Jumaat, 23 Disember 2011

ANAK MUDA BERSEDIA BERSIH 3.0




NOTA:

anak anak muda
anak ank muda seluruh negara
bersedia jika 8 tuntutan ini tidak ditunaikan
maka kita akan turun ke jalan rtaya sekali lagi!

ini bukan janji nato
ini bukan janji keropok lekor
ini akidah perjuangan


INI LAPAN TUNTUTAN KITA





BERSIH : LANGKAH DIUMUM TAK CUKUP, SPR HARUS LAKSANA LAPAN TUNTUTAN – minisder

Bersih 2.0 mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan kesemua lapan tuntutan yang telah dikemukakan oleh pihaknya sebelum ini meskipun agensi pelaksana pilihan raya itu sudah mula mengambil beberapa langkah.

“Bersih 2.0 menggesa SPR agar mempercepatkan pelaksanaan kesemua lapan tuntutan yang telah diletakkan sebelum pilihan raya umum akan datang,” kata gabungan tuntutan pilihan raya itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Bersih 2.0, kesemua lapan tuntutan yang diletakkan pihaknya adalah penting bagi memastikan tahap minimum pilihan raya yang bersih dan adil dapat dirasai.

Dengan merujuk kepada beberapa pengumuman kelmarin, tegas Bersih 2.0, walaupun SPR sudah mengambil langkah-langkah ke arah pembaharuan pilihan raya, langkah-langkah yang diumumkan belum cukup memadai dalam memastikan tahap keadilan minimum yang diperlukan.



Kelmarin, SPR mengumumkan penggunaan dakwat kekal dan pengundian di peti undi membabitkan anggota tentera dan polis, bukan lagi menggunakan sampul surat di bawah sistem pengundian pos.

Anggota pasukan keselamatan itu akan mengundi lebih awal.

Kenyataan Bersih 2.0 berkata, Januari 2012 akan genap enam bulan sejak perhimpunan 9 Julai diadakan apabila sekitar 50,000 rakyat Malaysian turun ke jalan raya menuntut pembaharuan pilihan raya.

Sejak tempoh itu katanya, SPR hanya komited untuk memenuhi satu daripada lapan tuntutan khususnya dakwat kekal.

“Permintaan pembaharuan undi pos hanya sebahagian sahaja dilaksanakan manakala enam yang lain masih belum diatasi,” katanya.

Selain itu, Bersih 2.0 juga kecewa kerana Rang Undang-undang Perhimpunan Aman diluluskan oleh Dewan Negara semalam meskipun kandungannya bercanggah dengan hak fundamental untuk berhimpun.

“(Oleh itu) pilihan raya yang bersih dan bebas adalah fantasi apabila kebebasan sivil dikongkong,” katanya.

Justeru, katanya, pihaknya mahukan usaha mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong agar langkah mewartawkan undang-undang ditangguhkan.

“Rang Undang-undang itu harus ditarik balik dengan segera,” katanya.



6 ulasan:

  1. bagus. ni mesti diteruskan. jgn ada gap langsung. kena sentiasa tuntut. nanti jadi hangat2 taik ayam.jangan biar angin ni berlalu begitu sahaja.

    TT - ko jgn sekali kali jadi ahli politik. kalau ko skg ni ahli politik mana2 parti sila keluar skg. tak perlu jadi ahli politik utk buat perkara baik. lebih baik ko bersama anak2 muda dari bersama geng2 tua kat dlm parti politik.

    BalasPadam
  2. yeay
    count me in.
    bersih 3.0, here we come...

    BalasPadam
  3. Hari ini sudah 23/12/2011. Bila masuk 9 9 Januari 2012, maka genaplah 6 bulan himpunan BERSIH 2.0. Setakat ini hanya satu tuntutan BERSIH 2.0 yang cuba ditunaikan SPR. Sedangkan PRU-13 semakin hampir. Macam mana dengan 7 lagi tuntutn BERSIH 2.0?
    Sesungguh pihak BERSIH sudah boleh mengatur langkah untuk menggerakkan BERSIH 3.0 dalam masa terdekat. Seelok-eloknya BERSIH 3.0 mesti digerakkan seawal Februari 2012. Ini kerana ramai yang mengandaikan PRU-13 akan diadakan pada Mac 2012.
    Anak muda Malaysia sudah bersedia untuk BERSIH 3.0 cuma menunggu bila tarikhnya. Jika BERSIH 2.0 hampir 100,000 orang yang turun, BERSIH 3.0 pasti lebih ramai yang akan turun.
    We Want BERSIH 3.0

    BalasPadam
  4. Salute Adam Adli! Abg2 Bersih 3.0 bila lagi??23 Disember 2011 pada 3:21 PTG

    Aku petik dari mkini http://tukartiub.blogspot.com/2011/12/anak-muda-bersedia-bersih-30.html mengenai Adam Adli:
    1) "Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi," katanya
    2) "Tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri (saifuddin), terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya.
    3) "Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik
    4) "Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan kemenangan, bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang," katanya yang berniat supaya "kemenangan" itu dirasai oleh siswa yang menyertai perhimpunan berkenaan.
    5) "Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan bahawa mahasiswa sekarang ditekan. Malah bagi saya, banyak lagi tindakan yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak lain seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. Adakah bagi mereka tindakan ini matang?," soalnya.
    6) "Adakah mereka sedar tindakan turun naik bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia ini? jadi saya tahu perkara yang salah dan betul.
    7) "Jika tindakan itu dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini adalah satu bentuk ekspresi saya. Sebab itu saya percaya mereka yang mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya," tambahnya.
    8) "Saya tidak akan minta maaf. Selepas perkara ini berlarutan sehingga ke tahap ini, tiba-tiba pula saya didesak untuk minta maaf.
    9) "Bagaimana pula dengan rakan-rakan saya? Saya tidak mahu rakan-rakan saya jatuh semangat sekiranya saya minta maaf," katanya.

    Kesimpulan:

    Contohilah Adam Adli pemimpin Pro Mahasiswa dan rakan2 mahasiswanya yg berani ke jalan raya utk hapuskan AUKU.

    Sangat MEMALUKAN, sangat PENGECUT dan sangat BACUL jika kita ni yg inginkan yg DEWASA ni tak turun jalanraya bersih 3.0 untuk perjuangkan 8 tuntutan utk menjadikan PRU13 bersih dan adil.......malu pada Adam Adli dan bdk2 hingusan tu wei.......komen jer lebih dlm blog tt tp PENGECUT, PENAKUT DAN BACUL nak turun bersih 3.0

    BalasPadam
  5. bro tt...

    aku rasa kene kene hati2 ngan penggunaan dakwat kekal tu... mmg spr akan gunakan dakwat kekal tapi cara mana akan digunakan...

    1. calit dakwat baru undi..

    2. undi dulu baru calit dakwat..

    agak2 mana satu yg betul tt...

    lagi satu mana kita tau spr akan tahan org yg nak ngudi tu dah penah calit ke tak... ade beza antara calit boleh ngundi ngan belum calit pastu calit baru ngundi...paham tak...so aku rasa la wakil dari pakatan pun kene ade dalam bilik ngundi tu nnt...baru kita tau telus ke tak telus spr ni...lagi satu kita bleh je tgkp org2 bangla, nepal, indon yg dpt i/c tuk ngundi ni...

    BalasPadam
  6. spr kata undi pos awal. anggota akan undi sendiri bukan pegawai undikan macam dulu. nak tanya wakil calon boleh masuk jadi saksi tak? dan kira terus tak undi tu? jgn nak kelentong nanti org spr kena rejam dgn batu.

    BalasPadam