Selasa, 22 Februari 2011
TERKINI TERBARU DARI LIBYA
BERITA BARU MASUK
tt baru mendapat panggilan talipon dari
seorang warga malaysia di benghazi libya
masih ada 300++ warga malaysia yang masih berada di libya
kebanyakan bekerja dengan syarikat pemaju
untuk mendirilan rumah-rumah dan bandar baru.
hari ini ruang udara libya telah ditutup.
ini berikutan dengan larinya dua buah
jet penjuang ke malta. pemandu jet ini
telah enggan mengebom warga yang sedang
berdemo.
warga eropah dan amerika semuanya telah keluar.
di sempadan libya mesir berpuluh puluh wartawan tersadai
ingin amsuk untuk membuat laporan berita tetapi
tidak dibenarkan masuk
nota:
apa langkah kerajaan malaysia?
BOUSTED SINGAPURA KELUARAKAN PEKERJANYA DARI LIBYA - meloya
22/02/2011 4:44pm
SINGAPURA 22 Feb. - Sebuah syarikat Singapura mengeluarkan 31 pekerjanya terutama warga Singapura dan Malaysia, dari tapak operasinya di Libya, yang kini berdepan dengan kemelut dalaman.
Menurut Boustead Singapore, syarikat berjaya menghantar balik enam pekerja Singapura dan Malaysia semalam yang bekerja di projek perbandaran Al-Marj di Tripoli.
Tiga lagi meninggalkan Tripoli untuk ke Filipina.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata ia membawa balik pekerjanya dengan selamat setelah berlakunya demonstrasi dan keganasan di beberapa bandar utama di timur Libya.
SUARA SAEKOR KANG KONG
BAB INI KANG KONG BUTA TAK NAMPAK
nota:
kang kong ini langsung
tidak ada kepuayaan untuk
melihat keseluruhan suasana
ekonomi - kamng kong ini
hanya menjadi pembesar suara
banyangkan kalau kang kong ini bebal
anak murid kang kong ini macam mana
terus jadi semuncup kah kah kah
HARGA MINYAK MUNGKIN NAIK - meloya
Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.
Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.
"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.
"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau.
Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.
Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.
Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.
Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.
Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.
"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.
Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit…INI CAKAP SAEKOR KANG KONG…. kah kah kah..
kah kah kah… KENAPA KANG KONG MULA BECAKAP?.... kah kah kah…
nota:
dalam ilmu politik
apa yang sedang dilakukan oleh kang kung
ini ialah menyediakan persetujuan
ianya cuba membuat pandangan umum
bahawa tidak lama lagi harga minyak akan naik
kenyataan kang kung ini dibuat
untuk menyediakan orang ramai agar jangan marah
bila minyak naik harga
bila minyak naik harga para munkee gerombolan
buat deek aje – pegumuman bukan lagi dari
munkee geerombolan tetapi dari tuan empunya
kedai minyak – ini dilakukan untuk menipu orang melayu
ini adalah nasehat zionis apco – kerana inilah cara
israel mengambil tanah palestin
bila tanah palestin dirampas ada ngo yang buat kenyataan
bukan lagi menteri israel - ini cara zionis jalankan jarum
untuk tipu orang melayu
menggunakan kang kong ini selalu dilakukan
oleh kerajaan yang zalim
yang menjadi lebih zalim dan ganas ialah
tidak ada pandangan kedua yang boleh
menyangkah pandangan kang kong ini
tidak ada pandangan yang berbeza
pandangan yang berbeza tidak dibenarkan
lihat dan sedari:
bagaimana kang kong ini gagal untuk menerangkan
tentang bagaimana apabila
minyak naik maka semua harga barangan yang
lain akan naik – kang kong ini tidak ada
keupayaan memikir lebih dari itu
kang kong inu juga TIDAK AKAN MENIMBULKAN
bagaimana gerombolan memberi subsidi berbilion bilion kepada
pembelak kuasa leterik – lebih banyak dari subsidi minyak
subsidi untuk kroni ini lebih banyak dari subsidi untuk minyak
kang kong ini juga gagal untuk menimbulkan pekara bodoh
lagi mermbazir :
apa dia?
- beli kapal selam berbilion bilion
- beli kapal jet pejuang
- beli kapal laut 6 bilion
kang kong ini juga tidak ada kepayaan untuk menganalisa
bagaimana cara untuk kita keluar dari rangkaian setan globalisasi
kang kong ini tidak ada keupayaan untuk memberi cadangan
bagaiamana negara dunia ketika dapat membebsakan diri dari
pengaruh ekonomi kapitalis yang terbukti membawa masalah
yang tidak dapat diselesaikan
kenapa kang kong ini tidak ada keupayaan:
1 – munkin luluisan sintok
2 – munkin beli ijazah
3 – sudah pasti malas membaca tetapi cekap membodek kah kah kah
nota:
kang kong minta orang ramai jadi rasional
orang ramai minta kang kong baca buku bukan bodek
SATU JEMPUTAN MALAM INI
CARA GEROMBOLAN ROMPAK HARTA
KETELUSAN DALAM PENGAGIHAN SAHAM KHAS BUMIPUTRA
Parti Keadilan Rakyat ingin menarik perhatian rakyat kepada pengumuman
terbaru yang dibuat oleh Menteri Industri dan Perdagangan
Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham
khas bumiputra melalui tawaran awam permulaan (IPO).
Datuk Seri Mustapa menyatakan bahawa kerajaan Umno/BN telah berjaya
meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22%;
sebahagian besarnya melalui pengagihan saham khas bumiputra yang
dilaksanakan oleh kementerian beliau.
Rakyat sudah tentu merasa janggal apabila kerajaan Umno/BN mendabik
dada apabila hanya berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra ke tahap 22%
dalam tahun 2011, sedangkan ia gagal mencapai sasaran 30% yang
ditetapkan untuk tahun 1990. Selepas 21 tahun dan penyelewengan saham
berjumlah puluhan bilion ringgit atas nama Melayu dan Bumiputra, kini
Umno/BN tidak lagi memikirkan persoalan maruahnya dan akan sanggup
mendabik dada walau sekelumit mana pun peningkatan ekuiti Bumiputra.
Walau bagaimana pun, kebimbangan sebenar PKR adalah berhubung
pengurusan agihan saham khas Bumiputra memandangkan skim agihan yang
sama telah menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion saham
yang diagihkan kepada Bumiputra lesap begitu sahaja, seperti yang
diakui Perdana Menteri sendiri.
Dalam tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran
awam permulaan diagihkan kononnya kepada pelabur Bumiputra. Tahun 2010
juga menyaksikan apungan saham yang terbesar akhir-akhir ini,
termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga
tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering
Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham. Jika sebahagian
besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra
itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas ini, maka saham yang
bernilai berbilion ringgit telah pun diagihkan kepada pelabur-pelabur
yang berselindung di belakang nama Bumiputra.
Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan
budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham
dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti
Bumiputra. Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang
diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera
untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya
Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu
terbanyak.
Oleh itu, mekanisme yang sama yang telah menyebabkan kerugian RM52
bilion saham Bumiputra ini perlu dirombak sama sekali.
Saya menyeru Datuk Mustapa sebagai Menteri yang bertanggungjawab untuk:
1. Mengumumkan sepenuhnya penerima 1.5 bilion saham khas
Bumiputra yang diagihkan dalam tahun 2010
2. Mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada
sistem agihan dan pemantauan saham khas Bumiputra untuk mengelakkan
penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52 bilion saham
Bumiputra tidak berulang
Saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat yang akan
datang untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban pihak-pihak
yang terbabit.
Parti Keadilan Rakyat percaya bahawa teras pengupayaan ekonomi
Bumiputra perlu beralih dari kegilaan mencapai sasaran 30% ekuiti
kepada fokus untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga
Bumiputra. Mereka membentuk 75% daripada anggaran 11 juta rakyat
termiskin di negara ini yang hanya mendapat pendapatan bulanan purata
sebanyak RM1,500 sebulan sahaja.
Kegilaan dengan 30% sasaran ekuiti seperti yang dimainkan Umno/BN
tidak akan berjaya menangani kemelut ekonomi rakyat terbanyak
Bumiputra dan akan terus disalahgunakan oleh golongan elit pemerintah
dan niagawan.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG
22 Februari 2011
JEMPUTAN MALAM INI
SELAMATKAN MALAYSIA DARI FLOM
INI BARU TANGAN
nota:
tangan gempal macam ini
agaknya seluar dalam
gempal macam mana?
kah kah kah
SAKSI :TIADA BUKTI BENG HOCK PANJAT KELUAR TINGKAP -meloya
Seorang pegawai penyiasat polis memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa tiada bukti yang menunjukkan setiausaha politik kepada exco Selangor itu memanjat keluar dari tingkap di mana tempat dia dipercayai terjatuh.
Cif Inspektor Mazli Jusoh@Che Kob dari bahagian forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berkata, beliau tidak menemui apa-apa kesan yang menunjukkan mangsa telah memanjat keluar daripada tingkap tersebut.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… INI PELIK… INI MENGHAIRANKAN…. kah kah kah..
kah kah kah…INI MACAM KES MISTERI AIR MANI MISTER Y…. kah kah kah…
kah kah kah… KALAU MACAM INI … BAIK PERGI SIASAT BETUL BETUL… kah kah kah…
kah kah kah…MASA MAYAT BENG HOCK DI TEMUI… DI MANA CHRISTOPHER REEVE?… kah kah kah..
kah kah kah… INGAT BETUL BETUL…. MALAM ITU ADA BURUNG GARUDA TERBANG BERHAMPIRN DENGAN OPIS SPRM ATAU TIDAK…. kah kah kah..
kah kah kah…ATAU DI MANA BIK MAMA MALAM ITU…. kah kah kah…
kah kah kah… BILA BIK MAMA AMPAI SELUAR DALAMNYA AKAN TERJADI RIBUT TAUFAN…. kah kah kah
kah kah kah… RIBUT TAUFAN INI BOLEH MENYAMBAR BENG HOCK…. kah kah kah…
kah kah kah…. TAK CAYA?.... KALAU TAK CAYA KENAPA MAT MONGOL MAKIN BOTAK… kah kah kah….
INI SELUAR DALAM TUAN TANGAN ITU
nota:
patutlah ribut
malam itu kah kah kah
BERITA DARI FACEBOOK
TAHNIAH UNTUK MEREKA YANG BERANI
nota:
ombak perubahan sedang berlaku
anak muda yakinlah
dunia ini akhirnya milik kamu!!!
GENGGAM DAN LAWAN
SALUT MEREKA YANG BERANI
ANAK MUDA TELAH BANGUN
KEPUTUSAN PRK UNIVERSITI. (PRO M)
Dari facebook Pro-Mahasiswa UTHM, Batu Pahat, Johor (sehingga jam 2.10 am)
UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 25 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMS : MENANG
UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]
USM Kubang Kerian: MENANG [Menang semua kerusi]
UMSKAL : MENANG [Menang 3 dari 6 kerusi]
USM Penang : KALAH [15 seat dari 39 kerusi]
SIAPA BOLEH BANTU INI
show details 1:51 PM (3 hours ago)
Salam,
Saya salah seorang peminat blog saudara. Last saya surf on Saturdays 19 Feb 2011. Semalam 20 Feb 2011 tak berkesempatan sebab balik kg Jolobu. Tetiba ari ni dah tak jumpa cari. Jadik nak tanyalah skit. Apa dah jadi sebenarnye? Klu nak redirect kat mana?
Sila maklumkan saya. Terima kasih
UBU AKAN MUNCUL KEMBALI
TERKINI DARI LIBYA
HARI HARI AKHIR SAEKOR KOLONEL
NOTA:
ini gambar MIRAGE F1 jet pejuang libya
yang lari mendarat di malta
pemandu jet pejuang ini lari kerana tidak mahu
menjatuhkan bom ke atas penunjuk perasaan
MUAK MUAK MUAK DENGAN DINASTI
dari hafez al asad ke basheer al-asad
dari kolonel gadafy ke saih al-islam gadafy
dari mubarak ke gamal mubarak
dari razak huseein ke najib razak
dari hussein onn ke hishamuin hussein
dari mahathir ke mukhriz mahathir
tak kan tak ada orang lain woi
muak muak muak
loya loya loya
muntah muntah muntah
GADAFY DI TV
malam tadi kolonel gadafy berucap di tv
ucapan ini sedang tersebar luas
ucapan ini dalam bahasa arab
terjemahan telah dilakukan
ini betul betul ucapan kaki temberang
ini betul betul mat lebong
ini betul betul kaki kuntau muntau
malaon yang satu ketika dulu diagung agungkan
oleh pelajar islam adalah saekor malaon
yang amat tulen kah kah kah
ini muka penyamun memakai konsep islam
sila cari dan baca ucapan malaon ini
kah kah kah
malaon ini menuduh anak anak muda
yang turun ke jalan raya di pengaruhi oleh ajen asing
kah kah kah... macam pernah dengar ... kah kah kah
kemudian malaon ini kata:
anak muda yang turun ke jalan raya ini
kaki dam
kaki ganja
kaki arak
dan mat gian
kah kah kah
malaon ini terlupa
gian yang paling tegar
ialah gian terhadap kuasa
kah kah kah
SOLDADU UPAHAN
kolonel yang dulunya diagung agungkan sebagai
pejuang islam telah menggunakan orang afrika
untuk menembak curi dari bangunan tinggi
ramai tekah gugur
ada angka 200
ada angka 300
ada yang mengatakan 500 telah gugur
jumlah masih tidak jelas
tetapi yang jelas memang ramai
telah dibunuh mati
HAMPIR LUPA
malaon pejuang islam yang dulu diagung agung
kan oleh pelajar islam di malaysia ini
telah naik tahtha semenjak 1969 kah kah kah
semenjak bila?
semenjak tahun 1969 beeeeb - kah kah kah
TAHUKAH ANDA
di libya tidak ada perlembagaan
TERKINI
ramai askariah telah berpaling tadah
ramai telah memecahkan gudang senjata
dan memberikan kepada para penunjuk perasaan
kini bertempuran telah bermula
SATU JEMPUTAN
JANGAN LUPA MALAM INI
INI BERITA PELIK BIN HAIRAN
INI CONTOH JUDI HARAM
INI CONTOH JUDI HARAM
POLIS TUMPASKAN SINDIKET JUDI HARAM, 11 DITAHAN -meloya
Polis Pahang menumpaskan satu sindiket perjudian dan pertaruhan haram bernilai kira-kira RM13 juta apabila menahan enam lelaki dan lima wanita dalam serbuan serentak di tiga lokasi berbeza di daerah ini semalam.
Kesemua mereka yang berusia antara 30 hingga 50 tahun ditahan dalam `Ops Dadu’ yang dijalankan pada pukul 6.30 petang di sekitar Bentong, Karak dan Manchis di sini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
kah kah kah... INI BERITA CUKUP PELIK.... kah kah kah...
kah kah kah....INI BERITA CUKUP HAIRAN.... kah kah kah...
kah kah kah.... INI BERITA DARI ALAM BARZAKH.... kah kah kah...
mari kita analisa berita ini :
pelik atau tidak bila membaca tajuk berita ini?
baca sekali lagi dan sila baca perlahan lahan
polis tumpaskan sindiket judi haram, 11 di tahan
kunci ayat ini ialah judi haram
apakah ada judi halal?
jangan silap faham – jangan salah jawab
memang ada judi halal
betul ke ada jusi halal?
ada dan polis tidak tangkap
tak caya?
judi halal ialah genting milik cukong lim goh tong
judi halal ialah tikam ekor milik lebai vincent tan
kenapa judi ini polis tak tangkap?
ini kerana towkay judi ini telah kautim dengan ketuanan melayu
ketuanan melayu ada saham dalam judi halal ini
maka polis dijadikan baru untuk tangkap judi haram
polis buat kerja ini kerana kalau tak tangkap judi haram
judi halal akan hilang pelanggan
jelas polis digunakan untuk menambah kaya towkay judi halal
inilah dia contoh ketuanan melayu
peroalan sekarang apakah judi ini halal atau haram?
kah kah kah
nota:
lihat dimana tangkapan ini dibuat
betul betul tak jauh dari surau lebai lim kah kah kah
SATU LAGI PROJEK KETUANAN MELAYU
PROJEK TIPU MELAYU
nota:
projek tipu melayu ini
masih berjalan
melayu ini amat senang ditipu
katakan kepada mereka bahawa
orang melayu ialah tuan negara ini
maka mereka kan gumbira kah kah kah
tapi tak sedar siap yang sebenarnya
tuan negara ini kah kah kah
NUTP BANTAH PENSWASTAAN SEKOLAH - mkini
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.
Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.
Beliau berkata penswastaan bidang lain akan 'melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.'
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
kah kah kah… SATU LAGI PROJEK KETUANAN MELAYU…. kah kah kah
woit… INI LAH DIA KERAJAAN KETUANAN MELAYU…. kah kah kah..
kah kah kah..INI LAH DIA PIMPINAN KETUANAN MELAYU… kah kah kah…
kah kah kah…ROMPAK HARTA NEGARA…. kah kah kah..
kah kah kah… REMBAT HARTA NEGARA…. kah kah kah…
harta-harta orang ramai yang telah jadi harta pribadi:
- hospital
- klinik
- keretapi
- lebuhraya
- putrajaya
- kapal terbang mas
- universiti
- air
- api leterik
semua harta ini satu ketika dahului adalah milik kerajaan
ertinya milik orang ramai
ertinya milik rakyat
ertinya milik kita bersama
ketika milik kerajaan dan orang ramai
kalau dulu kerugian akan kita tanggung bersama
kalau dulu keuntungan akan masuk
ke dalam dana nagara – baitulmal – dikongsi bersama
apabila diswastakan ianya menjadi harta persendirian
apabila untung masuk ke dalam poket pribadi tuyan milik saham
apabila rugi pulangkan kepada kerajaan – orang ramai
tak caya?
ini berlaku pada tahun 1998
hutang mas
hutang plus
semua di ammbil oleh khazanah
inilah dia ketuanan melayu yang heboh heboh berjuang untuk melayu
lebih baik china dari dari NUTP ini - yang sedar akan tanggung jawab
sebagai warga negara
sampai bila agaknya orang melayu nak sedar
kenapa agaknya orang melayu ini bodoh sangat
diterangkan tak faham faham
agaknya bila negara ini dah lungkup – baru nak sedar
ketika itu dah terlambat
yang tinngal hanya polis dan askar yang jadi kuli
jaga harta cukong
mungkin ada pegawai polis atau berkas pegawai polis atau askar
yang dijadikan barua untuk towkay judi - ini juga untuk
menipu orang melayu
nota:
di mesir anwar sadat swastakan
kilang dan syarikat kerajaan
habis semua diambil oleh kroni
30 tahun kemudian baru rakyat mesir sedar
berapa lama agaknya orang melayu akan sedar?
kah kah kah