Jumaat, 18 November 2011

BERITA DADAH YANG AMAT PELIK




MALAYSIA DI SERANG DADAH






KASTAM RAMPAS MIKROFON SYABU RM3.5 JUTA – berita hairan

Diseludup melalui kargo di KLIA

SEPANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas 15 kilogram (kg) syabu bernilai RM3.5 juta yang diseludup melalui kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Sabtu lalu.

Pengarah Kastam KLIA, M Govinden, berkata kejayaan itu diperoleh apabila anggotanya menahan kereta Perodua Viva dipandu lelaki berusia 24 tahun membawa tiga kotak berisi dadah berkenaan, jam 10 malam.
“Kotak yang dibawa dari China itu diisytiharkan sebagai alat pembesar suara tetapi apabila dibuka terdapat amplifier dan dalamnya ada paket berisi syabu.

“Perkara ini sangat membimbangkan kerana gejala penyeludupan tidak lagi terhad kepada penumpang yang menaiki pesawat tetapi sudah berubah menggunakan kargo,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, penahanan lelaki terbabit membawa kepada penangkapan tiga lagi lelaki berusia antara 23 hingga 51 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori.



APA JADI DENGAN WARGA IRAN INI?



NOTA:
kita selalu terbaca tangkapan demi tangkapan
kita baca warga iran di tangkap
kita baca warga nigeria di tangkap
kita baca warga india di tangkap

dada berjuta juta ringgit diseludup masuk

yang menghairankan
tak ada pula berita penyeludup ini dibawa ke mahkamah

bukan kita sahaja yang hairan
kedutaan iran pun hairan sama
mereka hairan kerana mereka tahu warga iran yang menyeludup
ini memang dari jaringan jahat di iran
tapi kenapa tak ada yang dibawa ke mahkamah?

ada macam bau tikus mati disini
ada sesuatu yang telah di kautim ke?
kah kah kah




TUNAI INI DULU SEBELUM PRU 13



6 ulasan:

  1. tengok saje muka IGP dan timbalannya...muka macam ni boleh percaya ke ?? kes lembu shahrizat pon tak daya nak siasat atau ambil tindakkan undang2, apalah lagi dengan kaki2 dadah Iran and black money Nigerian...mungkin IGP dapat formula cuci wang dari Nigerian kot !!

    BalasPadam
  2. sama le TT dengan tangkap GRO, balik balik dok tunjuk GRO berderet kena tangkap tunduk rambut tutup muka, takpun guna utuporno tutup muka.

    jarang jarang tunjuk bapak GRO takpun tokan takpun tokey tempat tu kena tangkap ataupun guna utuporno atau berita hairan tutup muka....

    BalasPadam
  3. Sahabat,

    meniaga shabu lagi untung dr meniaga lembu bro. Meniaga benda2x haram nie memey buat duit. Mcm 4D sekali bikin special draw berapa juta masuk? Itu yg halal, kalu yg haram? Berapa juta-juta pulak? Bookie bola lagi?

    Aku rasa kalu kita bikin free drug, free sex mcm kat holland lu rasa kita ada budak jahat tak? Ada buang anak tak?

    Malaya nie pelik. Pelik pasal repoter2x kat media perdana dan tokey2x media rasa diri mereka tu cerdik sgt. Termasukla KPM dan menterinya. Ingat org malaya nie sekolah tak habis.

    BalasPadam
  4. lesap dengan bahan bukti sekali ke?

    BalasPadam
  5. Tangkap utk tunjuk PDRM buat kerja. Lepas tu bebaskan dan jual barang bukti tu dapat duit utk bagi bagi sesama depa. Puluh puluh juta duit tu boleh bagi bagi bro. PDRM pun ramai hisap syabu bro. Bahkan Menteri UMNO dan Anak Menteri lagi kuat hisap Syabu. Nak tau tanyalah Shahidan Kassim dgn Anak dia. Arwah Noritta Shamsuddin mungkin tau rahsia.

    BalasPadam