Isnin, 7 Mac 2011
BERITA BAIK UNTUK PAKATAN RAKYAT
NIAT BUSUK DASAR PAU RAKYAT
nota:
perhatikan gambar ini
ini adalah niat jahat
ini adalah niat busuk
untuk pau duit orang ramai
ini bukan untuk menjaga keselamatan orang ramai
kalau nak jaga keselamatan orang ramai
kenapa rumah sakit di swastakan
kenapa belanja ubatan jadi mahal
kenapa anak madey jual ubat untuk rumah sakit?
jangan kena tipu oleh regombolan
bangun dan lawan!!!
HANYA 700,000 DARI 17.3 JUTA SAMAN DI BAYAR – berita hairan
Hanya 700,000 saman dibayar dalam tempoh enam hari selepas diskaun bayaran kompaun dilanjutkan.
Jumlah itu hanya empat peratus daripada 17.3 juta saman yang masih belum dibayar pada 28 Februari lalu.
Tempoh bayaran saman itu sudah dilanjutkan sehingga Khamis ini.
NOTA
hapuskan saman ekor
hapuskan saman trafik
ini berita baik untuk pakatan rakyat
kalau pakatan rakyat masukkan
dua agenda ini dalam manifesto
pasti rakyat akan meninggalkan gerombolan
di pilihanraya kecil gerombolan berjaji berjuta juta
gerombolan berjanji berbilion bilion ringgit
pakatan tidak memiliki dana ini
tetapi melalui dasar yang tepat
rakyat akan yakin bahawa
pakatan bukan kaki klentong
pakaan bukan kaki pau
pakatan bukan kaki lebong
pakatan bukan kaki susahkan rakyat dengan pelbagai kerenah
pakatan pro rakyat
pakatan sedia hapuskan hapuskan segala macam saman
jamin dasar yang tepat dan popular
tak percaya minta pemimpim pakatan buat kenyataan
hapuskan saman ini esok – jamin lusa saman ini akan lupus
nota:
bayangkan dengan satu dasar yang tepat
pakatan akan popular
17 juta rakyat malaysia akan
melihat dasar tepat pakatan rakyat
KETAWA PETANG SENIN
TOLONG JANGAN BUAT KERJA BODOH INI!
INI CARA ORANG MESIR
nota:
ada macam macam cara
yang ini cara orang
arab di mesir buat
perubahan - kerana dah
nak muntah dengan kerajaan
yang sama!!!
DAKWAAN BELI UNDI, MP DAP BUAT LAPORAN POLIS – mkini
Ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him membuat laporan di balai polis Merlimau, mendakwa pada jam 11.45 pagi tadi, dia telah dimaklumkan oleh penyokong PAS dan DAP bahawa ada orang yang memberi wang RM100 di sebuah rumah dekat dewan serbaguna di Permatang Bukit Merlimau .
Dalam laporan polisnya itu, Sim berkata, dia bersama seorang jurugambar akhbar China Press dan dua orang lagi, telah pergi ke rumah tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku di situ.
Beliau mendakwa, dia mendapati seorang ahl majlis dari MCA dan tiga orang lagi, sedang memberi wang kepada pengundi.
Jurugambar tersebut mengambil beberapa gambar, tetapi dipaksa memadamkannya.
nota:
tolong jangan buat kerja politik bodoh ini
nak buat laporan polis buat apa?
polis tak akan buat apa apa?
tak kan tak faham
tak kan tak sedar
di mesir ini telah berlaku berkali kali
buat laporan polis
buat aduan pada hakim
buat aduan kepada imam
buat aduan kepada majlis tentera
semua buang masa!
jangan uang masa
terangkan pada rakyat
pilihanraya ini tipu
tak akan mungkin menang
kalau pilihanraya boleh mengubah apa-apa
telah lama pilihanraya di haramkan !!!
KEPUTUSAN
BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, YuhaizadAbdullah memperolehi 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 130 undi.
Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. Bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.
Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang besar dengan majoriti 2,724 undi.
DENGAR APA DIA INDUSTRI SAMAN EKOR
INI CARA GEROMBOLAN CARI DANA
nota:
dengar dan lihat
bagaimana industri
saman ekor ini dijalankan
semua ini dilakukan kerana
gerombolan telah kehabisan duit
inilah cara untuk merembat duit
rakyat dengan mengunakan undang-undang
KENYATAAN MEDIA
SILA DAFTAR JADI PEMINAT BIK
nota:
sila menjadi peminat bik
ini fb paling cool
paling hot
paling hit
paling fat
kah kah kah
BAHAGIAN FLOM
PEJABAT PERDANA PERDANA MENTERI
4 MAC 2011
Dalam semangat kebebasan media yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), tiba-tiba saya terus menjadi mangsa kezaliman media dunia. Pada 4 Mac 2011, laman Facebook (FB) rasmi saya sekali lagi telah dihapuskan oleh pengurusan FB.
Seperti yang saya tegaskan sebelumnya, laman ini bukanlah laman propaganda sepertimana yang difitnah oleh pihak pembangkang. Sebaliknya laman FB tersebut adalah untuk memudahkan saya menyelami hati nurani hamba rakyat 1Malaysia ini.
Tetapi perkembangan terbaru ini sangat mengecewakan saya. Pihak pengurusan FB sepatutnya berkecuali serta mestilah menyiasat betul-betul dahulu sebelum menghapuskan laman FB saya tersebut. Jika beginilah amalan Pengurusan FB, yang kononnya menjadi agen perubahan untuk Revolusi Mesir, maka saya tidak hairan jika suatu hari nanti dunia akan jatuh ke dalam kancah yang tidak stabil.
Jika itu berlaku, maka pihak FB mesti bertanggungjawab! Sementara saya tidak bertanggungjawab sekiranya ada di kalangan penyokong fanatik saya yang melakukan tindakan yang tidak mampu saya kendalikan gara-gara ketidakadilan yang telah saya terima.
Di samping itu, dari maklumat Majlis Keselamatan Negara, saya dilaporkan bahawa wujudnya konspirasi FB dengan pihak pembangkang di Malaysia. Saya percaya konspirasi ini turut didalangi oleh Yahudi, yang mahu mengekang kebangkitan Negara Islam Malaysia yang diterajui BN, yang kini kian mantap di bawah kepimpinan isteri saya iaitu YAB Dato’ Sri Mohd Najib Razak.
Dengan slogan hamba rakyat didahulukan, prestasi diutamakan, maka saya melihat pihak pembangkang sekarang amat terdesak sehingga mahu menggunakan bantuan asing demi merampas Putrajaya yang sejak azali dimiliki BN dan akan terus kekal menjadi milik BN.
Untuk pengurusan FB pula, anda telah melakukan kesilapan sangat besar jika menganggap konspirasi anda bersama pakatan pembangkang ini dapat melunturkan jiwa kental saya. Malah insiden ini sebenarnya semakin membulatkan lagi tekad saya untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.
Oleh itu saya menyeru kepada seluruh lapisan hamba rakyat 1Malaysia agar terus bersama-sama BN untuk menyelamatkan Malaysia dari genggaman Yahudi yang menaja pihak pembangkang ini!
Bahkan, marilah juga kita buktikannya dengan menolak calon pembangkang pada Pilihanraya Kecil di Kerdau dan Merlimau yang menjelang tiba. Pembangkang sebagai musuh negara tidak boleh sama sekali mendapat tempat di negara ini.
BIK MAMA
Suami kepada Perdana Menteri Malaysia
Bahagian FLOM
Pejabat Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
Tel: 03-8888 8037
bikmama@pmo.gov.my
SIAPA PEROGOL ITU ?
JANGAN BUAT FITNAH!
nota:
semua adakah fitnah
semua adalh tohmah
jangan percaya intenet
percayalah pada rtm
kah kah kah
PENGUNAAN INTERNET DIKALANGAN REMAJA PERLU DIPANTAU - meloya
Penggunaan Internet di kalangan remaja perlu dipantau secara berterusan bagi mengelak mereka menggunakan kemajuan teknologi itu hanya untuk melayari laman sosial tertentu yang boleh mengikis keutuhan budaya dan jati diri.
Pengarah Penerangan Kelantan, Ramly Yusoff berkata, golongan remaja perlu didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan Internet supaya mereka tidak terpengaruh dengan pemikiran serta budaya tidak sihat yang cuba disebarkan oleh pihak tertentu.
Beliau berkata, remaja seharusnya memanfaatkan kemudahan Internet untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang boleh membantu percambahan ilmu secara sihat, bukan sebaliknya.
"Ibu bapa dan guru mesti mendedahkan perkara ini termasuk menjelaskan fungsi sebenar Internet dan kesan buruk sekiranya ia disalahgunakan.
"Tidak semua laman sosial, blog dan media dalam Internet bermanfaat untuk dilayari," katanya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit…SIAPA MALON INI ?.... kah kah kah..
kah kah kah… DIMANA ASAL USULNYA….DARI SINTOK KE?... kah kah kah..
kah kah kah… BERCAKAP MELALUI LUBANG SAIFOOL… kah kah kah..
kah kah kah…MACAM MANA NAK PANTAU INTERNET?.... kah kah kah…
kah kah kah… NAK ADA POLIS INTERNET?.... kah kah kah…
kah kah kah..NAK PANGGIL PAKAR ISRAEL DATANG LAGI?... kah kah kah..
kah kah kah…KALAU ADA NIAT NAK JADI YB PUN... BUAT LAH CADANGAN YANG MASUK AKAL…kah kah kah..
woit…KALAU NAK BODEK MAT ROGOL… BODEK LAH CARA LAIN… kah kah kah..
nota:
internet adalah alat perhubungan
macam kita berlabon sesama kita
tidak mungkin labonan kita dipantau
kita bercakap apa yang kita suka
ada yang bercakap betul
ada yang melebong
diternet ada berbilion bilion laman dan maklumat
yang baik untuk diguna pakai
ada yang hampeh
contohnya maloan ini becakap karut
nak tutup semua talian internet?
mustahil!
ini macam nak tutup oxygen
mungkin boleh digangu gugat
nak pantau nak buat apa?
tak ada kerja lain?
tak nak mian telor?
kah kah kah
nota:
kenapa tak cakap
jangan baca dan jangan
percaya blog yang buka
cerita bik mama dan perogol amah
kah kah kah