Rabu, 16 November 2011

MACAM MACAM JENIS HAJI









ADA BERBAGAI JENIS HAJI


Apabila saya menulis atau memberi komen tentang agama , saya akan mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Ada yang menghantar surat membantah, ada yang merasa tidak puas hati dengan apa yang saya tulis. Malah ada juga yang mencaci dan mempertikai wujudiah saya. Ada surat yang datang melalui e-mail dan ada yang memberi komentar pada tulisan tersebut.

Kali ini saya ingin melakar pandangan untuk menerangkan kepada pembaca kenapa saya memberikan pandangan atau komen tentang agama. Untuk memahami apa yang akan saya lakar disini saya meminta para pembaca berlaku jujur , ikhlas dan rasional. Kejujuran dan keikhlasan ini penting. Tanpa dua sikap ini agak susah untuk kita membawa pencerahan dihati dan pencerahan diminda. Sikap rasional juga wajib – kerana hanya dengan menggunakan fikrah yang rasional barulah kita memahami kedudukan sesuatu pekara tanpa menjadikan diri kita Pak Turut atau Pak Anguk.

Untuk memulakan wacana ini mari kita mengingati kembali berita Rosmah dan Najib naik haji. Untuk penganut agama Islam – rukun haji ini ialah rukun kelima dalam ajaran Islam. Jadi berita – orang pergi Mekah naik haji - bukan sesuatu yang menghairankan. Tetapi berita Rosmah dan Najib naik haji ini agak berbeza. Berita ini diheboh hebahkan ke seluruh negara – seolah-olah apabila Rosmah sampai di Mekah dia menjadi anak dara sekali lagi.

Berita Rosmah dan Najib naik haji ini terus menerus disiarkan di media arus perdana. Dalam masa yang sama – kerana saya tidak memiliki tv – saya hanya diberitahu - bahawa untuk beberapa kali Najib telah ditemubual oleh stesen tv secara terus menerus – ini sama seperti temubual Lady Gaga ketika membuat konsert di London untuk para peminat diseluruh dunia. Justeru, musim haji tahun ini amat heboh dengan hebohan yang maha heboh.

Dalam pengetahuan agama yang saya ketahui - wawancara di tv, gambar mengelilingi Kaabah, gambar makan dengan anak raja Saudi, atau gambar dirantai oleh soldadu Saudi ketika menuju ke Batu Hitam bukan sebahagian dari rukun Haji. Tidak ada ayat dalam kitab suci yang meminta media membontoti orang naik haji. Jika ‘ heboh-heboh ‘ ini bukan rukun haji maka kenapa kita disibukkan dengan berita Rosmah dan Najib naik haji seolah-olah mereka berdua ini baru sahaja menemui suntikan mujarab untuk melicinkan kedut muka.

Jawabnya cukup senang: Saya berani menulis disini bahawa pemergian Rosmah dan Najib ke Mekah tidak ada sangkut paut dengan rukun Islam yang kelima. Wow! Tidak ada sangkut paut dengan ibadah haji? Ini satu kenyataan yang akan pasti memanggil bayak surat kutukan dan cacian. Untuk memahami kenyataan saya ini biar saya terus berhujah. Dan para pembaca sila membuka fikrah serasional mungkin.

Saya amati menunaikan fardu haji kali ini bukan seperti arwah nenek saya pergi naik haji 50 tahun dahulu. Ketika saya membesar dahulu saya perhatikan bagaimana naik haji ini betul betul satu perjuangan spiritual. Satu displin diri dan satu pengorbanan kehidupan. Insan yang memasang niat hendak ke tanah suci ini wajib bekerja untuk menyimpan duit bertahun-tahun. Sebelum ke Mekah insan ini akan menjalankan seluruh kehidupannya berpandukan ajaran agama. Sedaya upaya insan ini akan menjauhi dari yang mungkar. Hidup insan ini hanya membuat amalan kebajikan sesama manusia. Justeru, melakukan ibadah haji di Mekah adalah kemuncak wujudiah setelah bertahun-tahun menyimpan niat suci ini.

Hari ini telah wujud apa yang saya panggil ‘ Haji Sponsor’ dan ‘ Haji Tiket Bertuah’. Haji Sponsor bermakna ada si Polan ini telah bernasib baik mendapat tajaan untuk pergi ke Mekah. Mungkin ada kontrektor Bumiputera Kelas F yang telah mendapat hutan balak atau telah berjaya menjual kontrek membuat masjid kepada seorang Cukong. Sebagai tanda bersyukur si Kontrektor ini menaja Tok Bilal dan Tok Siak di masjidnya untuk ke Mekah. Dalam dunia anak muda perbuatan ini tidak juah bezanya dari membelanja ‘member’ untuk pergi tengok wayang di Mid Valley.

Haji Sponsor ini pula tidak jauh bezanya dengan Haji Tiket Bertuah. Hari ini kita ada terbaca tentang cabutan tiket bertuah – tiket ke Mekah - sebagai tarikan agar ramai orang akan datang ke majlis politik. Selalunya majlis politik sebagini disusun oleh parti politik yang kurang mendapat sambutan orang ramai atau parti politik yang dibenci oleh rakyat seperti parti United Malaya National Organisation. Number bertuah yang dicabut akan membolehkan si pemiliknya mendapat tiket penerbangan percuma ke Mekah.

Tetapi ada satu lagi haji yang mungkin lebih hebat dari Haji Sponsor dan Haji Tiket Bertuah. Haji ini ialah Haji TM atau Haji Tahun Mengundi. Haji TM telah menjadi satu trend apabila sampainya tahun pemilihan pucuk pimpinan United Malay National Organsiation. Biasanya si Polan yang bernasib baik untuk mendapat Haji TM ini adalah ahl-ahli parti yang telah dipilih untuk datang mengundi di Perhimpunan Aggung di PWTC. Ahli-ahli yang bernasib baik ini akan dihantar lebih awal ke Mekah untuk menunaikan ibadah Haji. Mekah dipilih agar ianya dilihat ‘kosher’ atau halal. Memberi tiket ke Mekah ini tidak akan dilihat seperti memberi rasuah. Malah ianya dilihat sebagai kerja dan amalan yang soleh.

Setelah memahami jenis-jenis haji ini maka pasti ramai pembaca akan bertanya – jenis haji apakah yang telah dilakukan Najib dan Rosmah ? Saya rasa ianya bukan Haji Sponsor, bukan Haji Tiket Bertuah dan bukan juga Haji Tahun Mengundi. Haji yang dibuat oleh Rosmah dan Najib lebih sempurna dari semua genre haji-haji ini. Haji-haji yang lain tidak ada soldadu Saudi masuk campur. Tidak ada laporan media terus menerus. Tidak ada makan dengan putera raja.

Justeru saya genrekan haji Rosmah dan Najib ini sebagai Haji Nakempru. Dalam bahasa Jepun klasik perkataan nakempru - ワタシ - adalah kata sifat yang bermakna sesorang itu dalam keadaan yang kurang sehat. Malah di pulau-pulau di Selatan Jepun perkataan nakempru ini sering digunakan untuk menggambarkan ikan sakit yang terapung-apung bernafas dipermukaan air.

Untuk memudahkan lagi para pembaca memahami apakah dia Haji Nakempru - biar saya sunat dan Melayukan perkataan Jepun klasik ini. Saya cuba memberi makna Melayunya serapat mungkin agar maknanya tidak lari jauh. Nakempru ialah Najib Kempen Untuk Pilihanraya Umum. Justeru Haji Nakempru dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami ialah Najib sedang berkempen di Mekah mencari sokongan untuk pilihanraya umum ke 13. Faham?

Ada atau tidak sesiapa yang akan bertelagah atau berhujah dengan saya tentang Haji Nakempru ini? Atau ada sesiapa yang sanggup mengatakan apa yang saya tulis ini adalah ajaran sesat?

Saya pertahankan apa yang saya tulis ini kerana untuk saya amat jelas pemergian Rosmah dan Najib ini bertujuan untuk berkempen. Secara stratejik Mekah telah dipilih untuk dilawati kerana kota ini membawa aura kesucian agama, membawa aura berbadat dan dari apa yang saya difahamkan kota ini hanya boleh dilawati oleh mereka yang beragama Islam. Dengan satu lawatan ke Mekah sekali gus Rosmah dan Najib dibaca suci, dilihat beribadat dan akan dicap sebagai penganaut agama Islam.

Dilihat suci, beribadah dan terbukti sebagai penganut agama Islam ditujukan khas untuk Mak Cik Warong dan Mak Cik Felda yang selama ini telah terhakis keyakian mereka terhadap Najib dan Rosmah. Najib diyakini umum terlibat dalam kes pembunuhah Altantuya. Manakala Rosmah dilihat sebagai perempuan boros yang membelanjakan duit kerajaan sesuka hatinya. Juak juak yang merancang lawatan ke Mekah ini berharap melalui lawatan ini Rosmah dan Najib digambarkan seolah-olah mereka berdua ini telah bertaubat dari melakukan kejahatan.

Saya perkuatkan lagi pandangan rasional saya ini kerana sebelum membuat Haji Nakempru ini Najib telah melawat Baginda Queen Elizebeth. Pertemuan dengan Baginda Queen Elizebeth ini bertujuan untuk menaikkan prestige Najib sebagai seorang pemimpin negara. Berita terbaru dari Hawaii telah melaporkan tentang Najib sempat bersemuka dengan Obama. Bersemuka dengan Obama ini juga bertujuan untuk menaikkan prestige Najib kerana pada ketika ini Mak Cik Mak Cik Felda sedang melihat Najib sebagai mangsa Nasi Kang Kang Rosmah. Justeru, tidak mungkin mangsa Nasi Kang Kang dapat berjumpa Presiden Obama.

Dalam kes Haji Nakempru , kota Mekah ini sama peranannya dengan Buckhingham Palace di London atau pun Rumah Puteh di Washington DC. Bertawaf ditempat ini hanya bertujuan untuk memperbaiki imej Najib yang sedang nakempru – sedang nyawa nyawa ikan seperti kata orang di Selatan Jepun.

Saya akan menolak semua hujah yang melarang berita agama ini dari dibincangkan. Saya juga menolak kenyatan yang mengatakan hanya mereka yang tahu hal agama sahaja yang boleh memberi komentar tentang agama. Berita berita agama seperti berita Rosmah dan Najib telah masuk ke dalam ruang orang ramai. Maka , saya sebagai satu orang dari jutaan orang ramai itu berhak untuk bersuara. Malah saya juga berhak untuk bertanya apakah duit perbelanjan Rosmah dan Najib ke Mekah itu pakai duit sendiri atau merembat duit kerajaan. Jika menggunakan duit kerajaan maka hak dan saham saya untuk memberi pandangan melonjak tinggi.

Sama ada Haji Sponsor, Haji TM atau Haji Nakempru ini sah atau tidak sah bukan saya yang dapat memberi jawapan. Sebagai manusia saya tidak ada keupayaan untuk mengambil alih peranan Yang Maha Esa. Tetapi sebagai warga yang membayar cukai saya berhak mengeluarkan pendapat – walau pun pendapat ini tentang ajenda agama. Jika sesuatu pekara itu di bawa ke tengah pengetahuan umum maka umum boleh membincangkannya. Jika tidak hendak dibicangkan secara umum sila buat ajenda itu dalam kelambu tertutup dalam bilik yang gelap.(TT)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45

45 ulasan:

  1. Salam, Tuan TT
    "Nakempru ialah Najib Kempen Untuk Pilihanraya Umum"
    Betul apa yang tuan tulis... Pergi jalan-jalan ke Makkah untuk tunjuk pada rakyat, aku telah disucikan oleh ibadat haji...Mentang-mentang dia PM setiap masa ada siaran langsung dari Makkah.
    Walau bagaimana pun Allah SWT telah tunjuk kepada kita bila dia kata "Alhamdulillah selesai sudah ibadat haji" selepas dia bertahlul tetapi masih belum buat dua rukun haji iaitu tawaf ifadhah (Haji) dan Saie. Mereka juga belum menyelesaikan dua wajib haji iaitu bermabiq di mina dan melontar ketiga-tiga jamrah sekurang-kurangnya untuk hari ke 11 dan 12 zulhijjah dan masih lagi menjaga tiga pantang larang ihram.
    Petandanya ialah apabila PM dan Isteri mengatakan dia selesai buat haji pada 6 November (10 Zulhijjah) bermakna dia takfaham dan tak ada langsung pengetahuan tentang ibadat haji dan peniasihatnya pula "tak sihat",ibarat sokong bawa rebah.. Jadilah haji mereka sekadar haji hebahan sahaja...

    BalasPadam
  2. u nak surah kat sapa tt? kat melayu dah bongsai. kat ummah dah masai. kah jamil dah bonama kah kah kah

    how the malays can be easilty fluked by religion which they themselves had it cannot defined! how come tonggang-tonggek siang malam putting ass in the air but still pachucheng kah kah kah

    najib, u play-play with Allah u sure to get it sooner!!!!

    the only solution is revolusi mental (re:80's)when this failed this what u see today and days to come.

    BalasPadam
  3. MEMALUKAN ORG ISLAM DAN BANI MELAYU JE!

    peliknya itulah makhluk yg mereka agung-agungkan. memang dasar munafiq!! tonggang-tonggek siang malam masih tak reti mana nak letak aqidah. ikut logik kutty, pemimpin tak beriman adalah hasil dari tangan-tangan rakyat yg haprak kah kah

    dah kena kelentong kat omputih, kat abg misai pun boleh laku kah kah kah

    memang patut pun hantuk kepala kat jamban

    BalasPadam
  4. Salam

    Salah satu sebab selalu lawat blog TT nih kerana mampu buat sy terbarai... kah-kah-kah.... klass!

    BalasPadam
  5. woit, biarlah rakyat kureng iman,tapi jgn kalipah-teromapah lagi kureng. tapi rase-rasenye bani melayu yg terlalu kureng. apa taknya sana bongsai sini bonama! entah-entah dan terrrbantut dek kentut cukong kah kah

    BalasPadam
  6. dalam mastika,kalau org miskin pergi haji,usti kena tibai cow-cow...

    ada yg selipar jadi api la,lalat besar rimau la,lapar tahap kebulur la..

    org kaya pergi haji tak ada apa-apa pon?malaikat dah kena pau ke?

    BalasPadam
  7. salut tt.
    good point.

    yang paling aku menyampah, masa tengah wukuf di arafah tu sempat lagi bagi ucapan selamat hari raya haji kat rakyat malaysia live kat tv. bukannya nak duduk wukuf sambil beribadat & berdoa.
    citt... haji taik kucing la najib & rosmah.

    BalasPadam
  8. Begitulah Bro,ramai yang anggap bila pergi Mekah segala dosa telah disucikan seperti bayi yang baru lahir. Aku lebih suka haji ini dipanggil Haji Malberuk.

    BalasPadam
  9. Aku bagi 30A++ la TT kalo hang amik A-Level untuk subjek teras nak jadi ahli fizik. Kalo orang nak jadi doktor amik 3 subjek saja masa A-Level dulu, aku bagi 10A++ untuk setiap satu subjek yang hang amik sekali dengan IELTS/TOEFL markah penuh band 300 dan 30000! haha...

    kenapa aku guna angka 3 sebagai nombor rujukan, ada dalam kitab iblisiah.. carilah.. ia adalah ayat2 isim yang digunakan khas dalam bentuk 3 ini.. bukan 6, bukan 8, dan bukan 9...

    cerah secerahnya..

    - eugenist

    BalasPadam
  10. kesian najib...x sempat kursus hj gamaknya.....

    BalasPadam
  11. watak seorg pemimpin yg layak mempimpin rakyat;

    1. TAKUTKAN ALLAH!!!(byk pemimpin skng xde sifat ni)
    2. Lebihkan akhirat
    3. memandang berat dosa
    4. tidak taksub
    yg lain2 bleh laa tambah sendiri

    watak pemimpin skang:
    1. tak takut Allah
    2. hamba syahwat
    3. pengejar manfaat (cara haram)
    4. tidak amanah
    yg lain2 bleh laa tambah sendiri

    semua revolusi bermula dengan gerakan sebarkan fikrah (Perancis, Kominis, Nazi, Iran). Begitu juga Revolusi Islam.

    BalasPadam
  12. Mengikut seorang ustaz " Ibadah Hajj atau Naik Haji diperlukan ke atas seorang mukmin dewasa yang mampu (dari segi kesihatan dan kewangan) sekali seumur hidup. Nabi Muhammad sendiri melakukannya sekali saja pada – bulan Zulkaedah, tahun ke-10 Hijrah. Tujuan Hajj tidak lain kecuali mengingati teladan baik Nabi Allah Ibrahim tunduk kepada Tuhan. Hajj boleh dilakukan dalam empat Bulan Suci, iaitu Zulhijjah, Muharram, Safar dan Rabi’al-awal (bulan-bulan k-12, pertama, ke-2 dan ke-3). ‘Umrah atau lawatan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
    Ibadah hajj ini satu ibadah kepada Tuhan. Namun demikian, ibadah ini telah bertukar menjadi dosa syirik bagi kebanyakan orang Islam hari ini. Inilah sebabnya Tuhan telah membertahu kepada kita bahawa kebanyakan manusia tidak beriman (Quran, 12: 103), dan kebanyakan mereka yang beriman, tidak beriman tanpa menyengutukan Tuhan (Quran,12:106). Ingat apabila Nabi Muhammad baru wafat, Omar Ibni Khattab, Sahabat dan bapa mertuanya, kemudian menjadi Khalifah kedua, bangun di depan orang ramai dan mengisytiharkan bahawa beliau akan membunuh sesiapa yang mengatakan Nabi Muhammad telah wafat. Abu Bakr kemudian mententeramkan beliau dengan membaca ayat suci yang melarang beliau berbuat demikian. Demikianlah kecenderungan manusia untuk mendewa-dewakan pemimpin!"

    BalasPadam
  13. Mengikut seorang ustaz " Ibadah Hajj atau Naik Haji diperlukan ke atas seorang mukmin dewasa yang mampu (dari segi kesihatan dan kewangan) sekali seumur hidup. Nabi Muhammad sendiri melakukannya sekali saja pada – bulan Zulkaedah, tahun ke-10 Hijrah. Tujuan Hajj tidak lain kecuali mengingati teladan baik Nabi Allah Ibrahim tunduk kepada Tuhan. Hajj boleh dilakukan dalam empat Bulan Suci, iaitu Zulhijjah, Muharram, Safar dan Rabi’al-awal (bulan-bulan k-12, pertama, ke-2 dan ke-3). ‘Umrah atau lawatan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
    Ibadah hajj ini satu ibadah kepada Tuhan. Namun demikian, ibadah ini telah bertukar menjadi dosa syirik bagi kebanyakan orang Islam hari ini. Inilah sebabnya Tuhan telah membertahu kepada kita bahawa kebanyakan manusia tidak beriman (Quran, 12: 103), dan kebanyakan mereka yang beriman, tidak beriman tanpa menyengutukan Tuhan (Quran,12:106). Ingat apabila Nabi Muhammad baru wafat, Omar Ibni Khattab, Sahabat dan bapa mertuanya, kemudian menjadi Khalifah kedua, bangun di depan orang ramai dan mengisytiharkan bahawa beliau akan membunuh sesiapa yang mengatakan Nabi Muhammad telah wafat. Abu Bakr kemudian mententeramkan beliau dengan membaca ayat suci yang melarang beliau berbuat demikian. Demikianlah kecenderungan manusia untuk mendewa-dewakan pemimpin!"

    BalasPadam
  14. Sokong TT, bila kita pegi haji, nyawa kita terletak di tangan Allah Taala. Kita yakin akan dia menjaga keselamatan kita dan bertawakkal. Buka macam Haji Nakempru tu. Buat haji suruh orang kepung dia kiri kanan. Dia takut kat Altantuya ka?

    Selain dari Haji Nakempru, ada juga kempen Mydinkempru. Muhyiddin dok sibuk tabur duit sekolah Rm100 seorang pelajar. Bajet belum lulus di parlimem dia sudah guna duit rakyat macam duit bapak dia. Atau takut kes lembu gila ternakan Shahjilat ke?

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Niat seseorang hanya Yang Maha Esa saja yang tahu tapi dari riak-riak sebelum dan sesudah ditunai ibadah tersebut aku setuju bahawa ianya haji nakempru.

    BalasPadam
  17. jubo la ustaz-ustaz kelepet cam kazmin kaki kelepet!

    mofodume dot net punya kawan!

    BalasPadam
  18. Aku setuju TT katergorikan nya sebagai haji nakempru tetapi aku juga sebagai pembayar cukai mengkategorikan nya sebagai haji tipu kaum

    BalasPadam
  19. ala, apa ada hal...penasihat agama bermisai ada kat sebelah...mamak botak pun ada kat sebelah...korang ingat depa gi tanah suci tu tak risau ke? mana tahu tunjuk bala depan kaabah...nak lontar pun takut2 punya lah,....melayu bangang je yg hepi dgn pemimpin2 mcm nie

    BalasPadam
  20. Salam TT;

    Gua salute lu punya hujah "Nakempru".

    Sedari awal lagi gua dah tulis dalam blog gua, si mangkuk ayun bernama Najib Razak nih ikut nasihat Yahudi dalam melonjakkan imej dia sebagai seorang PM yang bersih.

    Khaaakkk ptuuiii... 10 kali untuk Najib Razak... wa cakap luuu...

    Sebab itu gua katakan Najib Razak laki bini adalah Bapak Munafik 1Malaysia.

    BalasPadam
  21. Kupasan yang mantap...dah nampak ke puak-puak bangang tu...buat penat je nak kejutkan lembu-lembu tu.

    BalasPadam
  22. Perfect analysis Tuan Hisham!!

    Very thoughtful and very sincere from the deep bottom of your heart. I absolutely believe there's nothing wrong in your writing - you are not fooling the religion; infact, you're protecting the religion from such foolish people. You do have my utmost respect in this regard.

    To those reading this great writing: Prophet Muhammad says: "ask you heart!" Don't be fooled/misled by the displayed forms because humans are manipulative indeed.

    With best regards,
    Professor of Islamic Finance

    Let me translate in Melayu sbb saya org Melayu:

    Analysis yang tepat Tuan Hisham!!

    Pandangan yang sungguh teliti dan amat ikhlas yang dtg jauh dari sudut hati tuan. Saya amat yakin tiada yg salah dlm tulisan tuan - tuan tidak menghina agama Islam; yang betulnya tuan menjaga kesucian agama Islam dari makhluk-makhluk yang bangang lagi fasiq. Saya amat menghormati tuan dalam hal ini.

    Kepada semua yang membaca tulisan yang terbaik ini, Nabi Muhammad bersabda: "tanyalah hati kamu" Jangan jadi bodoh atau dikelirukan dengan apa yang ditayangkan sbb mmg sifat semulajadi manusia yang suka memusing-musingkan keadaan, mengambil peluang dan menipu.

    Salam hormat,
    Professor Kewangan Islam

    BalasPadam
  23. 1.yang ko tu dah pi haji ke bhaii!!
    2.dok telanjang orang bab-bab agama!diri sendiri pun nampak dok telanjang lagi!!
    3.gena!tahun ni nak sambut krismas lagi ke bhaii!!

    BalasPadam
  24. teringin betol la gua nak dengar bacaan Al-auran dari Najib dan Bik Mama ni.. eheheh! teringin...

    BalasPadam
  25. naik haji, main dam aji, pergi konsert, jadi DJ radio, naik bas... etc..

    semua benda yg najib buat ni adalah public relation exercie untuk tipu melayu...

    melayu bodoh, senang ditipu...

    ETP, NKRA, semua nya menipu... think tank kerajaan sendiri pun tak yakin dengan dasar najib...


    semuany wayang... menipu...!

    BalasPadam
  26. balik haji terus pegi Hawaii. ape citer? bik mama nak lepaskan gian berjemur n pakai bikini kat sana ke?

    BalasPadam
  27. Anak Pak Muin ni kaki bodek ke kaki kipas ke kaki ampu? ya ampooonnn!!

    BalasPadam
  28. salam bro tt.
    pacik think pacik just serrle with pm hj.malboro. hj.nakempru aso make sense.but hj.malboro is better.wa bout the rest?

    BalasPadam
  29. ini bukan soal haji tapi soal melayu senang kena kelentong. ini citer bila melayu nak celik. najib pi haji pun dah kuyu mcm jubo kena sumbat.
    sedar la melayu dunia nampak awak tu manja, ngada-ngada, tolakansur salah tempat, suka jolly, makan disuap, hadap subsidi, pemimpinnya pun lohong dan dibiar lohong maka----

    maka oportunis pun melihat: oh itulah orientasi politik yg diajar ketuanan, orientasi yg maha betul utk bangsa yg maha biol kah kah

    ...and foreigners came heavy laden with attitude of hard struggle not to survive but to built a correct political concept (re: Red Book).

    ini merdeka pun kena ulor kah kah kah bila najib pi haji layu kolopir kocut tolo kah kah kah.
    woit, jgn pertikaikan, itu bukan urusan tt ???? itu urusan bani kelentong kah kah

    BalasPadam
  30. hahaha...

    gua nak gelak habih2... tt ko tipu nak tipu aku idup2 ek...

    ワタシ - ini bunyinya watashi maknanya 'saya'...

    ok..ok... berkenaan haji nakempru... kalau begitulah caranya menyucikan dosa... cuma pergi mekah pakai ihram dah tu cabut mcm tu... baik pegi mandi kat sunngai gangga...

    sbb tu lah syaitan lebih takut pada orang tidur tapi berilmu dari orang yg beribadah tapi dungu...

    aku setuju dengan tt, sekarang ni rasuah bentuk ibadah pon dah jd trend... sbb wang sudah jadi tuhan beb...

    BalasPadam
  31. ya, setuju. sejelas-jelasnya TT terangkan. as clear as a mud, some mad aussie dude would say..

    TT, jangan hirau atau amik kesah manusia-manusia yang hendak menyebelahi puak-puak jual agama...

    Agama adalah menggunakan akal untuk berfikir & bukan dengan mendengar TV atau ustaz punya nasihat semata-mata! Kena guna OTAK, kalau tak ada otak, hahahahah sorry morry, naikla lorry. Lori sampah.... asyik kena pembohong sampai mampus masuk kubur....

    We need to meet up la Isham!

    BalasPadam
  32. Anak Pak Muin<--- ya betul, aku pun rasa begitu.. TT ni memandai la.. sebenarnya haji Najib dan Rosmah ini adalah haji mabrur semabrur2nya..

    semabrurnya sebodoh anak pak muin berpikir.. bukan berpikir guna kepala otak, tidak jugak dengan kepala lutut atau kepala pelir dia.. ya.. dia pikir menggunakan kepala taik dia.. hahahaha

    woit anak pak muin, kalo bodoh tu, pergi la hantuk kepala kat dinding.. sudahlah malas membaca, tak heran la bodoh semabrur2nya bodohnya ko tu..

    BalasPadam
  33. anak pak muin...
    memangla kita takde hak nak judge,,
    tapi tuhan bagi otak utk berfikir..
    cubal la pakai otak sikit..jgn la benda bodo mcm nie pun tak leh nak pikir..
    TT cakap semua dia bagi sebab dan alasannya..kalau ko rasa TT tak betul bagi la hujah ko balik supaya senang orang nak pikir..kahkahkah
    Jgn bg alsan tersilap tweet udah ler..kahkahkah

    BalasPadam
  34. alahai anak pak moin, kan awal2 tt dah bg tau, bkn urusan dia nak kata hj nakepru diterima Alah ke tidak...

    yg tt pertikaikan..
    1. heboh over
    2. tunjuk2 berlebih
    3. napa tak sama mcm hj org lain

    nak aji ke nak kempen..

    mcm dam aji je..

    BalasPadam
  35. aku pun bukan nak pertikai soal haji dia diterima tuhan atau tidak, aku cuma nak pertikai apa pasal laki bini ni pergi haji hebohnya bukan main..orang lain pun pergi haji jugak..tapi aku setuju dengan TT dalam bab ni, yelah..itu hari Najibun dah jumpa pope besar , ini kes nak tarik undi orang kristian sabah sarawak, pastu g haji heboh2,ni nak tarik pengundi2 islam..memang tujuan nya untuk pilihanraya nanti laa..apa2 pun tuhan juga yang mengetahui yg sebenar2 nya..

    BalasPadam
  36. tahniah....
    ulasan yang mantap dan jelas....
    bagi yang jahil dengan rukun dan wajib haji akan tersenyum puas....

    BalasPadam
  37. Cuba anda bayangkan, dah lebih 5 dekad, parti nya, UMNO memerintah negara ini dgn pelbagai munafaat yg Najib Rosmah sekeluarga serta kroninya dinikmati...sudah tentu dia takut kehilangan segala yg dinikmati, buat ape saje utk terus kekal memerintah, bayar APCO, FBC dari wang rakyat utk memperbaiki imej burok mrk (bukan difitnah tapi angkara perbuatan burok mrk sendiri & nafsu yg tidak bertepi), sehinggakan melaksanakan ibadat haji pun dihebohkan sampai kata putera saudi pun sokong depa, mcm lah kita tak tahu Raja Arab Saudi yg zalim lagi menindas itu. Maka tak heran lah pabila TT simpulkan yg haji jenis ni hj nakempru: hj supaya rosmah & bini nya najib terus kekal berkuasa sehingga umor mengizinkan. Hanya kita manusia ni memang pelupa, kita merancang, yg menentukan ialah Allah snt dan dia lah sebaik-baik perancang.Moga2 pemimpin taghut, zalim, penindas ni dpt dihapuskan dan digantikan dgn pemimpin solih, beriman dan bertakwa utk memimpin negara Malaysia yg tercinta. Amin

    BalasPadam
  38. Hello TT,

    ワタシ tu watashi la.... bukan nakempru... kah.. kah.. kah

    BalasPadam
  39. Justeru saya genrekan haji Rosmah dan Najib ini sebagai Haji Nakempru. Dalam bahasa Jepun klasik perkataan nakempru - ワタシ - adalah kata sifat yang bermakna sesorang itu dalam keadaan yang kurang sehat. Malah di pulau-pulau di Selatan Jepun perkataan nakempru ini sering digunakan untuk menggambarkan ikan sakit yang terapung-apung bernafas dipermukaan air.

    ooo... terimakasih bro tt ajar dialek jepun selatan yg relevan dlm suasana negara kita...

    tapi ada juga satu katanama lain yg juga relevan dlm isu haji ajib ni... katanama dari dialek utara bolivia... "capurun"

    dalam konteks haji ajib, "haji capurun" memberi maksud lebihkurang sebegini: ibadah haji yg dilaksana (tetapi belum tentu atau tidak pasti sempurna/diterima) yg tidak dapat tidak sebenarnya menjurus ke arah "cari publisiti utk raih undi", yg terutamanya ditujukan sebagai propaganda atau brainwash terhadap pakcik2 felda dan makcik2 kampung yg mudah terkesan (baca: dikelentong) dengan pembabitan seseorang dlm aksi2 penuh keagamaan seperti ini...

    oh, serupa seperti yg telah bro tt tulis dgn terang lagi berLED-backlight, penglabelan "haji capurun" ini BUKAN SAMASEKALI MENGHUJAH IBADAH HAJI ITU DITERIMA ATAU TIDAK, kerana itu jelas hak eksklusif Allah swt sebagai Tuhan yg memerintahkan ibadah tersebut (harap Anak Pak Muin dah baca semula dgn teliti dan sedar sekarang) sebaliknya label ini cuma menyuluh guna dual xenon headlight, BAGAIMANA MURAHNYA PUBLISITI YG CUBA DISUAP BERULANGKALI HINGGAKAN MUNTAH2 1malaysia, dan bagaimana publisiti murahan yg dilempar ditabur dgn tujuan berebut2 dikutip oleh pakcik2 makcik2 warga kebanyakan ini sebenarnya dah terkeluar dari landasan asal ibadah itu sendiri malah boleh dilihat bertentang samasekali dengan salahsatu konsep asas ibadah haji: kesamarataan

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam
  40. Kesian Pak Moin ada anak yang bodoh macam ni.

    BalasPadam
  41. sebab dia anak pak muin..kalau anak pak maun x le pikir camtu..

    BalasPadam
  42. Tanpa Nama berkata...
    sudahlah malas membaca, tak heran la bodoh semabrur2nya bodohnya ko tu..
    16 November 2011 11:51 PTG

    KAH KAH KAH KAH KAH! hari ni TT pun bole gune mamat ini punya komen dalam entry TT...

    bodoh semabrur2nya bodohnya...

    KAH KAH KAH KAH KAH!

    Button I like!

    BalasPadam
  43. KITA KENA FAHAM..
    1) Jangan salahkan NAJIB saja, penasihat dan org KANAN dia yg lebihnya (HUKUM DIA SAMA). NAJIB tu ikut saja penasihat dia . Penasaihat2 tu nanti dapat GANJARAN.
    2) Penasihat Agamanya..ADA tapi takut kata syariat,HUKUM DIA TU.Sbb kalau lebih2 komen, kena ganti org lain pulak. MELEPAS..
    3) Allah dah TUNJUK dah tu.. terlepas cakap,itu satu drp pekara yg Allah nak tunjuk. Kat MAKKAH tak boleh mulut lepas sangat..maka dapatlah BAHANAnya..
    4) Semua org faham memang HAJI EKPRESS. Kalu betul2 nak buat haji NAJIB boleh cuti serah kat MAHYUDDIN jaga negara..BERES!!!
    10 hari je..dengan tenang.
    5) Balik Turun Plane, sebok nak resmi majlis Depavalilah,seminar lah,..tak sempat2 kata orang.
    6) Nak pakai KOPIAH (lambang org naik haji) pun tak sempat, ROSMAH sampai terlucut selendang/tudung punya nak cepat..itu pun dah org cukup faham.
    7) uDAH-UDAH kita mengata , dapat DOSA je, cuma kita doakan NAJIB/ROSMAH mendapat HIDAYAH..Amin!!
    8) PRU 13 nanti itu lah keputusan terbaiknya.

    BalasPadam
  44. sokong la TT, Ulasan BAIK...

    BalasPadam
  45. rosak rakyat kerana pemimpin,rosak pemimpin kerana ulamak (palsu),rosak ulamak kerana wang,gaji dan pencen...

    BalasPadam