.. berdemo 2-3 jam saja... kendian balik rumah!!! najib kentut saja kalo berdemo macam ni..
BalasPadamkalo nak berdemo, bior le 3-4 bulan.. baru boleh kasi BN bungkus... meh buat satu grup ke satu grup.. lepas seminggu, ganti la grup lain pulak.. ada koordinator gitu.. baru leh dapat demo 3-4 bulan..
ini gi demo takder ilmu.. jadi demo bangang 2-3 sajalah.. TAKDER APA2 BERUBAH PUN.. buat penat jer gua berjalan dari Desa Pandan masuk ke Lowyat, then ikut ramai2 ker puduraya .. macam sial, ingat nak demo 3-4 bulan.. cuma dapat demo macam chibai 2-3 jam saja... penat la berdemo dengan orang yang mentaliti penakut dengan gerombolan ni.. nak gi demo, masih ingat anak bini kat rumah... lanchow la ini sumer... masa keluar rumah, keluar demo ni, kene ingat tak akan balik ke rumah selagi tak ada apa2 kejayaan... demo bodoh 2-3 jam, aku tak mau join...
Pengarah Propaganda? apa edy tak paham erti dan konotasi PROPAGANDA? rajin2 lah sikit pakai kamus/lebai google.cam ini kah anak muda nak bawa perubahan?
BalasPadamkah kah kah
BalasPadamboring la....
bahasa melayu sah tak pandai ni
under estimate tu bermaksud memandang rendah....
tolonglah...nak jadi penulis makluman pun...pandaila sikit dalam penulisan ....kah kah kah
what the sammdoll of samm...kah kah kah
wei bengong... betul la apa yg dia tulis tu kena dengan maksud.. apa masalahnya??
BalasPadampenulisan yang baik macam ni tolonglah jangan sempitkan fikiran dan jadi bebal macam ameno...