Selasa, 27 Disember 2011
MEMIKUL BIAWAK HIDUP
BIK MAMA PEMBAWA UNDI
NOTA:
bukan hanya memikul biawak hidup
ini memikul biawak hidup yang obese
WANITA MEMUASKAN DIRI DENGAN BERBELANJA RIBUAN RINGGIT UNTUK KOSMETIK - meloya
KUALA LUMPUR 26 Dis. – Langkah golongan wanita berbelanja beribu-ribu untuk membeli barangan kosmetik dianggap sebagai terapi baru menghilangkan tekanan dan memuaskan diri.
Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Lembaga Akademi Keusahawanan Islam Alfafa, Datin Reny Rahayu Mohd. Ishak menolak andaian bahawa perbuatan menghias diri oleh golongan berkenaan bertujuan menarik perhatian orang.
“Kebanyakan wanita yang bersikap demikian sebenarnya mahu memberi ganjaran dan memuaskan diri mereka selain menjadikan ia sebagai terapi bagi menghilangkan tekanan.
“Selain itu, kecantikan itu turut membantu meningkatkan keyakinan diri mereka kerana wanita zaman kini kebanyakannya mempunyai kerjaya dan sering berhadapan dengan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan mengenai wanita Malaysia yang dikatakan sanggup berhabis sehingga RM2,000 sebulan semata-mata untuk membeli produk kosmetik pelbagai jenama yang terdapat di pasaran.
Sementara itu, Ketua Konsultan Syarikat K&A Applied Psychology Consultancy, Khairol Anuar Masuan berkata, menurut kajian, majoriti golongan wanita beranggapan mereka hanya akan kelihatan cantik jika mereka menggunakan peralatan solekan yang mahal.
“Golongan yang obses terhadap kecantikan selalunya tidak akan berfikir panjang apabila berbelanja sehingga ada yang sanggup berhutang semata-mata mahu membeli keperluan kosmetik jenama antarabangsa.
“Mereka juga sanggup menggunakan kaedah yang bahaya dengan melakukan pembedahan dan suntikan bagi mengubah diri mereka walaupun mengetahui tindakan itu boleh memudaratkan kesihatan hingga menyebabkan kematian,” katanya.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita Malaysia, Fauziah Mohd. Ramly berkata, golongan wanita perlu bijak menterjemahkan erti kecantikan dengan lebih seimbang dan menyeluruh tanpa bertindak keterlaluan hingga memudaratkan diri.
“Ia sangat menyedihkan apabila wanita di negara sanggup membazir dan mengeluarkan belanja yang banyak hanya untuk kecantikan sedangkan peruntukan itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih baik.
“Contohnya, mereka boleh menyimpan wang itu untuk perancangan di masa hadapan memandangkan kos sara hidup di negara ini yang semakin meningkat,” katanya.
Tambah beliau, wanita di negara ini perlu menjadikan kes mangsa-mangsa produk kecantikan yang teraniaya hingga menyebabkan kematian sebagai teladan.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KOMENTAR TUKAR TIUB
faham tak kenapa berita ini keluar?
berita ini ditujukan kepada bik mama
sedar tak bik mama kian hilang dari laporan
ini tanda tanda pilihanraya nak sampai
kenapa bagini?
ini kerana bik mama dibenci oleh rakyat
ini kerana wujudnya bik mama ini seperti memikul biawak hidup untuk gerombolan
dalam gerombolan sekarang ada dua ekor biawak hidup
satu bik mama
satu lagi sharizat lembu
dua dua gedebab
dua dua obese
dua ekor biawak ini kalau mainkan betul betul
akan menjadi umpan untuk dpat undi
ketika perhimpunan gerombolan dulu
pemerhati telah memerhatikan bahawa bik mama sloo sikit
dalam bilik persidangan bik mama tidak liar merayau rayau
baca berita ini betul betul
ada cerita botox
ada cerita tarik kulit muka
semua ini sindirin untuk bik mama
dalam utusan ramai yang menyampah dengan biik mama
inilah cara mereka tibai rosmah mansor
kah kah kah
MUSUH RAKYAT DUNIA
Kasi tibai sama Rosmah! hahahahahaha
BalasPadamhttp://batutepijalan.blogspot.com/2011/12/mahasiswa-pro-aspirasi-tidak-sokong.html
perasan tak.. kebelakangan ini Macam2 persatuan dan company yang sebelum ini kita tak pernah dengar ada atau wujud kat Malaysia ni masuk paper :)?
BalasPadamBotox dia dah mengeras dah, kena tukar baru, kejap lagi hilang la tu pegi oversea, shoping hilang stress, boleh la pesan jane birkin satu, cicin yang dah test drive dulu tu jangan lupa, tak yah order dah, samber terus.
BalasPadamhttp://pokehbusu.blogspot.com
Bro, cantik pulak fesyen rambut Bik Mama di gambar tu...
BalasPadamTuan tukar tiub
BalasPadamtak malu kah menjadi saorang lelaki yang dayus?
berani cabar bini orang saja
kalau betul2 jantan cabar najiblah!
tanpa nama 27 Disember 2011 3:12 PTG,
BalasPadamcabar najib buat apa. dia bukan tau satu benda pun. bini dia yg control semua. itu pun kau tak tau ke?
kah kah kah
baru kali ni aku tengok gambar rosmah nampak kool,
BalasPadamsindiran yang mungkin untuk bik mama. tapi ada kebenaran wanita hari ini sanggup berbelanja sakan demi kelihatan cantik.
BalasPadamberibu-ribu untuk krim muka, pencuci, losyen, anti kedut, anti fina line, stretch mark reducer, hilangkan parut, dan sebagainya...
keja teruk siang malam pagi petang, nak tengok muka anak pun susah, hujung minggu, berjam jam pegi shopping mall berbelanja sakan...sambil buang duit bagi golongan kapitalis kaya. tak kisahla bangsa apa, melayu ke, cina ka, cindian ka. semuanya kaki membeli sekarang...perempuan terutamanya, tak kurang juga lelaki.....jersey, kasut, jam, gadget....sama sekali...tak mau kalah..
sampai terikut anak-anak! baru SPM dah hebat dengan iphone nya, x box gila, kasut mahal, ipad..
stim pulak aku nengok gambo superimpose tuuu
BalasPadam