Khamis, 1 Disember 2011
SURAT YANG LAMBAT SAMPAI
BANGUN DAN LAWAN
Surat Terbuka Buat Parti Yang Bersidang
Assalamualaikum w.b.t
Surat ini adalah surah yang ikhlas dari jiwa seorang rakyat. Rakyat yang tiada ingin sedikit pon menjadi Yang amat berhormat, rakyat yang tiada kepentingan dalam kerajaan dan pembangkang. Rakyat yang tak dibayar untuk memuji atau mengherdik mana2 parti. Surat ini surat bebas. Bukan sebebas Zulkifli Nordin dan Panglima Perang Ibrahim Ali, Yang tiada syarikat Rm2 seperti YB Zahrain yang ingin dapatkan projek padang Golf. Ketahuilah Saya boleh menulis panjang memuji muja anda semua dan memohon 'upah'.
Andai Ada lembu diladang
Ajari ia menginap di pangsapuri
Wahai Yb yang suka mengangkang
Bukalah telinga hadamlah isi
Surat ini sekadar untuk membawa pendapat sahaja. Harap ada para YB dan perwakilan yang dapat pengajaran dan menambil perhatian dari isi kandunganya.
Ketahuilah para YB sekalian, saya adalah peserta Bersih 2.0, saya bukan menyertainya kerana ade sosok besar seperti Anwar Ibrahim atau Sheikh Altantawi(Bukan Nama Sebenar). Saya bukan menyertai Bersih kerana tidak mahu Anwar Ibrahim dipenjarakan. Tapi saya menyertainya kerana saya dalam proses belajar, saya dalam proses mengenali masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Dan terbukti dalam demo tersebut sememangnya kita sangat berbilang bangsa dan ugama.
Saudara Yb,
1. Janganlah lagi memperalatkan kami dengan perasaan benci. Kami bukan berlari menyokong Pakatan Rakyat kerana benci Barisan Nasional. Sedarlah, kami hanya perlukan satu kerajaan yang lebih baik. Kerajaan yang menyemaikan kasih sayang, saya setuju dengan kata abam Mat Sabu, kita bukan nak ganti kerajaan dengan niat untuk 'membalas dendam'. Tapi mengenai , who can serve better?Kerajaan yang bukan dibina atas dasar membenci
Bersongkok tinggi menculah atapi
Pemimpin berucap, sorakan bodek diberi
Sedarlah YB yang boyot boyoti
Gelagat kamu, menggelikan hati
2. Wahai YB yang baru berjinak dalam kegiatan mahu menjadi yb, mahu mendapat tempat dalam parti. Sedarlah, cara anda membodek Anwar Ibrahim, Muhyidin dan Najib Razak sememangnya amat menjijikkan. Ada yang berderau hero mahu pecah penjara demi pemimpin tertinggi, ada juga yang membuat cabaran diumumkan PM melayu sampai bila2. Ini semua ayat2 bodek dengan harapan semoga dapat naik ke satu level yang lebih tinggi dengan lebih cepat. Jangan menyemarakkan benci dikalangan rakyat, serulah kasih sayang, serulah rakyat yang berbilang bangsa ini bersatu. Kenapa kadang saya rasa anda semua bertindak dengan dungu?
Pisang Emas dibawa berlayar
Buah keranji di atas perahu
Kenapa kami dipaksa berlayar
Sedangkan rasa kami, engkau tak tahu
3.Wahai para perwakilan, sedang kamu rasa rakyat boleh hadap paparan TV3 mengenai perbahasan dan cerita molek kamu, kamu juga telah menutup ruang saya mahu menonton cerita Cinta Elisya. Adakah saya akan berubah pandangan andai mereka menayangkan Persidangan PAS, PKR atau DAP? Jawapannya TIDAK! Ini kerana itu adalah persidangan parti kamu, bukan persidangan mana2 badan atau pon kerajaan. Kami sudah jelik samoa itu.Yang perlu ditayangkan dalah sidang parlimen, perbentangan bajet, secara live and full, bukan mendengar anda bercerita, berperribahasa, bernyanyi, semua itu tidak membawa harapan kepada kami.
Gendang gendut tali kecapi
Berperut boyot mengukir janji
Baju Diselampang disana sini
Umpama pahlawan Gagah sejati.
4. Wahai Yb yang rata ratanya bangga dengan kostum dan baju batik kamu. Di saat kamu pakai baju itu, berucap ucip, terkemut2 diatas pentas, sedarkah ada kami ini yang dalam kesempitan dan kesusahan? Sedarkah para Yb yang ada yang murka dengan pakaian kamu yang hebat dan 'gah' itu?Kamu mula menjadikan budaya kapitalis itu sebagai akidah kamu.
Dagang pak malau dagang berhias
Mencari kuasa bertatah berhias
Bertitah kamu tanpa berkias
Malulah pada Maha Pembalas.
5. Yb sekalian, semakin hari, perjuangan kamu ibarat hanya menjaga periuk nasi kamu sendiri. Saya sudah jemu dengan perangai kamu yang suka 'merekrut tuhan' dalam setiap kata kamu itu. PKR akan membawa tuhanya tersendiri, UMNO juga membawa ayat tuhannya sendiri. Tidakkah kamu malu, sedang tuhan tidak mengutus surah khusus pon menyebut nama kamu semua. Ternyata, kamu ini juga ada dari kalangan orang yang tamak. Tidak cukup harta kami anda rembati, kini ayat tuhan juga kamu boloti.
P/s : Mohon Bertaubat
Yang ikhlas dan menyayangi
Sekian
AnakMudaDiary.
Harap org politik mengerti org biasa seperti kami...
BalasPadamTerbaik!
BalasPadambro TT , pantun terbaek cayala...
BalasPadamDi padang ragut anak lembu berlari-lari;
susu lembu 1Malaysia ramai yang minum;
peruntukan 250juta sudah diberi;
supaya semua "lembu" merasa duduk kondominium...
-coma-
UM ... NO NO NO ... Perjuangan nya udah terlalu jauh menyimpang ... No No No ... Dah terlalu banyak BURUK dari BAIK nya ... No No No ... Apa kerja para pemimpin nya hari ini ... Kerja untuk Pembangunan Negara, Kerja untuk Kesejahteraan Rakyat dan Kestabilan Rakyat bagaikan melepaskan batuk ditangga sahaja ... ala kadar ... 20% saja kerja Negara ... 80% lagi untuk Pembangunan mereka sendiri ...untuk Kesejahteraan dan Kestabilan mereka sendiri ... Mereka dan Keluarga mereka Di Dahulukan ... Pencapaian Mereka dan Keluarga mereka Di Utamakan ... No No No ... Inilah sebenarnya Matlamat dan Hala Tuju puak-puak UMNO ini ... Tak Percaya !!! ... selidik lah sendiri dan buka mata hati luas-luas ...
BalasPadamorangramai (bukan "rakyat kebanyakan" - aku cukup2 teramatsangat meluat dengan label ni, seolah memberi pemahaman yg kita semua ni adalah dari kasta yg rendah berbanding raja dan "pemimpin") memang ternanti2 dan tertanya2 apakah yg mampu dan bakal dilaksana oleh pakatan jika /bila diberi mandat penting mengambilalih pemerintahan dari KERA UMNgOk-BoNgok, apa yg baik berbanding gerombolan KERA, terutamanya dari aspek pekerjaan/ pendapatan/ ekonomi, dan kedua penting dari aspek keadilan/ kebebasan/ perundangan dan aspek keselamatan...
BalasPadamtapi aku juga paham, ini semua adalah realpolitik, di mana orgbaik tidakboleh samasekali bersifat lurusbendul, kerana orgjahat yg jiwanya sudah tertanamdalam sifat mengelentong akan mudah lagi ligat berpestaliar menari2 atas longgokan org2 lurusbendul yg senang ditolak dan ditumbang...
justeru, buat masa ini, yakni selagi tidak memegang tampuk pemerintahan, pakatan pun tidak boleh begitu cepat dan mudah menghuraikan satupersatu langkah penambahbaikan serta kaedah baru yg ingin mereka perkenalkan sebagai satu kerajaan yg lebih baik, beretika, maju dan efisyen. kita perlu sedar sang KERA dasarnya suka meniru (orgputeh yg ajar ppsmi kata: monkey see, monkey do) - contoh boleh dilihat di mana2, seperti belanjawan tahunan negara, seperti bilangan hari cuti bersalin dll... dan paling teruk, sang KERA tidak berhenti setakat meniru, tetapi setelah meniru, rompak pula kredit! contoh: ingat haji najibabun dengan bongkak mengatakan isa dikaji/dihapus bukan kerana pembangkang atau protes orgramai?!
nah, aku yakin bukanlah lge, tgna, anwar atau lain2 pembangkang tu terlalu kemaruk nakkan kredit nakkan puji2an... tetapi lebih penting ialah propaganda dalam rompakan kredit itu menghasilkan rakyat yg percaya UMNgOk-BoNgok memang bagus, prihatin, blah blah blah... sedangkan golongan rakyat yg mudah kena kelentong ini cukup ramai kerana berdekad tiada saluran maklumat alternatif...
mungkin, untuk pemahaman ramai pembaca terutama kalangan muda yg baru berjinak dgn pengetahuan politik, bro tt boleh bagi ulasan panjanglebar bagaimana pakatan sepatutnya menmbuat perimbangan yg cukup teliti, antara mencanangkan dengan menyeluruh apakah tindakan2 dan halatuju yg akan dilaksanakan pakatan sebaik mendapat mandat memimpin negara supaya orgramai sedar kebaikan pakatan seterusnya mengundi pakatan menggantikan sang KERA, dan menyorokkan apakah langkah2 dan strategi yg akan dilaksanakan pakatan sebagai peminpin supaya idea2 mereka tidak direntap oleh si KERA sang peragut dan perompak...
-average joe-
klakka-la.blogspot: BINATANG PELIHARAAN SAYA
Dagang pak malau pergi perdagang
BalasPadamDagang kelate makan nasik dagang
Dagang Rosmah jewel berhias
Dagang Najib kapal selam bertempias
kah-kah-kah
kah-kah-kah
http://batutepijalan.blogspot.com/2011/12/ayuh-bersama-penduduk-kampung-matau.html
BalasPadamHarap rmi rakyat yang punya kesedaaran.... PKR perlu di cuci... bekas2 BN xnk cuci tgn ag....
BalasPadamSalam... Penulis,insyaallah mewakili pendapat@perasaan rakyat terbnyk.
BalasPadamAku malas nk criter bnyk2 tp aku jg rakyat yg tertempias dgn segala kekacauan yg berlaku. Biar aku listkn ape yg aku nk, biar pakatan tahu n sedar apa yg aku nk sgt2.
1) Bebaskan media cetak@elektronik
2) Bebaskan polis
3) Bebaskan sistem kehakiman
4) Bebaskn s/jaya pencghn rasuah
Maksud aku "bebas" tu, maksudnya bebas sebebas bebasnya. Ko letaklah 4 items tu bwh parlimen ke atau ape2 pn. Itu aku x tau, kome org politik lg tau.
Amik contoh kes korek! Korek! Korek! Media cuba tutup kes tu, polis plak buat siasatan ala kadar,sprm plak tiba2 mcm tak tau bidang tugas dorang, pendakwaan plak mcm main2, last2........ Kes tu sejuk mcm tu je.. Mahathir masih relaks, vincent tan bole glak2, dan yg lain2 bole relaks main snooker.... Aku dh fedup!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
"...kamu juga telah menutup ruang saya mahu menonton cerita Cinta Elisya."
BalasPadamingatkan aku laki bini je yg frust sbb x dpt tengok citer ni pada malam tersebut, rupanya ramai lagi yang senasib.
kerana "Cinta Elisya" maka makin susutlah undi parti cap keris ni!