Khamis, 10 November 2011

ANAK TERBAIK DARI BUMI AFRIKA - ANAK TERBAIK DARI DUNIA ARAB




SELAMAT JALAN YA RAFIQ






NOTA
al-fatihah ya rafiq
adieu kamarad
salut mon amie



SURAT AKHIR UNTUK GADDAFI

Tuan yang saya muliakan,

Ini adalah surat akhir dari saya. Saya berharap dua surat awal dahulu telah membuka mata hati tuan. Saya juga berharap surat awal itu telah memberi sadikit latar untuk kita sama-sama memahami bahawa apa yang kita baca dan apa yang didedahkan ke hadapan mata kita sebenarnya hanyalah gula untuk mengula-gulakan kita semua.

Saya telah menerima banyak keritikan malah ada juga tempelakan yang menuduh saya cuba melupakan jenayah dan kejahatan Gadaffi terhadap warga Libya. Tuan yang saya muliakan, saya tidak menafikan adanya kezaliman yang memusnahkan hak asasi warga Libya. Saya juga tidak menafikan adanya tahanan politik di Libya. Ada juga suara yang nemimbulkan pekara bagaimana Muammar Gadaffi telah menindas kumpulan Islam atau memenjarakan ‘jihadis’. Tetapi bukan ini intipati yang ingin saya paparkan.

Dalam hal – Jihadis Islam - saya agak berhati-hati kerana saya amat sedar peranan CIA yang membina dan menganjurkan jaringan kumpulan Islam. Sejarah politik telah membuktikan bagaimana CIA telah bekerjasama dengan kumpulan yang memanggil diri mereka Islam. Dari Indonesia, ke Pakistan, ke Iraq, ke Mesir hinggalah ke Afghanistan kita bertemu dengan kumpulan ini. Hari ini telah terbukti bahawa Al-Qaeda dan Osama sendiri telah dieram dan dinetaskan oleh CIA. Ini fakta sejarah. Jadi, kita tidak perlu berbuih mulut menelan Viagra untuk menegakkan benang basah ini.

Dalam surat akhir ini saya ingin menyatakan secara terbuka bahawa pendemokrasian Libya bukan tugas Nato atau Amerika atau tugas negara Eropah. Mendemokrasikan Libya adalah tugas warga Libya sendiri. Ini sama seperti tugas menumbangkan kerajaan yang dikepalai oleh gerombolan United Malay National Organisation. Ini kerja politik dalaman warga Malaysia sendiri. Menumbangkan gerombolan United Malay National Organisation bukan kerja Amerika , China, Singapura atau Saudi Arabia. Menjatuhkan United Malay National Organisation bukan tugas Nato atau Obama atau Sarkozy. Ini tugas anak semua bangsa warga yang cintakan negara kita ini. Saya harap pekara ini jelas.

Untuk sedar apa yang wajib kita lakukan hari ini maka biar saya surahkan sadikit latar sejarah politik dunia agar kita sama dapat menerima pencerahan. Memahami yang dulu agar kita dapat melihat apa yang akan datang. Pada tahun 1945 perang dunia kedua tamat. Benua Eropah telah terbahagi kepada dua blok yang mengamalkan dua sistem ekonomi yang berlawanan. Eropah Barat dengan sisetm ekonomi kapitalis manakala Eropah Timur dengan sistem ekonomi Sosialis. Sistem ekonomi kapitalis dipimpin oleh Amerika Syarikat manakala sistem ekonomi sosialis dipimpin oleh Russia yang telah mendirikan Soviet Russia semenjak berjayanya Revolusi Bolshevik pada tahun 1917.

Sistem ekonomi kapitalis berkiblatkan keuntungan maksima untuk dimasukkan ke dalam saku kaum pemodal. Manakala sistem ekonomi sosialis berkemudikan kebajikan umum untuk orang ramai. Kesejahteraan ummah menjadi panduan sistem ekonomi sosialis. Dua perbezaan yang amat jelas. Negara Eropah pengamal sistem kapitalis menganggap negara sosialis sebagai musuh. Perlawaanan dua sistem ekonomi ini dipanggil Perang Dingin. Perlawanan ini cukup sengit dan mengancam dunia. Contohnya pada tahun 1962 – peluru berpandu nuklear hampir meledakkan dunia apabila Russia memasang senjata ini di Cuba yang hanya 200 batu dari pantai Amerika

Dalam kancah Perang Dingin kaum pemodal merasa mereka terancam. Mereka tidak dapat mengembangkan modal mereka untuk menjarah dan merembat harta kekayaan negara-negara bekas tanah jajahan di Asia , Afrika dan Amerika Latin. Kaum kapitalis melihat sistem ekonomi sosialis menjadi halangan untuk kaum kapitalis mengaut keuntungan maksima.

Untuk memastikan keuntungan terus berlipat ganda dan segala rintangan dihapuskan kaum pemodal telah menggunakan universiti sebagai kubu pusat. Kaum kapitalis telah mengeluarkan dana yang lumayan untuk mengupah pemikir di universiti dan di lembaga-lembaga keilmuan. Para ilmuan dan ahli akademik ini dibayar untuk mengeluarkan buku , kertas kerja atau berkonferensi dengan tujuan mengeluarkan dakyah dan tohmah yang licik dan teratur. Semua ini dilakukan untuk memastikan sistem ekonomi sosialis ini tidak dapat mengampuh dunia. Radio dan Tv diwujudkan untuk memastikan kefahaman orang ramai terhadap apa itu sosialisma terus songsang dan tunggang terbalik.

Kempen dan dakyah kaum kapitalis international ketika Perang Dingin tidak jauh berbeza dari apa yang sedang dilakukan oleh United Malay Nationaal Organisation terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Tipu, bohong, tangkap, beli dan bunuh menjadi garis perjuangan. Kalau boleh tipu maka orang ramai akan ditipu. Kalau bohong boleh menyelamatkan keadaan maka bohong akan sampai. Jika keadaan terus tegang maka penjara akan digunakan. Dalam keadaan selesa - harta, duit dan pangkat boleh digunakan untuk membeli sokongan. Jika semua ini gagal letupan C4 akan digunakan untuk menenangkan keadaan.

Hasil dari kempen yang licik lagi teratur ini ramai warga dunia telah diperangkap untuk diternak dan diasuh untuk melihat sosialisma sebagai musuh. Dalam reban CIA ini ternakan yang paling setia datang dari kumpulan-kumpulan Islam. Kumpulan ini terpengaruh dengan dakyah CIA yang mengatakan sosialisma tidak percaya kepada tuhan. Kumpulan ini telah tidak mendapat penerangan secara tuntas tentang sosialisma sebagai satu sistem ekonomi bukannya agama atau sistem kepercayaan. Sama seperti sistem ekonomi kapitalis sistem ekonomi sosialisma juga tidak beragama dan tidak bertuhan.

Di negara-negara yang majoriti penduduknya menganut Islam, kumpulan Islam ini telah digunakan untuk menentang Parti Sosialis, Parti Komunis atau parti yang menentang kapitalis. Dengan bijak kaum pemodal Anglo-Amerika telah berjaya menetaskan budak-budak suruhan mereka untuk mempertahan sistem ekonomi kapitalis. Usama bin Laden termasuk ke dalam bakul ini.



Tuan yang saya hormati,

Surah diatas telah berlaku di zaman Perang Dingin. Serangan dan kepungan kaum pemodal Anglo-Amerika telah berjaya meruntuhkan sistem ekonomi kapitalis. Pada tahun 1989 Tembok Berlin runtuh dan negara Eropah Timur kembali menjadi pengamal sistem ekonomi kapitalis.

Sekali lagi kaum pemodal antarabangsa telah mengupah para pemikir dan ilmuan untuk merencana satu strateji baru – strateji pasca Tembok Berlin. Para pemikir kanan yang telah lama bersarang di Rumah Puteh telah menetaskan apa yang dipanggil : Project for the New American Century (PNAC).

Para pemikir yang menelorkan PNAC ini adalah ahli falsafah kanan dan saki baki wira-wira dan penjihad Perang Dingin. Kekalahan Russian dalam Perang Dingin telah meyakinkan mereka bahawa anak semua bangsa dalam dunia tidak ada lagi pilihanan melainkan menghambakan diri dibawah telunjuk Empire Amerika.

Falsafah PNAC inilah yang telah dan sedang diguna pakai oleh pentabiran Rumah Puteh semenjak George W.Bush menjadi Presiden. Falsafah PNAC ini bukan susah untuk difahami. Asas utamanya ialah : Amerika menang dalam Perang Dingin maka Amerika tidak akan membenarkan negara mana-mana pun berpeluang untuk menandingi kekuatan Amerika seperti di zaman bertelagah dengan Russia dahulu. Amerika akan memastikan tidak ada negara baru akan muncul untuk berani bersaing atau menandingi kekuatan bala tentera Amerika.

PNAC memiliki 4 rukun imannya:

- Amerika perlu meneruskn perbelajaan persenjataan
- Amerika wajib menyokong kawan dan menibai musuh
yang bertentangan dengan budaya dan sistem Amerika
- Kebebasan politik dan ekonomi kapitalis wajib diluaskan ke seluruh dunia
- Amerika wajib menerima tanggungjawab yang unik untuk menjaga dan mengawal dunia agar dunia ini aman untuk keselamatan, kekayaan dan dapat ditegakkan prinsip yang dipegang Amnerika.


Tuan yang saya muliakan,

Apa yang ingin saya terangkan dalam surat akhir ini ialah kita semua pada ketika ini adalah dalam kongkongan Empire Amerika. Dari laporan tahun 2003 untuk Jabatan Pertahahan Amerika kita diberitahu bahawa pada ketika ini Amerika memiliki 6000 buah pengkalan tentera dalam negara. Amerika juga memiliki 702 pengkalan tentera laut, darat dan udara di 130 buah negara dalam dunia ini. Ada yang disewa dan ada yang diikat dengan penjanjian persenjataan. Seramai 253,288 soldadu Amerika bertugas dipengkalan luar negara ini. Seramai 44,446 anak tempatan bekerja di pengkalan-pengkalan Amerika ini.

Apakah maknanya semua ini?

Apa yang ingin saya terangkan disini ialah pembunuhan Saddam Hussein, pembunuhan Mummar Gadaffi , kacau di Iran, kacau di Pakistan, kacau di Syria – semua ini hanyalah babak-babak penglaksanaan rukun iman PNAC. Apakah tuan tidak sedar bahawa rancangan untuk menyerang Iraq telah wujud lebih awal lagi - pada bulan September tahun 2000 lagi. Menyerang Iraq dan mengubah sistem politik Iraq adalah sebahagian dari rancangan PNAC. Rancangan ini telah ditelorkan oleh para pemikir kanan PNAC satu tahun sebelum George W Bush menjadi Presiden



Tuan yang saya muliakan,

Sebelum saya akhiri surat saya ini ingin saya nyatakan bahawa ledakan dua pesawat udara ke bangunan WTC di New York pada 9 September 2001 itu juga adalah sebahagian dari perancangan dan strateji yang telah ditelorkan oleh PNAC. Ledakan itu telah terbukti sebagai ‘kerja orang dalam’ sebagai strateji untuk memastikan falsafah PNAC diterima oleh warga Amerika. Warga Amerika perlu dikejutkan dahulu dan kemudian dilalikan dengan falsafah PNAC. Pasti ramai yang akan menangkis apa yang saya tulis ini sebagai fakta sasau dan hujah dari perawi gila. Tidak mungkin Amerika membunuh 3000 warganya sendiri?

Untuk ini jawapan saya hanya angka dan jumlah. Ketika saya menulis ini angka pertama ialah 1,455,590 warga Iraq telah gugur. Angka kedua ialah 4,801 soldadu Amerika telah juga tewas di Iraq dan 2,794 tewas di Afghanistan. Pada hemat saya kaum kapitalis yang berkiblatkan keuntungan tidak mempedulikan nilai nyawa manusia – sama ada manusia warga negara atau warga luar negara.

Tuan yang saya muliakan, rasa saya tugas kita pada ketika ini ialah untuk melihat babak babak yang terbuka dihadapan mata kita dengan kaca mata yang tajam. Dengan hati yang jujur. Sya berharap tuan dapat menganalisa satu perisiwa dari dalam atau dari luar negara dengan tepat. Hendaknya janganlah tuan cepat melocat apabila mendengar laugan jihad. Bukalah mata dan pasang telinga untuk berhati-hati kerana CIA dan para sekutunya pandai melaungkan jihad ke jalan Allah. Malah tidak lama lagi tuan akan mendengar laungan berjihad yang kuat dari Rosmah dan Najib. Mereka baru sahaja pulang dari Mekah dan telah meminum air dari telaga Zamzam. (TT)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45


23 ulasan:

  1. aku rasa dalam kes Ghadaffi ni lebih kepada perebutan kuasa dua "thugs"...

    seperti WWII...

    Hitler yang kalah diberi kejian macam-macam oleh media dan ada golongan yang masih mempertahankan Hitler dengan hujah Hitler anti-US sedangkan dia jugak imperialis bastard.

    Ghadaffi kalah, macam-macam kejian dari media puak sana dan timbul juga golongan yang cuba mempertahankan Ghadaffi sedangkan dia jugak puak yang tembak rakyat sendiri dengan jet seperti NATO tembak rakyat libya dengan jet...

    Dalam kes ini juga, dapat aku cuba simpulkan, yang kalah akan menerima macam-macam tohmahan dan yang menang, akan bebas bersuka ria...

    Dalam kes ini juga, kalau Ghadaffi menang, aku percaya juga, dia akan bersuka ria dan...

    yang penting sekali, dalam kedua-dua kejadian, (Ghadaffi menang atau kalah), rakyat Libya lah yang lebih ramai menderita dari gembira...

    BalasPadam
  2. penututp artikel tersebut membuat saya ketawa ketika serius membaca..

    kah kah kah kah kah

    -anak muda felda-

    BalasPadam
  3. surat terakhir dengan kesimpulan yang hebat.
    syabas tt

    BalasPadam
  4. Malaysia masih mengamal ekonomi kapitalis yang berpaksi kepada amerika,mengutamakan kaum kerabat sendiri sebagai rakan niaga melalui jalan politik.Mengaut keutungan semaksimum yang boleh.Rakyat semakin miskin,manakala golongan kaya semakin bertambah kaya.Namun,ketuanan melayu yang dicangkan United Malay juga ibarat kepercayaan karut.itu umpama umpan kpd masyarakat melayu yang mundur untuk mendapatkan sokongan.ia hanyalahn untuk mengenyangkan perut2 pemodal melayu semata-mata.Bandingkan lah dengan China yang mengamalkan ekonomi komunis dan ekonomi kapitalisme malaysia,ekonomi siapa yang berkembang jauh lebih maju?

    BalasPadam
  5. satu je cara nak paham tukar tiub,ibliska satanik ka malaikat kah kalau lawan kapitalis mesti tukat tiub sokong.kakakaka.takda kawan sejati kecuali ;"kepentingan"

    BalasPadam
  6. Apa beza kapitalis dengan Lenin sosialis kominis. Berapa juta nyawa dia dah balon. 2 X 5 = 5 X 2. Belum kira Mao Ze Tong lagi

    BalasPadam
  7. tuan tt
    satu lagi surah tuan yang mengcerah akal dan hatibudi manusia.memang sayugia begitu,amerika bertindak sebagai kuasa dunia,tengoklah walau negara lain spt malaysia memiliki teknologi industri,namun teknologi itu dilukis oleh amerika,semua warga negara2 ini hakikatnya berkerja untuk amerika,kerana produk industri di beli dan difatwa oleh amerika.kalau amerika menolak,maka berkecai industri ini.negara2 ini selamanya tidak ada bakat dan industri sendiri.semua di corak oleh amerika.malaysia gah dengan teknologi industri tapi sebenarnya hamba kepada amerika sahaja,hanya rajah yang untung dipamerkan sedangkan kerugian lebih terok dari laba yang ada.

    ttyy

    BalasPadam
  8. bagusss ketuananCukong sudah tau tapi ape yg lu boleh buat. awak ingat anwar boleh bikin itu The Long March ke? Nak harapkan sapa? melayu? lu ajak pas la kalau dia org setuju. kita tau faham mereka selori, senjata satu kontena tapi satu bibit rebolusi pun tarak.

    i tell you what bro, in the Qoran Allah had said be satisfied with 'sisa yg halal'.
    you know what that mean? Tanya la tok nik or hadi.

    my answer is that the kaput malay moslems has been walled-up by The Devil mask as caliphs to champion Islam by serving you the crumbs and better be ridho with them-- as a gift from The Merciful God--before you all could REALIZED till the end of this last line: the pm strike force to cow you for life now as the tuan haji and hajjah!!!! The supposedly-purged leader from all previous sinning however filthy..
    kira itu kes cincin and tuya sudah batal la, makcik. Sudah bersih sesuci bayi. Sapa mengumpat dia org kalu dapat dosa. Tak caye? Tanya jamil khir….

    Yes, they are but capitalist-created messiah to yoke the lazy, religiously credulous
    malays. Lu tunggu la itu 40 penyamun buat fatwa jihad undi pr sesat masat kah kah

    So say thanks to tt….bila dia kata melayu kena TIPU! kaw kaw punya!!!

    BalasPadam
  9. Tuan TT, bukankah penulisan ini sependapat dengan Tun Dr Madey dan filem Michael Moore yang berkata WTC diledakkan melalui kerja orang dalam.

    BalasPadam
  10. HANYA ORG2 YG IKHLAS SHJ XTERTIPU10 November 2011 pada 10:20 PTG

    Israa [65] Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). SYAITAN & IBLIS BOLEH 'MENIPU' DAN 'MENYESATKAN' SEMUA MANUSIA KECUALI ORANG2 ISLAM YANG IKHLAS BERJUANG KERANA ALLAH..SEKALI LAGI DI TEKANKAN.... HANYA ORG2 ISLAM YG IKHLAS BERJUANG KERANA ALLAH SAHAJA YG TIDAK AKAN TERTIPU DGN SYAITAN DAN IBLIS YG BERUPA DGN PELBAGAI2 BENTUK TERMASUK SYAITAN MANUSIA...

    DAN MUAMMAR GHADAFI JUGA TERMASUK DLM GOLONGAN YG TERTIPU OLEH MEREKA. MEREKA MEMBIARKAN GHADAFI BERKOKOK DI KALANGAN BANGSA ARAB, SEDANGKAN MANUSIA SYAITAN DAN IBLIS ITU SANGAT TAHU SETAKAT MANA KEIMANAN DAN KEIKHLASAN GHADAFI... DLM MENGAMALKAN ISLAM YG SEBENAR.

    SEBAGAIMANA SADDAM HUSSEIN YG TERTIPU, BEGITULAH JUGA GHADAFI... BARAT BERSAMA SYAITAN IBLIS YG BERUPA MANUSIA DAPAT MENGENAL HATI MANUSIA-MANUSIA YG BENAR2 BERJUANG SEBAGAIMANA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT2 BAGINDA ATAUPON HANYALAH SEORG ISLAM YG TERTIPU DGN DUNIA DAN KUASA... KETAHUILAH BAHAWASANYA DUNIA ARAB YG ADA SEKRG INI ADALAH WARISAN DR RASULULLAH SAW DAN SAHABAT2NYA YG MANA CUBA UTK DI UBAH OLEH PUAK2 SYAITAN BARAT... MEREKA CUMA DPT MENGUBAH SEDIKIT SAHAJA IAITU MENGAMBIL ALIH BAITUL MAQDIS, TETAPI MEREKA TIDAK DPT MENGUBAH LANSKAP SEBENAR ISLAM YG ADA DI SEBAHAGIAN BESAR KAWASAN YG TERPELIHARA DI SEBABKAN OLEH KELEBIHAN NABI & KARAMAH PARA SAHABAT... RAHMAT ALLAH BERSAMA DGN HASIL BUMI MINYAK YG SEBENARNYA KUASA YG PASTI AKAN DI GUNAKAN OLEH ORG2 ISLAM DI MASA AKAN DTG UTK MENEWASKAN PUAK2 SYAITAN BARAT TERSEBUT.

    BalasPadam
  11. Ghadafi adalah hero yang ketinggalan masa. Seorang badwi yang bercita-ciat besar dengan wang ringgit gagal meyakinkan kawan bahawa belaiu juga anak Arab sebagai mana Nasser dan Ben Bella. Belaiu bukan Faisal yang warak dan ringkas. Beliau cuba mengisi kasut Nasser dan Arafat.
    tetapi belaiu lupa bahawa pengetahuan dan pengalaman adalah azimat utama kepada semua manusia. Dan paling dia lupa ialah manusia resam padi. Semakin membesar semakin tunduk kepada Allah yang maha Pencipta.
    Mungkin peperangan kelas menajdikan manusia lupa bahawa kewujudan bani Adam adalah menjadi penyembah Allah dan bukan wang dan emas. Gila kuasa dan tamak harta yang diamalkan Mahathir tidak nampak pada rakyat marhain. Selepas Ghadafi dihambar keluar Tripoli barulah nampak apa sebenarnya yang wujud dibalik wajah revolusiner Arab.
    Ghadafi cuba merubah pemikiran Arab tanpa ilmu yang cukup. Belaiu bukan Syed Qutb mahukan Sheikh Yassin.
    Jika anda biaasa duduk dan soalt bersama anak Libya di kampus universiti barulah anda kenal apa itu Libya dan siapa sebenar Ghadafi.
    Alhamdulillah kematian Ghadafi mengurangkan diktator dan pembunuh kejam dari peta politik dunia Arab.
    Apa juga yang kita semua lakukan, kita akan dipertanggungjawabkan apabila di mahsyar kelak.
    Ghadafi dan pembunuhnya juga sama. mereka akan dibicarakan bersama-sama pembaca yang penulis komen.
    Hanya mereka yang yang beriman kepada ajaran Nabi Muhammad boleh menjamin kehidupan selepas ini.

    BalasPadam
  12. aku tau lu tibai siapa... lu tibai itu nasarudiin hassan... kakhakha

    hanya yg rajin membaca yg tau kesah sebenar...kahkah

    salute lu bro

    BalasPadam
  13. kapitalis pun ok apa.. dgn sistem ni, dapat la gak kite tgk org melayu kaya raya.. daripada sosialis, kebajikan misti xda melayu kaya.. melayu kan suka ada tongkat, xbole jalan sendiri.. jadi kita sokong UMNO la, drpada nampak cukong ja kaya.. baik kite nmpk ade melayu sket kaya.. appa la sosialis, kebajikan ni.. mau senang, usaha sendiri la.. lu xda duit, mintak sedekah la..

    BalasPadam
  14. ALLAH MENJANJIKAN MENANGNYA ISLAM10 November 2011 pada 11:12 PTG

    TT,

    DUNIA MASA PERANG DINGIN TERBAHAGI KPD 2 BLOK, BLOK KAPITALIS BARAT (KEBENDAAN MEMPERHAMBAKAN MANUSIA) DAN BLOK KOMUNIS TIMUR (KEBAJIKAN ALA-SOSIALIS). SEBENAR SEJAK ZAMAN BERZAMAN, MANUSIA TERBAHAGI KPD 2...
    ZAMAN NABI, DUNIA TERBAHAGI KPD EMPAYAR ROM BARAT (FALSAFAH YUNANI) DAN EMPAYAR PARSI (MENYEMBAH API), DAN ISLAM MUNCUL MENGALAHKAN KEDUA2NYA...

    1945-1994 TAK BOLEH DINAFIKAN, KUASA ISLAM TULEN DI AFGHANISTANLAH YG MENEWASKAN SOVIET YG MEMBAWA KPD RUNTUHNYA EMPAYAR SOVIET... MAKA U.S MENGATUR LANGKAH CUBA MEMUSNAHKAN PUAK ISLAM TULEN INI... SEDANGKAN U.S JUGA EKONOMINYA SEDANG DI MAKAN ANAI-ANAI...RAPUH. ADA SESETENGAH PENTAFSIR YG MEGGELARKAN U.S MENEPATI SBG DAJJAL KERANA PERANANNYA, DAN PANGKALAN TENTERANYA YG ADA DI SELURUH DUNIA SERTA KEMAHIRANNYA MEMBUAT BARANGAN SEBAGAIMANA DLM SURAH AL-KAHFI. SBG ORG ISLAM, YAKINLAH HADIS RASULULLAH SAW, “Kalian akan perangi jazirah Arab sehingga Allah memenangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Persia sehingga Allah memenangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Ruum sehingga Allah memenangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Dajjal sehingga Allah memenangkan kalian atasnya.” (HR Ahmad)

    BalasPadam
  15. Makin tajam mata pena orang tua nie...

    BalasPadam
  16. penulisan tukar tiub sentiasa memberi pencerahan yang amat...Najitahnya...wahai semua pewaris Rosli Dhobi ayuhh bangun kalian semua...lawan kapitalis di malaysia...ini seruan dari anak kedah...berhingus tetapi bersemangat..

    BalasPadam
  17. Peranan CIA memang tidak dinafikan..iaitu apabila para pemimpin yang kejam ini memberikan pretext atau laluan kepada mereka mengaplikasikan taktik dan strategi untuk menguasai negara mereka. Kalaulah pemimpin diktator ini macam Saddam tidak berperangai pelik...dan ganas sudah tentu CIA sukar mendapat laluannya...
    Kesimpulannya salahkan Amerika satu pasal...tetapi salahkan para diktator ini satu pasal lagi...
    Pemimpin mesti adil dan bijaksana...peribadi mestik baik..jangan hanyut..

    BalasPadam
  18. dei, tak yah la pandang kisah lama citer Islam pukul roma atau parsi. lihat la pada nasib anda di sini sejak 500 tahun belum bangun-bangun. atau lihat saja khalifah depan mata anda ini yg disembah macam tuhan

    itu la tulah melayu yg dah kena nasi kangkang sejak 50 tahun dulu dek pemuka melayu berbakakan islam thogut di kelentong ingerris. bermazhab lak sunnah wal rasuah dgn seribu bidaah tak diajar nabi sw.

    yg bangga cakap pasal Islam ni lebih baik ambil syahadah atau sunat sekali lagi la kah kah. gerak anda di luar kotak Islam semuanya batal baik pada feqah apa lagi pd ideologi. tak ceye, tanya lim guan eng kah kah

    ceh kena tipu nak loghat pulak pasal Islam boleh bubuh sosialisme, kapitalisme, komunisme. nak buat hudud pun mcm maloan bangsat melutut kat kutty, kat karpal!! ante bangga ke jadi melayu Islam di sini? dulu ada abuya ante kata dia sesat. hari ini ada tok nik ante panggil dia hantu ulama politik. sedar la pariah melayu, your leaders have no political will dan ante pulak no agama will kah kah...kalau ante ada agama will ante sudah lama hantuk kepala kat jamban kah kah sebab ummah di msia has no material wealth and spiritual gut to revolt or jihad.yg msia ada ulama muda 40 penyamun makan hasil haram rejim thogut! tak caye gak? tanya kat lord reid kah kah

    tt, better suggest them go pondok and zuhud kat batu caves la and let them see what Islam can do to unravel the bloody mess created by their moslem leaders. i can only see bala daaa, not any glory!!!

    ps: khabonya Islam akan menang selama 40 tahun je, itu pun melalui Isa dan Mahadi, pas tu fakir semula seperti asal.

    BalasPadam
  19. assalamualaikum, dah lama sy tak ke lmn tt, cuma nak komen pencerahan tt yg x begitu tpt mengenai islam.

    seolah2 tt tidak dpt terima kebijaksanaan kepimpinan islam.

    osama bin ladin n mujahidin islam tidak mempunyai senjata utk melawan soviet union yg pd ketika itu mempumyai kekuatan senjata yg canggih terpaksa menyebelahi cia utk dptkan maklumat risikan kerana dgn cara itu dpt melemahkan n mengalahkan tentera n pengaruh komunis

    apabila soviet union berjaya d halau keluar n berjaya menumpaskan pengaruh komunis pimpinan najibullah yg ada di dlm negara , afghanistan d bawah pemerintahan taliban telah berjaya memerintah dgn ekonomi islam, sehingga ia d cemburui oleh kapitalis amerika.

    selepas pengunduran tentera komunis( soviet ), al qaeda ( osama )tidak lg bersekongkol dgn cia.

    amerika yg berdendam dgn osama telah membuat propaganda yg d sampaikan melalui media termasuk media negara ini megatakan islam itu pengganas.

    dgn alasan inilah, maka negara ini d hancurkan melalui kelulusan pbb. dgn alasan yg sama juga iraq d jatuhkan n bakal menanti iran.

    BalasPadam