Rabu, 23 November 2011
INI TULISAN YANG TIDAK BERSUNAT
NOTA:
ini tulisan terbaru
yang sedang disiarkan
dalam suara keadilan
ini akhbar mingguan
parti keadlian rakyat
saya bukan ahli parti
saya menulis untuk
mengembangkan demokrasi
apa yang telah berlaku dalam
tulisan ini ialah:
ayat akhir - yang saya hitamkan-
telah dipotong - untuk saya inilah
ayat yang paling penting untuk
merumus apa yang saya fikirkan
melupuskan ayat ini bermakna
melupuskan isi hati tulisan saya ini
tulisan sebagai satu kerja seni
memiliki isi hati
tulisan tanpa rasa hati
adalahb tulisan tidak jujur
saya tidak pernah menulis
pekara yang tidak saya yakini
dalam masa yang sama saya pulangkan
isu ini kepada para pembaca untuk
menilai apakah - ayat itu wajib dipotong
atau tidak harus dipotong
apa yang tuan taun baca ini
adalah integeral
tidak disunat
malah ada banyak salah ejaan
yang menjadi syle tukar tiub
selamat membaca
dan sila fikirlah masa
hadapan kita bersama parti keadilan rakyat
adakah media akan bebas atau terus membodek!
INI DINAMAKAN BERSUNAT
SELAMAT BERKUMPUL DAN BERBINCANG
Sekali lagi aktivis, simpatisan, penyokong, ahli parti dan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat akan berkumpul untuk berkongres. Kali ini saya difahamkam di Johor. Wilayah ini sengaja dipilih kerana Johor ialah kubu kuat musuh. Saya rasa pemilihan ini cukup tepat. Sekali sekala gerombolan musuh ini wajib diserang dari dalam bilik tidor mereka sendiri.
Kerana bukan ahli parti, saya hanya berlapang untuk mengikuti tiga kongress tahunan PKR. Tiga kongress yang saya ikuti ini adalah tiga wilayah yang berbeza tempat, berbeza iklim dan suasana politik. Di Ipoh – didalam Tok Pekong , di Kuala Lumpur di Hotel Istana dan di Kota Bahru – dalam bangunan yang indah lagi empok.
Saya juga turut serta campur ketika merancang program pelancaran pergabungan Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia pada tahun 2003 dahulu. Pelancaran pergabungan untuk meresmi dan merayakan kelahiran Parti Keadilan Rakyat. Babak bersejarah ini dijalankan di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur.
Dihari pelancaran itu saya merasakan suasananya tidak bagitu gah. Ini kerana dari pemahaman politik – saya anggap pergabungan ini adalah penggalangan barisan bersatu untuk membuka jalan ke arah Demokrasi Baru. Saya agak kecewa apabila ternampak masih banyak kerusi kosong di dalam dewan. Hari ini saya berani berkata yang datang pada hari itu adalah penyokong setia Anwar Ibrahim yang kebanyakan ialah Mak Cik Mak Cik. Mereka merasa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah telah dizalimi. Kumpulan kedua terbanyak ialah penyokong setia gerakan Reformasi Jalan Raya. Ini kerana mereka mahu meneruskan gerakan politik di jalan raya untuk menjatuhkan United Malay National Organisation.
Wajib dicatitkan dalam sejarah bahawa ada dua kumpulan yang tidak bersetuju dan selesa dengan pergabungan. Kumpulan yang tidak bersetuju ini memiliki hujah politik masing-masing.
Ada kumpulan yang tidak meminati Parti Rakyat yang dianggap kiri dan merah. Ada juga yang menganggap parti Keadilan Nasional hanyalah serpihan dari gerombolan United Malay National Organisation. Malah Anwar dengan geng gerombolan United Malay National Organisation akan meninggalkan PKR bila keadaan dan suasana politik baru muncul.
Pada hemat saya , menganggap anggota Parti Keadilan Nasional sebagai serpihan gerombolan adalah fakta yang amat tepat. Menganggap Parti Rakyat memiliki lengok kiri juga agak tepat. Tetapi menuduh PRM sebagai merah agak keterlaluan. Ini samalah seperti berhujah bahawa Mawi ini sama setaraf dengan Bob Dylan. Atau menganggap Zainal Kling itu setaraf dengan Noam Chomsky. Ini anggapan yang amat meleset. Kenyataan ini bukan propaganda. Ini kenyataan bodoh.
Kemudian mari kita beralih ke Tok Pekong di Ipoh Perak. Untuk saya Kongress PKR di Ipoh ini adalah kongress yang bersejarah. Ini adalah kongress pertama sesudah pergabungan. Kongress ini amat kritikal kerana masih ada saki baki dan bengolan-bengolan yang menentang pergabungan menjalar liar didalam parti. Tungggul tunggul yang menentang pergabungan ini masih mencuba ‘ last kopek’ mereka. Di Ipoh bengolan dan tunggul-tunggul ini ditewaskan sekali lagi. PKR sesudah kongress di Ipoh dilihat semakin mantap. Di kongress ini juga Anwar Ibrahim untuk pertama kalinya muncul sesudah dia dibebaskan dari penjara.
Kemudian Kongress Seremban dan di Pulau Pinang. Saya tidak ambil pot. Saya kembali mengikuti Kongress Hotel Istana di Kuala Lumpur. Kongress ini sebelum piliharaya umum 2008. Ketika ini hanya Wan Azizah seorang sahaja yang menang di Permatang Pauh – YB yang lain telah kaput. Malah ketika kongress ini dijalankan ramai juga yang telah mula menjauhkan diri dari PKR.
Saya masih ingat lagi di sesi penutup di Hotel Istana, Anwar Ibrahim telah berkata bahawa pilihanraya yang akan datang ini parti akan cuba menyediakan dana untuk duit cekeram bakal calon. Ini dapat tepokan gemuruh. Yang lainnya saya tak ingat. Mungkin tidak apa yang penting lahir dari kongress ini.
Kemudian Anwar berhijrah ke Amerika. Lalu timbul kesah kesah dari Haji Desas dan Lebai Desus yang berceloteh mengatakan bahwa Anwar sebenarnya sedang menunggu masa untuk dipanggil kembali memimpin United Malay National Organisation. Ketika ini Wan Azizah bersaorangan di Parlimen. Saya perhatikan bahawa ombak jalan raya telah mundur, ombak melawan juga telah kendur malah semakin ramai yang mula mengundur diri.
Anak anak muda yang dulunya hebat di jalan telah jatuh cinta dan ingin berumah tangga. Yang telah kahwin kini menjadi ayah dan ibu. Ramai juga yang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian kini ingin memulakan penghidupan baru. Sayugia diingati, untuk saya mereka bukan meninggalkan perjuangan tetapi tidak lagi menjadi barisan hadapan.
Justeru, jangan silap tafsir mereka yang mengundur ini bukan seperti watak yang lari dengan kotak-kotak. Atau yang lari kerana kurang kaseh sayang. Yang lari dengan kota-kotak ini adalah langau dan lalat. Mereka keluar berbondong-bondong meninggalkan PKR untuk kembali berkumpul menghidu taik dan bangkai dengan harapan mendapat projek dan kontrek.
Kemudian Anwar Ibrahim pulang dari Amerika untuk aktif sekali lagi. Anwar Ibrahim yang telah bebas semenjak 2003 kini telah menjadi propagandis yang ampuh untuk PKR. Ceramah dan rapat-rapat Anwar dikatakan sebagai lautan manusia. Dimana sahaja Anwar berceramah beribu-ribu warga datang mendengar. Ini ‘hadis-hadis ‘ yang saya dengar tentang Anwar Ibrahim dari Tok Perawi yang saya anggap berat sebelah.
Untuk mensahehkan ‘hadis’ ini saya telah pergi melihat satu ceramah Anwar di Telok Intan. Pada malam itu saya melihat lebih dari 15 ribu warga telah turun mendengar ceramah Anwar. Ceramah malam itu cukup hebat. Bukan orang Melayu sahaja yang datang. Ada dua tiga kerat Apek berseluar pendek dan Amoi cun kelihatan dalam padang ceramah. Untuk saya ini adalah pertanda baik. Ombak rakyat telah mula bergelora sekali lagi walau pun tidak sehebat zaman Reformasi. Saya tersenyum puas kerana Anwar Ibrahim telah menghuru harakan kestabilan katil empok United Malay National Organisation.
Semakin dekat pilihanraya semakin kuat ombak rakyat. Saya mula melihat bahawa satu ledakan akan berlaku. Kali terakhir sebelum PRU12 saya telah datang ke satu ceramah Anwar di Badar Tun Razak. Di ceramah ini untuk pertama kalinya saya melihat kehadiran warga China dan India dalam ceramah dengan ramai.
Betul. Tepat. PR12 teklah membawa ledakan. Justeru saya memaksa diri untuk wajib hadir di Kongres PKR di Kota Bahru. Saya ingin merakam susana PKR sesudah PRU12. Saheh – saya katakan kongress di Kota Bahru ini adalah kongress kemenangan. Saya melihat muka muka lama muncul kembali. Saya tak sangka rupa-rupa ramai juga Datuk Datuk ori dan Datuk Datuk beli yang mula merapati PKR. Di Kota Bahru saya mula melihat jantan gemok berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang semakin ramai datang. Saya juga mula melihat muka-muka ‘towkay’ dan ‘bakal towkay’ bersiar-siar menunjukkan muka dan bersalaman seperti mereka baru pulang dari Mekah.
Saya minta maaf kalau apa yang saya tulis ini agak sinis. Tetapi lebih baik saya menulis dengan jujur. Seribu tahun dari hari ini anak cucu ciit kita akan melihat kembali jalur pensejarahan kita sesama kita. Cuci cicit kita akan menilai dimana kita betul dan dimana kita salah. Ini untuk tauladan atau sempadan buat mereka
Ingin saya ingatkan untuk yang akan dan sedang berkongress di Johor bahawa jangan sesekali lupa bahawa PKR memiliki tradisi politik jalan raya. Sejarah Parti Keadilan Rakyat adalah sejarah jalan raya . Parti Keadilan Rakyat bunting, lahir dan dibidani diatas jalan raya. Malah disini ingin saya ingatkan bahawa kemenangan pada 8 March 2008 dahulu adalah hasil gerakan dan ombak jalan raya.
Jangan lupa sebelum PRU 12 – para peguam telah turun ke jalan raya. Jangan lupa sebelum PRU 12 Bersih telah turun ke jalan raya. Dan ombak yang paling besar ialah ombak jalan raya yang dibawa oleh Hindraf. Ombak-ombak inilah yang menenggelamkam hegemoni United Malay National Organisation pada PRU12.
Untuk mereka yang kurang arif dalam politik jalan raya biar saya beri kuliah pendek disini. Politik jalan raya ini adalah politik yang paling demokratik. Hanya jalan raya sahaja yang berkeupayaan membuka ruang demokrasi untuk pengdemokrasian yang lebih kuas . Revolusi Peranchis 1789 dibuka dengan politik jalan raya. Revolusi Amerika 1776 mengembang melalui politik jalan raya. Revolusi Bolshevik 1917, Revolusi Tiongkok 1949, Revolusi Iran 1979 – adalah contoh dimana jalan raya telah membuka ruang demokrasi.
Kali ini Kongress PKR di Johor pasti akan menjadi besi berani yang akan menarik datang segala macam jenis manusia dan orang. Segala jenis macam doktor dan bomoh. Dari Doktor Batu, ke Doktor Kambing dan Doktor Ayam yang akan datang berkongress. Kongress ini juga ialah masa terbaik untuk jantan berperut gendut dengan batik lengan panjang untuk mencium tangan pemimpin dengan harapan akan mendapat kerusi pencalonan. Di kongress ini juga akan dilihat Pak Angguk dan Pak Bodek bermain sandiwara untuk dilihat bijak dan pandai.
Saya berani berkata sedemikian – bukan kerana saya ingin membuat onar – atau saya berkempen untuk menjadi calon di Gombak. Saya berkata sedemikian kerana saya telah melihat tiga bulan kebelakangan ini dibeberapa forum terbuka telah mula dihadiri oleh muka yang ‘bukan-bukan’ terutama jika ada pemimpin parti hadir sama. Muka yang ‘bukan-bukan’ ini ada yang datang dengan baju batik berlengan panjang dan ada yang berjaket dan berdasi. Malah muka yang ‘bukan-bukan’ ini telah bangun menunjukkan diri dengan ‘soalan yang bukan-bukan’ juga.
Saya menjadi tidak jujur kalau saya juga tidak menulis bahawa kongres di Johor ini nanti akan memperlihatkan satu lagi fenomena baru. Fenomena yang saya maksudkan ini ialah fenomena ‘ganjil’ anak anak muda. Kalau di zaman Reformasi dahulu cita-cita dan akidah pejuangan anak muda ialah membuat apa sahaja usaha untuk menjatuhkan United Malay National Organisation.
Kali ini – dari pemerhatian saya - telah muncul beberapa kumpulan anak-anak muda yang sedang menyediakan diri untuk dipilih menjadi calon. Saya perhatikan mereka sedang berusaha membuat apa sahaja – termasuk membodek dan tidak berani bercakap benar – asalkan dapat menjadi calon. Jika anak anak muda mula dibungkus dengan budaya ‘ingin jadi yb’ sebagai matlamat perjuangan maka menegak keadilan hanya retorik. Jika ini menjadi budaya – sekali lagi Anwar masuk penjara mungkin ada hikmahnya.
Selamat berkongress. ( TT)
salam semua
BalasPadamkita tengok lepas ni adakah suara keadilan akan ban tt pula
biasalah tt, kalau kita tulis tapi editor potong, kita sebagai penulis apa boleh buat. tak adil tapi itu kuasa mereka. aku tak kata editor betul tapi itulah nasib penulis.
kalau ban, aku stop beli suara keadilan pasal aku beli pun pasal nak gunting artikel tt dan simpan elok2 dalam fail.
lain2 berita politik boleh surf blog. sama saja.
f.e.d sg. buloh
amat diharap2kan:
BalasPadam-anwar masuk penjara semula
-pakatan kalah teruk pada pru13
-msia menjadi negara kukubesi a.k.a barua Amerika dan Israel tanpa selindung2
barulah rakyat msia dpt sepenuhnya ditransformasikan menjadi robot.
betul ayat yang dipotong itu adalah isi hati tulisan ini.
BalasPadamkesimpulan dari kisah2 di atas terdapat dalam ayat yg telah kena sunat itu.
diharapkan tok mudim ayat tersebut membaca blog tt. pasal aku pun nak dia tau, sila tinggalkan la budaya membodek macam united malay organization. apa guna sokong pkr kalau sama saje dgn umngok.
apa2 pun, PRU13 nanti aku akan cuba menyumbang kepada kempen ABU. asal bukan umno
Tuan TT,
BalasPadamApa bezanya PKR dan BN?? Bak kata saudara sendiri, macam Pepsi dan Coca Cola. Kalau setakat politik di Malaysia, baik tak payahlah Tuan. Ahli politik Malaysia sgt kurang ilmu pengetahuan berbanding negara-negara lain. Yang mereka nak cuma projek dan kontrek.
Oleh itu, marilah kita berterusan dengan jalanraya. Ini lebih tulen. Ini lebih telus.
Peringatan paling penting untuk golongan politik muda. Malangnya pesanan ini telah dibisukan.Mungkin juga editor tu "bangang" tak paham maksud tersirat. "nampak perkataan Anwar masuk penjara terus blackout". Ingatlah semua....semua yang berlaku dan tidak berlaku adalah dengan izin Allah jua atas apa yang kita usahakan. Ingatlah manusia itu merancang tetapi perancangan Allah akan mengatasi segala-galanya. Kita perlu bersiap sedia dalam semua keadaan. Jangan kita terlalu bargantung kepada makhluk/manusia.
BalasPadamkesian kat tt...rupanya masih ramai lagi yang tak berapa dapat tangkap apa maksud di sebalik ayat tt yg kena sensored tu.
BalasPadamapa pun, umno-bn mesti dihumban dalam pru13 nih.
gud job TT,.,
BalasPadam~ptrjya~
minta maaf cakaplaah aku memang tak beli paper suara keadilan ni...sebab aku rasa mereka terlebih isi kuah dlm pinggan nasi sampai tak lalu nak makan..sebab TT punye tulisan aku baca dlm internet je..budaya membodek pemimpin tu sama macam utusan meloya juga..sebab asal usul org2 ni dulunye 1 parti dgn org yg menulis dlm utusan meloya tu..
BalasPadamfauzighazli - kg sg mulia gombak
Saya mendoakan agar apabila PR dapat mengambil alih Putrajaya pada PRU13 nanti agar hubungan dengan negara Republik Islam Iran dapat di pereratkan lagi dalam menghadapi hegemoni Amerika Syarikat dan konco2nya.
BalasPadamaku sokong apa yang diharapkan oleh cahaya terang biar semua kita pakat2 padan muka horehoreeee...
BalasPadamaku sokong apa yang diharapkan oleh cahaya terang biar semua kita pakat2 padan muka horehoreeee...
BalasPadamaku sokong apa yang diharapkan oleh cahaya terang biar semua kita pakat2 padan muka horehoreeee...
BalasPadamTT, suara keadilan tu milik PKR dan ahli2 PKR tu bekas ahli UMNO. Tak ada bezanya kedua2 watak tu tetap membawa watak yang sama. Saya tak pernah percaya sejak PKR ditubuhkan Malaysia akan berubah jika yang memerintah ramai dari ahli PKR. Di antara PKR,PAS n DAP, PAS yg paling layak meneraju Malaysia kerana PAS kurang jahatnya berbanding dua parti tu.
BalasPadamLINGKUP PAKATAN RAKYAT...HA..HA..HA..LINGKUP...BIAR KEKAL BN...HIDUP MELAYU!!!! KAH..KAH..KAH...
BalasPadamAdalah amat menyedihkan bila ini terjadi.. bila budaya bodek membunga dalam sebuah parti baru yang bercita-cita menumbangkan parti jahil umngok. adakah sebab takut menegur, adakah sebab didalam itu disebut nama anuar.. kebanyakkannya ahli Keadilan adalah bekas parti Umngok, bila datang niat untuk berubah @ merubah mereka memasuki Keadilan, Tapi mereka terlupa meninggalkan budaya lama @ sudah sebati.... kesiannnn... kalau tak ditegur @ disedarkan, pasti Keadilan = Umngok.... dan rakyat yang menderita, kami pengundi baru, anak muda nak tengok pemimpin yang boleh menerima teguran, yang salah tetap salah, yang patut dihukum mesti dihukum... Kami bukan bodoh.. sebab kami adalah PENILAI....
BalasPadamkarangan ko dah lebih had jumlah perkataan tu. tu pasal la yang hujung tu kena potong.
BalasPadamhahaha
saya buat kesimpulan:
BalasPadam1. PKR ingin menggunakan anak-anak muda sebagai calon tetapi takut pada pengaruh anak-anak muda itu. Takut sekiranya yang menjadi calon itu digugurkan, ia akan mempengaruhi ramai anak-anak muda tidak menyokong PKR.
2. PKR kekurangan calon sehingga terpaksa menyuapkan retorik kepada anak-anak muda hanya menjadi calon, ia akan menjadi perjuangan.
3. TT kecewa perjuangan jalanraya semakin dipinggirkan PKR kerana PKR menggalakkan anak muda menjadi calon dan bukannya mengerti erti perjuangan.
4. Suara Keadilan benar-benar berusaha untuk tidak mahu mengaitkan anwar dengan penjara.
5. Anwar benar-benar tidak mahu ke penjara walaupun kita semua tahu, dia benar atau tidak, dia tetap ke penjara.
allahuakbar3x!cayalah tt..wa tabik springggg!kah3x!!!
BalasPadamMana patut hentam kita hentam... Tapi jangan hang jadi macam Mat Ezam dengan Zul Nordin dah ler Kah Kah Kah
BalasPadamAduhai TT. Dunia ini adalah diwariskan kepada generasi muda. Biarkan mereka menjadi pemimpin sementara yang tua menjadi penasihat. Kalau nak harap kan orang tua (saluran 1 dan 2), pemimpin UMNO tutuh puki anak perempuan dan bini mereka pun, tetap mereka akan sokong UMNO juga..... sampai ke liang lahat.
BalasPadamDUIT ADALAH RAJA SEGALA KEJAHATAN.
BalasPadamYang angan angan siang malam nak ada kuasa, nak jadi YB ni semua jenis manusia tak berpendirian, tak bermaruah, tak reti malu, muka setebal kulit.
Manusia yang bole dibeli, boleh ubah pendirian dengan sekelip mata. Asia, orang Asia. Maaf tapi ini kenyataan. Take a step back, terima. Jangan taksub nak cerminkan luaran, external sahaja. Yang dalaman lagi penting. Tengok saja perlawanan bola baru ni, macam berperang kena naik kereta kebal. Padang kucar kacir. Memalukan.
Sepatutnya TT boleh menulis apa saja. Tak harus dipotong. APA GUNANYA? Apa gunanya penerbitan ^ cetakan sekiranya hanya untuk satu pihak?
Mana kebebasan bersuara sepenuhnya. Fuck laaaaaaaa.
Sedih baca tulisan miker. Yong dapat rasekan trend ini berlaku dlam keadilan bila chegubard kalah dengan sapa namatu yang rajin buat laporan polis...Hahaha ramai dinosaur pengampunathus sedang angan2 nak cari tempat selamat.
BalasPadameditor SK dah mula membodek kot?
BalasPadammungkin dia dok intai kerusi gombak? kah kah kah
Will power untuk menjauhkan diri dari budaya Gerombolan tidak hadir di kalang majoriti ahli PKR sebab asal-usul mereka adalah dari sana.
BalasPadamTidakkah PKR mengambil kira pemerhatian TT tentang adanya fenomena anak muda yang sibuk nak menawar diri itu? PKR harus berjaga-jaga anak muda seperti Saiful al-Jubur telah berjaya sibuk nak tolong AI tetapi dia yang sanggup menjadi cerita yang dia diliwat dan membuat AI terperangkap dalam satu suasana yang melelahkan. Nanti anak muda itu, katakan diberi peluang menjadi YB, tetapi kelak akan membuat kecoh/huru-hara dalam banyak bentuk.PKR mesti ingat UMNO akan pasang banyak jerat dalam PKR sebagai persiapan untuk menhancurkan PKR. Jerat-jerat itu ramai yang tak nampak melainkan orang tertentu seperti TT. Lihat jerat sebelum ini seperti malaon Zul Bisul, Zahrain Obes, Gopala Gila dan Zaid Benggong antaranya, mula-mula berapi-api kemudian tu jadi pengkhianat PKR.
BalasPadamudah ku telek2... udah ku renung2...
BalasPadamadat kebiasaan akan diulang, kerana malaysia tidak mampu keluar dari perangai bodek, bercakap bohong, puji memuji, angguk mengangguk...
siapa berani melawan arus akan digelar pembelot... wlau pun perkara benar yg ingin disampaikan...
selamat berbaju batik berlengan panjang... dan selamat berperut gendut... dan bagi anak muda yg mabuk kuasa, selamat kebeliaan....
Salam waghis,
BalasPadamden setuju dengan ekau. hanya retorik ajoooo mereko ni. tengok apo dah jadi dengan kg baru, ramai ahli pakatan kek parlimen tak datang.
Menciiirittttttttttt lobehhhhhh lahhh depo2 niii.
Elok bonor nuar masuk balik penjaro.
Cilakoooo dan Hampehhhh hampehhhh botullll
Salam waghis,
BalasPadamden setuju dengan ekau. hanya retorik ajoooo mereko ni. tengok apo dah jadi dengan kg baru, ramai ahli pakatan kek parlimen tak datang.
Menciiirittttttttttt lobehhhhhh lahhh depo2 niii.
Elok bonor nuar masuk balik penjaro.
Cilakoooo dan Hampehhhh hampehhhh botullll
TT, jangan bimbang.Orang dari dulu tak yakin dengan PKR, tapi kami dari Permatang Pauh adalah manusia yang kebal. Tentera kami adalah untuk mempastikan gerombolan tidak dapat bangun lagi dan menobatkan Anwar sebagai PM, biar apa orang kata kami lebih mengenali Anwar dari seluruh rakyat Malaysia. Bila orang menibai Anwar dan PKR, kami disini tersenyum saja, sebab kami tahu rakyat Malaysia semua dah jadi lembu macam gerombolan.Kah..Kah..Kah.
BalasPadamisham ko masuk bertanding lah PRU 13 nanti atas tiket BEBAS.Ada harapan menang ni.Nanti dalam parlimen boleh duduk sebelah ibrahim Ali katak,zul nordin pejuang agama terbilang (itu pun kalau mereka menang lagi)
BalasPadamaku tekejut dalam ketawa...sudah dua kali tulisan pak cik dipotong..apa punyer tur?haha...
BalasPadamap yg aku cube sampaikan pada pak cik bkn lah niat aku membodek..aku cube myampaikan isi hati aku..banyak tulisan pak cik tntg politik,ekonomi sosial yg aku bace telah banyak meubah sudut pandangan aku..apa yg aku nantikan dari sudut pandanagn pak cik adalah tentang reformasi agama islam yg di bawa oleh afghani,muhd abduh dan iqbal awl 90 an...idea2 yg mereka bawa tidak terlihat di malaysia pada abad ini..untuk aku,sudut pandangan pak cik antara yg tpenting untuk mencabar pandangan aku tentang ajaran islam sebenar.
BalasPadamsuara keadilan da jdi cm utusan.hahaaa
BalasPadamaku tak risau pasal tulisan kau kena ban TT, tapi yg merisaukan budak muda dah mula membodek. dah perasan benda ni, tapi kau tau je la bila bercakap dengan orang totok parti ni. diajaknya bersilat lidah pulak. geng-geng skima ni mmg celaka.
BalasPadamSalam.
BalasPadamTahniah kepada abang Tukar Tiub kerana telah menjadi supernova writer. Baru acah sikit aje dah kena sunat. Silap-silap tak lama lagi kena gam. Ramai lagi orang United Malay National Organisation dalam PKR ni rupanya. Geng-geng dah lah bodoh, sombong pulak tu. Geng-geng yang lupa orang dah tak pakai dah media kuno macam akhbar bercetak tu. Takpa bang, mesej abang sampai jugak sebab blog ni. Selamat Maju Jaya.
pergh...... memang cun .... hip hip isham untuk artikel ni......
BalasPadam