Rabu, 23 November 2011

BERITA AMAT PELIK



BERITA SEDIH TAPI AMAT PELIK



ANGGOTA POLIS TERBUNUH DALAM KEJADIAN LANGGAR LARI – berita hairan

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut dalam kejadian langgar lari di Jalan Syed Putra berhampiran Pusat Beli Belah Mid Valley Megamall di sini, awal pagi semalam.

Ketika kejadian jam 6.40 pagi itu, Md Nor Shukor, 57, yang bertugas di Cawangan Risikan dan Operasi (D4) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, dikatakan dalam perjalanan ke pejabatnya untuk menghadiri mesyuarat.

Mangsa yang berasal dari Alor Gajah, Melaka dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu laju dari arah belakang. Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian yang menimpa anggotanya supaya tampil untuk membantu siasatan.

“Pihak kami menyerahkan siasatan kepada Polis Trafik Kuala Lumpur dan sehingga kini mengklasifikasikan kes itu sebagai langgar lari,” katanya.

NOTA:
al-fatihah dan segala simpati kita sampaikan
kepada keluarga yang malang

tetapi
cuba baca sekali lagi berita ini
inilah contoh laporan berita oleh wartawan
akhbar arus perdana di malaysia


persoalan:
adakah yang dilanggar ini berjalan kaki?
adakah menaiki kereta?
adakah menaikai motosikal?

berita ini tidak lengkap
melanggar semua hukuam asas mebuat berita

pemberita cabuk itu satu hal
yang lagi cabuk ialah penyunting berita ini
tak kan tak baca?

lalu timbul persoalan
apakh ini kes bunuh
atau kes langgar lari?

ketua polis minta bantuan orang ramai
tapi maklumat tak lengkap
macam mana orang ramai nak bantu?

ngooook!


9 ulasan:

  1. Yang buat laporan tu bukan perBERITa
    tapi pemBELITa da...

    BalasPadam
  2. tt, itu pasal lain kali jangan baca berita kat meloya & berita hairan. boleh bikin darah mendidih.
    tak cukup maklumat tu satu hal, yang lapor berita salah memang kerja depa hari-hari.

    BalasPadam
  3. Apalahlah lu bro TT, sesuai la dengan tema akhbar tuh "BERITA HAIRAN" utk menghairankan masyarakat... kah-kah-kah-kah...

    BalasPadam
  4. berita hairan,berita hairan.. hairan aku...
    aku baca pon tertanya2.. polis ni jln kaki ke, naik eskelator??
    ape2 pon takziah bg keluarga mangsa..
    wartawan hairan fuckoff..!
    `ptrjya`

    BalasPadam
  5. Al-Fatihah.Tak pencen lagi ke Allahyarham.

    BalasPadam
  6. salam bro TT
    berkaitan berita ni memang x lengkap..
    tapi maafkan kawan saya si penulis berita ni..
    dia masih dalam proses belajar..
    dia budak praktikal kat berita harian ni..
    so nanti saya akan cuba tegur dia ttg corak penulisan sebegini

    BalasPadam
  7. TT, anda lupa, menghadiri mesyuarat pukul berapa? 6.40 pagi. Diorang masuk kerja pukul berapa? Cuma pertanyaan kerana mungkin mereka masuk syif awal. Pertanyaan inilah sepatutnya juga ditanya pemberita.

    BalasPadam
  8. tak boleh bagitau maklumat lebih2 sangat...
    sebab akta rahsia rasmi osa...

    contoh: bro tt sedang di kotaraya kuala lumpur jalan2 cari makan... suatu ketika menyusuri jln bkt bintang ada 2 ekor babi, eh orang, berlari2 agak laju masuk kereta lalu berdesup blah... tt tak perasan muka 2 ekor tu sebab depa berlari2 bapakbudak bukan berlari2 anak atau berjalankaki manman mcm tt... tapi tt nampak la kereta tu jenis proton perdana warna hitam serta nombor plet... tt takde la ambil pot lebih lanjut sebab bukan jenis keypoh tak boleh tengok org berlari masuk kereta pulak... jadi bila dah kenyang makan tt balik rumah... tidor... esok buat benda lain atau ulang gayahidup sama... cuma kali ni ada berita hairan yg dibeli dan dibaca org meja depan tu terpampang pulak mukadepan betul2 depan mata tt... lalu tt baca laporan ada rompakan hari sebelumnya dari sebuah kedai emas di "sebuah gedung belibelah terkemuka" di kuala lumpur... polis pun mintak sesiapa org awam yg ada maklumat utk tampil membantu...
    lagi sekali tt tak ambik pot sebab seperti pembaca berita hairan lain, dia tak tau pun di mana sebenarnya rompakan itu berlaku... walaupun sbenarnya 2 ekor lari dgn proton perdana tu lah malaon yg lari lepas merompak!

    -average joe-
    www.klakka-la.blogspot

    BalasPadam
  9. Tuan,

    Rasa rasa saya baca kertas berita dikedai kopi ada tulis jenis kenderaan. Yang tuan petuk tu ditalian ke?

    Mery

    BalasPadam