Khamis, 22 Disember 2011
LAGI BUKTI MAHATHIR MUHAMAD PEMBOHONG DAN PENIPU
PERMOHONAN UNTUK PINJAMAN BANK DUNIA DIBUAT OLEH NEAC YANG DIPENGERUSIKAN TUN MAHATHIR
Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia.
Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat. Beliau menulis kononnya “rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia” dengan niat menyabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut.
Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun Mahathir Mohamad sendiri:
1. Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:
“In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past. The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project”
Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir.
2. NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu.
3. Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad.
4. Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalam Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:
a. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998
b. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998
c. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999
5. Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.
Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu).
Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.
Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak.
Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
20 DISEMBER 2011
Org lain, makin tua makin kuat amal ibadahnya. Dia ni pulak, makin tua makin kuat menipunya
BalasPadamMat tua penipu
BalasPadamTDM ni berbohong sejak dilahirkan! 1982 penerapan nilai2 Islam jemput DSAI masuk arwah umno perkena gerakan Islam sedunia. 1985 sampai 1988 basuh tangan peristiwa memali, kena kan Musa Hitam. Menang pemilihan presiden AGM arwah umno pun bohong 43 undi. Pinda perlembagaan bohong Rakyat tentang arwah sultan Johor yg masa Itu bakal jadi Agong Akan sulitkan proses gubal undang2 Krn baginda kaki perahu layar. Akhirnya rang undang2, Bg "royal assent" ke tidak, genap 30 hari, lulus otomatik jd undang2. Buat polisi penswastaan utk kebaikan rakyat tapi sekarang kita tahu kapitalisme kroni. Lucutkan ketua hakim Negara Atas alasan kes suzie teoh tapi sebenarnya Krn umno baru. Songlap projek kerajaan guna kan 3 billionaire melayu. Akhirnya, sebelum pencen buat istana maharaja lebih besar drpd istana Negara. Padan muka kita semua yg selamanya undi umno, Dan yg x pernah daftar ngundi tp sembang pandai serta yg dok undi pas x menang2. Kah..kah..kah..
BalasPadambapa pembohong
BalasPadamPADAN MUKA KAT ULAMA UMNO TU!!! merekalah bertanggungjawab mensuweikan negara islam ini!!!!
BalasPadamtak sedar makan gaji duit san miguel kutyy!!! haram sampai ke anak cucu sbg ulama su'. maka terbukti maksiat berlaku oleh pemimpin mereka sendiri. pasal murtad, buang bayi sendiri mau fikir la... akibah makan benda haram yg takut nak ditegur sbb al-kutty kaliptullah kah kah kah
apa ulama yg bersekongkol dgn thogut dan kalipah pembohong? malu la dgn titel ulama yg arif lagi mulia pengganti nabi tapi kecut bila cakap pasal qazaf utk nuar...poooorah!
mengapa ulama?
lu tanyalah sendiri apa pasat itu rafizi cakap pasat sumpah dgn al Quran. itu bukan buat org politik tapi untuk mata telinga ulama agar JANGAN BISU!!!tegur la kutty dan najib jgn main sumpah sumpit la.
jika berlaku bala jgn salahkan
kutty. dia dah sah jahil tapi ulama umno sbb tak sanggup pelihara Islam dari tangan pembesar kita yg mempermain-mainkan kemaslahatan umah ini.
mana pergi ulama muda 40 penyamun tu??? ajak la sekali bersumpah tak makan gaji duit haram. yg pakai exxonmobil tu ada saham arak san miguel (re: rafizi)bawa lak ke mesjid.
kes nuar dan lembu apa fatwa? sampai bila nak biar sang kutty membanggakan ketuanan assobiyah anda?
wahai ulama, yg menipu ni bukan mamak roti canai tapi kalipah eeee yg bagi kamu makan anakbini!
p.s: jgn biarkan pemimpin main sumpah-sumpit melampaui mempermainakan al Quran.
woit tt, lu ganti dia org la boleh minta fatwa pa chu cheng tu ok ke? kah kah
Muhadir menipu ulama membohong tok mufti mengongkek. rakyat jadi mangsa. anak cucu cicit kita jadi mangsa. ulama pro bn elok direjam biar mampus termasuk ulama muda 40 penyamun tu. ulama bangsat jadi perkakas bn. muhadir tak lama lagi dah nak kojol. tengok la muka dia dah kedut kedut macam kain buruk makin kuat menipu. bini dia pun sama sengih sengih mcm org tak tau kepala botak. nasihat la laki awak yg nak dibaham tanah tu suruh taubat. kalau dah kedut nak botox pun tak guna. kalau ada duit ratus ratus bilion pun tak boleh hilangkan kedut awak tu. sikit hari lagi cacing tanah nak baham awak!!! ular hitam pun nak belit sama.
BalasPadamlidah mamakhateer ni lebih bercabang daripada jalan2/lebuh2 sekitar lembah kelang
BalasPadamapapun aku masih sabar menunggu hari yg Tuhan tunjukkan macamana mamakhateer ni terjerut lidah dia kat leher sendiri!
cukup2lah kena kelentong dengan org2 politik jahat tak bermaruah
jom tendang dan humban jauh2 UMNgOk-BoNgok!
-average joe-
klakka-la.blogspot