Isnin, 28 November 2011

TOLAK KAKI BODEK DAN KAKI AMPOOO




SIAPA MINAH CUN INI?



NOTA:
siapa pemimpin itu?
siapa pemimpin keropok lekor?
kah kah kah




PKR SINGKIR PEMIMPIN LUPA DIRI : ANWAR
– mstar

Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa PartiKeadilan Rakyat (PKR) akan menyingkirkan pemimpin dan wakil rakyat parti itu yang melupakan asas perjuangan demi mengejar kuasa dan pangkat.

Penasihat PKR itu juga dengan tegas mengingatkan agar wakil rakyatsedia ada supaya tidak merasa selesa dengan kedudukan sekarang keranamereka berkemungkinan tidak akan dipilih semula bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Saya ingin memberi ingatan. Jangan kita andai semata-mata kita ingin ke Putrajaya dan mahu berkuasa, kita sanggup bersekongkol dan bertolak ansur dengan setiap ketelanjuran dikalangan pemimpin kita.

"Ada wakil rakyat menganggap dengan kuasa dan tugas mereka itu(sebagai alasan) boleh meninggal landasan perjuangan. Mereka tidakakan diberi watikah oleh Presiden.

"Saf kena jaga, siapa yang kianat kita singkir awal-awal. Jangan tolakansur," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada KongresNasional PKR ke-8 di sini, Ahad.

Malah Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, kepimpinan tertinggi parti itu membuat penilaian dan penilitian rapi bagi memastikan calon yang bakal diletakkan pada PRU-13 akan datangbenar-benar berkelayakan dan amanah.

SIAPA MAMAT INI?



SAIFUDDIN BIDAS WAKIL RAKYAT PKR PENTINGKAN KUASA – mstar

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Ahad menempelak sebahagian wakil rakyat parti itu yang bersifat pentingkan kuasa namun membelakangkan kepentingan parti.

Sambil menyifatkan golongan wakil rakyat itu sebagai oportunis yangmencari peluang untuk kepentingan peribadi, Saifuddin memberi amaranbahawa sikap pemimpin seperti itu tidak akan diterima dalam parti.

"Saya marah kepada YB (Yang Berhormat) yang tak ada dalam dewan ini.Mereka lupa bahawa mereka tak boleh jadi YB tanpa platform parti. Manalagi tempat untuk mereka bersama dengan anggota melainkan platformkongres ini?

"Tak ada tempat untuk oportunis. Itu saya sampaikan dari hati saya dansaya sedia menghadapi risiko. Saya tak tergamak dan tak sampai hati tengok pengorbanan anggota bawahan dikhianati hanya kerana bergelar YB.

SIAPA MAMAT INI?



NOTA:
kepada pembaca tukar tiub
mari kita mula senaraikan siapakah dia
sosok mana yang patut kita sokong
dan siapa pula yang wajib kita humbankan:
kerana menjadi pak sibuk

suka masuk frame
kaki bodek
kakl ampu
tukang kipas
pak turut
dan tukang hangguk
dan
tak tak pernah turun ke jalan raya untuk berdemo

pembaca tukar tiub
diminta menulis untuk memberikan pandangan
dan senaraikan nama nama mereka

kalau kena tipu oleh yb gerombolan
kita tidak hairan
kerana yb gerombolan memag kerjanya menipu
tetapi kena tipu oleh yb dari pkr
amatlah hina
kerana pkr bercakap tentang keadilan
kerana pkr bercakap tentang ketelusan
kah kah kah


FORUM MALAM INI DI DEWAN CHINA

9 ulasan:

  1. Tanya orang Pasir Salak dan Parit Kat sana ada ramai ada ramai specis yang tukar tiub sebut tu.

    BalasPadam
  2. Bhai TT...

    Jenis pemimpin Keropok Lekor nih.... berlambak ader kat dalam PAS .... hahaha... lu tarak percaya ka... hahaha... jenis suka masuk frame.. jenis wa ampu sana wa ampu sini memang ramai gak kat dalam PAS...

    Nampak jer berlilit sarban dier... hahaha.... keropok lekor.. keropok lekor...

    Kalu dalam PKR depa nak humban pemimpin keropok lekor... dalam PAS plak... ader pihak kata jangan humbankan... kena wala' dan thiqah .... hahahaha

    Chilabet betul la...

    BalasPadam
  3. kah kah kah kau jgn terkezut plak...pemimpin yg kena singkir nanti org2 yg berkorban diri utk parti mcm chegu bard...dan pembodek2 akan ditimang tinggi2

    BalasPadam
  4. Salam, c++ apa yg u ckp ada benarnya, setiap parti akan ada masalah yg sama, pemimpin keropok lekor huahahha... Even dlm pas MUNGKIN ada golongan camtu, gua sokong tp kita mesti bertanggungjawab dgn kenyataan kita. Plz sertakn contoh, bukti dan seangkatan dgnya. Kalo statement semata2 x valid la. Even bhai TT sertakn bukti huahhaha... Aku bkn ahli pas ataupn ahli pkr tp aku rakyat yg turun bersama2 atas nama kebenaran. Huahaha bhai TT mintak kita sertakn bukti n komen ttg kaki sibuk@keropok lekor aku sokong sgt2.... Slamt berjuang c++

    BalasPadam
  5. Harap TT senaraikan juga pemimpin PP yg suka kena kipas. Inilah punca adanya kipas. Kipas rak akan ujud jika pemimpin tak msu dikipas.

    Bukan dlm PKR saja. Dalam pas juga perlu kita campakkan kaki kipas dan penggemar kipas.

    BalasPadam
  6. aku rase kne tuka ketua AMK. aku tnk dade ng perut da xder beza. klau nk jgk jwtan tu p jogging.. klau xder perut y kedepan, penampilan lebih ke depan.

    BalasPadam
  7. Salam Bro..

    Saya sokong sangat kalau kita humbankan pemimpin-pemimpin yang suka masuk frame,kaki bodek, kaki ampu, tukang kipas, pak turut dan tukang hangguk dan tak tak pernah turun ke jalan raya untuk berdemo..

    Kita mungkin setuju untuk menghumbankan pemimpin yang macam tu..

    Tapi hakikatnya.. pemimpin yang punya kritiria diatas iaitu suka masuk frame,kaki bodek, kaki ampu, tukang kipas, pak turut dan tukang hangguk dan tak tak pernah turun ke jalan raya untuk berdemo.. amat disayangi pemimpin atasan..

    Jadi macammana pemimpin sebegitu akan dihumbankan?

    BalasPadam
  8. " wajib kita humbankan:kerana menjadi pak sibuk, suka masuk frame,
    kaki bodek, kakl ampu, tukang kipas,
    pak turut, dan tukang hangguk dan
    tak tak pernah turun ke jalan raya untuk berdemo....TT.

    Beta nak tambah, yg kena humban jugak: yang suka mengantuk, haji bakhil bin hj kedekut, yang jadi duri @ gunting sasau, yang suka telan tv3, utusang melaya dan berite hariang, termasuk para bloger yang hipokrit dan lain-lain siamang.

    -zunodeng.

    BalasPadam
  9. HUMPAN TERUK PKR LAGI..TEMPAT BERLUBUK KAKI BODEK KAKI AMPOOOO...KAKI MASUK FRAME...KAH.KAH..KAH...

    BalasPadam