Khamis, 3 November 2011
MAHASISWA BERDEMO LAGI DI UPSI
BAKAL GURU BERANI BERDEMO
5,000 MAHASISWA ISMO UPSI TUNTUT JAMINAN PENEMPATAN - meloya
TANJUNG MALIM 2 Nov. – Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti tersebut seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, tuntutan tersebut dibuat ekoran kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT.
"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?
"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari
SALUT UNTUK YANG BERANI
NOTA:
satu pertanda yang amat baik
mereka adalah bakal guru
yang telah berani berdemo
bila telah menjadi guru nanti
mereka bukan saja akan mengajar
maths dan sains dalam bahasa melayu
mereka juga akan mengajar murid sekolah
agar berani turun berdemo
kah kah kah
NOTA:
madey kata demo bukan budaya kita
hari ini demo telah menjadi darah daging anak muda
syabas!
ni belum jadi guru lagi. bila dah jadi nanti,dah kahwin,hutang bertambah banyak. penakut jugak nak demo.semua nak cari makan..
BalasPadamsyabas bakal guru semua...anda memang berani...memang itu hak anda...sapa lagi yang nak tegakkan hak anda kalau bukan anda sendiri...
BalasPadamtukartiub kenapa laporan anda x sama dengan malaysiakini....mkini cakap 1000 org je...anda 5000
BalasPadamsekali lagi salut pada yang berani menyatakan kebenaran! mahasiswa perlu bangun bagi mengatakan hak mereka. ingat pemimpin diberi amanah untuk mentadbir negara, bukan untuk mengisi temolok kroni dan keluarga sahaja.
BalasPadamtanpa nama....anda jangan keluarkan kenyataan secara membuta tuli. kenapa kerajaan sebegitu samdul hinggakan boleh GSTT yg tidak tahu langsung tentang perguruan sedangkan guru terlatih selama 4 tahun dia tak nak ambik...fikir dulu....
BalasPadamPelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( ISMP ) seramai 5000 org.. jadi semua 5000 orang nak posting dan itu lah yg dilaporkan oleh utusan melayu.... yg 1000 tu hadir ke speaker corner ....
BalasPadamPelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( ISMP ) seramai 5000 org.. jadi semua 5000 orang nak posting dan itu lah yg dilaporkan oleh utusan melayu.... yg 1000 tu hadir ke speaker corner ....
BalasPadamTT amik dari utusan melayo...he3
BalasPadambukan laporan tube..tu laporan utusan meloya....=)
BalasPadam5000 mcm ramai sangat je bro.
BalasPadamcakap je kat cikgu-cikgu tu... undi lagi, undilah lagi...
BalasPadamcaya lah cakap aku, bile diorang dapat kejer... jadi barua UMNO je diorang ni...
UPSI dibwh kementerian pengajian tinggi. dan bukannya bwh Kem Pelajaran. Jadi, sebenarnya, mereka tak ada hak untuk tuntut penempatan. Kalau nak penempatan, masuk IPG la.. konfirm.
BalasPadambagi saya..ini bukan demo..saya lebih sukakan perhimpunan..kerana kami dengan amannya menyertai perhimpunan ini..alhamdulillah..kali ini sangat berbeza dari yang sebelum..pimpinan pelajar UPSI sama-sama mencapai kata sepakat..saya sertai perhimpunan ini kerana masalahnya holistik kepada mahasiswa UPSI..apa-apa pun ini langkah awal bermulanya era pendidikan..mendidik..bukan berguru..insyaAllah
BalasPadam"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?
BalasPadamhek eleh... GSTT dah pernah mengajar... dah ada pengalaman... suka geng dia je nak kata GSTT tak de kelayakan...
masa ni berani la demo... dah senang... takde masaaaaaaaa nak layan...
ak nk bg komen psal npe perwakilan 2 ckp gstt xde kelayakan..
BalasPadamko kne ingt gstt bermaksud guru sandaran tidak terlatih. maksudnye xde basic lngsung dlm pengajaran termasuk r x amik subjek yg kami amik dlm kos pendidikan cm kaedah pengajaran. jd fikir logik la atas sebab apa individu ni jd gstt yg majoritinya terdiri graduan lepasan ijazah yg menganggur.amik kos lain tibe2 nk jd gatal2 jd ckgu..ak x salah kn die org coz kte sndri pon tau ipta ni bkn cm dlu yg mmpu melahirkan org berbanding skrg yg lahirkan robot n hamba abdi. ko cube fikir kte org ni dh r amik ptptn pastu amik pendidikan, x kn kte org nk keje jurutera lak.lg satu, byk problem kt sekolah cm pelajar x fhm pe2 semasa diajar oleh gstt. pengajaran ni bkn sng cm org slalu ckp yg semua org bley mengajar. ade teknik die, pastu kne tgk dlu stdnt cm mne. sebab 2 r, byk sekolah yg di pantau oleh pensyarah kami n senior yg dh wt praktikal, kebanyakannya ade problem mcm ni..skrg ni kami dh la amik ptptn yg x tau smpai ble bley abis byr.pastu x janji perkerjaan sedangkan gstt dh keje pon n tau yg die org 2 juz ckgu sndaran.skrg ni ak nk tnye ko, sape yg dh byk berkorban n sabar
kah kah kah! kalau dah bangang memang tak boleh faham masalah melanda negara: GSTT tu Guru Sandaran Tidak Terlatih. Dapat kerja dari KPM sebab nak tampung pengangguran.
BalasPadamMemang lah ada pengalaman..habis ISMP takde pngalaman ke? dorg tu buat praktikum, ROS pe smua. Kurg2nya, ISMP tu profesional.berijazah.bertauliah.GSTT tak bertauliah.Hari ni ajar MAth, esok ajar Bahasa Inggeris. takkan tak tahu??
Kata nak jadikan krjaya guru sbagai profesional..sbb tu dorg tubuhkan UPSI.
UPSI bawah KPT bukan KPM..sebab tu budak2 ni berdemo! Mintak kerja! Bangang btul sape tak faham isu!
GSTT dan KPLI tu plan kerajaan utk kurgkan pengangguran.last2 sekali budak2 ISMP pulak yang menganggur.kah kah kah! Undi lagi! Undi lagi!
cikgu2 dh bangkit, buruh dah bangkit, mahasiswa dah bangkit. Yang tak bangkit2 lagi adalah Najib dan Sembab dari kerusi dorg.
sy sgt t'tarik utk komen byk pkara d cni sm ada dr tuan pya blog dn tukang2 komen.
BalasPadam1. penulis mengatakan "satu pertanda yang amat baik
mereka adalah bakal guru
yang telah berani berdemo. bila telah menjadi guru nanti
mereka bukan saja akan mengajar
maths dan sains dalam bahasa melayu
mereka juga akan mengajar murid sekolah agar berani turun berdemo"
komen sy : ya saudara..kmi bakal guru bkn shj akan mgajar murid ttg subjek2 di sekolah tp kami jg akan mgajar murid ttg hak2 mereka agar mereka x dip'bodohkn sewenang-wenangnya. Plus, ketahuilah bahawa pelajar UPSI b'demo secara aman. Kalau saudara ada d sn saudara akan merasakn bhwa saudara seolah-olah berada d dlm phimpunan skolah shj.
2. "caya lah cakap aku, bile diorang dapat kejer... jadi barua UMNO je diorang ni..."
komen sy : jgn rendahkn profesion pguruan dgn sentimen politik. apa anda belajar d pesantrenkah dulu??
3. "UPSI dibwh kementerian pengajian tinggi. dan bukannya bwh Kem Pelajaran. Jadi, sebenarnya, mereka tak ada hak untuk tuntut penempatan. Kalau nak penempatan, masuk IPG la.. konfirm."
komen sy : graduan UPSI x ada hak? kasihan saudara. Jd kalau begitu GSTT 1000x tdk ada hak diberikn posting sbb mereka bkn graduan ISMP. Anda tahu apa itu ISMP? sila google.
4. "hek eleh... GSTT dah pernah mengajar... dah ada pengalaman... suka geng dia je nak kata GSTT tak de kelayakan..."
komen sy : kasihan saudara. GSTT itu bmaksud Guru Sandaran TIDAK Terlatih. Dimanakah pengalaman mereka b'banding graduan ISMP yg menuntut ilmu selama 4 tahun dlm bidang khusus PENDIDIKAN??
sekian, itu sahaja komen sy. tQ
undi lagi,,undi lagi,,kurangkan pengangguran ???...!@#$%^&*()_++_)(*&^%$#@..budak tadika klu tau isu ni pon trus bengang ni..hahha
BalasPadamA = graduan UPSI
BalasPadamB = graduan DPLI/KPLI/GSTT
A = boleh jadi cikgu saja
B = boleh jadi cikgu dan profesion lain
A = tidak dijamin jadi cikgu
B = dijamin jadi cikgu
adakah ini persaingan yang “ADIL”?
Tuan blog...
BalasPadamDIATAS Ada yang menuduh guru ni BARUA Umno. Itu namanya menghina KERANA dalam negara demokrasi ini ada guru yang menyokong UMNO, ada juga yang PKR, PAS, DAP dan sebagainya. Menamakan guru itu menghina kerjaya. Orang yang suka menghina sebegini biasanya dari individu yang akhlak hinanya itu diwarisi dari kedua ibu-bapanya.
Untuk GSTT sabarlah dan usaha lagi mencari pekerjaan yg seiring dengan ijazah anda. Kalau kita ini lulusan Undang2, Jurutera, Akaun sesuainya kita bidang itulah. Kan dah kita pilih masa memohon ke U dulu-dulu.
oleh
UtuhHanyar
Kepada tanpa nama yang kata bakal guru ni kalau dah diserap jadi barua UMNO ko memang silap besarlah. Jangan cakap ikut sedap mulut dan kepala lutut samdol....
BalasPadamGraduan ISMP UPSI ni sememangnya nak menuntut hak penempatan diorang. Dah termaktub dalam RMK 9 yang penempatan untuk bakal guru keluaran ipta dan ipg memang dah disediakan. Diorang ni tak termaktub dalam rmk 10 (2011-2015) yang kata bakal guru ipta ni adalah diletakkan dalam pasaran terbuka. So maknanya bakal guru ambilan ipta sebelum rmk 10 ni mula dah dijamin tempat.
Masalah sekarang ni pak menteri yang bertanggungjawab ni dah memandai-mandai buat janji untuk serap GSTT ni bagi jawatan tetap. Tak pikir ke hal ni dah rendahkan martabat keguruan tu sendiri. Dalam akta pendidikan 1996 pun kata pengambilan guru tetap mestilah dengan syarat seseorang calon tu mempunyai sijil ikhtisas untuk menjadi guru. Sekolah memang kebanyakan tak cukup guru. Kenapa tak serapkan diorang graduan ISMP ni yang memag dilatih 4 tahun untuk jadi guru?
GSTT ni dah memang ada degree dalam macam-macam bidang. Kenapa taknak kerja ikut bidang masing2? Semua nak tuju ke arah cikgu gak? Yang jadi mangsa last-last graduan ISMP ni. Korang kena sedar yang korang boleh apply kejer lain n jadi guru. Tak macam graduan ISMP ni yang hanya boleh jadi guru jer. Keje lain tak boleh sebab majoriti majikan tak nak amik. Takkan nak jadi pelakon?
Pihak kerajaan ni pandai buat dasar jer. Nak glemerkan diri tapi last-last yang jadi mangsa kami ni. Apa la susah sangat dana pendidikan tu memang banyak tiap-tiap tahun mencecah berpuluh billion. Kalau diguna untuk serapkan semua graduan ISMP ni tak luak duit tu. Ni tak diabiskan untuk benda lain dan last-last amik GSTT sebab kosnya lagi murah.
Rosaklah sistem pendidikan negara