Selasa, 27 Disember 2011

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN





BANGUN DAN LAWAN





PROGRAM SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA


Solidariti Mahasiswa Malaysia ( SMM ) akan mengadakan himpunan di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris. (UPSI)

Rentetan daripada perhimpunan kebebasan akademik serta isu penurunan bendera Dato’ Seri Najib Razak oleh seorang Mahasiswa UPSI Adam Adli , SMM mengambil pendirian untuk mengadakan satu lagi himpunan bersama rakyat pada 31 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012 bermula jam 9 malam.

Mahasiswa akan berkumpul bersama rakyat di hadapan UPSI bagi mengulangi enam tuntutan Mahasiswa iaitu mansuhkan AUKU, Akta 174 dan Akta 155, bebaskan ilmuan berakademik , bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihan raya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti kampus serta bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik.Mahasiswa masih menunggu segala tuntuan kebebasan mahasiswa tempoh hari.

Selain itu , himpunan besar – besaran ini juga diadakan bagi menuntut supaya UPSI menggugurkan tuduhan ke atas pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif serta penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) Adam Adli yang mencetuskan kontroversi berikutan kes penurunan bendera Dato’ Seri Najib Razak baru – baru ini. Ia berikutan surat yang dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu mencemarkan nama universiti serta memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

Ancaman apa yang dimaksudkan itu tidak pasti , yang kami tahu kedua-dua pertuduhan ini adalah tidak berasas , tidak berpelembagaan, tidak sah dan jelas serta tidak masuk akal. Tindakan Adam Adli ini sebenarnya dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bersuara yang merupakan undang – undang tertinggi dalam negara ini. UPSI sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam supaya menjalankan hak sivil beliau sebagai warganegara. Adam telah menerima surat panggilan ke jawatankuasa disiplin universiti pada 23 Disember gara – gara tindakannya pada 17 Disember yang lalu.

Mahasiswa sentiasa berdiri bersama-sama Adam Adli kerana kami percaya tindakannya adalah sah dan demokratik malah wajar dipuji kerana mempunyai pendirian supaya masyarakat memahami serta celik tentang isu sebenar yang melanda iaitu kegagalan pihak kerajaan sekarang dalam kebebasan berakademik serta kegagalan memansuhkan AUKU. Justeru , SMM menggesa supaya UPSI menggugurkan segala pertuduhan ke atas Adam Adli serta menuntut Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak membuat perubahan dalam akademik dengan memansuhkan AUKU serta memenuhi enam tuntutan Mahasiswa bagi memastikan taraf universiti sebagai tanda aras ketamadunan masyarakat terjamin.

KHAIRUL NAIM ,
SETIAUSAHA AGUNG,
KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI).




8 ulasan:

  1. KAH KAH KAH KAH KAH...
    BIAR KITA MENJADI BARUA-BARUA POLITIKUS-POLITIKUS. BIAR NAMA-NAMA KITA TERPAHAT DI DALAM SEJARAH, BIAR SEJARAH MEMENTUKAN KEBENARAN..., BIAR NANTI DIKUTUK ATAU DIPUJA AOLEH JENERASI DEPAN.

    BalasPadam
  2. takbir....jum tuntut keadilan..
    teruskan perjuangan sahabat..

    BalasPadam
  3. takbir....jum tuntut keadilan..
    teruskan perjuangan sahabat..

    BalasPadam
  4. KAMI anak-anak yang belum kenal erti dunia sebenar.

    Tidak malu kah anda berjuang atas nama kebebasan walaupun fikiran anda kosong tanpa hala tuju yang tepat. AUKU itu perlu KERANA adanya otak - otak kosong seperti anda sekelian.

    Cabaran buat anda anak-anak kampus, cari ilmu, pastikan CGPA 3 ke atas, bayar balik pinjaman lepas tamat pengajian, tamatkan pengajian ikut tempoh yang ditetapkan.

    Jangan jadi BODOH berarak, peyundahnya dapat penat. Kebebasan bersuara & liberalisasi pendidikan kampus menjadi kenyataan jika anda mampu menggunakannya secara akademik.

    TT kau jangan racun anak-anak kampus ni.

    aku kembali ... aku@JB

    BalasPadam
  5. Mahasiswa lawan terus lawan! Biarkan IPT jadi milik anda!

    http://batutepijalan.blogspot.com/2011/12/mahasiswa-pro-aspirasi-tidak-sokong.html

    BalasPadam
  6. anon semua yang poya,
    khazanah dan harta negra kini rakus dirompak oleh pemimpin....dah bols semua harata generasi ini, nak bolos generasi akan datang. jadi patutlah merak berjuang. Saya yakin Y dan Z akan melukir sejarah. Generasi X dan generasi Baby Boomers memenag poyo.
    Utk maklumat aq dar generasi X.
    Gua cukup kagum ngan generasi sekarang ! ..sikap ini telah ditonjolkan oleh mahasiswa Adam Adli... We are all Adam Adli.

    BalasPadam
  7. Untuk aku@JB....JB tu apa makna....Jubur Berok ke?....Kau lahir tahun berapa?....Tahun berapa kau menuntut kat universiti?...Kalau setakt masuk Universiti nak cari ilmu biasa aje...tak usah masuk universiti...itu sebab sekarang ni...orang tak respect kat budak2 universiti....sebab hanya tahu nak dapat ijazah aje...hal2 lain tak nak ambik tahu....Duit habis kena sapu dek malaun Umno...buat diam aje...jadi...otak kau orang ni sama taraf dengan otak pak cik dan mak cik felda aje....kahkahkah

    BalasPadam
  8. yang pro AUKU ni memey laa bengong, mungkin jenis yang tak pernah masuk Uni atau tak pernah baca berita2 global, yang dia baca hanya berita2 politik dalam Malaysia, maka bertambahlah dia bengong..aku ni budak Uni, aku tau laa keadaan budak2 Uni macam mana, bila ajak berborak pasal hal2 ekonomi, politik etc semuanya pun blur, bila ajak berborak pasal pelajaran pun kebanyakannya tak mau nye dengo, yang budak2 ni tau romen romen romen..sebabnya minda depa dah ditutup dek AUKU dengan hiburan2 oleh umno. kat sini umno memey pandai laa, ini strategi. Tapi yang bengong ni yg pro AUKU laa, akhirnya anak2 dia semua jadilah katak di bawah tempurung, yang dia tau lepas belajar nanti hanyalah duit duit duit..disebabkan gila duit sebab itu yg dia tau pun, terciptalah rasuah..dan benda ni balik ke kita rakyat marhaen ini, kesempitan hidup sebabkan korupsi

    BalasPadam