Selasa, 4 Januari 2011
TUKAR TIUB PEMECAH BERITA
PECAH PECAH PECAH !!!
apa khabar ron 97
mahu naik lagi ke?
sepuluh sen sekali
naik perlahan lahan
orang tak marah
naik 3 bulan sekali
bagi susah aru dan dr hatta
kah kah kah
nota:
tunggu malam ini
kah kah kah
SULIT DAN ALAT SULIT
APA RAHSIANYA?
RAHSIA SEHARI SEBELUM KRISMAS
Esok sambutan hari kelahiran Isa dari Nazareth. Petang itu di Kuala Lumpur persiapan untuk menyambutnya semakin rancak. Ibu dan kakak berbondong bondong keluar dari gedung membeli belah sambil menolak troli yang membusut penuh. Cuaca redup dan hujan rintik-rintik menambahkan lagi kesesakan jalan raya.
Tepat jam enam petang sehari sebelum Hari Krismas 2010 sebuah pesawat jet membawa tiga orang lelaki telah terbang dari KLIA menuju ke Kuala Teranganu. Jet ini sampai tepat jam tujuh malam. Satu jam kemudian sebuah lagi pesawat jet khas menyusul sampai. Jet ini mendarat dan terus meluncur masuk ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terangganu.
Bila pesawat jet kedua ini berhenti sebuah kereta Mercedes berwarna hitam telah datang menghampiri tangga pintu jet. Seorang Lelaki Tua kelihatan dibantu oleh dua pramagura untuk menuruni tangga. Lelaki Tua ini terbongkok-bongkok terus masuk ke dalam kereta dan beredar.
Disatu tempat yang berasingan - dalam bilik tamu - di sebuah rumah mewah dua lelaki obese pertengahan umur kelihatan gelisah menunggu. Mereka berdiri memandang keluar tingkap. Lelaki pertama berkulit hitam, berperut gendut, bermuka ketat – muka paraouk persis penjaga kelab dangdut. Lelaki kedua agak obese juga dan berperut gendut tatapi kulitnya agak cerah. Lelaki ini kekurangan rambut. Rambut hitam puteh di kepala tumbuh bertompok- tompok di beberapa tempat sahaja.
Tetiba masuk seorang lagi lelaki yang sosoknya kelihatan agak pelik. Lelaki ini bersongkok tinggi memakai baju Melayu berkain sampin. Perut lelaki ini extra buncit. Seluar Melayunya agak besar hingga kelihatan seperti memakai kain gown. Pungungnya membonjol seakan-akan ada cawat yang ingin disorokan didalam kain sampin songketnya.
‘Jet selamat mendarat. Dia dalam perjalanan,’ lelaki berpunggung bonjol membuka kata. Lelaki Botak tersenyum dan menganguk-anguk kepala. Lelaki Paraouk bermuka ketat melihat jam ditangan kemudian berkata ‘ ada sesiapa nampak Dia sampai?’ Soalan ini mati tergantung tidak ada yang menjawab.
Tetiba Lelaki Botak meletakan talipon rapat ke telinga, ‘ …. bukan… I bukan di Port Dickson ni… I di KT…. you ni tak caya ke…I bukan jumpa Budak Itam tu…I dengan Tuanku ni…nanti I call balik. Bai bai…’
‘ You bagi Dia tahu? You tak sedar ke … pertemuan kita ini sulit…’ Lelaki Peraouk bermuka ketat menaikkan suaranya.
Lelaki Botak memasukan talipon ke dalam saku dan bersuara, ‘ kalau tak bagi tahu…. malam ini I kena tidor dengan Dia….seksa badan I…’ Mendengar jawapan ini ketiga-tiga lelaki ini ketawa kecil. Kemudian mereka beredar dan masuk ke satu lagi bilik tamu yang lebih besar dan lebih mewah.
Lelaki Tua itu berjalan perlahan-lahan sambil diapit dan dibantu oleh dua orang lelaki sasa yang memakai coat hitam dan bertali leher. Lelaki Tua terus masuk ke ruang tamu dimana tiga lelaki tadi bingkas bangun dan terus bersalaman. Belum pun sempat mereka berbual tertiba masuk dua lelaki lagi. Seorang kelihatan memakai Baju Melayu kuning dengan coat hitam dan seorang lagi Lelaki Kacak tinggi memakai baju batik berlengan panjang. Jelas Lelaki Kacak ini adalah tuan rumah. Kesemua bangun dan bersalaman. Kemudian semua bertanya tentang kesehatan si Lelaki Tua.
Selesai eek ook eek ook basa basi itu dan ini lalu enam lelaki ini beredar dan masuk ke bilik mesyuarat. Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu duduk di sebelah kanan. Tiga lelaki obese duduk di sebelah kiri. Ditengah-tengah duduk Lelaki Kacak berbaju batik sebagai orang tengah.
Mesyuarat bermula dengan labon Lelaki obese berkepala botak. Lelaki Botak ini berkesah tentang orang China dan orang India yang sudah naik tocang. Apa makna naik tocang ini tidak pula jelas. Tetapi menurut Lelaki Botak ini kedudukan Orang Melayu pada masa ini sedang terancam. Orang Melayu makin terpinggir kerana kuasa politik mereka pecah. Orang Melayu menurut Lelaki Botak ini akan pupus macam burung Dodo jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera.
Labon Lelaki Botak ini disambut oleh Lelaki Paraouk yang menerangkan bagaimana baru-baru ini China di Pulau Pinang telah berani menggunakan tangan untuk menyuap nasi – meniru cara orang Melayu makan. Menurut Lelaki Paraouk ini adalah bahaya kerana dalam pilihanraya yang akan datang tidak dapat dikenali lagi mana Melayu dan mana Mamak Tongkang. Apa sangkut paut Mamak Tongkang dengan orang China makan pakai tangan tidak juga jelas.
Tetiba mesyuarat ini terhenti kerana rupa-rupanya Lelaki Berseluar Gown telah mula berdengkor tidor. Semua mata berpandangan. Yang tidak ambil pot hanya Lelaki Tua yang matanya memandang tepat muka Lelaki Paraouk. Lelaki Paraouk merasa tetekan dan agak gelisah apabila matanya dipandang.
Akhirnya mereka tidak mempedulikan keroh dan dengor kerana hal negara dan masa depan negara lebih penting dan ingin mereka diselesaikan segera. Lelaki Botak menyambung labon. Kali ini dia membocorkan laporan bagaimana orang China di Malaysia ketika ini telah mula tidak hormat kepada Sultan dan Raja. Apabila perkataan Sultan dan Raja keluar, mata Lelaki Kacak berbaju batik mula bersinar. Dia menganggokan kepala tanda bersetuju sangat.
Menurut Lelaki Botak ini orang China di Malaysia telah naik tocang dan semakin menjadi-jadi. Mereka mahu menggunakan nama Allah, mahu bersenam dalam masjid, mahu ubah perlembagaan malah menuntut untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Lelaki Parouk bangun dan berkata, ‘ kita semua ini Melayu. Saya Melayu dulu.. kemudian baru Jawa… China naik tocang kerena ada pengkhianat dikalangan orang Melayu. Kalau tak ada dalang ini mana mungkin orang China ini berani….’ Lelaki Tua dan Lelaki Berbaju Melayu hanya diam mendengar.
Tetiba Lelaki Tua berkata dengan perlahan-lahan, ‘… mu la ni ada kempen satu Malaysia?... lagu mano mu royak satu Malaysia….mu royak satu Malaysia Cina Melayu India semua samo… mu ni cakap pada ambo lain… pada tibi tigo mu royak lain pulok… mana yang hambo leh pakai…mu ni orang munafik…. ambo tok seeeh..ambo tak suka orang munafik ni…’
Bilik senyap sebantar seperti telah diserang oleh Garuda. Kemudian Lelaki Tua ini bersuara lagi, ‘ mu nak ajak perpaduan buat gapo? Mu lah yang tangkap ramai alim ulama Pas… mu tuduh mace mace… mu guna ISA…. Islee gapo mu royak. Ambo kalau mu nak bersatu boleh… tapi mu kena pakai Islee laaa … bukan tuduh Chino lagu ni … India lagu tu. Islee larang ni sumo.’
Lelaki Botak tunduk memandang ke meja. Lelaki Paraouk buat-buat memandang ke atas siling. Bilik sunyi senyap yang kedengaran hanya dengkor Lelaki Berseluar Gown yang semakin kuat.
‘ Mu ambik ambo dari hospital … mu nak royak hal Chino dan hal India? Dah berapo kali ambo royak parti mu itu parti zalim… mu ni pemimpin zalim…’ Lelaki Tua seakan-akan marah. Lelaki Berbaju Melayu disebelahnya tidak bersuara langsung. Sesekali Lelaki Berbaju melayu melihat jam di tangan seolah-olah sedang menunggu kesampaian keretapi.
Suasana tegang ini ingin di kendurkan oleh Lelaki Kacak berbaju batik , ‘ kita sesama Melayu ini patut hormati menghormati. Kita akan lakukan apa sahaja demi untuk kebaikan negara kita ini. Kalau tak ada apa-apa lagi mari… Kita jemput semua bersantapan bersama.’
Apabila Lelaki Kcak berbaju batik bangun Laki Peraouk tergesa-gesa menarik tangan Lelaki Berseluar Gown yang tertidor. Dalam pisat-pisat sambil mengosok mata lelaki ini bersuara, ‘ menantu I itu okay… ’ Tetapi tidak ada seorang yang ambil pot lagi. Semuanya berjalan menuju ke ruang santap.
Setelah selesai jamuan makan dan bersalaman dengan tuan rumah semua tamu mengiringi Lelaki Tua kembali ke lapangan terbang. Di lapangan terbang mereka tidak memasuki pintu awam. Kesemua mereka dibawa secara menyorok-nyorok. Ketika rombongan ini sampai semua lampu di lapangan terbang telah dipadamkan.
Apabila jet membawa Lelaki Tua telah naik ke udara menuju ke Kota Baru, Lelaki Paraouk merasa agak lega dan tidak merasa tertekan oleh Lelaki Tua tadi. Dia terus bersuara kepada Lelaki Berbaju Melayu, ‘ apa yang berlaku tadi jangan beri tahu sesiapa…ini hal kita saje..’
‘ Tak ada siapa yang tahu… demo ingat ambo gi London…orang parti ingat ambo luar negaro… Bini ambo pun tak tahu… tapi ambo bagi tau Cik gu Pa dan Uztaz Nasa… demo nak sangat kita berjayo…’
‘ Lain kali kita cuba lagi. Orang tua itu nampanya keras lagi….’
Tetiba Lelaki Botak mencelah, ‘… jaga jaga hal perjumpaan kita ini jangan di ketahui oleh Mat Sabu.. Mahfuz.. Husam … dan jaga sikit Khalid Samad.. press pun jangan diberitahu…kalau Harakah.. Malaysikini tahu bahaya kita semua..Kalau I ditanya press I akan nafikan perjumpaan ini.’( TT)
Nota kaki:
Itulah kesah satu petang
sehari sebelum hari krismas 2010
petang itu akan terus menjadi
rashia untuk kita semua. Rahsia
perbincangan kerajaan perpaduan
yang amat sulit lagi gelap.
Bagaimana kesah ini ditemui oleh penulis
juga akan menjadi rahsia sulit dan gelap !
DARI ARKIB ROGOL RAIS YATIM
INI BUKTYINYA
MANGSA ROGOL RAYU IDENTITI TIDAK DIDEDAH - malaysiakini
NGO Indonesia yang memperjuangkan kes dakwaan rogol oleh seorang menteri kabinet semasa pentadbiran mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan.
Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia.
Menurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa - yang disiarkan di beberapa blog - dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana “menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia.”
“Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia,” petik surat yang ditulis pada pertengahan 2007 itu yang merujuk kepada pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
TAK PANJANG PUN
nota:
kolope den bukan panjang
nak heboh buek apo
ancuk omak kao
kah kah kah
ARKIB : 01/02/2004
HUKUMAN PENJENYAH SEKS: PM,TPM AKAN TEMUI NGO - meloya
KUALA LUMPUR 31 Jan. - Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib Razak akan menemui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung cadangan mengenakan hukuman lebih keras terhadap penjenayah seks.
Pertemuan itu akan turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rais Yatim serta tiga menteri wanita iaitu Rafidah Aziz, Dr. Siti Zaharah Sulaiman dan Shahrizat Abdul Jalil.
Najib berkata, Perdana Menteri telah meminta pertemuan itu diadakan dalam masa terdekat ini.
``Ini untuk mendengar pendapat mereka sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan yang lain,'' katanya pada sidang akhbar selepas dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang Universiti Nottingham itu di sini hari ini.
Sebanyak 106 pelajar Universiti Nottingham kampus Malaysia turut menerima ijazah masing-masing.
Najib diminta mengulas cadangan tegas Wanita Barisan Nasional (BN) semalam yang mahukan perogol bersiri dikasi bagi mengelak mereka mengulangi jenayah yang sama terhadap mangsa lain apabila dibebaskan dari penjara.
Kasi bermakna kerandut zakar atau testikel perogol itu dibuang terus menerusi prosedur klinikal yang menyebabkan lelaki terbabit kehilangan hormon, ereksi, nafsu berahi dan kurang agresif dalam perlakuan seks.
Rabu lepas, Kabinet memutuskan untuk meminda lagi Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi mengenakan hukuman paling keras, iaitu mati mandatori ke atas pesalah jenayah rogol yang menyebabkan kematian mangsa.
Dengan pindaan ini bermakna tiada lagi hukuman sebat dan penjara tetapi sebaliknya pesalah dibawa terus untuk menjalani hukuman mati di tali gantung.
Jemaah menteri turut mencadangkan supaya hukuman penjara seumur hidup dengan sebatan dikenakan ke atas perogol yang melakukan kesalahan sama secara berulang tetapi tidak membawa maut. Kabinet juga bersetuju menghalusi desakan masyarakat supaya pesalah rogol dan bunuh itu disebat di khalayak ramai.
Desakan-desakan sedemikian timbul ekoran kes terbaru seorang kanak-kanak Nurul Huda Gani, 10, dirogol kemudian dibunuh di pondok pengawal Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Gelang Patah, Johor 17 Januari lalu.
Menurut Najib, kerajaan bersedia mengkaji cadangan-cadangan pelbagai pihak yang mahukan hukuman lebih keras dikenakan terhadap perogol seperti itu.
Katanya, kerajaan sehingga kini telah menerima pelbagai cadangan daripada orang ramai yang bimbang jenayah sedemikian akan terus berleluasa.
``Ada macam-macam cadangan tetapi kita kena timbang dengan mengkaji segala implikasi,'' tegasnya.
Katanya, setakat ini Kabinet bersetuju meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu terus mendakwa pesalah rogol dan bunuh atas tuduhan melakukan pembunuhan.
``Itu satu ketetapan yang telah kita buat,'' katanya.
Pindaan ke atas Seksyen 376 Kanun Keseksaan tahun lalu menyaksikan hukuman lebih berat iaitu penjara minimum 15 tahun dan maksimum 30 tahun dengan sebatan menanti pesalah jenayah itu, di samping Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.
ZUL NORDIN TAK BAYAR HUTANG !!!
HUKUMAN TAK BAYAR HUTANG
nota:
mat bisul ini telah meminjam
15 ribu ringgit untuk bayaran
bertanding dipilihanraya yang lalu
sampai hari ini mat bisul ini
buat doono saje
telah berkali kali di talipon
buat deeek saje
inilah contoh pejuang islam
inilah contoh penjihad islam
cakap berdegar degar
berak dalam belukar kah kah kah
DAKWA PENDERHAKA SULTAN DI BAWAH SEKSYEN 121 KANUN KESEKSAAN – meloya
Zulkifli Noordin hari ini mencadangkan beberapa tindakan tegas diambil ke atas pihak yang menghina serta menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Muhammed Khusrin Munawi.
Dia berkata, semua pihak yang mengugut dan menentang perkenan Sultan Sharafuddin dalam isu tersebut perlu didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana ‘Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya gantung sampai mati.
Selain itu katanya, pertuduhan alternatif juga boleh dibuat di bawah Seksyen 121 (1B) kerana ‘merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan raja pemerintah sebuah negeri’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya pula adalah penjara seumur hidup.
“Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur, kerana amat biadab lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat di negeri Selangor melakukan perbuatan derhaka seperti itu. Jangan biarkan mereka ini terus memaki-hamun dan mempertikai kedudukan sultan kerana kelak ia menjadi barah.
“Bagi maksud ini, teman (saya) mencadangkan kepada mana-mana rakyat Selangor supaya membuat laporan polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil. Kita tidak mahu sejarah membaringkan diri di bawah kereta sultan berulang lagi,” katanya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… SEBELUM GANTUNG ORANG SAMPAI MATI…. BAYAR HUTANG DULU… kah kah kah..
woit…. KENAPA HUTANG 15RIBU TAK BAYAR BAYAR…. kah kah kah…
woit… JANGAN LAH CAKAP HAL UNDANG UNDANG … kah kah kah..
kah kah kah… MENIPU… BAWA LARI DUIT ORANG HUKUM NYA APA?..... kah kah kah..
kah kah kah…TAK BAYAR HUTANG… AKAN DI DAKWA DI BAWAH SEKSYEN MANA?.... kah kah kah…
nota:
pelik yang heboh ini orang seperti mat bisul
sultan sendiri dah kata yang tuanku tidak ada kuasa
kuasa semua sudah lupus
siapa yang lupuskan?
pada tahun 1993 ee madey hapuskan kuasa
raja raja melayu – kah kah kah
masa itu mat bisul dimana?
masa itu mat bisul buat apa?
nota:
mat bisul kenal tak dinsman
dia seniman dan baru ini
dia ada tulis sajak bernama : malaon terus berhutang
kah kah kah
IKLAN UNTUK ORANG JELEBU
KENYATAAN MEDIA
SATU LAGI PROJEK KRONI
“KESAN SEMULA SEMUA RM340 BILLION KETIRISAN NEGARA BUAT BIAYAI SEKOLAH USANG”
Membalas kennyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam laporan SINCHEW DIGEST pada hari ini (3 Jan) yang mendakwa seolah kerajaan tiada kemampuan untuk membiayai kos pembaikan RM30 juta buat setiap 300 buah sekolah usang yang kini telah diklasifikasikan sebagai ‘menghadapi risiko keruntuhan’, adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.
Ini kerana, jumlah RM30 juta buat 300 buah sekolah usang ini hanya akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9 billion walhal Kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM36 billion buat Perbelanjaan sepanjang 2011 ini.
Kenyataan TPM ini seolah mengiyakan sikap tidak ikhlas kerajaan lanun Umno-BN selama ini apabila dengan awal-awal lagi hanya memperuntukkan RM6 billion buat Pembangunan berbanding RM29 billion buat menanggung kos Pengurusan Kementerian Pelajaran. Ini bermakna, kerajaan lanun Umno-BN memang tidak pernah merancang untuk menyelamatkan sekolah-sekolah usang ini, walaupun sedia tahu ianya melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak serta guru-guru kita.
Saya yakin, jika ketirisan berjumlah RM340 billion, iaitu sebanyak Rm100 bilion telah berlaku sepanjang 22 tahun di era Tun Mahathir, dan ketirisan Rm240 bilion sepanjang 5 tahun pemerintahan PM berikutnya seperti yang dilapor Brian Wain dapat dikawal dan dikesan semula, pastinya masalah kekurangan peruntukan ini tidak akan berlaku.
Maka, bagi menjaga keselamatan anak-anak dan para guru yang belajar dan bertugas di 300 buah sekolah usang ini, saya menggesa agar TPM sedia bekerjasama dengan Kementerian Kewangan, Jabatan Audit, SPRM, PDRM dan badan berkaitan lain untuk segera mengesan semula semua wang ketirisan sebanyak RM340 billion ini, agar dapat menampung kos pembaikan RM9 billion ini.
Sekian. Terima kasih.
YB ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
AHLI PARLIMEN AMPANG
MERANGKAP KETUA WANITA KEADILAN
3 Januari 2011
SUMPAH JADI BATU - SAMPAI HARI INI TAK KERAS-KERAS LAGI
CISSS DERHAKA KAMU !
nota:
ciss derhaka kamu
aku sumpah kau jadi batu
kah kah kah
nak jadi air batu pun suasah
ini kan pulak
DUA NGO BUAT LAPORAN POLIS MENGENAI BLOG HINA SULTAN – mStar
SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.
Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata, Shuhaimi dalam kenyataannya menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember lepas didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru.
"Kenyataan ADUN itu seolah-olah memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan dengan tindakan rakyat. Ia berunsur fitnah, menghina, menggertak, menggugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor.
"GAPS akan membuat laporan polis setiap hari di semua daerah sehingga ADUN tersebut dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 6sini, Isnin.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… BANGANG BETUL GENG SONGKOK TINGGI NI…. kah kah kah..
kah kah kah… LUPA… SIAPA YANG PINDA PERLEMBAGAAN … kah kah kah…
‘
kah kah kah….LUPA SIAPA HAPUSKAN KUASA RAJA?.... kah kah kah..
woit… TANGKAP LAH MALAOAN YNG HILANGKAN KUASA RAJA…. NAPA TAKUT?... kah kah kah..
kah kah kah... TAKUT PADA EEE MADEY?... kah kah kah..
kah kah kah… SULTAN SELANGOR SENDIRI KATA…. BETA TARAAK KUASA… kah kah kah..
kah kah kah… HINA MACAM MANA PULAK… MEMANG SULTAN TAK ADA KUASA… kah kah kah…
woit...DERHAKA KEPALA BANA APA PULAK?... kah kah kah..
woit… BIASANYA BODOH BUKAN PENYAKIT BERJANGKIT…. kah kah kah..
kah kah kah… TAPI NAMPAKNYA VIRUS PEMBAWA BODOH INI ADA PADA SONGKOK TINGGI… kah kah kah
nota:
ada dua benggali yang betul betul
arif dalam hal perlembagaan
dan hak raja raja
satu nama karpal singh
satu lagi kavita singh
karpal singh pakar perlembagaan
kavita singh pakar hak raja raja
kah kah kah