Jumaat, 30 Disember 2011

GUGURNYA SEORANG PEJUANG




KAWAN KU


putar kan sekali lagi
putarkan sekali lagu itu
putarkan biar aku dengari lagi

dengar
dengarkan rentak bunyi peluru
dengarkan rentak derap anak muda
dengarkan rentak laungan kaum buruh
dengarkan rentak tuntutan petani felda

dendangkan internationale
gegarkan dunia ini

ingatkan itu datang kembali
ingatan yang terpahat di sudut hati
ketika kita meghirup secangkir kopi
ketika kau bercerita tembakan yang membingar telinga
dan ledakan bom yang membuatkan kau tuli sepanjang masa

lalu aku tersenyum
lalu aku ketawa
tentang kawan yang hilang
dan kekasih yang ditinggalkan

putar kan sekali lagu itu
lagu milik anak semua bangsa
lagu ketika kau di hutan belantara
lagu kaum buruh menuntut upah
lagu anak anak muda berdemo dalam kota

internationale mengikat kita semua

selamat jalan kawan ku



PUTARKAN INTERNATIONALE SEKALI LAGI




SALUT AKHIR UNTUK KAWAN







AL-FATIHAH - 1922- 2011

Ibrahim Chik adalah salah seorang daripada sekian banyak pemuda Lubuk Kawah di Temerloh yang masuk ke hutan mengangkat senjata melawan penjajah dalam gerakan kebangsaan berhaluan kiri. Kebanyakan pemuda Melayu pada ketika itu begitu tebal dengan semangat patriotiknya.

Ibrahim dan rakan-rakan seperjuangannya yang rata-rata kuat dengan latar belakang pendidikan agama dari sekolah pondok telah berkorban jiwa dan raga demi cinta mereka kepada tanah air. Dalam tubuh mereka mengalir darah pejuang Pahang yang terkenal gagah berani seperti Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Pada masa negara masih huru hara dan darurat, mereka tidak mempunyai banyak pilihan. Kebanyakan gerakan antipenjajah termasuk Kesatuan Melayu Malaya (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) telah ditekan pergerakannya, United Malays National Organisation (UMNO) yang baru ditubuhkan pula dipenuhi golongan elit dan bangsawan.

Parti Komunis Malaya (PKM) yang pada mulanya dibenarkan juga telah diharamkan. Sebagai rakyat bawahan yang muda dan bersemangat, tak mungkin Ibrahim dapat memberikan sumbangan besar kepada gerakan kemerdekaan Tanah Melayu dalam UMNO yang berjuang dengan slogan ‘Hidup Melayu.’

Dalam API, Ibrahim sudah sebati dengan ‘Merdeka dengan darah!’ Pilihan yang ada hanyalah bergabung dengan rakan-rakan dalam Rejimen ke-10 yang menjadi sayap PKM seperti Abdullah C. D., Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan lain-lain yang sudah bersedia menerima kedatangan beliau.

Ibrahim yang begitu petah berpidato kemudiannya diangkat mengetuai bahagian perang saraf dan propaganda PKM. Dengan tanggungjawab itu, Ibrahim berusaha memenangi hati rakyat untuk turut sama dalam perjuangan bersenjata dan berdarah menuntut kemerdekaan. Beliau ingin melihat Malaya merdeka dan bebas dari cengkaman penjajah British. Dalam memoir ini, Ibrahim mengimbau kembali pahit getir pengorbanan beliau dan rakan-rakan seangkatannya selama empat dekad dalam PKM.


REJIMEN KE 10 - PEJUANG MERDEKA




6 ulasan:

  1. al Fatihah ...goodbye comrade

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah dan salut. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.

    BalasPadam
  3. ...pejuang sejati tiada akan mati biarpun jasad dimamah bumi.

    AL-FATIHAH UTK MU, PAK BRAHIM

    BalasPadam
  4. AlFatihah untuk Pak Cik Ibrahim...jasa dan pengorbanan anda akan dikenang oleh kami generasi muda. Walaupun ada pihak yang menafikan pengorbanan anda...sejarah tidak dapat ditipu...kemerdekaan ini adalah sebahagian dari pengorbanan seorang pejuang yang berani seperti anda....selamat jalan semoga sejahtera di alam sana...amiieenn...

    BalasPadam
  5. KOMUNIS! SOSIALIS! SEKULAR! HARAM!

    BalasPadam
  6. saat akhir sebelum arwah ibrahim chik disemadikan http://www.youtube.com/watch?v=i33vgErAEXs

    BalasPadam