Jumaat, 2 Disember 2011

JANGAN LUPA CARA MEMBACA AKHBAR DI MALAYSIA




SIAPA KENA TIKAM DARI BELANKANG





HUBUNGAN TIDAK RENGANG – berita hairan

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menolak andaian sesetengah pihak terutama dakwaan pembangkang kononnya hubungan beliau dengan Datuk Seri Najib Razak tidak begitu baik.

Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri, hubungannya dengan Perdana Menteri sentiasa baik dan membantu pemimpin nombor satu negara itu dalam sebarang urusan serta berterima kasih dengan pengiktirafan Najib terhadap kesetiaannya.
Timbalan Presiden UMNO itu mengakui beliau memang seorang yang sentiasa setia dan membantu Presiden menjalankan semua urusan parti dan pentadbiran negara.

“Bagi saya pengiktifaran ini adalah penghargaan yang cukup tinggi. Saya ucap terima kasih atas pengiktirafan diberikan Presiden parti,” katanya ketika mengulas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Katanya, dakwaan pembangkang konon hubungan beliau dan Perdana Menteri tidak begitu baik, hanya cakap-cakap pembangkang.

“Hubungan kami cukup baik dan kami bekerja rapat setiap hari. Mereka (pembangkang) boleh cakap apa saja. Saya terima pandangan beliau dan membantu dalam setiap urusan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan pengerusi beberapa jawatankuasa dan tiada tindakan yang saya lakukan di luar pengetahuan beliau. Kita bekerja sebagai satu pasukan,” tegasnya.
Mengenai dakwaan terbaru Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (NFC), Muhyiddin berkata, dakwaan itu sekadar usaha terkini parti pembangkang mengkritik kerajaan.

“Kita tidak harap pembangkang puji kita. Dengan Pakatan, ia memang begitu, tiada yang baru. Walau kita buat baik mereka tetap menyerang kita dengan apa saja cara. Seperti juga laman media sosial yang menentang kita seperti anda (wartawan). Kita tahu dan terima kenyataan ini,” katanya.

NOTA:
ingat bagaimana membaca akhbar di malaysia?
kalau di nafikan ertinya betul
kalau dikatakan tak ada ertinya ada
kah kah kah



HUBUNGAN SEMAKIN RENGANG
– berita hairan

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tiadk menolak andaian sesetengah pihak terutama dakwaan pembangkang bahawa hubungan beliau dengan Datuk Seri Najib Razak tidak begitu baik dan semakin renggang

Hubungannya dengan Perdana Menteri semakin dilihat umum sebagai ‘tak ngam’. Timbalan Presiden Parti ini telah lama letih dan bosan membantu pemimpin nombor satu negara itu terutama apabila berhadapan kes pembunuhan model dari Mogolia dan perangai isteri Presiden.

Timbalan Presiden UMNO itu mengakui beliau memang seorang yang sentiasa setia untuk menjalankan semua urusan parti dan pentadbiran negara tetapi dalam kes pribadi amat susah untuk dipertahankan.

“Bagi saya kes pribadi terlibat dalam pembunuhan ini cukup tinggi malapetakanya. Saya tak sanggup ucap terima kasih kerana dari apa yang saya difahamkan kes ini akan dibuka tidak lama lagi di Paris.Semua ini akan memburukkan Parti dan Presiden parti,” katanya ketika mengulas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Katanya lagi, dakwaan pembangkang konon hubungan beliau dan Perdana Menteri tidak begitu baik memang betul tetapi tidak tepat seratus peratus. Menurut beliau pihak pembangkang telah gagal untuk memahami makna ayat ‘ jangan tikam dari belakang...’ dalam teks ucapan Presiden.

“Hubungan kami memang semakin renggang. Saya bekerja rapat setiap hari dengan pasokan saya secara sulit. Mereka (pembangkang) bercakap betul tentang Presiden Parti yang dilihat tidak dapat lagi mengawal isterinya. Saya terima pandangan pembangkang kerana ini akan membantu pasokan saya yang sedang berusaha untuk mengumpulkan kekuatan. Dalam setiap urusan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan pengerusi beberapa jawatankuasa dan tindakan yang saya lakukan adalah di luar pengetahuan beliau. Kita bekerja sebagai dua pasukan yang semakin beertelagah,” tegasnya.

“Kita tidak harap pembangkang puji kita. Dengan Pakatan, ia memang begitu, tiada yang baru. Walau kita buat baik mereka tetap menyerang kita dengan apa saja cara. Seperti juga laman media sosial yang menentang kita seperti anda (wartawan). Kita tahu dan terima kenyataan ini,” katanya.


NOTA:
muhyiddin mengeluarkan kenyataan
dengan tujuan untuk menyediakan pendapat ramai
bahawa dia sedar bahawa najib
sedang merancang untuk menyingkirkan dirinya

munyiddin ingin memberi tahu
pekara ini di perhimpunan agong
ini cara terbaik dan dilihat bersopan
kah kah kah


8 ulasan:

  1. Berita2 yang meng'hairan'kan macam nih bagus utk dibaca... kah-kah-kah...

    BalasPadam
  2. norjuskalau dilihat kepimpinan umno sejak merdeka, hanya tunku tiada waris dalam umno. tun razak ada najib,tun hussein onn ada hishamuddin, mahathir ada mukriz, pak lah ada khairy. kesimpulannya kesemua pemimpin ini yang menerajui umno sekian lama dan ingin meneruskan agenda keluarga. peliknya puak puak yang menyokong umno masih tak sedar apa yang berlaku. betulkan orang melayu tiada pemimpin selain yang dinyatakan diatas ? sedih kerana negara ini menuju ke jalan kehacuran dibawah orang-orang yang masih beranggapan negara ini kepunyaan mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan dan kebajikan rakyat....

    BalasPadam
  3. Mintak maaf, secara perbandingan pemimpin umno dengan pas atau pkr, mereka ada baik sikit dan tidak menjadi anjing dap.

    BalasPadam
  4. xde anak melayu Islam yg lain ke nak angkat jadi pemimpin UMNO....ape anak mahathir mamak...menantu Dolah badwi tido zzzzz jer ke jer yg layak?...anak pak kassim...anak usop...anak2 Felda....anak2 Risda...anak pak rais...anak2 melayu Islam lain xbole ke?....nape terdesak angkat anak dan menantu jd pemimpin pelapis?...mesti nak cover line bnyk rahsia bapak dan bapak mertua ni...

    BalasPadam
  5. bacalah kenyataan mereka dengan terbalik maksud... sejarah telah diulang2.. telunjuk lurus kelingking berkait...

    BalasPadam
  6. Dahan Jati. UMNO plak jadi barua MCA dan China Doll... Hahaha... Elok sangat la UMNO hidup ngan makan lendir jer... Hahaha

    BalasPadam
  7. Biasanya ANWAR yang suka tikam dari berlakang.....kah....kah....kah

    BalasPadam
  8. tengok gambar dah boleh agak.
    kj (india mari)
    mukriz (pakistan mari)
    india & pakistan asyik
    berperang sepanjang masa.
    mana pernah aman.
    itu pun melayu lembu dalam umno
    tak sedar mereka dah kena tipu.
    umalayno kini dah jadi umamakno.
    mamak shahjilat kebas rm250j
    melayu lembu masih sokong.

    BalasPadam