Sabtu, 3 Disember 2011

HAJI NAKEMPRU SUDAH FLIP FLOP LAGI




NOTA :

perhatikan gambar ini betul betul
gambar yang bingkainya lebih besar
di bahagian belakang
ada seorang mamat
memakai jaket hitam

dari sosok badan
kelihatan mamat ini bukan mamat arab
jadi mestilah dari malaysia
siapa mamat ini?

siapa gerangan mamat ini?
kenapa mamat ini tidak memakai ihram?

apakah ini orang suruhan lebai vincent?
atau wakil ananda?
atau wakil syed mokhtar?
atau wakil lebai lim?

siapa ada info
sila kembangkan


MAT MONGOL MEMBUAT HAJI EXPRESS














MAHASISWA CADANG HARAMKAN HAJI.

Sebagai seorang mahasiswa dan rakyat Malaysia saya merasakan sangat kecewa dengan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam yang telah dipersetujui oleh majoriti Parlimen Malaysia pada 29 November 2011 yang lepas. Saya berpendapat bahawa peraturan yang cuba diketengahkan ini bukan satu usaha ke arah penambahbaikan negara tetapi lebih kepada usaha pihak kerajaan untuk menyekat pihak oposisi dan rakyat daripada menegur kesilapan mereka. Datuk Seri Najib Razak berkata dengan adanya undang-undang ini kerajaan telah membuat satu revolusi kerana telah memberikan peluang kepada rakyat untuk berhimpun. Percaya atau tidak kenyataan Perdana Menteri Malaysia ini telah disambut dengan helai tawa di jalanan oleh golongan mahasiswa, NGO dan pertubuhan masyarakat sivil pada hari yang sama dengan persetujuan parlimen.

Peraturan ini juga seperti ingin menyindir rakyat, bahawa yang sebenarnya rakyat di negara ini tidak matang dan tidak mampu untuk membezakan antara permata dengan kaca iaitu antara perhimpunan aman dengan perhimpunan rusuhan. Secara tidak langsung ianya juga memberikan imej yang buruk terhadap negara kerana seolah-olah rakyat di negara ini adalah pemberontak, pengganas dan perosak kerana itu tidak boleh diberikan kebebasan protes jalanan sama sekali. Myanmar yang masih dibawah pemerintahan ‘Tentera Berdaulat’ menyaksikan hak demokrasi rakyat mereka lebih terbuka berbanding di negara kita. Myanmar hanya memerlukan sekurang-kurangnya 5 hari untuk memohon permit berbanding Malaysia yang memerlukan selama 30 hari.

30 hari sekurang-kurangnya tempoh memohon permit untuk melakukan perhimpunan adalah satu tempoh yang tidak relevan. Sekiranya sesuatu isu itu memerlukan sokongan rakyat dengan kadar yang segera maka tempoh ini akan menjadi benteng penghalang yang besar kepada rakyat untuk bersama-sama menyatakan sokongan. Contohnya jika perkara yang berkaitan dengan sensitiviti rakyat maka rakyat terpaksa menunggu selama 30 hari untuk membuat bantahan sedangkan pada masa itu perkara tersebut telah menjadi parah dan mungkin mendatangkan kemudaratan kepada negara.

Sekiranya penganjur gagal atau tidak mengemukakan notis untuk menganjurkan perhimpunan maka pihak penganjur akan dikenakan denda sebanyak RM10, 000 dan mana-mana warganegara yang ditahan kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut akan dikenakan denda sebanyak RM20, 000 oleh pihak polis. Secara ikhlas dari sudut pandangan saya sebenarnya kerajaan tidak mahu langsung memberikan ruang untuk rakyat mengkritik atau bersuara tetapi kerajaan bijak dengan menggunakan kaedah kau ambil satu aku ambil sembilan supaya rakyat tertipu dengan helah yang seakan-akan hak mereka terbela.

Dalam rang undang-undang yang dibentangkan juga, warganegara yang berumur bawah 21 tahun tidak dibenarkan menganjur sebarang perhimpunan aman dan warganegara yang berumur bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perhimpunan. Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia Perkara 10 (a) dan (b) dimana setiap warganegara berhak bebas bercakap dan berhimpun secara aman dengan tidak bersenjata, secara terang-terangan rang undang-undang yang dibentangkan bertentangan dengan perlembagaan kerana dalam perlembagaan tidak menyatakan had umur yang sepatutnya dicapai bagi menyertai sebarang perhimpunan tetapi perlembagaan menyatakan untuk bebas bercakap dan berhimpun secara aman tanpa bersenjata adalah hak setiap warganegara.

Saya berharap agar pihak kerajaan tidak meneruskan niat untuk MENIPU rakyat dengan mewujudkan undang-undang yang menyenangkan kerajaan tetapi menyusahkan rakyat kerana dalam perlembagaan sudah jelas memberikan rakyat hak untuk bersuara dan berhimpun dengan aman. Sekiranya pihak kerajaan ingin meneruskan juga perlaksanaan akta ini, saya mencadangkan agar pihak kerajaan mengharamkan seluruh umat Islam di Malaysia untuk menunaikan ibadah haji kerana ibadah ini juga menganjurkan agar umat islam berhimpun tanpa dikenakan syarat-syarat yang tidak munasabah.

Tarmizi bin Anuwar,
Pengerusi,
Pro Mahasiswa UPM.


PENIPU!



5 ulasan:

  1. http://batutepijalan.blogspot.com/2011/12/sekitar-demo-membela-penduduk-kampung.html

    BalasPadam
  2. betul betul betul!

    lawan tetap lawan!

    jangan biar diri anda diselubungi kelentong

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: BINATANG PELIHARAAN SAYA 2

    BalasPadam
  3. Wahai Tuan Panglima Tukat Tuib,

    Selagi kerajaan bertuankan "Kapitalis" selagi itu-lah rakyat akan ditindas. Kepada pembaca TT Lu pikir lah sendiri.....!

    Bila nak hebohkan hal saham bumiputera yang lesab ni.., kami nak tahu kpd sapakah diberi? kasi bongkar, harap2 TT x dlm senarainya ya. KAH KAH KAH.....

    BalasPadam
  4. perhimpunan aman ke haram ke semua membazir masa . gua cadangkan kita buat RUSUHAN terus . kita mulakan dengan rumah Mahathir . kita merusuh kemudian rompak balik harta rakyat yang Mahathir rembat !

    gua bukan apa . kesempitan hidup sekarang ni buat gua fikir ada baiknya kita mulakan rusuhan . bior tokey - tokey UMNO mampus dan harta mereka dibahagikan kepada rakyat .

    jika pembaca semua perasan , kalau kita makan di kedai francais , contohnya Chicken Rice Shop , perhatikan pada resit bil . ada dua tax . Tax pertama adalah Service Charge . Tax kedua adalah GOVERNMENT TAX ! Kepala kontol apa Government Tax pelanggan yang bayar ? Yang bayar Government Tax ni sepatutnya kedai laa . Bukan pelanggan . Kaninaboi cibai !

    Tukar Tiub , lu jangan bikin leceh atau buang masa . Menulis , menulis dan terus melabon tidak mendatangkan apa - apa . Pembaca lu ni , masa baca gelak - gelak . Lepas baca kembali macam biasa . Takda apa - apa berlaku . Hanya NATO . Ini bukan tujuan Ronald Reagan bagi lu main internet supaya melabon tapi takda apa apa . TT pun macam NATO jugak !

    Gua dah penat la nak berhimpun itu dan ini . Semua buang masa ! Ayuh , MELAWAN ! RUSUHAN adalah revolusi sebenarnya ! Kalau mati pun tak apa . Sekurang - kurangnya cucu cicit dapat hidup senang kemudian .

    Akhir kata ,

    Lancauuu la TT ! Jangan hanya menulis je . Buktikan !

    BalasPadam
  5. ore klate kecek... "oii kerejae.. demo autokeratik... "

    kerajae tt... demo tah jale rayo...

    BalasPadam