Rabu, 28 Disember 2011

DEMONSTRASI TELAH MENJADI BUDAYA KITA



NOTA:

demonstrasi atau turun ke jalan raya
telah menjadi budaya kita
apa saja yang tidak suka
kita wajib bawa ke jalan raya

jalan raya ialah parlimen rakyat tertindas

ketika ini kita lihat ada demo kecil kecilan
ini amat baik
ertinya orang ramai tahu menyusun
orang ramai tahu mengumpul
orang ramai tahu buat kain rentang
orang ramai tahu buat placard
ini lah ilmu politik
sayangnya tidak diajar oleh parti politik

demo kevil kecil ini akan mendidik orang ramai untuk jadi berani
demo kecil kecil ini adalah kursus pratikal

pada 901 ialah demno besar besar
sila turun sebagai hari konvokasi!




NELAYAN SUDAH BERDEMO


Seramai 500 orang nelayan dari sembilan kampung sekitar Selat Tebrau hadir dengan menaiki bot sambil membawa poster bagi mengadakan bantahan terhadap Danga Bay Sdn Bhd dan menyerahkan memorandum bagi menuntut baki pampasan berjumlah RM2.9 juta selepas punca pendapatan mereka terjejas akibat projek pembangunan Danga Bay, Johor Baharu pada Selasa. - Foto TIEWNAMA


PENIPU TELAH DI SERBU



PEMBELI SERBU PEJABAT PEMAJU - meloya

AMPANG 27 Dis. – Kira-kira 100 pembeli unit Pangsapuri Ukay Bistari di Hulu Klang hari ini menyerbu pejabat tapak pihak pemaju untuk mengambil kunci rumah sebagai protes terhadap kegagalan pemaju menyerahkan kunci hari ini seperti yang dijanjikan.

Mereka yang ternyata kecewa dengan kegagalan pemaju memenuhi janji itu, turut merobohkan sebahagian pagar zink untuk memasuki kawasan pangsapuri itu.

Projek perumahan Ukay Bistari yang mula dibina pada 2003 itu meliputi pembinaan 1,172 unit rumah pangsapuri dan 1,428 rumah kos rendah merupakan projek pertama Damai Bistari Sdn. Bhd. dan sepatutnya siap sepenuhnya pada 2006





3 ulasan:

  1. Off topik

    Ada banyak isu yg boleh dimainkan oleh pembangkan utk meraih terutamanya mengenai pemimpin UMNO yg prihatin kepada rakyat, nak tahu sila
    Klik Disini

    BalasPadam
  2. tapi hairan.. yang salah adalah kerajaan negeri selangor..

    BalasPadam
  3. Kesimpulannya, dua2 penyusahawan ni bebal, otak letak kat lutut, tak reti buat kerja. Pakai blazer nak smart, naik keta nak yg mahal, tapi buat keja macam orang dungu buat kerja. LEMBU KONDO PUNYA ORANG :S

    BalasPadam