Khamis, 24 Mac 2011

MAT BOROI SUDAH KANTOI



LIHAT DAN SAKSI





KENYATAAN MEDIA SEORANG PENONTON

24 Mac 2010


Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


PEROGOL YANG BEBAS



SKANDAL SEKS VIDEO: PERTEMBUNGAN FAKTA DAN PEMBABITAN PIMPINAN UMNO


Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Dato’ Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka “Dato T” berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dato’ Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato’ Eskay sendiri. Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Dato’ Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Pengakuan Dato’ Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.

Saya juga mendesak Perdana Menteri sendiri memberi maklumbalas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas.

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.

Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI

24 MAC 2011



SEBENTAR LAGI TAMBI AKAN BUAT SIDANG AKHBAR







nota:
rakyat malaysia menunggu
bila porno ini akan ditemui
di jalan petaling kah kah kah

RIWAYAT MASA DEPAN



KAKAK DAN ADIK KITA


Dari jauh aku ternampak di gigi jalan masih banyak meja kosong. Ini waktu peralihan – agak terlewat untuk minum petang dan agak terlalu awal untuk makan malam. Kalau mengikut apa yang dikesahkan oleh arwah Nenek aku – ketika inilah hantu banyak berkeliaran. Waktu-waktu bagini mengikut arwah Nenek, Sang Hantu sedang berpesta.

Diwaktu ini juga aku telah bersedia untuk menjadi hantu. Lalu aku menarik sebuah kerusi dan duduk. Aku melihat diri aku kesaorangan duduk di meja bulat yang besar. Café ini telah lama menjadi pilihan. Aku sengaja menggunakan perkataan café disini – untuk mengingatkan kota Paris. Tetapi ini bukan café di kota Paris – ini kedai kopi China Apek dekat Jalan Petaling.

Aku menggamit Apek Seluar Pendek Berbaju T. Lalu meminta secangkir teh China. Kalau di kota Paris aku telah memesan secangkir air anggur merah. Aku tak punya alasan kenapa aku memesan the China. Mungkin nak mejaga kesehatan.

Di hadapan ada lagi sebuah meja bulat besar. Di meja hadapan seorang lelaki yang aku tidak pasti mukanya kerana belakangnya berhadapan dengan aku. Disebelahnya seorang gadis China – mungkin awal tiga puluhan. Aku yakin ini China Doll kerana bunyi Mandrin yang aku dengar dari mulutnya. Skirtnya yang pendek menampakkan pehanya yang gebu meyakinkan aku lagi bahawa perempuan China ini sedang berniaga.

Jalan tidak sibuk. Yang banyak mundar mandir hanya anak anak muda dari Eropah yang mungkin menginap di hotel-hotel murah yang banyak di wilayah ini. Tidak kelihatan langsung Minah Cun atau Awang Kiut yang biasanya melaram di daerah ini.

Teh China aku sampai. Aku terperanjat besar. Si Apek tersenyum simpul seolah-olah meminta maaf. Harga seteko kecil telah melonjak ke tiga ringgit – dari dua ringgit. Si Apek dengan senyum cuba menerangkan bahawa semua barang telah naik harga. Lalu aku bertanya tentang harga secawan kopi o, secawan teh susu tanpa gula dan dan dan. Aduh! Semuanya telah berubah.

Tetiba lelaki di hadapan aku menoleh dan berkata ‘ nak pergi Genting’. Aku tak tahu kenapa dia berkata demikian. Apakah muka aku muka seorang penjudi. Kemudian dia bertanya apakah aku ini anak Malaysia. Ini satu soalan yang amat sering aku terima. Aku mengangguk. Dia menoleh dan berkata sesuatu kepada China Doll. Mungkin dia menerangkan bahawa aku ini bukan bakal pelanggan.

Belum sempat aku menuangkan teh aku ternampak seorang perempuan India di gigi jalan. Aku memberi senyuman percuma. Ini satu perlaboran yang tidak memerlukan wang ringgit. Pelaboran yang telah aku perbaiki hingga menjadi satu seni. Seni yang telah aku gunakan dari benua ke benua. Kadang-kadang berjaya – kadang-kadang gagal. Jika tidak melabor kita tidak tahu dengan siapa kita kan berkongsi bantal.

Achi ini tersenyum kembali. Aku memberi bahasa badan mengajak dia duduk di meja aku. Lalu Si Achi datang untuk berkongsi di meja bulat. Aku tidak kesaorang lagi.

Si Achi bertanya apa yang aku buat sendirian. Aku pula bertanya asal usul si Achi ini. Aku adalah insan yang paling kurios. Insan yang tak sudah sudah ingin tahu akan kesah hidup orang-orang seperti Si Achi. Ada sesuatu yang menarik aku. Ketika di sekolah menengah dahulu aku tertarik dengan dunia Siti Salina ini. Aku juga terus bertanya dimana bermulanya dunia Suzie Wong.

Aku merasakan Salina, Suzie dan Si Achi ini lebih jujur dari ramai Sang Isteri yang di goddam suami. Kalau mahu mengoddam Siti Salina atau Suzie Wong kita perlu membayar. Kalau Sang Suami menggodam Sang Isteri bukan sahaja digoddam malah dijadikan hamba - memasak, menjaga anak, membasoh, membersih rumah – tanpa satu sen bayaran. Oh! Disini politik feminis aku mula muncul.

Nah ! Si Achi ini menerangkan kepada aku bahawa badannya boleh di pakai untuk menjadi penyedap. Dengn harga yang berpatutan – 50 ringgit untuk satu jam. Wow! Aku terbarai ketawa. Untuk aku satu jam ini agak lama. Apa yang harus aku buat satu jam bersama Si Achi ini? Apakah aku perlu terus bergumpal dan bergusti dengan Si Achi ini untuk memastkan aku tidak kerugian 50 ringgit. Aku ketawa sendirian.

Ketika aku terus ketawa Si Achi ini terus bersurah. Dia berasal dari Bahau. Datang dari keluarga miskin. Duduk dan memburuh dalam ladang sawit. Walau pun miskin dunia Achi ini pada satu ketika dahulu cukup indah. Dia disayangi oleh Sang Suami dan mendapat dua cahaya mata. Tetapi semunya berubah. Mereka diminta meninggalkan ladang kerana kawasan ini telah berubah.

Lalu keluarga ini berpindah untuk mencuba nasib di kota. Mereka mendirikan rumah setinggan dan menjadi penduduk miskin kota di wilayah Sungai Way. Sang Suami membuat itu dan ini. Dalam kemiskianan anak mereka tidak bersekolah. Hidup dalam kota tidak menjanjikan apa-apa.

Satu ketika merka diminta berpindah lagi kerana tanah yang mereka duduki akan menjadi kawasa perumahan mewah. Kali ini nasib agak baik. Keluarga mereka diberi peluang untuk memiliki rumah murah di Perumahan Baiduri. Kelihatan dunia semakin cerah. Tetapi tidak lama kerana ditakdirkan satu hari ketika memboceng bersama suami motosikal mereka dilanggar lori. Sang Suami meninggal dunia dalam kemalangan ini. Mengikut Achi ini terjadi pada tahun 1999 dahulu.

‘Lihat ini..’ Si Achi membongkok dan menunjukkan kepada aku parut di betisnya. Aku ternampak otot betisnya telah berubah menjadi kecil. Apabila sang Suami meninggal maka kehidupan menjadi porak peranda. Setiap bulan perlu ada 363 ringgit untuk membayar hutang rumah.

Si Achi mengambil talipon bimbit. Dia menalipon. Dia bercakap dalam bahasa yang aku tidak faham. Tapi dari lunak bahasanya pasti dengan orang yang disayang. Betul. Tepat.

‘Anak.. di Melaka ..dah kahwin duduk dengan suami. Anak jantan pun di Melaka. Dia juga dah kahwin.’ Bila aku tanya apakah telah ada cucu Si Achi menggeleng kepala. Apakh Si Achi ini berkata betul tidak dapat aku pastikan ini kerana anak yang tua berumur 28 tahun dan yang perempuan berumur 25 tahun.

‘Setahun sekali hari raya mereka datang.’ Si Achi menyambung surah. Dia menerangkan yang kini dia hidup bersendirian. Mengikut Achi jika dia bernasib baik dalam masa empat atau lima tahun lagi mungkin rumah ini akan selesai dibayar. Dia akan memiliki rumah sendiri.

Aku berfikir apakah dalam masa empat tahun lagi masih ada jantan yang ingin menyewa badan Si Achi ini. Ketika ini umurnya juga telah agak lanjut berbanding dengan China Doll yang duduk dihadapan aku. Malah ramai pendatang baru yang genit dan bergetah dari Indonesia telah mula membuka panggung di wilayah ini. Pendatang pendatang baru yang muda muda ini akan memberi siangan hebat.

Tetiba aku meminta maaf kerana ingin bertanya pekara yang agak sulit. ‘ Achi satu malam dapat berapa pelanggan?’

‘ Dapat lah tiga empat ekor…. China ada .. Melayu ada… India ada. Tapi jantan ini datang lewat malam lepas jam sepuluh. Awal-awal macam ini jantan ini malu’. Dengan bangganya Si Achi menerangkan sejelas mungkin pada aku.

Apabila aku mendengar perkatan ‘ekor’ ini aku terbarai ketawa. Aku rasa untuk Si Achi ini Si jantan yang datang ini bukan manusia tetapi hanya pelanggan. Ini contoh terbaik sikap seorang yang professional. Alangkah beruntungnya negara ini jika Si Achi ini ketika membesar dahulu disekolahkan. Pasti dengan sikap profesional ini dia akan bijak untuk menjadi CEO disebuah syarikat GLC kita.

Kemudian aku bertanya tentang keselamatan kerana Achi bekerja diwaktu malam hingga subuh. Achi menerangkan bahawa dia merasa agak selamat bekerja di wilayah ini. Pada waktu petang dia akan datang bekerja dengan bas atau keretapi. Dia hanya membawa beg tangan yang agak besar. Didalamnya ada cermin muka kecil, bedak, gincu dan beberapa keping kondm.

Si Achi telah cekap dan berpengalaman. Dia telah membuat kerja ini hampir enam tahun. Dia dapat membaca siapa yang betul betul gersang dan ingin belayar dengannya dan siapa yang cuma ingin datang meraba-raba punggungnya dibelakang lorong-lorong gelap ini.

Kedai kopi dimana aku selalu melepak adalah pusat perempuan-perempuan peghibur malam ini berkumpul. Kedai kopi ini letaknya agak stratejik. Di sekitar kawasan ini banyak hotel-hotel murah. Tuan empunya hotel telah ‘dikautim’ dan tidak melarang Achi membawa pelanggan. Malah bilik boleh disewa mengikut jam. Dibilik yang sama juga Achi boleh berehat jika telah terlalu lewat malam.

Ketika kami bersembang datang dua orang lagi perempaun India ke meja kami. Mereka berdiri dan bercakap dalam bahasa yang tidak aku fahami. Dari pemerhatian amat jelas dua perempuan ini adalah pemadat. Mereka kurus dan agak comot. Salah seorang kelihatan bermata kuyu - terbuka terkatup matanya kerana serangan dadah.

Oh hampir aku terlupa. Awal tadi ketika aku mula membuka mulut pada Si Achi aku telah bertanya sama ada dia jantan atau perempuan. Aku agak was was kerana di wilayah ini agak susah untuk dikenal pasti yang mana jantan dan yang mana perempuan.

Achi ketawa dan berkata, ‘ kalau saya pondan saya lagi cantik…’ Aku minta maaf dan memberi alasan yang cermin mata aku telah kabur. Achi hanya tersenyum. Kemudian tanpa aku meminta Si Achi mengeluarkan kad pengenalan dan memberikan kepada aku.

‘ Saya orang Islam… tengok…’ Dengan bangga dia berkata.

Aku membaca namanya Zaharah Bee. Gambar mukanya Ache yang agak muda. Mukanya dibalut dengan kain tudung hitam seperti perempuan Shiah yang sering aku lihat gambar dalam internet.

Aku terperanjat kenapa Achi memberikan kad pengenalan kepada aku. Apakah kerana dia ingin memberitahu bahawa perkerjaan ini melintasi agama. Atau hanya ingin membuktikan bahawa dirinya binte dan bukan bin. Apa pun alasan yang ada dalam kepala Achi ketika membenarkan aku melihat kad pengenalannya tidak penting.

Yang penting ialah pada malam itu aku mengenali seorang lagi warga di bumi ini yang telah tercicir dan terpinggir. Kemiskinan pastilah salah satu punca. Si Achi ingin lari dari kemiskinan. Dia wajib mencari 363 ringgit sebulan untuk membayar hutang rumah. Hidup dalam kota bukan enteng. Semuanya memerlukan wang.

Pernah memburuh di ladang sawit, pernah memburuh di kilang tapi hidup masih tidak berubah. Kini umur telah lewat. Tidak mungkin dapat mencari duit dengan membanting tulang. Dulu di Bahau Achi berdiri di belakang pokok sawit kini Achi berdiri di belakang tiang di lorong gelap Jalan Petaling.(TT)

nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN yang terbaru
yang kini dalam pasaran. Untuk
melanggan SUARA KEADILAN sila
pukul talipon: 03 - 22- 72-40-45

HANYA PEROGOL SOKONG PEROGOL



GILA DAN SE GILA GILANYA



nota:
ada macam macam punya gila
ummi gila glamour
bik mama gila nak jadi anak dara
mat bisul betul betul gila
kah kah kah




VIDEO SEKS: JANGAN KAITKAN PENGAKUAN TIGA DATUK T DENGAN UMNO
- minsider
Pemimpin-pemimpin Umno menjauhkan diri mereka selepas Abdul Rahim Thamby Chik bersama dua yang lain mendakwa mereka adalah “Datuk T” — bertanggungjawab atas pendedahan rakaman video seks, yang mendakwai Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

“Kami parti dengan tiga juta orang ahli, jika seorang atau dua menggunakan hak mereka untuk memawa perkara ini, tiada apa yang kami boleh lakukan,” kata Nazri Aziz ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

“Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini (pendedahan ini),” katanya.
Rais Yatim berkata perkara itu adalah soal kesalahan jenayah dan tidak harus dibuat tuduhan sembarangan.

“Ia mesti disiasat oleh polis dan Peguam Negara. Siasatan adalah untuk memastikan tiada nama atau parti diheret ke dalam isu ini dan fitnah,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… KESIAN TAMBI… INGAT NAK BODEK…. DAH KANTOI…. kah kah kah..

kah kah kah… PELAKON BOROI…. MAKE UP KANTOI…. kah kah kah..

kah kah kah…. INI SEMUA PASAL TAK DAPAT PROJEK…. kah kah kah..’

kah kah kah…INI TIM NAK SABOTAJ MAT MONGOL…. kah kah kah…

kah kah kah…. INI TIM LAMA MADEY….kah kah kah….

woit… KESIAN GEROMBOLAN…. YANG MENYOKONG… TAMBI DAN UMMI… kah kah kah…

kah kah kah… SORANG ANAK DARA … SORANG LAGI MAK JANDA…. kah kah kah…

kah kah kah… DAN SEORANG LAGI ORANG GILA…. kah kah kah

nota:
lihat sokong perogol amah
hanya perogol yang kenal perogol
kah kah kah

PILIHANRAYA MENIPU



PILIHAN APA?










nota:
hanya ada dua pilihan
pilih taib mahmud
atau pilih sulaiman mahmud
atau kassim mahmud
semua kaki kemut kah kah kah


TAIB DAPAT SOKONGAN – berita hairan

Dakwaan kononnya sokongan kepada Abdul Taib Mahmud, makin merosot dan kemungkinan kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, adalah propaganda pembangkang untuk memburukkan Ketua Menteri dan dilihat sebagai cubaan untuk mengelirukan rakyat.

Kaji selidik menunjukkan 84 peratus penduduk di kawasan berkenaan menyokong kepemimpinan beliau yang sudah 30 tahun berkhidmat sebagai Ketua Menteri.

Kaji selidik itu juga mendapati Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu tidak berdepan masalah mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti besar.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit… MEMANG LAH TAIB MAHMUD ADA SOKONGAN…. kah kah kah…

kah kah kah…MEMANGLAH TAIB AKAN MENANG…. kah kah kah..

kah kah kah… NAK HAIRAN BUAT APA…. kah kah kah..

kah kah kah…DI MESIR… MUBRAK LAGI BANYAK SOKONGAN…. kah kah kah..

kah kah kah… LAGI RAMAI YANG DATANG MENGUNDI….. kah kah kah..

kah kah kah...JAMIN 100%...MEMANG LAH MENANG PILIHANRAYA…. kah kah kah..

kah kah kah…KERANA PILIHANRAYA TIPU….. kah kah kah..

nota:
kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
telah lama pilhanraya di malaysia ini di haramkan

SELAMAT JALAN MINAH CUN




ELIZEBETH TAYLOR 1932-2011




















CINTA ANTARA KELAS



nota:
filem klasik tentang
yang kaya dan yang miskin
tentang yang nak kaya
dan yang tak nak jadi miskin
pertemuan montgomery clift
dengan liz taylor


BOSAN DENGAN POLITIK PORN




BEREHAT DAN BERHIBURLAH





nota:
anak anak muda kita
telah bosan dengan para politikus

ada ketua menteri rogol budak sekolah
ada menteri bom gadis mongolia
ada menteri rogol amah

bosan
bosan
bosan

lubang jubur
air mani
tilam

bosan bosan bosan

marilah kita merayakan
anak muda ini yang jujur dan ikhlas
mereka lebih jujur dari rahim tambi cik
lebih jujur dari najib
lebih jujur dari datuk t

merempitlah kamu
kerana merempit itu
tanda kamu melawan!!!


DATUK B BUKAN DATUK T




YANG BOROI IALAH DATUK T



nota:
boroi pun boroilaaa
kah kah kah





ESKAY: SAYA DALAM VIDEO ITU - mkini

Begitu pengakuan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah - yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T - apabila ditanya sama ada beliau yakin Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwarbagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Menurut seorang pemberita yang menonton video itu, selain seorang wanita dan lelaki mirip Anwar, terdapat seorang lagi dilihat di permulaan video itu. Bagaimanapun, bahagian mukanya tidak kelihatan.

Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


Woit… PERANAN APA ESKAY LAKUKAN?... kah kah kah..

Kah kah kah… KAH KAH KAH…..WARTAWN INI SEWEL... kah kah kah…

Kah kah kah…. ORANG YANG TENGOK … TAK KAN TAK SEDAR… kah kah kah…

Kah kah kah….. YANG PAKAI RAMBUT PALSU… kah kah kah...

kah kah kah...PAKAI MAKE UP.... kah kah kah...

kah kah kah...GINCU MERAH....DAN ALIS MATA HITAM ITU DATUK K LAAA…. kah kah kah

Kah kah kah…. CUN MACAM CHINA DOLL…. kah kah kah…

DATUK T MENCARI TEMAN



nota:
datuk t sesudah membuat porn
merasa kesunyian
sesiapa yang ada masa
lapang sila hubungi datuk t


TUBUH SURUHANJAYA ?




MINTALAH KRU JADI AHLI SIASAT



nota:
bagus ada suruhanjaya
mesti ramai yang ngin jadi ahli
tapi yng berlengakar atas sofa
itu adalah ahli terbaik
kah kah kah


DATUK T MAHU SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT VIDEO SEKS - mkini

Rahim Thamby Chik - yang mengakui antara tiga orang di sebalik penayangan video seks - mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan ketulenan klip itu.

Katanya, suruhanjaya itu perlu turut dianggotai tiga ketua parti pembangkang pembangkang, termasuk P Wan Azizah Wan Ismail, Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH…


Woit… INI PERMINTAAN GILA…. kah kah kah..

Kah kah kah… TUBUH SURUHANJAYA OK…. kah kah kah..

Kah kah kah… TAPI MINTA HADI TENGOK PORN INI AGAK OUT OF ODER… kah kah kah..

Kah kah kah… INI MACAM MINTA RAHIM TAMBI CHIK BACA KHUTUBAH DAN IMAM KAN SEMBAYANG JUMAAT…. kah kah kah…

Kah kah kah….MINTA WAN AZIZAH?… INI PUN KERJA GILA…. kah kah kah....

kah kah kah... INI MACAM MINTA MADEY BERCAKAP BENAR.... kah kah kah...

kah kah kah...MINTA LIM GUAN ENG?... kah kah kah..

woit...INI MACAM MINTA PAK LEBAI SEMBELIH BABI.... kah kah kah

Kah kah kah…MINTALAAA KRU PRODUCTION…. JADI AHLI SURUHANJAYA…. kah kah kah..

Kah kah kah…BARU TERBELENGAKAR SEBATANG ATAS SOFA…… kah kah kah