Rabu, 28 Disember 2011
MAT MONGOL JADI TRANSFORMER
KENYATAAN MEDIA
27hb Disember 2011
PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI: KERAJAAN MENGELAK DARI MENJAWAB ISU YANG
DIBANGKITKAN
Saya meneliti jawapan kerajaan Dato’ Seri Najib terhadap kritikan saya yang terkandung dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15hb Disember 2011. Ucapan tersebut yang berjudul Debunking ETP: Widening Income Gap menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.
Jawapan tersebut tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar. Jumlah ini merangkumi sehingga 51% tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56% bagi tahun 2009.
Makanya, sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat
terbanyak malah menambah bilangan rakyat termiskin adalah perancangan ekonomi yang
tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat. Persoalan utama ini wajar dijawab denganberkesan oleh Perdana Menteri sendiri.
Apatah lagi apabila hujah saya dikemukakan dengan mengambil kira unjuran-unjuran
ETP meragukan. Misalnya unjuran pertumbuhan upah 3.6% setiap tahun, dari tahun
2010 sehingga tahun 2020 yang bertentangan dengan pertumbuhan upah pekerja tahun
2000 hingga 2009 yang hanya menokok sekitar 2.6% setiap tahun manakala kos sara
hidup meningkat mengatasi pertumbuhan upah. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh
Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja.
Laporan tersebut menyatakan 33.8% dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM 700 sebulan. Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34% dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan. Justeru berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6% adalah tidak tepat.
Manakala itu unjuran kerajaan bahawa inflasi akan berada pada paras 2.8% setiap tahun sehingga tahun 2020 juga tidak realistik apabila kadar inflasi sejak 12 bulan lalu sentiasa melangkaui paras 3%. Sasaran untuk mencapai pendapatan kasar kebangsaan (gross national income) per kapita sebanyak RM 48,000 setahun pada tahun 2020 tidak akan dicapai sekiranya inflasi melebihi dari 2.8% untuk tahun mendatang.
Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4% setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009. Keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6% setiap tahun bila mana jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang.
Persoalan paling utama yang langsung tidak dijawab adalah kesimpulan saya bahawa
kekayaan negara akan semakin dibolot golongan kaya di bawah ETP sementara rakyat
terbanyak dipinggirkan. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib langsung tidak menafikan analisa saya bahawa nisbah upah pekerja kepada pendapatan kasar negara akan berkurangan dari 40% (tahun 2009) kepada 33% sahaja (tahun 2020). Walhal, ini merupakan permasalahan utama di negara kita, manakala golongan kecil, keluarga dan kroni mengaut kekayaan, sementara majoriti rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang melonjak sedangkan pendapatan tidak meningkat.
Persoalan-persoalan ini adalah isu besar ekonomi negara apabila pentadbiran sedia ada menyalurkan seluruh kekayaan negara untuk membiayai projek-projek besar di bawah ETP. Malang sekali apabila kesannya kepada rakyat adalah menambah golongan miskin dan melebarkan jurang di antara yang miskin dan kaya menjelang tahun 2020 nanti.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
Sapa yang masih percaya pada lebai monggol@lebai express memang manusia poyo. Tengok muka dia pun dah tau memang kaki kelentong. Semua ETP tu cuma nak bagi kroni kaya.Rakyat terbanyak terus miskin.Aku tengok sekarang orang yang hidup zaman 70an lebih kaya dari zaman sekarang.Orang sekarang nak makan pun tak larat nak hidup, gara-gara lebai kelentong yang poyo tu.
BalasPadamETP: Entot tak Pancut....cakap je lebih. perlaksanaan gagal...sebab kerajaan najib guna ETP sampai bila pun ekonomi rakyat tak akan bunting..sebab entot2 tak pancut....ka..ka..ka
BalasPadamsalam Waghis dan dato seri,
BalasPadamWaghis ekau boleh tolong den tak? Den nak mintak ekau tolong bagi tau kek Dato seri Anwar tu.. suruh dio pakai cormin mato balik. buruk bonar muko eh bilo dah tak pakai vcormin mato lagi dah. Dah nampak macam orang bongis dan berdondam, tak do nampak laie macam pemimpim yang bijak dan smart.
ekau bagi tau jugo..ini jugo ado mempengaruhi faktor sokongan orang ramai serba sedikit. cuba kito lihat dulu ..hj hadi dulu cam ni jo maso jadi mb terengganu ..maso interview oleh tv3suku.nampak elegant. yo waghis..bg tau yo..
ok waghis .. thanks
Terima kasih Ketua Pembangkang, inilah bagusnya kalau ada pembangkang yg kuat utk audit kerajaan pemerintah UMNO BN yg korup, mmg aku sokong fakta bahawa seseorg yg keje bergaji bwh 2k apatah lg 1.5k ke bawah mmg akan melarat hidup dibandar walopun ada kedai 1Malaysia la, rumah pertamaku la apa la tetap takkan membantu kerana rakyat susah nak tanggung kos sara hidup semakin tinggi (kereta import cukai 3x ganda tp perodua&proton jual harga mahal, harga rumah mahal beratus ribu rumah xsiap kerajaan xbuat apa2 rakyat tanggung interest bertahun lamanya, harga brg keperluan makin meningkat, tariff elektrik mahal ceo tnb mintak naik gaji,harga spare part kenderaan xdipantau dan bermacam2 lg dugaan hidup).
BalasPadamKerajaan yg memerintah tak kira siapa yg menang nnt wajib bagi pendidikan (dari tadika kpd universiti percuma pd rakyat) dan perubatan/kesihatan(semua free termasuk pembedahan yg mahal percuma pada rakyat). Aku percaya dgn cara ni nasib dan hidup rakyat terbela seluruhnya walaupun ketika itu pemerintah masih lagi makan rasuah dan komisyen dari perolehan serta tender kerajaan
maknanya, Malaysia akan berjaya mencapai target meningkatkan pendapatan kasar pada 2020 tetapi inflasi yg xdikawal meningkat menyebabkan kos sara hidup jadikan semua barang,rumah dan kenderaan mahal, gaji kekal camtu gak, makin ramai bergaji bawah RM1500 tak mampu nak sara diri xmampu beli rumah xmampu beli kancil hanya mampu beli motor merempit seumur hidup...sementara mereka yg membodek UMNO dan BN jadi kaya senang lenang....
BalasPadamRakyat yg terbeban akan bertambah stress kerana hidup yg dikecapi xmemenuhi kehendak diri dan akibatnya institusi perkahwinan akan mengalami bnyk perceraian mengakibatnya bnykla anak2 remaja2 xterdidik dgn sempurna...
Lepastu anak2 remaja2 yg terdedah dgn internet membesar dgn didikan xsempurna membesar jadi belia yg stress dan sanggup lakukan jenayah semata2 utk sesuap nasi...stress jer carik betina berzina seks bebas utk legakan stress....maka makin bnykla jenayah ragut,rompak,samun, bunuh utk cepat kaya dlm masa singkat sementara makin bnykla seks bebas zina menghasilkan bayi anak haram yg mungkin dibuang dan dibunuh utk tutup rahsia penzinaan...
aku tanya korang, adakah kehidupan ini yg korang nak semasa memangkah Barisan Nasional dan UMNO?
Apakah adil kehidupan pada zaman DEB dan ETP ni yg jelas menguntungkan kroni sedara mara UMNO dan BN walhal kita rakyat makin melarat?
Jika korang setuju dengan aku mari kita undi pembangkang utk mengalami perubahan negara berkebajikan yg dijanjikan...sekiranya pembangkang gagal kita undi semula UMNO BN tu.
etp dan apa ka jadah lagi, soalannya bila dia nak pi? dia dok cerita pasai 2020, harga barang tiap2 hari dok naik, apa dia buat? gni rm48 ribu/tahun pun tak guna kalau harga nasi lemak rm20 sebungkus. bayangkan harga rumah & keperluan asas yg lain. kesian anak cucu aku....
BalasPadam